Tuesday 26 August 2014

Suami Hebat, Lestarikan Cinta : Shaklee untuk lelaki gagah!

Assalamualaikum

Sekarang ni banyak sangat kita dengar produk-produk di pasaran 'gelap' untuk seks. Untuk tahan lama la...untuk kuatla..untuk macam-macamla. (Maafla..bukan nak cakap lucah). Dan rata-rata orang kita ni dah tak kisah kesan sampingan yang sangat bahaya janji 'syok'.

Diklinik juga, tak kurang ramainya suami-suami yang datang mengadu masalah sakit tuan. Demi pesakit, saya perlu rawat mereka. Macam mana mereka tak malu untuk berjumpa dan bercerita tentang masalah mereka, sedaya upaya kita cuba membantu mereka.

Kita biasa dengar, tongkat ali. Sangat sinonim dengan kekuatan batin. Ya, betul tongkat ali terbukti meningkatkan tenaga dalaman, cumanya ramai syarikatssyarikat haram diluar sana ambil kesempatan dengan nama tongkat ali ni.

Sebagai pengamal Shaklee, saya suka nak kongsi 2 vitamin untuk lelaki yang saya panggil 'Tongkat Ali Moden' ni. Bila saya kaji dan kaji, baca dan baca....wah!!! Bagusnya Shaklee, menghasilkan suplemen yang dapat membantu masalah sakit tuan dan dah tentunya ianya selamat dan halal.

Haa...cik abang cik abang diluar sana...meh baca sini sket. Daripada beli produk yang bahaya, tak halal, tiada pengesahan KKM, lebih baik anda beralih pada Vitamin Cinta yang 2 ini.

1)Vitamin E
2)Zinc Complex

VITAMIN E COMPLEX
Untuk keperluan Vitamin E seharian, kita perlu mengambil 1kg biji gandum, 500ml minyak bunga matahari, 8kg bayam dan 500gm badam. Mampuke? Hohoho...pelawokla kata orang Kelantan..hehhehe..Jadi, Shaklee sediakan kapsul Vitamin E terlengkap dan terbaik dipasaran.

Apa baiknya Vitamin E ni untuk orang lelaki?

-Menurut kajian, Vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Vitamin E meningkatkan kiraan sperma kaum lelaki.

-Vitamin E juga meningkatkan kelestarian tenaga seksual

-Formulasi Vitamin E Complex Shaklee bersama Selenium meningkatkan kualiti air mani dan mempunyai kesan kepada pergerakan sperma. Laju la berenang spermanya. Idakle ke laut...

Cadangan pengambilan:

Untuk pemuliharaan kesihatan : 1 kapsul sehari

Untuk anti-aging dan sistem reproduktif : 2 kali sehari, 1 kapsul setiap kali

ZINC COMPLEX
Kenapa Zinc penting untuk bapak bapak sekalian?  Tahukah anda kandungan Zinc dalam prostat lelaki adalah 10kali ganda dari organ lain? Kajian menunjukkan pengambilan harian Zinc mengurangkan bengkak prostat sebanyak 70%. Wow!! Saya patut cadangkan pada pesakit-pesakit BPH (Benign Prostate Hyperthrophy) saya. Kesian kerar sangat buang air kecil akibat prostat yang membengkak dan menekan saluran kencing.

Zinc juga memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki. Kekurangan Zinc yang serius akan mengakibatkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat, impoten, testes yang kecil, kiraan sperma yang rendah, penuaan pramatang dan gugur rambut. Haish..orang lelaki tentu takmau semua ini terjadikan. Tak hebatla...Nauzubillah..

Pengambilan Zinc secukupnya membantu meningkatkan pengiraan sperma, memperbaiki kemampuan seksual lelaki.

Cadangan pengambilan :

Untuk pemeliharaan kesihatan dan waktu tumbesaran : 2 kali 1 tablet sehari

Untuk meningkatkan fungsi seksual, lawan kanser dan tingkatkan sistem imun : 2 biji, 2 kali sehari

Kan saya dah kata! 'Tongkat Ali Moden' kan?Kan? Subhanallah, hebatnya anugerah kesihatan yang Allah beri. Segenap ruang dipermudahkan untuk memperbaiki tahap kesihatan. Jadi kenapa nak ambil yang merbahaya dan tidak halal. Shaklee kan ada. Halal, berkesan dan selamat.

Kita panggil ini ikhtiar. Apalagi ikhtiar untuk keperluan asas kita sebagai manusia. Fungsi reproduktif.

InsyaAllah. InsyaAllah

Cepat, jangan biarkan diri anda dilitupi belenggu, susah hati. Berikhtiarlah dengan Vitamin Cinta Shaklee ni. Terbaik!!

PM saya
Nurul 0187812078
FB : Nurul Huda Ariza
Email : nurulhudaariza@gmail.com

Senyum

Monday 25 August 2014

Phytocol ST:Kawal kolesterol anda

Assalamualaikum

Saya seorang doktor. Bekerja di klinik pesakit luar. Rata-rata pesakit saya terdiri daripada mereka yang mengidap penyakit kencing manis, darah tinggi, dan tinggi kolesterol.

Pengalaman di klinik banyak membuka mata saya. Contohnya dalam pengawalan tahap kolesterol dalam darah, ramai juga pesakit yang kurang berjaya melakukannya. Antara faktor utama ialah kurangnya ilmu pengetahuan.

Dalam badan kita ada 2 jenis kolesterol utama. Bahasa biasanya kita panggil 'kolesterol baik' HDL dan 'kolesterol jahat' LDL. Pada peringkat awal meningkatnya aras kolesterol dalam darah bagi pesakit yang tiada risiko penyakit lain, doktor akan menyarankan 'lifestyle modification'.

Lifestyle modification termasuk pengawalan pemakanan, senaman yang berterusan dan berhenti merokok dan amalan-amalan lain yang tidak sihat seperti minum arak dan sebagainya.

Selepas percubaan itu tidak percaya, pesakit akan kami mulakan dengan ubat untuk mengurangkan kolesterol dalam darah. Rata-rata pesakit biasanya masih berat untuk mula mengambil ubat.

Terbaru, NIH menyarankan suplemen dalam membantu mengurangkan dan mengawal kandungan kolesterol dalam darah. Dan berita baik untuk anda!!!

Shaklee menghasilkan PHYTOCOL ST!! Suplemen terbaik untuk mengawal aras kolesterol dalam darah. InsyaAllah berkesan.

