Thursday, 19 June 2014

Allah is the best companion

Tatkala dalam kesakitan ini baru aku sedar. Tiada sandaran lain selain Allah.

Saat kakiku sebelah kiri ini tidak dapat berfungsi, segala beban tugasku sebelum ini jatuh pada abang. Siapkan anak ke sekolah, hantar dan ambil ketiga-tiga kesayanganku itu, menyediakan makanan, menyiapkan beg pakaian anak-anak untuk ke nursery. Pendek kata, padat dengan tugas-tugas harian. Dan manusia tentu akan keluh kesah. Sedikit terusik. Aku kesian pada abang, dalam masa yang sama kesian pada diri sendiri.

Kaki kiriku sakit, bebalut sehingga bawah lutut. Bukan selesa, lenguh sana-sini, sakit bukan hanya tempat patah, sakit pada sendi yang tak dapat bergerak, pada tumit yang ditekan-tekan, sakit betis menahan bebas kaki, sakit keseluruhan badan yang perlu aku seimbangkan bila mahu berfungsi. Sakit! Tak selesa. Aku perlu abang untuk mengadu, aku perlu abang untuk tanya keadaanku, aku perlu abang untuk sedikit sebanyak bagi simpati padaku. Tapi aku tak mahu menagih semua itu. Cukuplah banyak pengorbanan yang abang dah buat, ku anggapkan tanda cinta dan sayang yang tak terluah. Taknak kupaksa-paksa layan kerenah ini. Biarlah aku menangis sendiri.

Tiada yang lain, aku berpaling padaNya. Di saat aku gembira aku berkongsi denganNya, saat aku bersedih begini DIA lah pendengar setia. Tidak pernah mengecewakan, hati yang rawan bagaikan terpujuk. Kaki yang sakit serta merta hilang, hanya ada rasa tenang dan bahagia. Lalu, kembali mengintai hikmah disebalik musibah ini. Dengan Allah, aku tak pernah rasa tersisih. Dengan Allah, aku tak pernah rasa diri tak berguna, dengan Allah, aku tak pernah rasa sunyi. DIAlah peneman aku disaat aku suka dan duka.

Aku syukur atas kehadiran suami yang sangat sabar macam abang. Sangat membantu tanpa mengeluh. Cuma mungkin permintaan aku yang berlebihan. Minta diberi perhatian macam baby yang baru lahir..memang tak dapatla.

Ya Allah, tabah dan sabarkanlah hati kami hadapi dugaanMu ini. Aku mohon Ya Allah, kekalkanlah hubungan cinta aku dan abang sehingga ke syurga. Jadikanlah kami pasangan yang menerima kelemahan pasangan yang lain dan yang pandai menunjukkan rasa kasih dan cinta antara satu sama lain.

Abang...kaki sayang lenguh sangat...
..
..
..
..
..

Ya Allah, kaki aku lenguh sangat
Terima kasih Allah, jadilah temanku buat selama2nya kerana tiada yang sebaikMU wahai Allah.

Jangan biarkan nasibku ini ditentukan oleh diriku walau kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu.

Amin

Breasfeeding Peer Counselor Course

Assalamualaikum wbr

Teringat pula saya pada kursus yang saya hadiri beberapa bulan lepas. Masa tu Nur Fathin Hanani belum sampai 3 bulan lagi. Dengan semangat yang tinggi nak menyusukan Fathin sehingga 2 tahun, saya daftarkan diri untuk hadir dikursus ni.

Kursus selama 2 hari. Sangat padat dengan maklumat maklumat dan perkongsian tentang penyusuan ibu. Membuka minda saya tentang pelbagai perkara yang berkaitan penyusuan ibu. Baru saya sedar betapa sebelum ni ilmu saya tentang penyusuan ibu sangatla cetek. Tapi Alhamdulillah, saya tetap berjaya menyusukan anak saya sebelum ni, Nur Izzatul Husna sehingga 2 tahun. Alhamdulillah.

Kursus 2 hari ni pertemukan saya dengan ibu-ibu yang hebat. Ibu-ibu yang mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Ibu-ibu yang akan bersungguh-sungguh untuk menjayakan penyusuan ibu. Walaupun ramai rupanya yang sangat dangkal tentang ilmu penyusuan tapi bagusnya mereka mahu datang mencari ilmu.

Untuk cemerlang dalam sesuatu, kita mesti menguasai ilmunya. Bila kita dah betul betul faham, lebih mudah untuk kita praktikkannya.

