Thursday 22 October 2015

Nutriwhite Skin Care from Shaklee

Assalammualaikum .
Semoga sihat selalu. Maklumlah jerebu tinggi ni kan. Jangan lupa minum air lebih ye.

Hari ni saya nak kongsikan keistimewaan nutriwhite.
Time jerebu ni mesti selalu basuh muka tau. Tak nak kekotoran debu tu melekat kat muka kita.

��KEISTIMEWAAN NUTRIWHITE
1- Dibuat khas oleh saintis Jepun untuk kulit orang Asia.
2- Diperkaya dengan 16 jenis tumbuh-tumbuhan terbaik dari 16 buah negara.
3- Sesuai untuk jenis kulit combination (oily&kering)
4- Sesuai untuk semua umur

CARA PAKAI IKUT TURUTAN

��1- MAKE UP REMOVER
- Ada buah bic dgn elovera
- basahkan muka dulu
- guna sikit je... apply kat muka (besar biji kacang)
- Urut dari bawah ke atas (dagu sangat penting)
- guna jari hantu & jari manis utk urutab muka
- boleh guna scrub seminggu sekali (kalau banyak black head)
- sesuai untuk kulit yang kering, jadikan as pencuci muka
- Guna setiap hari

��2- CLEANSER
- Ada berries & tumbuh2an lain
- bantu utk lembutkan kulit & cerah
- cuci muka minimum 3 kali sehari

��3- SOFTENER @ TONER @ SOOTHING
- guna facial kapas
- kepitkan 2 tangan
- tap tao je kat muka...bukan gosok
- kecilkan liang roma kulit muka
- Bagi nutrien kat kulit kita

��4- ESSENCE
- Guna sket je, guna jari manis & jari hantu
- berries & soya khas utk putihkan kulit
- molekul lebih kecil berbanding cream
- tak berminyak dan tak melekit
- sapu nipis-nipis je

��5- ULTIMATE PROTECTION
- sunblock SPF 15
- uv protector
- kena pakai walaupun duduk dalam rumah
- kena mula pakai start dr awal 20 an.. supaya dah tua nnti tak naik banyak jeragat

��SPOT WHITENING
- sikit2 je
- tempat2 tertentu -parut, jeragat, jerawat
- tekan pen tu, terus sapu pada tempat tu

��MALAM
- pakai essence (lebih kecil molekul)
- pakai night cream (ringan) - kulit boleh bernafas
- rehatkan sel kulit muka ( stimulate untuk fresh kan sel, dan hasilkan sel2 baru)

��KOLAGEN MASKER
- 1 paket collagen + softener nutriwhite
- kalau nak jimat, 1 paket kolagen bahagi 3.

Jadi, sesiapa yang berminat dengan organic skincare Shaklee ni, jom PM saya

Nurul
0187812078
Shaklee Independent Distributor

Wednesday 21 October 2015

Perlukah Portable Water Filter?

Assalamualaikum

Hari ini setelah banyak hari Malaysia dilanda jerebu teruk, sekolah masih diisytiharkan tutup. Entah bila keadaan ini akan berakhir.

Ramai pesakit datang ke hospital sejak kebelakangan ini. Rata-rata sakit kepala, batuk, selsema dan ramai dikalangan kanak-kanak datang dengan masalah muntah-muntah. Saya perasan sejak jerebu semakin teruk ini menjadi-jadi pula muntah dikalangan kanak-kanak ini.

Jerebu ini lebih teruk di Indonesia. Debu kuning dengan kandungan sulfur yang tinggi, merbahayakan kesihatan. Kita juga sesikit sebanyak akan terkena tempiasnya.

Saya membayangkan air takungan kita di kawasan tadahan hujan sana. Juga ditempat pemprosesan air. Ada kemungkinankah debu-debu jerebu ini menyerap ke dalam air? Dan klorin sama sekali tidak menyahkan debu-debu ini.

Bimbang, saya bimbang kanak-kanak itu muntah-muntah kerana air yang tercemar. Bukan dengan organisma, tetapi dengan logam merbahaya. Siapa tahu? Memang saya tiada bukti, tapi saya sendiri mengambil ikhtiar memastikan anak-anak saya mendapat sumber air yang bersih.

Bagaimana?