Kalaulah saya boleh sarankan kepada pesakit-pesakit saya..kan lebih baik..

Anda mahu PHYTOCOL ST?

PM saya
Nurul 0187812078
Fb : Nurul Huda Ariza
Email : nurulhudaariza@gmail.com

Senyum

Saturday 23 August 2014

Tragedi MH17:Selamat pulang

Assalamualaikum

22 Ogos 2014 telah diisytiharkan Hari Berkabung Malaysia, bagi menyambut kepulangan 20 mayat mangsa nahas kapal terbang MH17 yang ditembak Julai lalu. Di Belanda, proses pengecaman mayat masih diteruskan. Kita doakan semoga kesemua 40 lebih mangsa akan 'pulang' ke Malaysia.

Terimbas balik saya Subuh hari kejadian. Usai solat Subuh, entah kenapa terasa nak buka televisyen. Tertera di skrin, "Takziah untuk MH17". Saya sangkakan typing error. Tapi saya tengok channel lain pun sama. What happen?! Saya buka FB. Masya Allah, MH17 terhempas di Ukraine! Terasa macam mimpi! Bila kapal terbang milik syarikat penerbangan negara kita terhempas, dan dikatakan ditembak pengganas!! Ya Allah, apa salah mereka? Semua orang awam di dalam tu? Kenapa ditembak? Itu baru saya...entah apa perasaan hari keluarga pada waktu itu.

Sekelip mata, si isteri menjadi janda, si anak menjadi yatim, suami ditinggal sendiri, penantian seorang ibu dan nenek berakhir begitu sahaja. Wajah-wajah yang dirindu hilang, mungkin musnah dalam nahas itu. Sedih!! Masih rasa macam mimpi.

Kepulangan yang dinanti. Akhirnya 23 mayat berjaya dicamkan dan dibawa pulang. Dalam hiba, pasti ada syukur yang tak terungkap, mati mereka berkubur. Ada kubur untuk diziarah. Tidak meninggalkan harapan kerana denial. Suasana suram pada pagi itu. Seluruh Malaysia menanti ketibaan mereka. Hiba melihat ahli keluarga yang tidak dapat menahan sebak. Hiba melihat anak kecil yang tidak mengerti bahawa yang tersayang telah tiada.

Sejenak saya teringat pada ahli keluarga penumpang pesawat MH370. Yang telah beberapa bulan, tiada khabar berita, hilang begitu sahaja. Sayunya rasa. Alangkah baiknya jika ada pusara untuk dikunjungi. Sedikit sebanyak, masih ramai yang mengharap kepulangan MH370. Sedih...

Begitulah aturan hidup. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Aturannya yang penuh misteri semua pasti ada hikmahnya. Kita doakan roh2 mereka dicucuri rahmat dan kasih sayang Allah. Dan kematian mereka adalah kematian husbul khatimah. Dan kita yang masih ada ini, usah lama meratap hiba. Buatlah persediaan bertemu Ilahi, kerana bila-bila masa sahaja maut pasti menjemput.

Salam Takziah untuk ahli keluarga mangsa nahas pesawat MH17

Penyakit kencing manis:Peranan Suplemen Shaklee

Assalamualaikum

Hari ini mau bicara tentang kencing manis. Apa kencing manis?

Kencing manis bermaksud tinggi gula dalam darah melebihi paras normal. Simptom-simptom biasa kecing manis ialah seperti :

-kerap kencing
-sentiasa dahaga
-cepat letih dan lesu
-turun berat badan mendadak

Jika terdapat tanda-tanda demikian, sila dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.

Kesan-kesan kencing manis terutamanya pada kencing manis yang tidak terkawal ialah:

-kebas kaki tangan
-rabun
-luka yang lambat sembuh
-kulit yang mudah dijangkiti kuman
-tinggi risiko penyakit jantung
-tinggi risiko stroke

Rawatan kencing manis adalah menyeluruh. Dari ubatan, suplemen dan pengubahsuaian cara hidup. Makannya, senamannya, dan segala amalan gaya hidup sihat.

Sebagai doktor, kita dihospital membekalkan pesakit kencing manis dengan vitamin-vitamin tertentu. Ini menunjukkan, peranan suplemen atau vitamin adalah sangat signifikan dalam mengawal penyakit kencing manis. Samada merawat simptom komplikasi mahupun mengawal aras gula dalam darah. Namun begitu, di hospital, vitaminnya adalah terhad.

Banyak kajian pakar perubatan dan ahli sains menunjukkan betapa sesetengah suplemen sangat penting untuk penyakit kencing manis.

1)Zink
-zink adalah mineral yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh. Kajian menunjukkan peratus yang signifikan dikalangan pesakit kencing manis yang meninggaol akibat serangan jantung mempunyai aras zink yang rendah. Selain itu, zink membantu mengkoordinasi sistem imun badan. Pesakit kencing manis mempunyai sistem pertahanan badan yang rendah berbanding bukan pengidap. Jadi zink amat diperlukan sebagai perlindungan kepada pesakit kencing manis, dengan cara memperkukuhkan sistem imun pesakit

2)B Complex
-auplemen yang sangat diperlukan bagi memastikan kesihatan dan kelancaran sistem saraf. Pesakit kencing manis biasanya menghadapi komplikasi neuropathy (aaraf yang rosak). Gejala kebas-kebas hujung jari tangan dan kaki adalah simptom awal. Kajian juga ada menunjukkan bahawa kandungan vitamin B complex di dalam pesakit kencing manis adalah rendah berbanding biasa. Selain menyokong sistem saraf, B Complex juga sangat diperlukan untuk mengawal stress.

3)GLA
-gama linoleik acid adalah satu bahan yang membantu meningkatkan sensitiviti insulin dalam badan. Ia sekaligus membantu dalam mengawal aras gula dalam badan. Selain mengawal aras gula, GLA sangat bagus untuk kesihatan jantung.

Di dalam Shaklee, kami membekalkan anda 3 serangkai Set Kencing Manis ini bagi membantu anda mengawal simptom dan penyakit kencing manis ini sendiri.

Istimewanya Shaklee kerana vitamin Shaklee dihasilkan dari bahan semulajadi yang bermutu tinggi, selamat dan diyakini turun temurun.

Kawal penyakit kencing manis anda. Amalkan suplemen terbaik dari Shaklee. Di perakui melalui kajian demi kajian yang dijalankan.

Tapi...jangan lupa...suplemen bukan pengganti ubat. Suplemen menyokong dalam mengawal sesuatu penyakit itu. Sila teruskan ubat-ubatan anda.