Tamat kursus, saya pulang dengan semangat baru. Dan lebih bersemangat sebab kali ini badan saya rasa lebih segar, lebih kuat dan sangat bertenaga walaupun menyusu Fathin dan memerah susu 2-3 jam sekali. Sebab apa? Sebab kali ini saya makan suplemen. SET MENYUSU OPTIMUM SHAKLEE. Sangat membantu saya menjayakan penyusuan kali ini. Terutamanya membantu diri saya sendiri, untuk kesihatan dan kesegaran badan. Bila badan sihat, hati pun tenang dan susu pun senang keluar.

SET MENYUSU OPTIMUM SHAKLEE merangkumi:

1)ESP
2)Vitalea
3)Vitamin C
4)Vitamin B com
5)Alfalfa
6)Ostematrix

Dengan seribu satu khasiat, SET MENYUSU SHAKLEE OPTIMUM sangat saya cadangkan untuk semua ibu-ibu yang menyusu. Sangat best bila badan kita sihat, susu pun cukup untuk baby kita.

Saya makan SHAKLEE
Saya minum SHAKLEE
Saya suka berkongsi kebaikan SHAKLEE dengan anda

PM saya

Nurul 0187812078

SHAKLEE INDEPENDANT DISTRIBUTOR ANDA

#projekjutawan
#kayahartakayaiman
#breastfeedingmadeeasy
#hebatnyasusuibu

Senyum

ESP memang best

Assalamualaikum

Saya nak kisahkan pengalaman saya dengan ESP. ESP ni susu soya SHAKLEE. Apa beza dengan yang lain sebab ia susu soya asli, non-genetic modified.

Disebabkan ESP termasuk dalam SET MENYUSU OPTIMUM, saya pun mula minum ESP. Nyum..nyum...saya sukakan rasa soya ESP. Sehari hanya 3 sudu besar, cukup untuk membekalkan tenaga dan nutrisi kepada saya.

Perbezaannya dengan menyusukan anak sebelum ini, ambil SET MENYUSU OPTIMUM buat saya rasa lebih bertenaga. Bukan itu sahaja, bila saya mula amalkan ESP, saya buat sedikit bacaan tentang ESP. Rupa-rupanya banyak lagi khasiat ESP yang lain.

Untuk kulit cantik
Saya buat eksperimen saya sendiri. Dikatakan bahawa bila amalkan susu soya, kulit kita akan jadi cantik. Jadi, semasa saya mula amalkan ESP, saya berhenti memakai krim-krim muka saya, hanya mencuci muka sahaja. Habis 1 canister ESP, jelas beza kulit saya. Lebih cerah dan berseri. Paling seronok bila suami sendiri yang tegur nampak kulit saya lebih cantik. Gembiranya rasa.

Untuk rendahkan kolesterol
Sebelum makan ESP, saya pernah lakukan ujian darah untuk tengok kolesterol dalam badan. Borderline. Jadi dengan keyakinan ESP bantu merendahkan paras kolesterol, saya tidak tinggal ambil 3 sud besar ESP sehari. Setelah masuk canister kedua, sekali lagi saya jalankan ujian darah. Alhamdulillah, paras kolesterol saya lebih rendah berbanding yang sebelum ni

Banyak lagi kebaikan Shaklee yang ada dengan pelbagai vitamin yang Shaklee tawarkan. Jom cuba.

Susu badan saya pun banyak dengan SET MENYUSU OPTIMUM ni.

Jom SHAKLEE
PM saya
Nurul 0187812078

FB:Nurul Huda Ariza

#projekjutawan
#kayahartakayaiman

Wednesday, 18 June 2014

Alfalfa:milk booster saya

Menyusukan Fathin Hanani, ibu nak segala-galanya optimum. Jumlah susu nak banyak, susu nak pekat, kesihatan ibu pun terjaga, tubuh tak letih. Sebab itu ibu ambil SHAKLEE.

SET MENYUSU OPTIMUM SHAKLEE

1)Vitalea
2)Vitamin Bcom
3)Vit C
4)Alfalfa
5)ESP
6)Ostematrix

Hari ni ibu nak cerita pasal alfalfa. Alfalfa ni ibu makan 10 biji sehari. Banyak ke? Taklah...khasiatnya memang best. 10 biji sehari ni bersamaan dengan segelas susu tau. Alfalfa kaya dengan protein, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim, dan fitokimia. Bila ibu mula ambil 10 biji alfalfa secara istiqomah, jelas ketara banyak susu ibu. Alhamdulillah.

