Friday 22 January 2016

Mendidik Anak-Anak Dengan Kesederhanaan Dan Sentiasa Bersyukur

Tiada salahnya hidup 'susah'

Kegembiraan bagi anak-anak yang mula bersekolah dengan kelengkapan yang serba baru.
Mungkin ada yang bersedih kerana tidak semuanya baru, ada yang bersedih kerana tiada satu pun yang baru, ada yang bersedih kerana kelengkapan sekolah pun tidak mencukupi.

Didiklah anak-anak kita dengan kesederhanaan. Jangan di ajar membazir dari kecil lagi.

Anakku...

Yang masih padan dan muat, pakailah dulu
Pensel walaupun sudah pendek tetapi masih boleh diguna, gunalah dulu
Pemadam walaupun tinggal separuh, manfaatkan dulu
Beg itu masih kukuh menampung buku-bukumu, gunalah ia

Perhatikan mereka yang lebih susah. Mungkin masih padan, tetapi alangkah lusuhnya. Mungkin masih memiliki sebuah beg, sebelah tali pun sudah terkoyak. Lihat kasut mereka, koyak dan berlubang.

Syukurlah dengan apa yang kita ada anakku. Usahlah bermewah walaupun mungkin kita mampu. Keperluanmu mencukupi, kehendakmu perlu ibu tahan. Ibu mahu anak-anak belajar apa itu susah, ibu mahu anak-anak belajar menghargai setiap yang kita ada disaat orang lain tiada apa apa.

Yang singkat dan ketat ibu ganti. Yang tiada ibu adakan. Semua dengan izin Allah.
Jika Allah tak izin, seketul pemadam pun ibu tak mampu nak sediakan anak-anakku.
Jadilah insan yang bersyukur.
Bila rasa susah, lihatlah mereka yang lebih susah...masih tersenyum dan terus berusaha.

Apa salahnya hidup 'susah'...

Kasih Ibu Ayah Tiada Tandingan

Assalamualaikum

Uncle India 76 tahun melangkah masuk dengan ceria sekali. Gagah kelihatannya berbanding umurnya.

Uncle ada darah tinggi dan kolesterol. Tetapi penyakitnya terkawal. Bertahun-tahun makan ubat yang sama, tiada penambahan.

Saya memuji uncle.

"Pandai uncle jaga kesihatan. Kalau semua pesakit macam ini, senang hati saya."
"Mesti mau jaga doktor. Saya suami isteri betul-betul jaga kesihatan. Isteri saya lagi sihat. Tak pernah mari hospital."

"Wah..bagusnya uncle. Saya mau jadi macam you la."

Kata uncle lagi...
"Doktor, saya dan isteri mau jaga kesihatan baik-baik. Kita tak mau sudah tua susahkan anak-anak. Sakit sana sini. Kesian sama anak-anak mau kerja, mau jaga anak-anak mereka lagi. Kita mau anak-anak senang hati saja."

Haish..sebakla pulak.

Semoga Allah bagi ruang dan peluang membalas jasa ibu ayah kita, menggembirakan mereka walaupun sebenarnya memang tak terbalas dek kita.
Ampunilah dosa kedua ibu bapa kami Ya Allah. Kasihilah mereka sepertimana mereka mengasihi kami sejak kami kecil malah lebih lagi Ya Allah.

‪#‎ibrahdimanamana‬
‪#‎ilovemyjob‬
‪#‎sayadoktorbiasa‬

Sukarnya Membina Rumahtangga Bahagia, Tak Lekang Dek Ujian Dan Cubaan

Assalamualaikum

Seorang pakcik membawa ayahnya yang berumur 80an. Pakcik berumur awal 50an.

Kata pakcik, ayahnya cemburu buta dengan maknya. Asal ada kereta berhenti di hadapan rumah, pasti disangka ada lelaki mahu berjumpa isterinya.

Pertama kali dengar, rasa lucu. Comel pun ada. Atuk pula tersengih-sengih bila anaknya bercerita tentangnya.

Tapi, tiada sepatah kata keluar dari mulut atuk.

Ke suatu sudut yang lain sambil misi saya melayan sembang dengan atuk tadi, saya bertanya lebih terperinci tentang keadaan atuk kepada anaknya.