Rebus air 100°C?

Tak cukup. Cara terbaik ialah dengan menapis air itu. Dan penapis yang di gunakan perlulah yang terbaik kualitinya, yang mampu menapis segala logam merbahaya agar tidak terminum dek kita.

Dah kaji-kaji, rasa kagum dengan Penapis Air Shaklee. Mudah alih, ringan, filternya tahan hampir setahun. Paling menarik, kanak-kanak pun boleh puji air jadi sedap setelah ditapis oleh Penapis Air Shaklee.

Tengok rata-rata sahabat Shaklee membeli Penapis Air Shaklee ini. Tak perlu lagi beli air mineral. Hanya tapis air direct dari air paip, terus boleh diminum. Filter karbonnya mampu menapis semua logam-logam berat dan merbahaya dari masuk dalam perut kita.

Saya, ikhtiar ini untuk lebih selamat, lebih sihat. Taknak saya merisikokan anak-anak dengan air tercemar. Sedangkan udara kita sekarang pun semakin dicemari.

Jika sesiapa berminat untuk mendapatkan Penapis Air Shaklee ini, bolehlah hubungi saya

Dr Nurul
0187812078
Shaklee Independent Distributor

Sama-samalah kita ikhtiar untuk hidup yang lebih sihat dan selamat.

InsyaAllah

Sunday 4 October 2015

Anak-Anak Syurga Pinjaman Allah Paling Berharga

Mendapat berita kematian anak seorang kawan, rasa sangat terkejut dan sedih.
 
Tapi, beruntunglah dirimu wahai anak, syurga buatmu. Beruntunglah dirimu wahai sahabat, sudah ada yang menantimu disyurga sana.
 
Saya teringat kisah di zaman Rasulullah atau sahabat (minta maaf saya tidak pasti secara tepatnya).
...
 
Seorang anak tewas dimedan perang. Diketahui si ibu, tidak si ayah yang masih belum pulang.

Sampai si suami, isteri solehah itu menyiapkan makan minum, menghidangkan santapan terbaik untuknya.

"Wahai suamiku, jika seorang memberi pinjam sesuatu kepada kita dan dia ingin meminta balik barang yang dipinjamkan itu, apa katamu?"

"Dah tentu kita wajib pulangkan. Itu bukan hak kita kerana itu hanya pinjaman sahaja." Jawab suami bersahaja.

"Wahai suamiku, ketahuilah bahawa Allah telah mengambil kembali pinjamanNya kepada kita. Sesungguhnya anak kita terkorban dimedan perang dan telah kembali kepada Dia".

Hebat pinjaman Allah untuk kita. Terbayang mata-mata comel itu yang ibu sangka milik mutlak ibu.

Terlupa ibu anak-anak ibu ini pinjaman Allah, amanah Allah untuk.ibu ayah yang perlu dijaga rapi dan baik-baik.

Semoga Allah mengizinkan ibu meminjam anak-anak ibu lebih lama, semoga Allah beri taufik hidayah kepada ibu ayah untuk memikul amanah berat ini kerana ibu sangat berharap agar ibu pulangkan pinjaman ini kepadaNya dalam keadaan terbaik, sebagaimana DIA pinjamkan pada ibu ayah bermula beberapa tahun dahulu.

Sesungguhnya, setiap sesuatu yang ada didunia ini bukan milik kita. Ia hanya pinjaman dari Allah kerana ihsan dan kasihNya pada kita.

Usrah : Saidina Abu Bakar As-Siddiq

Usrah Rabiatul Adawiyah
 
Kami bercerita tentang Saidina Abu Bakar.
 
Terharu dan sedih mengenangkan AsSiddiq
 
Di saat tiada siapa percaya pada Rasulullah, Abu Bakar sentiasa membenarkan baginda
...
 
Disaat hijrah ke Madinah, Abu Bakar mengawal rapi Rasulullah

Disaat Rasulullah hampir dipatuk ular ketika tidur, Abu Bakar yang dipatuk, tetap menahan sakit demi tidak mengganggu sahabat yang terlena

Disaat Rasulullah wafat, Abu Bakar mengingatkan ummat bahawa jika kamu beriman kepada Allah, maka Allah itu kekal selama-lamanya, dan jika kamu beriman kepada Muhammad semata mata ketahuilah bahawa Muhammad telah wafat.