Bukanke alfalfa sama dengan segelas susu? Cukupla minum susu je? Apa susah-susah makan 10 biji alfalfakan.. Hehehe..rahsianya....banyaknya manfaat Alfalfa ni...

-alfalfa ni makanan yg beralkali, boleh kembalinormalkan badan yang berasid, hilangkan toksin badan, bersihkan hati dan kolon, darah dan cantikkan kulit dan otot

-alfalfa membantu ibu melawan alahan, mengurangkan simptom resdung ibu

-alfalfa membaiki masalah kembung perut

-alfalfa menyingkirkan lemak dan kolesterol

-alfalfa melegakan keletihan

-alfalfa melegakan kesakitan akibat arthritis

Banyakkan kebaikkan alfalfa. Sebab itu ibu suka amalkannya. Susu ibu banyak, badan ibu pun sihat. Alhamdulillah.

Sebotol Alfalfa (L) 700biji
Jadi sebotol Alfalfa tahan hampir 3 bulan.
Harga sebotol Alfalfa hanya RM97.50

Murahkan. Untuk 3 bulan hanya perlu kurang dari RM100. Susu banyak, badan sihat.

JOM SUSU IBU

Pm saya
Nurul-0187812078
FB-Nurul Huda Ariza

#projekjutawan
#kayahartakayaiman

Senyum

Tuesday, 17 June 2014

Cerita cinta ibu; Fathin dan Shaklee

Imbau kembali tempoh 11 bulan yang lalu. Kelahiran puteri ketiga ibu, Nur Fathin Hanani. Tepat pada tarikh jangka 13 Julai 2013 bersamaan 6 Ramadhon 1434H.

Mengandungkan Fathin ibu di jabatan baru. Jabatan Pesakit Luar. Suasana kerja yang baru, adjustment untuk mengurus masa, emosi, hubungan dan orang baru. Mungkin disebabkan itu ibu agak meloya lebih sikit masa mengandungkan Fathin, afternoon sickness. Alhamdulillah pagi-pagi ok je.

Selalunya di Jabatan Anest ibu banyak bergerak. Di OPD ni, dikebanyakan masa ibu duduk menunggu pesakit masuk. Mungkin itu menjadi punca sehingga tarikh jangka pun belum ada tanda-tanda Fathin nak keluar. Manja agaknya anak ibu ni.

2 minggu sebelum tarikh jangka, ada sedikit kontraksi. Ibu terus ke 'labor room', kawan periksa, baru 2cm dan masih jauh dan tebal lago serviks. Jadi ibu minta discharge. Malas nak menunggu dalam ward. Dekat 2 minggu itu 3 kali ibu pergi periksa jalan. Sampailah yang terakhir di bulan puasa, dalam jam 3 petang ibu ke hospital. Kontraksi tak kuat pun. Tapi ibu minta jugak kawan periksa. 4 cm. Memandangkan sejarah ibu bersalin sebelum ni Alhamdulillah mudah, ibu terus dimasukkan ke bilik bedah.

Ketuban dipecahkan, tak berapala sakit mula kuat. Tak sampai 10 minit sakit kuat, Nur Fathin Hanani pun keluar. Alhamdulillah. Walaupun pengalaman kali ini agak meletihkan sebab ibu berpuasa sampailah ibu melahirkan Fathin, tapi dipermudahkan Allah. Lahirlah baby comel macam anak Korea awal-awal la kan. Hehehe.

Perbezaan besar berpantang kali ini, ibu mula makan SHAKLEE. Tertarik ibu tengok iklan kawan ibu (sekarang ni Mama Shaklee) ibu, ibu pun mula ambil SET KESIHATAN OPTIMUM (VITALEA+VIT C+VIT BCOM). Alhamdulillah, badan yang letih dulu, ibu rasa banyak leganya. Dah seronok ambil SHAKLEE, ibu top up dengan SET MENYUSU EXTRAVAGANZA. Wow!!! Lagi best. Susu banyak, badan ibu tak letih walaupun 2 jam sekali bangun malam menyusukan Fathin, bangun pagi dah takde lenguh2 badan lagi. Fathin pun suke sangat menyusu. Sampaila ke sekarang. Sangat ketagih kalau petang-petang ambil Fathin dari nursery, tak sempat-sempat selak baju ibu untuk menyusu.