Atuk kuat cemburu. Dulu tidak begini. Sekarang menjadi-jadi. Sehingga hampir setiap hari isteri menangis di marah dan ditengking atas perkara yang tidak dilakukan. Sampai hampir bercerai.
Parah. Berpuluh tahun membina mahligai..saya perlu lakukan sesuatu.

Kes atuk dirujuk pada Pakar Psikiatri.

Delusional Disorder.

Sangkaan atuk tentang isterinya bermain kayu tiga seolah-olah 'real'. Atuk nampak orangnya. Atuk penuh yakin. Tapi yang pasti memang tiada.

Sekarang atuk masih mendapatkan rawatan. Si anak tadi yang kebetulan juga pesakit darah tinggi saya datang ke klinik hari itu dan menceritakan tentang ayahnya.

Alhamdulillah

Atuk semakin pulih

Rumahtangga kembali harmoni.

Ya.Allah..jika difikirkan..susahnya menjaga sebuah mahligai perkahwinan. Kita diuji dengan pelbagai ujian. Kewangan, kepercayaan, tingkah anak-anak dan bermacam-macam.

Berpuluh tahun masih tetap ada ujian dalam perhubungan.

Semoga Allah sentiasa bersama kita dalam.membina.dan melayar mahligai kita dan pasangan. Hanya taufik dan hidayah Allah yang kita harapkan agar rumahtangga kita dan pasangan diberkati, bahagia hingga ke syurga.

Aamiin

‪#‎ibrahdimanamana‬
‪#‎ilovemyjob‬
‪#‎sayadoktorbiasa‬

Believe In Yourself

Berapa ramai dari kita yang sentiasa cemburu dengan kelebihan orang lain?

Bukan dengki, cemburu.

Lalu timbul rasa rendah diri. Siapalah kita? Kita tak pandai. Kita tak cantik. Kita tak kaya. Kita biasa-biasa.

Sikap rendah diri itu sangat mulia. Humble. Disisi Allah itu besar nilainya. Di puncak mana pun kita, sentiasa ingat kita adalah hamba. Tiada beza kita dengan orang lain. Sudah cerita kita pun sama tempat tujunya. Liang lahad juga.

Tapi, terlalu merendah diri itu membunuh potensi diri. Memenuh negativiti, menjadikan kita kurang bersyukur. Ingatlah, setiap dari diri kita ini adalah pelaburan. Tidak Allah jadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Apalagi kita, makhluk paling mulia ciptaanNya. Jangan dilihat sumber pelaburan dalam individu lain. Carilah kelebihan yang kita ada, eksploitasikan dia. Dan bagaimana kita bersyukur dengan sedikit yang Allah beri itu akan membongkar satu persatu kelebihan diri.

Believe in yourself!!!

Jangan dikeluhkesah dengan apa yang kita takde, tapi kembangkan secara maksimum dengan apa yang ada di tangan.

Jom!!

Sweet Couple 2 : Kambing Bodoh

Assalamualaikum

Suka saya nak kongsi cerita hati ini.

Pesakit saya, masuk ditemani isterinya.

Uncle Gerbert (bukan nama sebenar) berumur 78 tahun, berketurunan Scottish. Pemakaiannya kemas dan rapi. Bahasa Melayunya fasih.

Isteri Uncle, wanita India yang cantik, berumur 83, masih jelas kejelitaan pada wajah auntie. Simple, bert-shirt dan berkain batik. Bukan biasa-biasa, untie bekas guru besar sekolah yang top disini, dan auntie masih aktif setiap aktiviti outdoor, terakhir Bigwalk Putrajaya. What!! 83 tahun?!!

"Uncle, you punya darah semua baik. Very good sugar control."

"Of course doctor. I bagi dia makan veggie saja. He has to follow what I eat." Auntie mencelah.

"Doktor, you tau kan kambing. Sekarang saya tinggal satu rumah dengan kambing. Makan rumput saja. Apa daging pun tak makan." Kata uncle dengan muka toya, sambil tangannya menunjuk pada isterinya.

"Idiot!!" Balas pulak auntie.

Comelnya.

Saya teruskan. Ambil tekanan darah, pun bagus. Sekali lagi saya memuji uncle.

