Wednesday 17 December 2014

VIVIX

Assalamualaikum
 
Ramai orang menggelar VIVIX ni tonik ajaib. Kenapa ajaib? Apa yang dikatakan ajaib ye?
VIVIX diperbuat daripada beberapa bahan hebat dari jenis buahan. Semuanya kaya dengan bahan anti radang, anti penuaan, detoks, dan pelbagai fungsi hebat.
 
Mudah sahaja amalkan VIVIX
 
VIVIX adalah cecair pekat pati anggur yang kaya dengan rasa anggur yang sedikit pahit tapi sedap.
Hanya 1 sudu kecil sehari, sebotol VIVIX bertahan untuk 2 bulan.
Apa yang dah VIVIX lakukan?

Testimonial customer:
1)Kelesuan badan hilang
2)Raut wajah lebih berseri dan kelihatan bermaya
3)Sakit sendi berkurangan
4)Kembali cergas seperti waktu muda
5)Kematu di tapak kaki semakin hilang
 
Banyak lagi kebaikan VIVIX Shaklee ni.
Silalah PM saya untuk keterangan lanjut dan jika berminat untuk mencuba VIVIX sebotol hari ini
Nurul-0187812078
FB-Nurul Huda Ariza
#projekjutawan
#kayahartakayaiman

Mengenali Anak-Anak Autism


Istilah "autisme" digunakan untuk mentakrif corak kelakuan kanak-kanak yang berpunca daripada kesukarannya untuk berinteraksi dengan orang lain, termasuk ibu bapanya dan rakan sebaya.

Kanak-kanak "autisme" hidup dalam dunianya sendiri. Misalnya, walaupun kanak-kanak tidak pekak, mereka seakan-akan tidak mendengar apa yang dikatakan kepadanya. Kanak-kanak ini juga tidak memberi respon yang positif kepada persekitaran dan individu disekitarnya.

Faktor-faktor penyebab :
  1. Tidak diketahui
  2. Masalah genetic
  3. Jangkitan pada otak
  4. Komplikasi semasa proses kelahiran
  5. Masalah kesihatan ibu semasa hamil

Ciri-ciri Autisme :
  • mengelak daripada bertentang mata
  • masalah dalam pertuturan
  • percakapan yang berulang atau mengulang percakapan dan perbualan orang lain
  • corak kelakuan yang berulang
  • tidak mengendahkan rasa sakit
  • kesukaran untuk bergaul dengan orang lain dan suka bermain bersendirian
  • menimbulkan perasaan marah dan takut tanpa sebab
  • tidak memberi tindak balas apabila ibu bapa memanggil mereka atau tidak bertindak balas terhadap persekitaran
  • takut pada bunyi yang kuat
  • jika sakit, luka atau sedih, kanak-kanak autisme tidak akan meluahkan masalah untuk mengurangkan ketidakselesaan. Ini bererti jarang adanya ekspresi muka dalam pertuturan
  • mempunyai keistimewaan tersendiri seperti dalam bidang matematik, muzik dan seni.



Masalah yang berkaitan dengan kanak-kanak autisme :
  • sensitif pada cahaya dan tempat yang gelap
  • sensitif pada sentuhan dan tidak dapat bezakan rangsangan sentuhan
  • cepat rasa terganggu, tidak selesa dan takut pada bunyi bising
  • tidak dapat bezakan bau makanan dan bahan yang lain


Kebimbangan ibu bapa terhadap anak autisme:

  • tahap perkembangan mental lambat berbanding orang lain
  • masalah pembelajan
  • masalah tingkah laku
  • kurang daya penumpuan dan perhatian
  • masalah pada pergerakan halus
  • masalah dalam pergaulan
  • tidak takut atau tahu pada sesuatu keadaan dan benda yang merbahaya yang boleh mencederakan diri
Jika anda mempunyai anak-anak dengan tanda-tanda seperti diatas, segeralah bawa ke hospital. Kebiasaannya kanak-kanak autism akan dirujuk kepada pakar kanak-kanak dan kemudian kepada Pakar Psikologi Kanak-Kanak, Jurupulih Carakerja dan beberapa bidang yang lain.

Jangan berputus asa dengan anak-anak Autisme kerana semangat dan sokongan anda adalah factor utama membantu mereka. Bersabarlah dan redha kerana anda ibu bapa terpilih, Allah Maha Mengetahui anda ibu bapa terbaik untuk mendidik anak istimewa ini.