Berminat dengan SET KENCING MANIS SHAKLEE?

PM saya

0187812078

FB Nurul Huda Ariza

Email nurulhudaariza@gmail.com

Juga untuk sebarang pertanyaan tentang Shaklee..

Senyum

Wednesday 20 August 2014

Aku yang dulu bukannya yang sekarang. #TheShakleeEffect

Berapa bulan ya saya dah bersama Shaklee?

Wah...dikira-kira dah 10 bulan saya dah bersama Shaklee. Hanya tinggal lagi 14 bulan untuk saya kejar target Master Coordinator. Eh! Pantas!! Mestila!! InsyaAllah.

Shaklee merubah saya dari pelbagai segi. Tak disangka saya yang dahulunya tak pernah endah pasal suplemen (biasa-biasa pasal kesihatan) sekarang saya sangat tak boleh kalau tak makan suplemen. Sebab saya dah rasa, betapa perlunya badan kita pada suplemen. Betapa rupanya tak sihatnya badan saya sebelum ni. Alhamdulillah, bila mengambil suplemen, datang sendiri untuk menjaga kesihatan sepenuhnya. Pemakanan yang dikawal, senaman yang berterusan.

Shaklee juga menjadikan saya hamba yang lebih hampir pada Pencipta. Bukan kerana Shaklee itu sendiri, tapi kerana individu-individu hebat dalam keluarga Shaklee Jutawan, iReach, Supermom, SMT. Menyertai Shaklee umpama menyertai kem memperkasa diri dan iman. Bersama dengan mereka-mereka yang disayangiNya, menjemput rezeki bukan sekadar promosi. Menjemput rezeki bukan hanya menjual sana sini. Tapi ianya jauh lebih pada itu. Menjemput rezeki dengan mengorat Pemberi Rezeki, zikir tak henti, qiamullail di dinihari, Dhuha tak berselang seli, solat fardhu waktunya ditepati. Segala-galanya tentang rohani. Alhamdulillah, rezeki datang dari Allah, yang pasti pahala berganda dengan amalan-amalan yang bertambah. Perkara yang baik jika dibuat berterusan, jika tertinggal rugi dan rindu rasanya. Bukan sekadar menjemput rezeki. Alhamdulillah.

Kalau dulu...saya ni bukanla jenis manusia yang sistematik. Ikut sempat aje. Perancangan semua dalam otak. Kemudian mulala bersimpang siur. Sejak berShaklee, rasa teratur sikit. Filingnya..nota-notanya. Jadual waktu waktu dan perkara yang nak buatnya. Wah...hebat gitu! Hehehe...macam bukan saya. Tapi...demi untuk berjaya, saya paksakan diri juga.

Saya manusia simple. Saya takde cita-cita yang kononnya beyond my capability. Cukup dengan apa yang ada, janji bahagia. Bila berShaklee, impian bukan sekadar pencapaian peribadi. Saya mula menyimpan impian demi impian untuk yang tersayang, untuk bangsa, untuk agama dan negara saya. Sesiapa sahaja boleh menggapai bintang jika dia mahu. Dakwah bukan sahaja diruang lingkup tertutup, dakwah lebih daripada itu. Sekarang, impian saya terlalu tinggi tapi saya yakin, tiada yang mustahil dengan usaha yang gigih dan izin Allah.

TheShakleeEffect. Yes it affected me a lot. I become a new fresh person. A person with full of dream and visions. A person who always believe, there is always a will if u wish. And a better Muslim, perhaps. Closer to the Al Mighty.

Alhamdulillah..

TheShakleeEffect!
YouCantDenyIt!

Tuesday 19 August 2014

Hai! Selamat Berkenalan!

Assalamualaikum

Nama saya Nurul Huda Ariza binti Abdul Razak. Saya seorang doktor. Kerja saya seharian mengadap dan melayan manusia dengan pelbagai kerenah.

Saya dah berkahwin dan dikurniakan 3 orang anak (setakat ini). Alhamdulillah. Anak saya yang sulung sekarang bersekolah di Sekolah At Taalim di Tahun 1. Yang kedua belajar di Brainy Bunch dan yang ketiga saya hantar ke nursery.

Tetiba mimpi nak cerita hal diri ye. Serba sedikitla tentang saya. Saya ni jenis simple orangnya. Senang nak berkawan dan bawak bincang. Kekadang tu ade jugak emonya. Tapi mesti cuba bersabar walau apa keadaannya.

Kerja saya sekarang 8-5 setiap hari. Letih juga. Lagi letih bila hati dok fikir..alahai, berapa jam sangat saya ada masa dengan anak-anak. Sampai setiap hari saya pasti berangan-angan...kalaulah saya boleh bekerja dari rumah.

Sekarang saya buat Shaklee as part time. Bermula dengan makan sendiri, saya sangat teruja untuk berkongsi kebaikannya dengan semua orang. Alhamdulillah, ramai yang dah dapat saya bantu. Saya sangat suka.

Saya masih dalam usaha ini. Usaha untuk menaikkan taraf diri, keluarga, agama. Saya nak jadi kaya untuk bantu mereka yang perlu. Saya nak keluar dari dijajah jadual kerja yang tak fleksibel. Saya teringin nak sedekah banyak-banyak kat Palestine. Saya teringin nak merantau seluruh pelosok Malaysia ni, bantu siapa yang memerlukan.

Saya masih seorang doktor. Jiwa saya sarat dengan semangat nak membantu. Bahagia bila dapat membantu orang.

Melalui kerjaya saya..melalui Shaklee.

InsyaAllah

Monday 18 August 2014

Wah!! Dapat bonus dari Shaklee!!

Assalamualaikum

Sharing sikit cerita bonus Shaklee ni. Terus terang saya kata, masa memula saya daftar Shaklee, takde saya kisah pun pasal bonus. Yang saya tau saya nak dapat harga ahli sebab saya yakin saya akan terus-terusan ambil Shaklee secara istiqomah sebab saya dah rasa kesan baik Shaklee pada badan saya.

Jadi, mana la nak tau rupanya Shaklee ada bagi bonus. Memang perlu cukup point baru layak dapat bonus. Belian saya bulan pertama rupanya dah melayakkan saya untuk dapat bonus. Asalnya saya tak tau menahu pun. Tapi bila tengok dalam FB semua orang sibuk cakap pasal bonus Shaklee, saya pun tergediks jugakla. Mana tau ada. Saya pun bukakla shaklee2u. Wah!! Hahaha...saya dapat bonus! Teruja wei! Walaupun hanya RM29 (bonus pertama saya) tapi siapa nak bagi kan. Tambah pulak memang tak disangka-sangka.