"Itu orang la suruh saya jadi kambing juga. Semua tak boleh makan." Sebenarnya uncle memuji isteri yang pandai menjaga pemakanannya. Tak tahan dengan muka toya uncle. Bayangkan mat saleh, loyar buruk.

"Takpala uncle. Jadi.kambing pun baik. Tengok, semua keputusan darah baik."

Saya bertanya pada uncle, kenapa jauh-jauh cari orang Malaysia untuk kahwin?

"Saya mahu kawin dua la doktor. Sini boleh kawin dua."

"Kambing bodo!!" Kata auntie sambil gelak. Uncle pun ketawa. Saya dan misi pun ketawa.

Haih..tenang sikit hati. Seronoknya melihat kebahagiaan suami isteri ini. Berpuluh tahun dah membina rumahtangga, berbeza adat dan fahaman tapi sangat bahagia. Masih bergurau senda umpama zaman bercinta.

Itulah sebenarnya rumahtangga. Semakin.hari harus makin.sayang. Semakin hari, harus makin faham. Semakin hari, harus makin percaya.

Saya tak suruh anda bilang suami anda "idiot" tau...

‪#‎ibrahdimanamana‬
‪#‎ilovemyjob‬
‪#‎sayadoktorbiasa‬

Bila Pemuda Cina Cakap Perak, Ajeye...

Assalamualaikum

Tadi seorang uncle Cina ditemani anak lelakinya lingkungan lewat 20an datang ke klinik.

Uncle ada masalah tulang belakang. Dirujuk dari hospital swasta untuk meneruskan rawatan di hospital kerajaan.

"Owh, mahu sambung ubat disini ye?"

"Ye doktor. Haritu bawak bapak pegi KPJ. Tak lalu nak membayornye, sekali jumpe ubat pun regenye 5 ratuih. Itu belum bayor consultation doktor lagi. Seratuih lebih lagi. Mane lalu.."

Saya pandang anak uncle sekali lagi. Ye. Lelaki Cina. Mata sepet. Kulit cerah. Memang Cina.

"Ater pekat benor cakap Peghak nye. Kalo saye pejam mata memang ingat orang Melayu." Layan. Suke.

"Ater doktor, teman oghang Peghak. Haghi-haghi makan tempoyok." (Tempoyok hokey, bukan tempoyak)

Geli hati. Cina sungguh sungguh rupanya tapi cakap mengalahkan teman.

"Uncle pun cakap pekat macam ni ka?"

"Wa biasa saja doktor. Boleh cakap Melayu sikit-sikit. Wa rasa ini budak dulu masa baby sudah silap tukar dengan baby Melayu."

Hahaha,,,terbaik puncline uncle.

Sekadar berkongsi..

‪#‎ilovemyjob‬
‪#‎sayadoktorbiasa‬

Sweet Couple : 1

Pakcik berumur 63 tahun, pengidap kencing manis, berkerusi roda masuk ke bilik saya.

Kaki kirinya sudah diamputasi sehingga paras lutut. Kesan dari kencing manis yang tidak terkawal dulu. Sekarang kadar gula pakcik semakin baik.

Pakcik ditemani isterinya. Usai saya membuat pemeriksaan, sambil menulis plan dan ubat-ubatan, saya bertanyakan pada pakcik.

"Pakcik asal mana ye?" Walaupun agak jelas loghat Kelantannya di telinga saya. Sangat familiar.

"Pakcik asal Kelate. Makcik asal Singapura."

"Jauhnya! Macam mana jumpa?"

"Haaa...macam mana tu. Cuba fikir, cuba fikir." Sampuk makcik.

"Dulu pakcik navy, base di Woodland, Singapura. Setiap kali pakcik nak mendarat, makcik dah tunggu melambai-lambai kat pakcik."

"Mengarut tu doktor." Kata makcik sambil tersenyum.

Pakcik bersemangat mengisahkan zaman mudanya.

"Dulu asrama pakcik dekat dengan asrama student nurse. Kalau time set student nurse rehat, pakcik buat-buat la jalan sekali. Pakat tengok ke pakcik. Kalau tak, silap-silap pakcik nikoh dengan misi dah."

"Itu masa ada kaki!!" Tetiba makcik mencelah dengan nada tegas sambil senyum.