Dikala Abu Bakat menginfakkan seluruh hartanya semasa Perang Tabuk, bila ditanya aoa yang ditinggalkan untuk anak dan isteri, cukup ALLAH dan Rasul kata Abu Bakar.

Abu Bakar As Siddiq r.a

Saya Doktor Biasa : Bersyukur Dengan Apa Yang Ada

Di satu sudut di bahagian menunggu klinik...

Terperasan dari tadi ada seorang aunty India berseorangan. Seperti menunggu seseorang. Tidak dapat berfikir atau bertanya banyak, saya meneruskan kerja.

Kebetulan...

Aunty masuk bilik saya apabila nombornya dipanggil. Setelah selesai rawatan, saya bertanyakan perihalnya.

Aunty sudah kematian suami, anak-anak pula jauh di perantauan. Aunty tiada telefon bimbit, juga tiada duit yang banyak.

Aunty mari dengan siapa? Nanti mau pulang dengan siapa?

Kebetulan, ada jiran yang baik hati mahu tumpangkan. Tapi bila balik, aunty perlu tunggu, tidak tahu sampai pukul berapa jiran itu akan ambil. Hendak naik bas, tidak cukup duit, apalagi teksi.

Sebak.

Aunty berjalan perlahan keluar dari bilik. Mahu ambil ubat di farmasi. Hati saya tidak senang. Sungguh kasihan pada aunty. Dalam kepayahan, patuh sungguh pada arahan doktor dan pengambilan ubat.

Nota RM20 yang telah saya asingkan pagi tadi saya keluarkan. Dan doa saya pada Allah pagi tadi, mungkin inilah jawapannya. Saya mohon, Allah pertemukan saya dengan sesiapa sahaja untuk saya bantu hari ini, dan saya mohon Allah permudahkan urusan saya seterusnya.

Aunty tadi menangis. Saya terharu dan sangat bersyukur. Susah nak diceritakan kepuasannya.
Semoga selamat perjalanan aunty pulang kerumah. Saya booking satu teksi untuk aunty. Dan saya rasa amat bahagia.

(Sekeliling kita, begitu ramai orang susah dan memerlukan. Doktor, janganlah terus menyalahkan pesakit yang defaulted, siasat punca dan sebab, kerana ramai yang tak mampu untuk sampai ke hospital begitu kerap. Tiada kenderaan, tiada wang yang cukup, tiada saudara terdekat untuk membantu)

Dan kita yang ada semua ni, banyak banyaklah bersyukur.

Alhamdulillah

‪#‎ilovemyjob‬
‪#‎sayadoktorbiasa

Nasihat Untuk Doktor Baru Yang Stress

Assalamualaikum

Nasihat dari saya doktor tua untuk adik-adik doktor baru yang stress di luar sana.
Nak quit ek? Stress ek? Baca ni dulu....
Adik saya di bawah ni dah jadi MO pun..

--------------------------------------------------------------------

Wslm. Adik buatla apa yang patut. Istikharah. Solat taubat, solat hajat. InsyaAllah, yang terbaik akan Allah pandu kita.

Kekadang kita sayang nak lepaskan sesuatu sebab dipandangan kita dan manusia lain sesuatu itu bagus, hebat, indah, baik. Tapi adakalanya yang kita rasa best sangat tu, bukan yang terbaik untuk kita.

Feb 28

Pada akak, it is not a waste kalau Adik stop medic pun. Waste pada kita manusia. Tapi tak pernah berkurang pahala Adik menuntut ilmu dan berkhidmat selama ni. Itu dah kita 'simpan' dalam 'tabung pahala' untuk bekalan disana. Tak rugilah. Apa yang kita terlepas, yakin Allah pasti akan gantikan yang lebih baik

Feb 28

Apapun, Akak harap Adik buat keputusan yang terbaik. Keputusan yang meraih redha Allah, redha suami, anak-anak, ibu ayah. Baca ayat seribu dinar banyak2. Semoga Allah tunjuk jalan yang terbaik untuk Adik

Kita berbalik pada tujuan hidup kita. Tak kira dengan cara apa, dengan siapa kita, yang penting apa kita buat, kita disayangi Allah.