Itu baru beli untuk diri sendiri. Rasa berbaloinya saya makan Shaklee ni. Dan rasa sangat berbaloinya untuk setia dengan Shaklee. Mana taknya. Badan sihat, bonus pun Shaklee bagi setiap bulan. Alhamdulillah.

Bermula bonus kali pertama saya cari gali lagi sistem Shaklee (yang awalnya saya kaji konsep MLM yang Shaklee apply memang patuh syariah). Saya sangat suka! Dalam Shaklee, siapa kerja kuat, dia dapat hasil lebih. No such thing bila semakin tinggi rank, semakin lepak kita. No..no...kene berusaha. Adilkan..

Bonus Shaklee jadi motivasi saya untuk lebih gigih. Sebab setiap bulan dapat extra money yang saya boleh guna untuk macam-macam. Bagi extra kat mak bapak, belanja keluarga makan, bawak bercuti dalam Malaysia (InsyaAllah akan keluar negara) dan paling best dapat sedeqah kat orang yang memerlukan. Alhamdulillah. Tapi sebelum tu, bayar zakat dulu ye. Baguskan?

Dalam bisnes Shaklee Malaysia ni, hal kerohanian sangat ditekankan. Keberkatan dalam berbisnes pun penting. Jadi antara perkara penting yang selalu ditekankan upline-upline kami ialah Zakat. Alhamdulillah.

Bestkan Shaklee.

Anda jom la join saya. Bukan sahaja sihat tubuh badan, boleh jana pendapatan dan semakin dekat dengan Allah, InsyaAllah

Hubungi saya ye..

Nurul 0187812078
Fb Nurul Huda Ariza
Email nurulhudaariza@gmail.com

PROJEK JUTAWAN
KayaHartaKayaIman

Thursday 14 August 2014

Motivasi saya..dulu, kini, selamanya....

Dari sekolah menengah, ada 1 lagu nasyid yang sentiasa saya lagukan setiap kali dalam kesusahan, kesedihan, kegelisahan..Setiap kali dengar lagu ni, hati akan jadi tenang. Kita ingat kembali bahawa sandaran kita hanya Allah, tiada apa perlu dikeluh kesahkan..

Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Begitulah waktu senang jangan lupa daratan
Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa gunanya sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada Tuhan
Ingatlah biasanya kabus, tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiah dari Allah
Apakah kitakan sabar, ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari Tuhan

Inteam & Nazrey Johani
(Asal : The Zikr)

Perhatikan senikatanya..sangat menenangkan jiwa..

Wednesday 13 August 2014

Cinch Shake untuk abang sayang..:)

Assalamualaikum

Sejak saya makan Shaklee beberapa bulan yang lalu, sesekali saya suapkan jugak vitamin Shaklee ke mulut suami. Nak harap dia nak amik sendiri tidakla. Saya rasa, bukan sebab tak mahu makan, dia rasa sayang nak habiskan vitamin hasil titik peluh isteri dia berniaga ni, biarlah isteri sorang je perhabiskan. Auw!! Touching gitew!! Hehehe..

Saya pulak, memang nak Abang makan suplemen macam saya. At least konsisten dengan 1 pun jadilah (sekarang dah lebih satu..heheh). Di tempat kerja Abang, berat badan ideal amat dititikberatkan. So, rajin jugak Abang menimbang, nak make sure berat badannya ideal.

Dah kahwin 7 tahun, anak 3, senang hati tempat kerja pun dekat, nak tak nak 'membesar' jugakle sikit cik abang saya ni. Tak pun, dulu maybe ada spare tyre basikal, sekarang mungkin keretala. Lori tak kot..hehehe...so, abang kata, dia nak diet sikit. Masih berkira-kira, apa nak bagi abang makan..saya story pasal Cinch Shake..

Shake yang kaya protein untuk bina otot
Shake dengan 3 perisa:

Vanilla
Chocolate
Cafe Late

Shake yang mengenyangkan, sebagai ganti sarapan bagi yang berdiet

Cinch Shake termasuk dalam Slimming Programme Shaklee. Ataupun Inch Loss Program.

Diet yang baik adalah diet yang membakar dan menyingkir lemak berlebihan tapi mengekalkan malah membina otot...disinilah pentingnya Cinch Shake!!

Kebetulan waktu tu saya perlu beberapa uv nak cukupkan point, abang kata, orderlah Cinch Coklat untuk abang.

Maka bermula story abang dan Cinch Shake. Setiap pagi sebelum keluar bekerja, saya akan bancuhkan 2 scoop Cinch untuk abang dalam Shaker Shaklee kegemaran kami. Dah sejak berapa lama (sejak amal Cinch), cik abang dah tak risaukan sarapan...kekadang makan tengah hari pun abang tak ambil...kenyang katanya.

Abang kata, bagus betul Cinch ni. Saya pulak, yelah...spare tyre dah menyusut...tak boleh wat spare tyre dah...hehehe...abang pun nampak makin cergas...kalau dulu mungkin terlebih berat sikit, abang dok mengadu sakit lutut dan pergelangan kaki, sekarang tidak lagi!!

Yes!! Saya suka!! Shaklee memang banyak membantu kami sekeluarga dengan izin Allah.

Cinch Shake ada 3 perisa..pilih ikut kegemaran anda....semua pun sedap...

Anda mahu cuba?
PM saya ye..wakil Shaklee anda

Hp : 0187812078
Fb : Nurul Huda Ariza
Email : nurulhudaariza@gmail.com

Senyum

Vitamin Shaklee pertama saya..terus jatuh cinta!

Mengimbau kali pertama saya kenal Shaklee dulu bila tengok banyaknya iklan Shaklee dari Kak Marieah. Kebetulan pulak tengah berpantang. Serik makan produk-produk herba yang 'panas', baby dan saya pasti cirit.

Sebagai permulaan, saya mahu mencuba Shaklee tapi risau jugak samada saya sesuai dengan Shaklee atau tidak. Kata Kak Marieah, cuba 3 vitamin ni dulu.

Vitalea
Vitamin C SR
Vitamin B Complex

Hati sangat teruja. Yelah....seumur hidup tak pernah makan suplemen-suplemen ni. Excitednya rasa. Harap sangat berkesan untuk saya. Bila sampai pada saya vitamin 3 serangkai (sekarang dah jadi best friend saya), wow!! Colorful!