"Kasar gurau makcik."

Hahaha...kami semua ketawa. Saya , misi saya, makcik dan pakcik.

Sweetkan...

Kita Semua Sama, Hanya Taqwa Yang Membezakan Kita

Assalamualaikum

Kerjaya sebagai doktor biasa bukan mudah bagi saya, bukan mudah bagi kebanyakan orang.
Berhadapan dengan pesakit dengan pelbagai kerenah, juga dengan doktor-doktor lain yang merasakan mereka luar biasa.

Seharian, mengadap pesakit dengan pelbagai aduan dan masalah menjadikan saya lebih bersyukur dengan apa yang saya ada. Dan saya juga menginsafi bahawa teramat kerdilnya kita.

Mungkin saya seorang doktor, tapi saya takkan bisa jadi seorang nelayan. Saya tidak tahu menebar jala, saya tidak tahu menarik pukat.

Mungkin saya seorang doktor, tapi saya tak bisa menjaga trafik lalu lintas. Pasti pincang dan simpang siur jadinya.

Mungkin saya seorang doktor, tapi saya tak sanggup berpanas mentari membersihkan longkang dan jalan raya.

Mungkin saya seorang doktor, tapi saya mungkin tidak sanggup mencuci najis, menadah urine, memandikan ibu ayah anda dihospital, tetapi jururawat penuh setia melakukannya.

Mungkin saya seorang doktor, tapi saya tidak mungkin mampu mengendalikan murid yang pelbagai kerenah, ditambah dengan ibu bapa yang tak pernah faham, dan birokrasi yang menyakitkan hati.

Mungkin saya seorang doktor, tapi saya tidak tahu untuk membaiki kereta, motor.

Alangkah mulianya anda semua di posisi masing-masing. Kita saling memerlukan.
Tidak kira dimana pun kita, apa pun kita buat, apa jua posisi kita, bos, kuli, pekerja biasa, namun disisi Allah itu tiada beza. Hanya taqwa yang membezakan kita.

Kenapa nak mendabik dada? Esok-esok mati jua. Ditinggalkan semua juga.

Terima kasih atas pengajaran demi pengajaran, pelajaran demi pelajaran dalam kuliah kehidupan ini Ya Allah.

Semoga satu satu kita kutip ibrah dimana sahaja kita berada kerana ia menjadikan kita menjadi insan yang lebih baik.

Bersihkan diri, sucikan jiwa, agar mudah hidayah Allah masuk dan meresap dalam kalbu, memimpin kita hidup kerana Yang Satu

Alangkah indahnya.

‪#‎ibrahdimanamana‬
‪#‎ilovemyjob‬
‪#‎sayadoktormuslim‬
 

Ibu Hebat Dengan Shaklee

Assalamualaikum
 
Saya ibu bekerja bukan dari rumah. Awal pagi saya keluar, hantar 3 si comel di 3 tempat berbeza, mula kerja.
 
8-5.
...
 
Habis kerja saya pulang ke rumah. Ambil anak-anak dulu di nursery. Balik rumah saya terus tidur. Tak percaya?

Of course la tak. Sayakan ibu. Balik rumah memasak, bagi makan anak-anak, tengok kerja rumah anak-anak, ajar mengaji dan tasmik. Bersama suami saya buat semua itu.

Letih tak?

Tak aih...mana letih...orang lain tak letih awat hang letih. (Monolog negatif dalam hati) Hahaha..ada aku kisah?

Letihla...awal dulu memang cepat collapse...tak seronok pun ada sebab kurang quality time dengan suami dan anak-anak. Sedih pun ada.

Tapi selepas saya makan Shaklee, dari orang biasa, terasa macam ada genetik superwoman pulak.

Seronokla. Malam masih boleh buat macam-macam. Tak rasa habis gitu je masa, esok bangun nak gi kerja semula. Encik suami pun mengakuinya, selepas makan Shaklee nampak saya makin bertenaga.

Nak promote Shaklee la tu! (Monolog lagi)

Yela...barang baik kita kongsi. Saya tahu apa rasa ibu bekerja bukan dari rumah. Kita nak sangat masa bersama anak-anak semaksimum mungkin tapi keletihan dan kelesuan buat kita pilih untuk tidur atau pun marah-marah. Akhirnya kita sendiri yang menyesal.