Chill..jangan sedih-sedih. Redah je apa yang Allah dah susun untuk Adik. Semoga terpijak duri, terhiris pisau tu menjadikan Adik hamba yang lebih dekat. Allah tak uji kita dengan sesuatu yang kita tak mampu, remember?

K, take deep breath. Any decision, I will always support you. I am a doctor until today and yet, I am thinking of quitting everyday..tau.

‪#‎ilovemyjob‬
‪#‎sayadoktorbiasa‬

Monday 21 September 2015

16 September 2015 : Malaysian, Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Roboh

Uncle lingkungan 60an itu masuk ke bilik. Masih tegap, pantas geraknya.
Selesai pemeriksaan, seperti biasa saya suka bertanyakan pesakit hal luar dari aduannya.

Seronok Uncle Lee bercerita.

Sekarang, Australia sudah seperti rumah kedua Uncle. Anak perempuan Uncle sekeluarga tinggal disana. Uncle ada hartanah disana, duit simpanan Uncle pun hampir semua disimpan disana.

Masih terbayang lagi riak muka Uncle bercerita keterujaan beliau berjumpa other Malaysian yang tinggal di Aussie. Rata-rata pelajar. Kata Uncle bila terjumpa orang yang bertudung, raut wajah Asia Uncle pasti menegur, "Are you Malaysian?". Dan Uncle sangat seronok berjumpa dengan rakyat Malaysia disana tidak kira bangsa.
Kata Uncle lagi, Malaysian di sana rata-rata orang berjaya. Melayu, Cina, India, sangat rapat sebagai bangsa Malaysia. Bila duduk dinegara orang, kata Uncle, "How I feel so proud to be Malaysian".

Jiwa patriotik saya amat tersentuh. Ini negara kita. Milik kita bersama. Perlu setiap bahu anak Malaysia untuk memikul tanggungjawab memelihara keamanan negara. Jangan hanya segelintir yang bersuara sumbang, kita goyah, lalu mata-mata luar yang menunggu perpecahbelahan kita mula menyucuk jarum.

Tak kira apa, kita bangsa Malaysia. Semoga Allah pelihara kita semua dari malapetaka.

Eh...

Sempena sambutan Hari Malaysia kah ini?

Wahai Pesakitku, Bukan Semua Sakit Perlu Antibiotik Ye

Wanita itu kelihatan kelam kabut.

"Ya aunty? Apa masalah?"

"Doktor, saya selsema. Saya mau antibiotik. Sudah lama saya selsema."

"Aunty ada demam? Batuk lama lebih satu minggu, 2 minggu? Sakit kepala? Muntah?"

"Tadak. Itu semua tadak doktor. Saya selsema sahaja. Biasa mesti makan antibiotik".

Setelah diperiksa, ya saya setuju dia hanya selsema, yang saya tak setuju dia minta antibiotik.

"Maafkan saya aunty, selsema kita tak bagi antibiotik. Bukan semua penyakit kita bagi antibiotik. Kalau kita bagi jugak, nanti bila aunty betul-betul sakit dan perlu antibiotik, tiada antibiotik dah yang sesuai untuk aunty."

"You mesti bagi sama saya. Saya sudah jumpa itu ADUN tadi, saya pergi office dia, dia kata cakap sama doktor suruh bagi antibiotik".

Ade aku kesah? (Dalam hati je la)
hehehe

"Aunty, kalau Perdana Menteri suruh pun saya tak kasik. Saya yang rawat aunty, saya akan berikan yang terbaik untuk aunty. You call itu menteri ke ADUN ke apa tu sekarang, saya mau cakap dengan dia."

"Suka youla doktor! Bagilah apa you suka!".

We are facing a serious multi resistant bugs now because of antibiotic shopping. Its not only the publics, but doctors, antibiotics is not a solution for every illness, please.

Bukan semua penyakit kita bagi antibiotik ye.

Sekilas Ikan Di Air, Doktor Tahu Jantan Betina : Jangan Merokok Adik

Sebagai doktor, saya dah terbiasa memandang orang sambil menelah.

Hari itu, hari saya perlu temuramah seorang adik 16 tahun. Premedication, persediaan sebelum pesakit jalani pembedahan. Waktu itu saya masih doktor bius.