Vitalea warna hijau
Vitamin C SR warna putih
Vitamin B Complex warna kuning

Nampak macam besar Vitalea dan Vitamin C SR tu. Tapi senang aje menelannya sebab permukaannya yang licin. Vitamin C SR pulak saya lebih suka hisap sampai kecik sebab rasanya yang masam. Lepas 2 ke 3 hari lelangit saya mula sakit sebab menipis dok hisap vitamin C tu. Hehehe...macam kita makan asam masin. Sudahnya suami saya kata, telan aje la dengan air. Hehe..Vitamin B complex comel ajer, lagi mudah nak telan.

Begitulah bermulanya cinta saya dengan Shaklee. 3 serangkai yang saya tak pernah lupa walau ke mana sahaja saya pergi.

Badan saya semakin segar, susah nak jatuh sakit..semuanya ikhtiar dengan Shaklee dan dah tentu dengan izi Allah..

Vitamin 3 serangkai ini sangat bagus sebagai permulaan...sangat berkesan, sangat menyihatkan badan.

Anda juga perlu cuba Shaklee...dah cuba baru tau bestnya Shaklee ni....

Hubungi saya wakil Shaklee anda

HP 0187812078
FB Nurul Huda Ariza
Email nurulhudaariza@gmail.com

Senyum

Sunday 10 August 2014

You call it IslamicMontessori

Assalamualaikum

7 years in Seri Manjung, I never thought that I will at last send my children to a Montessori. A suburban area, Manjung is quite slow in term of education development compared to Ipoh and Kuala Lumpur. I was once nearly open a montessory here, but its Allah will, I've no budget that time.

Now, we have Brainy Bunch Islamic Montessori here. A very first year of the first montessory in Seri Manjung, and it is Islamic Montessory. Regardless of the fees (a lot more expensive then normal kindergarten here) I know, BB will provide the best for my Husna. The Islamic version of Montessori. Alhamdulillah.

I personally don't agree with the idea of normal kindergarten. A lot of homework to bring back home. A lot of books and it is quite burdening to the kids sometimes. My eldest, Faris Farhan had experienced that. Pity him. However, still my special thanks to his kindergarten school that he manage to hafaz many surahs and manage to read Al Quran once he entering standard 1. Alhamdulillah.

In Montessori, you don't have homework. Teachers guide you to experienced your life, yourself. How to wear clothes, how to pour water into the glass, how to connect with others, how to react in different situation, how to develop you own capabilities. Islamic Montessori, the kids were taught dua for each actions, respect others, how to become Imam in solah, why you should perform solah, started to memorize few surah as early as 6 months.

Islamic Montessori, where I hope Husna will develop her very own strong base. This age is crucial as its determined who you will be next. It is the time for parents to pour a colourful paint on them. It is the time when their brain absorb everything easily as a span. Whether it is good or bad, they will just follow us. It started at home. And it is a bonus when you can send your little one to Islamic Montessori, it helps you  a lot. Rather singing unnecessary song, they sing Islamic songs, remind us to Allah and Rasulullah.

It is still a long journey to my Husna. I pray to Allah that she will be a good Muslim, will be an example for other Muslim and will hold Al Quran tightly in her heart.

Amin

Kita Merancang, Allah Menentukan : Bila Bapak Jatuh Sakit

Jam menunjukkan 2 pagi. Baru lepas makan malam dengan mak di dapur sesudah pulang dari KPJ Ipoh.

2 hari yang hectic untuk kami sekeluarga. Apalagi teramatla hecticnya untuk bapak. Mengimbau kembali jam 11.30 pagi 7 Ogos 2014 (2 hari lepas) bila aku dapat panggilan bapak. Kata bapak dia di Jabatan Kecemasan Hospital Ipoh, sakit dada. Aku terus pening, bernafas pun tak lepas rasanya. Jika di Hospital Manjung, senang segera aku ke sana. Ditambah dengan patah tapak kakiku yang masih sakit ini. Ya Allah, aku harus segera pulang. Pantas, aku buat panggilan pada abang. Aku katakan pada abang, aku mahu segera pulang ke Ipoh, bimbang dengan keadaan bapak dan aku pasti bapak juga memerlukanku.

Tengahari, abang dan Syukri pulang, terus kami ke Hospital Ipoh. Sesaknya Hospital Ipoh. Manusia dengan pelbagai penyakit dan kesakitan memenuhi Jabatan Kecemasan. Kami tak dibenarkan masuk beramai-ramai. Aku pergi dapatkan bapak. Ku lihat bapak terduduk di atas katil di satu sudut di dalam Jabatan Kecemasan. Ketika itu jam sudah menunjukkan hampir pukul 5 petang. Bayangkan, sejak 10.30 pagi bapak disitu, tanpa sebarang intervensi. Bila ditanya, wad masih penuh. Aku teringat pula jiran pada staffku di Hospital Manjung. Katanya suaminya salah seorang Doktor Pakar di Jabatan Kecemasan. Tanpa berlengah kudail nombor telefonnya dan bertanyakan hal bapak. Sepanjang pengetahuan Doktor Hasri (bukan nama sebenar) bapak hanya mendapat serangan ringan. Alhamdulillah, sedikit lega. Namun jauh disudut hati aku sangat kasihan melihat bapak gelisah berjam-jam tunggu di Jabatan Kecemasan dan tiada seorang pun doktor lain yang datang menjenguk selepas kali pertama jam 10.30 pagi tadi.

Aku mula terfikir. Lebih baik bawa bapak keluar, masuk ke hospital swasta, pasti lebih selesa keadaannya, InsyaAllah. Nak dimarah, aku amat faham keadaannya di Hospital Ipoh ni. Sesak dan penuh sentiasa. Dan sekarang aku faham kenapa sesetengah keluarga lebih sanggup berhabis duit membawa keluar ahli keluarga yang sakit dihospital kerajaan untuk ke hospital swasta. Baru aku faham. Segala-galanya untuk yang tersayang. Aku berbincang dengan adik-adik. Selaku anak sulung, aku membuat keputusan untuk membawa bapak ke hospital swasta. Ku tanyakan pada adik-adik berapa simpanan yang mereka ada, takut-takut jika perlu diguna untuk uruskan kemasukan bapak ke hospital swasta nanti. Alhamdulillah, aku mempunyai adik-adik yang sangat baik. Adik iparku juga sanggup mengeluarkan duitnya untuk kesihatan dan keselesaan bapak. Pun terharu, air mata ku tahan kerana tidak mahu bapak lebih bimbang. Mak ku lihat tabah dan tenang. Walaupun hakikatnya aku kenal raut wajah itu, tapi kami semua harus kuat demi bapak. Aku membuat beberapa panggilan ke beberapa hospital swasta disekitar Ipoh. Hospital Fatimah, fully bed. Hospital Pantai, fully bed. KPJ Ipoh masih ada tapi memerlukan RM4k sebagai deposit. Agak mahal untuk kami sekeluarga. Akhirnya aku berjaya menghubungi Perak Medical Centre, deposit hanya RM2k. Alhamdulillah.