Bila makan Shaklee, keletihan tu tak terasa sangat. Kawan pula dengan geng-geng Shaklee yang positif, minda pun tenang dengan positiviti.

Alhamdulillah. Boleh tanya anak-anak saya. Ibu dah bersara jadi tarzan. Sekarang ibu jadi Frozen je. Lunak dan merdu.

Ikhtiarlah untuk jadi ibu yang lebih fuyyoo dengan Shaklee.

Best tak promo?

PM saya
Nurul
0187812078
Shaklee Independent Distributor

‪#‎projekjutawan‬
‪#‎kayahartakayaiman‬
 

Wednesday 20 January 2016

Tempoh Berpantang Selepas Bersalin, Mengapa Anda Perlu Suplemen

Assalamualaikum

Tempoh berpantang selepas melahirkan anak adalah satu tempoh yang sangat penting untuk seorang wanita. Dalam tempoh ini, seorang ibu diuji dengan pelbagai ujian.

Keletihan
Kelesuan
Kurang tidur
Kurang hiburan
Jiwa yang kosong dan sensitif

Apabila seorang wanita melahirkan anak, banyak darah dan tenaga yang keluar dari tubuhnya. Tiada wanita yang rasa lebih enegetik selepas melahirkan anak. Semua merasakan keletihan dan kelesuan. Hanya tangisan si kecil pengubat lelah dan letih.

Sebagai doktor perubatan, saya kurang bersetuju dengan amalan berpantang yang keterlaluan seperti menghadkan pengambilan air, tidak boleh makan sebarang makanan basah, dan bermacam-macam lagi. Waktu berpantang adalah waktu untuk ibu rejuvenate, rehydrate, mengembalikan tenaga yang hilang kerana si ibu mula memasuki perjuangan yang lebih mencabar, penyusuan, breastfeeding.

Bayangkan ibu-ibu yang ditahan dari makan makanan berkhasiat, lengkap nutrisi tetapi dalam masa yang sama gigih menyusu anak kecil, memerah susu untuk membuat stok sebelum kembali bekerja.

Saya teringat aduan seorang pelanggan. Dia berpantang ketat sekali. Hasilnya, raut wajah kelihatan begitu pucat, susu sangat kurang, bayi kecil sentiasa menangis dan kegelisahan kerana lapar. Lalu si nenek yang tidak tahan mendengar si kecil menangis ini segera melenyek pisang disumbatkan ke mulut bayi baru seminggu dua tadi.

Keliru. Baby akan mudah menolak susu badan, ibu akan makin tertekan dan bersedih, tubuh badan akan semakin lesu dan lesu.

Adakah saya menolak berpantang secara tradisional? Tidak, cuma ada sesetengah perkara saya rasa kita perlu modified.

Suplemen Untuk Wanita Berpantang

Wanita berpantang yang banyak kehilangan darah, tenaga, menyusu pula memerlukan banyak nutrisi gantian untuk memulihkan dan mengembalikan tenaga yang hilang. Mana mungkin dengan diet yang ditahan-tahan ibu-ibu akan dapat nutrisi memcukupi untuk tubuh. Hasilnya ibu-ibu jadi sangat letih, sangat tidak lalu semasa berpantang.

Suplemen membantu mengembalikan tenaga yang hilang, melancarkan perjalanan darah, menambah darah yang hilang ( secara tidak langsung). Bukan itu sahaja, tubuh yang cukup nutrisi akan rasa lebih bermaya, lebih ceria dan ini mempengaruhj penghasilan susu badan.

Badan yang sihat, hati yang tenang gembira, susu badan akan pasti melimpah ruah.

Pengalaman Saya

Berpantang setelah melahirkan anak ketiga sangat berbeza dari anak-anak sebelumnya. Kali ini saya kombinasikan, berpantang moden dan tradisional. Tungku, barut, mengurut,mandi herba tetap saya amalkan. Bukan kerana terpaksa tapi kerana saya nampak dan rasa kesannya.