Disisi adik ada ibu yang setia. Usai soalan, saya akhiri dengan soalan terakhir.

"Adik merokok?"

Laju dia menggeleng kepalanya.

"Adik kena cakap betul-betul dengan doktor. Ada beza ubat bius yang doktor nak bagi kalau adik merokok. Kalau tidak, kita hanya gunakan yang biasa kita guna. Saya cuma bimbang risiko semasa memberi bius nanti."

Sejak 10 minit dihadapannya tadi, saya yakin dia merokok. Bibirnya masih merah, tapi gusinya jelas kelihatan pucat dan bertompok hitam pudar bila dia tersenyum. Terserlah pada mata saya, mungkin tidak dimata ibunya. Hujung jarinya jugak kelihatan staining yang biasa kita lihat pada perokok, tidak merah atau pink dan bersih seperti biasa. X-ray dadanya juga jelas menunjukkan dia merokok. Jika bukan pun, mungkin perokok pasif.

Bimbang dengan risiko bius tadi, si adik buat pengakuan. Rupanya sejak dari Tingkatan 1, tanpa pengetahuan ayah ibu.

Maka menjeritla si ibu yang dari tadi mempertahankan anaknya.

"Hang tipu aku selama ni?! Hang habihkan duit aku beli rokok?!....dan kelihatannya tidak dapat diberhentikan.

Rasa bersalah pula saya, tapi maafkan saya adik, makcik, keselamatan nyawa adik keutamaan saya.

Ya...merokok meningkatkan risiko pembiusan dan memperlahankan proses pemulihan lepas pembedahan.

Janganla merokok ye

Tak Baik Tau Menipu, Allah Marah

Adakalanya keletah pesakit buat saya tersenyum

"Doktor, saya sakit kepala, rasa nak demam. Perut pun sakit sesikit. Sakit badan-badan ni. Dulu pernah jatuh, lepas tu asyik sakit sakit badan."

Dia sambung lagi..

"Err doktor, saya nak MC ye".

"Hang ni kalau ya pun, berlakon la lebih sikit. Janganla auta saya dengan sakit pelik pelik sampai pening kepala saya nak carik diagnosis. Bagila kita sama-sama puas hati. Hang puas hati dapat MC, saya puas hati bagi MC pada orang yang 'sakit'."

Tersengih kambing student uni ni.

"Saya terlewat bangun tadi doktor. Kalau tak dapat MC nanti kena dengan lecturer."

See...

Kebanyakan masa saya boleh tahu jika pesakit menipu, tapi saya pejamkan mata sahaja. Biarlah dia menjawab dengan Allah aje. Dengan saya, saya anggap settle.

Adik Ini Mengajar Saya Erti Syukur

Saya teringat lagi pesakit tadi

Adik lelaki berumur 17 tahun itu melangkah longlai. Sopan gayanya. Redup matanya. Nampak tak sihatnya.

"Ya adik, apa masalahnya harini?"

"Tak larat doktor".

Terlalu tak spesifik.

"Adik demam? Batuk? Selsema? Atau ada muntah dan cirit birit?"

"Rasa nak demam doktor. Tak demam kot. Rasa tak larat ja. Ada batuk jugak sikit, sakit tekak".

38°C. Agak tinggi suhu badannya. Demam budak ni.

"Adik kerja ke?"

"Saya belajar kat kolej kat sini. 8 pagi sampai 5 petang. Malam start 8 malam sampai 12 malam saya kerja. Tu yang rasa tak larat. Tapi tak rasa demam".

Kata adik lagi, dia terpaksa kerja sebab mak tak cukup duit nak bayar biaya dia makan. Dia duduk hostel, RM 150 sebulan, makan minum sendiri. Mak kata, jangan dok rumah sewa, nanti bercampuq dengan macam-macam orang tak kena kawan, kita terikut.

Orang susah adik ni. Tapi sangat gigih berusaha. Jiwa saya tersentuh.

Alangkah beruntungnya kamu, kamu, kamu dan kamu yang semua ada didepan mata. Tapi kita ni suka take for granted kan. Apa yang ada tu kita tak pernah nak syukuri.