Kami pun terpaksa membawa keluar bapak. Demi keselesaan. Walaupun ketika itu sudah jam 8 malam, bapak baru sahaja berjaya dimasukkan ke dalam wad kerana wad baru sahaja kosong. Kebetulan, ada kawan bekerja diwad itu, saya terus menelefon Dr Tasnim dan menyatakan hasrat kami sekeluarga untuk membawa bapak keluar. Saya jelaskan pada Tasnim, dia faham. Saya tidak mahu pihak wad salah faham dengan tindakan kami membawa keluar bapak. Bukan kerana tidak puas hati, tetapi kami mahukan yang terbaik untuk bapak. Kata bapak, nak solat pun susah. Urusan dibuat, setelah semua dokumentasi didalam wad siap, kami pun membawa bapak ke PMC.

Kami tiba di PMC jam 10pm lebih. Ku lihat bapak dah keletihan. Kecil sahaja hospitalnya tapi mempunyai physician, general surgoen. Agak mampu untuk kita bayar berbanding hospital swasta yang lain. Teringat aku baru-baru ini sepupu baru sahaja discharge dari PMC, pembedahan appendicitis hanya RM3k berbanding RM6k di KPJ. Sudah tentu, jika lakukannya di hospital kerajaan, jauh lebih murah. Di PMC, kami perlu menunggu doktor tiba. Dalam sejam lebih, kerana doktor mahu keputusan darah siap baru harus memanggil dia. Baru aku perasan, tiada keputusan 'Cardiac Enzyme' disertakan bersama. Sekali lagi aku message Dr Hasri, Pakar di Hospital Ipoh tadi. Terkejut dan menyedihkan, rupanya bapak bukan terkena serangan ringan. Tetapi agak serius. Tahap enzim jantung bapak meningkat. Itu menunjukkan bukan serangan jantung biasa. Bapak tiada darah tinggi, bukan perokok, bapak juga pengamal gaya hidup sihat. Jarang sekali makan berlebihan, rajin bersenam dan menjaga kesihatan badan. Tapi, jika Allah kata kun fayakun, tiada yang mustahil bagiNya. Tambahan arwah wan meninggal kerana serangan jantung. Itu sudah cukup kuat mengaitkan bapak dengan sakit jantung. Ok, bertenang Nurul. Aku harus tenangkan diri. Jika di hospital tempat aku bekerja, NSTEMI masih dirawat secara konservatif, maksudnya dengan ubat-ubatan. Bila Dr Ngo (bukan nama sebenar) tiba, dia kelihatan agak bimbang melihat keputusan darah bapak. Aku amat faham, jika diswasta sudah tentu mereka mahu terus melakukan angiogram dan kemudian angioplasty jika perlu. Saya terangkan pada Dr Ngo, saya sangat faham situasi bapak dan buat masa ini saya mahu bapak meneruskan rawatan konservatif dan jika perlu, barulah kita buat ikut keperluan. Dr Ngo menerangkan dengan teliti kepada semua dan aku perlu menandatangani pengesahan bahawa kami tidak mahu intervensi pembedahan buat masa sekarang. Prosedur biasa untuk kami dihospital. Aku juga selalu lakukannya dulu jika pesakit enggan mengikut rawatan yang kami cadangkan.

Alhamdulillah, masuk ke bilik single di PMC, bapak nampak sangat selesa. Ubat dimulakan. Bapak perlu 24 jam dengan drip. Cuma ketika solat bapak akan cabut untuk sementara waktu. Hampir pukul 12 tengah malam ketika itu. Kami pastikan bapak ok, kami pulang kerumah mak bapak di Taman Meru, mak tinggal menemani bapak. Mak pun dapat katil yang selesa. Kami betul-betul lega dan bersyukur. Duit boleh dicari, tapi mak bapak kita 1 sahaja dalam dunia ni.

Esoknya, selesai sarapan, kami terus ke tempat bapak. Siti dan Zuwairi sekeluarga ambil shift petang. Nampak bapak sihat tapi kata bapak ada sikit-sikit rasa sakit dada tapi lebih baik dari semalam. Ramai yang datang mengunjungi bapak. Bapak memang disayangi ramai. Kawan-kawan sekerja, jemaah masjid, jiran tetangga, saudara mara. Tetapi aku kurang bersetuju menerima kunjungan berterusan begitu. Bapak tiada peluang untuk betul-betul berehat. Jika dihospital kerajaan, pesakit CCU tidak dibenarkan melawat. Hanya waris terdekat sahaja. Apa boleh aku buat, demi menjaga hati orang yang lebih tua. Cuma aku terus berdoa agar bapak terus sihat dan boleh cepat keluar dari hospital.

Petangnya.....kisah ini masih panjang...pastinya berakhir dengan baik tetapi perjalanannya agak sukar untuk kami sekeluarga. Tiada tangisan demi memberi semangat pada bapak...nantikan sambungannya...

Saya, Shaklee dan Raya

Bila tiba hari raya, semua insan bergembira...lalalala...tak kira tua, muda, miskin, kaya..

Antara kegembiraan saya, saya boleh menyusun balik jadual biasa pengambilan vitamin Shaklee saya. Dan saya boleh makan Lecithin dan Omega untuk pastikan lemak-lemak berlebihan dapat disingkirkan segera. Almaklum...puasa wei..semua juadah mesti nak rasa. Tapi kesihatan mesti jaga juga.

Lepas sarapan pagi, sebelum solat hari raya, saya ambil:

Vitalea
Vitamin C
Vitamin B Complex

Vitamin 3 serangkai kesayangan saya, yang saya tak pernah tinggal walau ke mana saya pergi pun.