Dan kali ini saya amalkan suplemen. Set Berpantang dan Menyusu Shaklee

Vitalea
Vitamin C
Vitamin B Complex
Ostematrix
Alfalfa
Susu ESP

Banyak bukan? Tapi mudah bagi saya. Saya bahagikan jadual untuk makan vitamin-vitamin ini, saya istiqomah, saya minum air yang secukupnya.

Sungguh, bertenaganya berbeza dari yang dahulu. Jiwa pun rasa tenang, paling menggembirakan susu badan begitu mewah. Sehingga jururawat yang datang home visit terkejut dengan stok susu yang saya perah.

Tidak nampak lesu, sehinggakan diri sendiri pun terlupa bahawa sedang berpantang. Kata mak, " Jaga Kakyong berpantang kali ini tak rasa macam jaga orang dalam pantang. Cergas aje. "

Alhamdulillah. Saya tidak boleh menafikannya yang suplemen sangat membantu.

Beri peluang tubuh anda merasakannya.

SET BERPANTANG DAN MENYUSU SHAKLEE


PM saya
DR NURUL
Shaklee Independent Distributor

0187812078

Fb : Nurul Huda Ariza

www.akudoktormuslim.blogspot.com

#projekjutawan
#kayahartakayaiman

Eczema : Tangani dengan VIVIX

Assalamualaikum

Hari ini saya mahu berkongsi tentang Eczema. Eczema adalah sejenis penyakit kulit yang boleh terjadi pada kanak-kanak mahupun dewasa.

Sesetengah pendapat menyatakan bahawa, ia adalah bawaan genetik triad iaitu asthma, resdung dan eczema. Ini bermaksud, jika ibu atau ayah mempunyai salah satu daripada penyakit hypersensitiviti tadi, anak cenderung juga untuk mendapat alah satu daripadanya.

Eczema adalah hypersensitiviti kulit yang menyebabkan kulit menjadi kering, menggelupas, kemerahan. Dan mengakibatkan kesakitan dan.kerengsaan.

Kebiasaannya, eczema akan menjadi lebih teruk dalam persekitaran yang ekstrem, terlalu panas atau terlalu sejuk. Tekanan emosi juga menjadi faktor penggalak eczema. Begitu juga pemakanan. Anda perlu mengambil berat tentang pemakanan harian anda atau anak anda. Elakkan makanan yang diketahui memberi kesan allergi pada kulit dan tubuh.

Di hospital, eczema dirawat dengan beberapa jenis krim, ubat tahan gatal dan vitamin. Prinsip utama rawatan eczema adalah untuk memastikan kulit sentiasa lembab dan tidak terlampau kering. Krim steroid digunakan untuk membantu mengurangkan keradangan akibat kulit yang merekah dan menggelupas.

Kisah Eczema dan VIVIX

Seorang rakan menghubungi saya untuk mencuba VIVIX. Tujuannya untuk kelugatan jelita dan berseri menjelang hari raya. Yakin dengan kemampuan VIVIX melakukannya, sebotol VIVIX menjadi milik rakan saya. Sedikit ragu walaupun saya sendiri distributor Shaklee, mampukah VIVIX memenuhi impian hari raya rakan saya? Namun hati sentiasa berdoa agar Allahbantu saya untuk bantu orang lain.

2 minggu, rakan ini menghubungi saya dengan rasa gembira. Eczema yang dihidapinya selama bertahun-tahun beransur nipis dan hilang. Bermacam ubat dah dia cuba, bermacam produk kolagen dah dia makan, tapi eczema tetap sama. Berbeza sejak menggunakan VIVIX, eczemanya beransur kurang.

Perubahan ini pada awalnya tidak disedari rakan saya. Hari-hari hanya menerhatikan wajah dicermin untuk lihat hasil istiqomah makan VIVIX. Memang nampak hasilnya. Kulit makin halus berseri. Dan bila ada kawan menegur tentang eczemanya, barulah rakan saya tersedar bahawa dia sudah jarang rasa rengsa dan.tak selesa akibat eczema.

Alhamdulillah.

Bila dapat bantu orang lain, hati sangat gembira. Izinkan saya membantu anda pula.

PM saya
DR NURUL
Shaklee Independent Distributor

0187812078

Fb : Nurul Huda Ariza

www.akudoktormuslim.blogspot.com

#projekjutawan
#kayahartakayaiman