Friday 22 January 2016

Sukarnya Membina Rumahtangga Bahagia, Tak Lekang Dek Ujian Dan Cubaan

Assalamualaikum

Seorang pakcik membawa ayahnya yang berumur 80an. Pakcik berumur awal 50an.

Kata pakcik, ayahnya cemburu buta dengan maknya. Asal ada kereta berhenti di hadapan rumah, pasti disangka ada lelaki mahu berjumpa isterinya.

Pertama kali dengar, rasa lucu. Comel pun ada. Atuk pula tersengih-sengih bila anaknya bercerita tentangnya.

Tapi, tiada sepatah kata keluar dari mulut atuk.

Ke suatu sudut yang lain sambil misi saya melayan sembang dengan atuk tadi, saya bertanya lebih terperinci tentang keadaan atuk kepada anaknya.

Atuk kuat cemburu. Dulu tidak begini. Sekarang menjadi-jadi. Sehingga hampir setiap hari isteri menangis di marah dan ditengking atas perkara yang tidak dilakukan. Sampai hampir bercerai.
Parah. Berpuluh tahun membina mahligai..saya perlu lakukan sesuatu.

Kes atuk dirujuk pada Pakar Psikiatri.

Delusional Disorder.

Sangkaan atuk tentang isterinya bermain kayu tiga seolah-olah 'real'. Atuk nampak orangnya. Atuk penuh yakin. Tapi yang pasti memang tiada.

Sekarang atuk masih mendapatkan rawatan. Si anak tadi yang kebetulan juga pesakit darah tinggi saya datang ke klinik hari itu dan menceritakan tentang ayahnya.

Alhamdulillah

Atuk semakin pulih

Rumahtangga kembali harmoni.

Ya.Allah..jika difikirkan..susahnya menjaga sebuah mahligai perkahwinan. Kita diuji dengan pelbagai ujian. Kewangan, kepercayaan, tingkah anak-anak dan bermacam-macam.

Berpuluh tahun masih tetap ada ujian dalam perhubungan.

Semoga Allah sentiasa bersama kita dalam.membina.dan melayar mahligai kita dan pasangan. Hanya taufik dan hidayah Allah yang kita harapkan agar rumahtangga kita dan pasangan diberkati, bahagia hingga ke syurga.

Aamiin

‪#‎ibrahdimanamana‬
‪#‎ilovemyjob‬
‪#‎sayadoktorbiasa‬

No comments:

Post a Comment