Minum pagi, dalam pukul 10...saya akan ambil:

ESP 1 sudu+Mealshakes 1 sudu+Kolagen
Alfalfa 5 tablet

Tengahari selepas makan saya akan ambil Lecithin 3 kapsul..(tersingkir lemak-lemak)

Minum petang saya minum ESP 2 sudu dengan Alfalfa 5 tablet

Selepas makan malam Omega Guard 3 biji dan VIVIX 1 sudu kecik

Sebelum tidur saya ambil Ostematrix dan Vitamin E

Wah!!! Padatnya jadual pengambilan vitamin saya. Best! Saya sangat suka! Asalkan badan saya sentiasa sihat dan bertenaga, kulit pulak halus mulus. Sangat berbaloi!!

Raya....sempat ke? Mestila sempat...bawak je dalam bekas ubat kecik-kecik tu.

Paling best bila ramai orang menegur, kulit cantik, anak 3 pun selim melim lagi...hehehehe...kembang hidung tau...abang pun sengih je...

Siap sempat promo Shaklee lagi. Ada yang berminat. Nasib baik ada bawak stock balik kampung..

Pendek kata, Shaklee memang best. Anda pun patut cuba.

Untuk pertanyaan lanjut, jom kita sembang-sembang..hubungi saya.

Nurul 0187812078
Fb Nurul Huda Ariza

Shaklee Independant Distributor anda

Testimonial GLA-Hebat!

Assalamualaikum

Sempena promo GLA ni, saya pun terpanggil nak membaca lebih tentang GLA. Memang saya dah tahu kebaikan-kebaikan GLA dan fungsi-fungsinya malah saya sangat yakin dengan semua produk keluaran Shaklee.

Wow! Hebat betul testimonial Shaklee ni. Semuanya dari pelanggan-pelanggan Shaklee yang dah jatuh cinta dengan Shaklee

Testimonial 1
GLA jadi ikhtiar pelanggan yang ada masalah cyst dalam rahim ni. Bila ada masalah cyst, agak sukar untuk mengandung. Alhamdulillah selepas konsisten makan GLA, cyst jadi megecut dan akhirnya pelanggan ini mengandung. Suke!

Testimonial 2
Semua orang tahu GLA terkandung dalam EPO. Ramai makcik-makcik jadikan GLA sebagai ikhtiar untuk atasi simptom-simptom premenopause dan menopause. Rasa mudah panas (hot flush), sensitif. Alhamdulillah, berkesan membantu mengurangkan simptom-simptom ini

Testimonial 3
Pelanggan ini menghadapi masalah kitaran haid yang tak teratur. Dah berkahwin beberapa tahun masih belum dikurniakan zuriat. Susahnya untuk merancang untuk mengandung jika kitaran haid tak teratur. Bila mencuba GLA dan ambil GLA secara konsisten, Alhamdulillah, kitaran haid dah teratur, mudah untuk mengira waktu subur. Semoga mudah pula mengandung selepas ni, InsyaAllah.

Banyak lagi testimonial hebat GLA ni. Walaupun pelanggan-pelanggan biasanya mengambil GLA kerana masalah wanita tapi anda juga dapat manfaat lain.

GLA juga membantu mengurangkan paras kolesterol (Omega 6), selain dari mengawal simptom premenses seperti bengkak dan sakit buah dada dan tekanan berlebihan.

Alhamdulillah. Banyak ikhtiar kita untuk tubuh yang lebih sihat.

Jika anda berminat untuk GLA, sila PM saya

Facebook : Nurul Huda Ariza
Whatsapp : 0187812078
Blog : www.akudoktormuslim.blogspot.com

Thursday 7 August 2014

GLA Complex Shaklee - Banyak kebaikannya

Assalamualaikum

Bila disebut GLA, pasti ramai yang tak tahu apa itu GLA. Tapi kalau saya sebut EPO (Evening Primrose Oil) mesti semua orang tau kan. Terutamanya adik kakak diluar sana, kaum Hawa la.

GLA sebenarnya kandungan di dalam EPO. GLA (gamma linoleic acid) memainkan pelbagai peranan penting untuk tubuh. Cumanya, badan kita tak boleh hasilkan GLA ni sendiri. Jadi kenalah ambil suplemen GLA.

Kenapa GLA Complex? Kenapa Shaklee tak namakan EPO aje?

GLA Shaklee diekstrak daripada pokok Borrage. Bunganya. Minyak Borrage mengandungi 2 kali ganda lebih GLA dari EPO. Dah tentu Shaklee nak sediakan yang terbaik untuk pelanggannya.

Kenapa pulak Complex?

Sebab, GLA dicampur bersama minyak bunga matahari dan Vitamin E. Bukan kebaikan GLA sahaja yang kita dapat, Vitamin E juga.

Antara manfaat utama GLA:

-mengawalselia hormon-GLA banyak diguna untuk menstabilkan hormon terutama bagi mereka yang mempunyai masalah haid yang tak teratur, sekaligus membantu merancang untuk mengandung

-GLA juga terbukti berdasarkan testimonial seluruh dunia sangat membantu mengurangkan simptom PMS (Premenstrual Simptom) seperti breast pain, kembung perut, juga membantu mengawal simptom menopause dan premenopause seperti hot flush.

-GLA membantu mengurangkan radang sendi dan kesakitan dan bengkak-bengkak sendi terutama bagi pesakit Rheumatoid Arthritis

-GLA mengurangkan kesan kerosakan saraf akibat penyakit kencing manis, sekaligus mengurangkan masalah kebas-kebas pada pesakit kencing manis

-GLA sangat membantu dalam rawatan penyakit kulit seperti eczema, dermatitis dan juga kelemumur

Sangat banyak kebaikan GLA yang saya nak kongsikan. Banyak kajian pakar-pakar perubatan berkaitan kebaikan GLA yang sangat bagus untuk kesihatan kita.

Anda boleh PM saya untuk pertanyaan lanjut dan pembelian GLA.

Nurul 0187812078
FB : Nurul Huda Ariza

Shaklee Independant Distributor

Senyum

Anak Soleh Anak Hebat

Menjadi impian ibu ayah memiliki anak yang soleh. Hebat ilmunya, akhlaknya, imannya. Sejuk mata memandang, sejuk hati yang mengandungkan.

Muhammad Faris Farhan Al Hafiz
Nur Izzatul Husna Al Hafizah
Nur Fathin Hanani Al Hafizah

Anak-anak ibu yang hebat
Anak-anak ibu yang soleh solehah
Anak-anak ibu yang akan bersama ibu disyurga

Impian ibu agar anak-anak ibu menjadi pejuang agama, penjaga Al Quran, menghafaz 30 juzuk Al Quran siap dengan memahami Al Quran dan mengajarkannya pula pada yang lain.