Banyak bezanya sejak amalkan SHAKLEE. Alhamdulillah. Badan sihat, tengok anak puas dan menyusu dengan excitednya lagi suka hati.

Monday, 16 June 2014

Mencari hikmah disebalik musibah.

Hari ke 6 kehidupan luar biasa. Pergerakan terbatas, jiwa meronta, sakit sini sana. Hidup bergantung pada alat dan manusia.

Hanya tapak kaki, sedikit nikmat Allah tarik terasa seluruh kemudahan juga ditarik. Asalnya jiwa merengkam. Terasa diri tak berguna. Hanya sebelah kaki tidak dapat berfungsi sempurna aku sudah hampir mengalah.

Hari ke 6 kehidupan luar biasa. Kerusi roda ku tolak rodanya makin laju. Laluan sempit dan 'cornering' hampir mantap. Ku jadikan diri berguna, sekurang-kurangnya lahir perasaan berguna pada diri, tidak sedih, menyalahkan diri, mengeluh sendiri.

Teringat perbualan dengan Kak Yanty semalam. Tertarik, mendalam kesan yang timbul dalam diri. Kata Kak Yanty, tangankan ada. Picit2 la abang tu. Yela...aku hanya patah tapak kaki kiri. Aku ada kaki kanan, aku ada kedua belah tangan yang sempurna berfungsi (Alhamdulillah) dan otak yang waras. Seharusnya aku maksimumkan kemampuan anggota sempurna anugerah Allah ini. Bukan hanya duduk mengenang malang diri.

Hari ke 6 kehidupan luar biasa. Ramadhan tinggal 11 hari sahaja lagi. Kenangkan Ramadhan, hati sayu, mata bergenang, kerana risau akan diri yang alpa. Dapatkah aku bertemu Ramadhan kali ini? Dapatkah aku lalui Ramadhan ini, memaksimakan setiap ruang dan peluang? Aku tidak perlu ke tempat kerja. Siang hari seharian dirumah tanpa anak-anak. Tiada alasan lagi Nurul. Basahi lidahmu dengan zikrullah. Penuhi masamu dengan kitabullah, rebut rahmat dan redha Allah. Ya...Allah memberi aku peluang ini. Tiada fokus lain, hanya semata-mata untukNYA. Bantulah aku memanfaatkan peluang ini Ya Allah.

Hari ke 6 kehidupan luar biasa. Sedikit semangat tersuntik dalam diri. Usah diratap musibah kerana ia membuka jalan menuju Allah. Akan ku selak pintu hikmah, agar kulalui ujian ini dengan tabah. Hati, bersabarlah, kita membina taqwa dan iman, memohon agar diangkat darjat disisiNya, agar sentiasa kita bersedia bila dijemput pulang.

Bertabahlah!!!

Can I do this?!

Assalamualaikum

Today is first unusual daily routine. Having back slab over my left lower limb, my movement is totally restricted. I have to reach every place via wheel chair. Sometimes I use the walking stick. Sometimes I just crawling around to pick things.

I feel useless!! Watching my husbang busily preparing my kids for school, had no chance to help him. He went up and down, taking this and that buta I can just watched. It hurt me inside. I can just hug my baby but I can't take her walk. So do my Faris and Husna. I can't prepare food for them. Oh...I feel useless!!

A new routine of my life. My life is just around my house. My view is juat my inside and outside house, my communication is just at the tip of my finger. I will seldomly meet people, I will just sit on my wheel chair or lying down on the sofa, killing my time. And yet, time passed so slow.

It is just day 1 of this new routine. And I feel half crazy. I don't know what to do. I read books but can't do that forever, I keep updating Shaklee statuses in my FB but it sometimes bored me, I do nothing and I begin to cry. Oo...how I am going to go through all this in another 2 months?!

Crying inside, I know that I've to wake up. I've to make up my mind. What am I going to do within this period? What I am going to gain within this resting period? And I am going to pray very hard, to give me and my husband a strength to go through this. I hope my dearie husband will be patient and understanding. And I really hope that things are going smoothly under his doing. Pity him Allah. Help him Allah, you know how good he is to me. Don't let him down Ya Allah, because I need him to go through this period of sorrow strongly. Together with me.

Can I do this? I can't without You Allah. I can't.

But believe in You, I got the strength. I will go through all this with open heart and mind, calm soul, acceptance.

Help us Allah. Help us Allah.