Emm...kenapa entah sebak kenangkan adik tadi. Laluan kita mungkin berbeza tapi tujuan kita satu. Liku-liku hidup kita juga berbeza-beza. Bila sesekali Allah tegur dengan hadirnya insan-insan begini, barulah rasa syukur itu terpupuk kembali.

Semoga adik ini berjaya. Sesiapa pun ibunya, saya sanjung cara makcik mendidik anak.

Silalah Merokok Jika Suka Nak Dapat Stroke

Kencing Manis. Darah Tinggi. Kolesterol

Lengkap, cuma jantung belum lagi.

Uncle itu masuk setelah nombor dipanggil. Sebaik sahaja dia membuka pintu, mata saya terpandang dan terus memandang poket baju sebelah atas kemeja uncle.

Duduk sahaja Uncle, saya ambil kotak itu dari poketnya.

"Uncle, datang jumpa doktor ini hari lagi berani bawak rokok aaa. Ini kalau budak kecik doktor kasik rotan ni."

Gaya macam gangster tapi tidak sebenarnya. Ini cara halus saya untuk tegur pesakit yang lebih tua. Gurauan dan senyuman. Lepas tu saya lengkapkanlah perisa.

Uncle tersengih-sengih dan berkali-kali meminta maaf.

P/s pasti pernah dengar orang yang dapat stroke tapi takde darah tinggi atau penyakit lainkan. Rata-rata adalah perokok. Salur darah menjadi sempit dan tersumbat kesan daripada merokok. Darah menjadi terlalu pekat dan perjalanan darah menjadi tak lancar. Oksigen nak sampai ke otak pun bercinta sebab traffic jam.

Janganla merokok ye..

Ya, Mereka Bukan Berbangsa Melayu Tetapi Mereka Kawan Baik Saya

Rindu pada seorang kawan lama

Masa houseman, tidur sebilik di bilik oncall, sekatil, dialah selalu tolong belikan makanan, cover saya bila saya tak larat sebab waktu itu saya sarat mengandung.

Juga kawan-kawan houseman seangkatan waktu itu. Yang bila ternampak makanan kegemaran saya di kantin, pasti menelefon tanya saya jika saya mahu, yang pasti akan bertanyakan saya jika saya perlu pertolongan, yang sanggup buat oncall back to back sebab nak bagi saya puas beraya.

Mereka kawan saya berbangsa Cina dan India. Ada lelaki dan juga perempuan (yang tidur sebilik masa oncall tu perempuan ye ) dan persahabatan yang terbina sangat ikhlas.

Ada apa ye dengan perbezaan kaum?

Saya nampak keharmonian dan kepelbagaian. Saya lebih suka bekerja ditempat yang bukan semua Melayu Islam sahaja, takut susah nak dapat cuti raya.

Truly, diwaktu itu, yang membezakan kami hanya warna kulit dan bahasa ibunda. Yang lain, bagi saya, tiada beza, saling bekerja sama, saling mengambil berat. Tambah-tambah masa saya, hanya saya yang berkahwin dan mengandung..lagila dimanjakan kawan-kawan. Bukan sebab saya mengada-ngada dan lemah, tapi sebab kawan-kawan saya sangat baik hati.

Ala...sedih pulak teringat kat korang. Kebanyakan mereka takde FB. Kiut pulak rasa.

Kitakan Bangsa Malaysia, Siapa Kata Kita Berbalah?

Makcik dan pakcik membawa.cucu yang tidak sihat. Dari alamat yng tertera, nyata makcik dan pakcik dari kawasan perumahan elit.

Selesai pemeriksaan, sambil saya menulis ubat dan surat rujukan, seperti biasa, saya suka beramah mesra dengan pesakit.

Rupanya, rumah dikawasan elit itu bukan rumah makcik dan pakcik. Mereka di beri tinggal percuma disitu oleh bekas majikan makcik. Bil air dan elektrik semua bekas majikan makcik bayar. Yang dia minta cuma tolong tinggal dirumah dia dan jaga elok-elok rumah dia macam rumah sendiri. Majikan makcik bersungguh-sungguh nak hulurkan bantuan tempat tinggal ini sewaktu makcik dan pakcik diuji musibah dulu.

Dan...

Majikan makcik ini berbangsa Cina.