Muhammad Faris Farhan...

Faris anak sulung ibu. Abang dan contoh untuk adik-adik. Faris mesti menunjukkan teladan yang baik pada adik-adik, Farislah yang menjadi harapan ibu untuk menjaga keluarga kita membantu ayah. Suatu hari, Faris pasti akan menghafal Al Quran, menjadi ulamak yang disegani dan menjadi rujukan semua orang. Berakhlak tinggi, dekat dengan Allah dan Rasulullah. Dunia Faris cemerlang, akhirat lebih-lebih gemilang. InsyaAllah

Nur Izzatul Husna...

Puteri ibu. Cinta ibu. Al Quran kan penuh di dada. Dibibir hanya melantun bicara bermakna, santun muslimah menjadi idaman yang soleh. Menjadi srikandi agama, kebanggan ayah dan ibu. Islam dijunjung walau kemana. Dunia dan akhirat berjaya keduanya

Nur Fathin Hanani...

Si cilik comel ibu. Terkedek mengatur langkah. Jiwanya besar, cita-cita Islami setinggi gunung. Al Quran menjadi nyanyian anak ibu ini, Al Quran menjadi bahan cerita dan teladan untuk Fathin. Dunia bertuah atas adanya dia, syurga menunggu kedatangannya, kedatangan kita semua.

Anak-anak ibu...

Yang baik-baik aje untuk anak-anak ibu.
Ya Allah, bimbinglah kami ke jalanMu
Jadikanlah anak-anakku soleh, anak-anakku hebat.

Amin

Tuesday 5 August 2014

Impian yang belum terlaksana

Saya ada 1001 impian. Sekecil-kecil impian hinggalah ke impian yang besar-besar. Satu persatu impian saya catitkan sejak berShaklee. BerShaklee seolah-olah memberi harapan untuk melaksanakan impian-impian saya. BerShaklee juga mendorong saya untuk berani bermimpi.

Dalam banyak-banyak impian, satu yang paling lama dah saya impikan. Menunggu tika dan saatnya untuk menjayakannya. Entah sampai bila nak tunggu, saya sendiri pun tak pasti.

Menulis buku...

Impian yang dah sekian lama dan hampir berkubur. Saya suka menulis. Dari sekolah saya suka mengarang puisi. Dan banyak cerpen dan novel tak sudah milik saya. Pindah sana-sini, cerpen entah ke mana, novel apatah lagi.

Bila masuk universiti, saya mengarang banyak puisi. Saya simpannya sebagai koleksi peribadi saya. Ada sekali dua saya hantar untuk pertandingan peringkat universiti, walaupun tak mendapat hadiah utama, tetap rasa gembira kerana hasil tulisan saya dipamerkan.

Saya sudah mengarang 3 novel yang tak sudah. Semuanya hampir 100 mukasurat tetapi hilang begitu sahaja bila komputer saya di reformat. Saya pun lupa nak save dalam usb or cd. Semuanya kisah kehidupan, yang sarat dengan nasihat dan keinsafafan.

Terlalu ingin menulis buku...

Kerana saya nampak jalan dakwah disitu. Saya amat berharap, tulisan saya memberi impak besar pada pembaca. Memberi pahala yang berterusan kepada saya. Dan membantu saya muhasabah diri untuk jadi yang lebih baik, memdorong untuk saya lebih gigih mempraktikkan hobi membaca.

Orang kata saya ada bakat. Orang kata. Saya penuh dengan keraguan dan ketidakyakinan. Mampukah saya? Berjayakah saya? Haish....belum mula dah fikir merepek2.

InsyaAllah..

Satu hari nanti...satu hari nati

Kalau aku kaya

Saya orang biasa-biasa. Saya tak pernah ada cita-cita yang menggunung tinggi. Tak pernah terfikir nak ada rumah besar dan mewah, duit berkoyan-koyan, kereta mewah, tak pernah. Saya orang biasa yang nakkan kehidupan yang biasa.

Tapi sejak akhir-akhir ni, pelbagai perkara yang buat saya rasa saya perlu jadi kaya. Kaya harta, bebas hutang, kaya juga dengan iman.

Bila mak bercerita tentang rumah yang dipenuhi anai-anai, hanya menunggu masa nak roboh, maka terfikirlah saya. Kalau saya kaya, sekarang jugak saya renovate rumah mak bapak tu. Tak perlu lagi mak dan bapak runsing-runsing.

Dunia sekarang menyaksikan penindasan pada umat Islam. Tak payah pandang jauh, di Malaysia sendiri, umat Islam bagai dijajah minda dan hartanya. Tercabar melihat aset-aset, tanah-tanah kebanyakan dah menjadi milik mereka. Kalau saya kaya, saya akan beli seberapa banyak tanah yang boleh dan saya akan wakafkan untuk yang memerlukan.

Saya mengenali rapat seorang ibu tunggal (suami meninggal) 4 anak ini. Saya sangat kagum dengan ketabahan dan kesungguhan beliau membesarkan anak. Tak perlu sedekah, tak perlu simpati. Disuarakan impiannya pada saya, untuk memiliki rumah sendiri. Ya Allah, kalau saya kaya, saya akan hadiahkan sebuah rumah untuk Kak Zara dan anak-anak.

Waktu ini, umat Islam di Syria dan Palestine dinafikan hak kemanusiaan mereka. Nyawa mereka umpama dihujung tanduk. Apalah daya mampu kita yang jauh, harap sedekah dan doa yang tidak pernah putus untuk mereka. Saya rasa agak terkilan kerana tak dapat menyumbang banyak untuk mereka. Kalau saya kaya, akan saya pastikan setiap bulan sekurang-kurangnya 2k saya akan salurkan untuk mereka.

Ya Allah, pentingnya untuk aku menjadi kaya kerana banyak peranan besar yang perlu aku laksana. Dan sesungguhnya orang Islam yang kaya itu lebih baik dari orang Islam yang miskin.

Aku mahu kaya, kaya harta, kaya iman.

InsyaAllah.

(Sekarang saya melangkah dalam dunia Shaklee. Andai ada keberkatannya disini, saya mohon pada Allah, bukalah peluang kekayaan seluas-luasnya untuk saya melalui Shaklee)

Amin, Ya Rabb...