Sungguh terharunya saya. Siapa kata kita berbalah? Malah kita saling menyayangi sebab kita bangsa Malaysia.

Tak Perlu Kata Apa-Apa....Senyum

Uncle itu masuk dengan muka siru. Serius dan agak menakutkan.

Sepatah ditanya, sepatah yang jawab. Ringkas. Gelisah juga saya dibuatnya bila tak dapat rapport dengan patient.

Sambil memeriksa, saya lihat wajah uncle. Saya tak nampak riak bengis diwajahnya. Juga tiada tanda kemurungan diwajahnya. Tapi kenapa dia terlalu serius?

"Uncle, you buat muka garang macam tu saya takutla. Cuba senyum sikit, baru hati senang, sakit pun hilang".

Dan Uncle terus tersengih lebar dan mengomel pula.

Cover gigi rongak rupanya. Ihiks.

Maafkan saya uncle. Tapi lesung pipit uncle yang dalam terserlah bila uncle senyum, mungkin orang tak akan perasan gigi uncle yang sebegitu.

Comel. Hehehe. Ingatkan kenapala serius sangat.

Hiba Hati Seorang Ayah

Rutin lawatan kencing manis dan darah tinggi.

Pakcik kelihatan bersahaja. Riak muka tiada perasaan, seolah-olah kosong jiwanya.

Sambil memeriksa dan selesai menceritakan pakcik tentang keputusan darahnya saya bertanyakan dia.

"Pakcik tak sihat ke? Muka pakcik macam ada masalah".

Air mata seorang ayah terus mengalir. Pakcik baru sahaja kehilangan seorang anak. Anak pakcik meninggal, tanpa siapa pun dapat beritahu puncanya. Satu-satunya anak perempuan pakcik dan sangat rapat dengan pakcik.

Pakcik keluarkan telefon bimbitnya dan satu-satu discroll gambar allahyarhamah.

Saya tak terkata. Saya biarkan ayah itu melepaskan perasaannya. Mungkin ini kali pertama dia menitiskan air mata kerana katanya si isteri masih tidak dapat menerima suratan ini.
"Pakcik, biar apapun puncanya, ternyata Allah lebih sayangkan dia. Pasti arwah mahu pakcik dan makcik teruskan hidup dengan sihat dan bersemangat. Kita doakan dia semoga jadi kesayangan Allah, kita yang hidup ini kena terus dan terus cari redha Allah. Takpe pakcik, lepaskanlah hari ini. Saya faham. Sebab lepas ini pakcik kena kembali kuat untuk makcik".

Usai pakcik keluar dari bilik, saya tidak dapat menahan diri, saya menangis teresak-esak.

Maafkan saya pesakit-pesakit yang masih menunggu. Adakalanya saya tidak boleh melepaskan pesakit saya begitu sahaja. Saya bukan sahaja mahu badan mereka sihat, saya juga mahu hati dan jiwa mereka sihat.

Terima kasih Allah atas peluang-peluang ini. Seribu satu ibrah yang dapat kukutip untuk jadi pedoman aku terus mencari cintaMu

Tuesday 18 August 2015

When You Become A Doctor, Be A Kind and Humble One

I was an Aneast MO.

Prioritize my family, I decided to be an Outpatient MO. No oncall, no sleep at hospital, no ambulance call, no PH working day, free weekend.

I remember when I first decided to go to Outpatient, one of my Surgical MO friend that time told me, "Why OPD? Working in OPD takde maruah, everything has to call us. You will waste your skill. I always scold them when they call me."

Look at her that time, I dont even know how she define maruah actually, I really cant get what rubbish she was talking about, as I am pretty sure of myself, I was only an Anaest MO, yes I can intubate patient, give spinal anasthesia to patient, great (konon) about ICU management but I will surely fail and feeling uncertainty to manage a single case of Diabetes Mellitus. The first line?2nd line? With nephropathy? With neuropathy? With heart problem? The best antihypertensive for special group of patient? Asked me that time, I will surely cant answer it, at least just a superficial knowledge of it I can answer a little bit la. So do this Surgical MO. Nothing much different.

Time passed...

I am now an Outpatient Medical Officer. So fast, it has been 4 years since the conversation, and can you believe me or not, the SURGICAL MO is now working at KLINIK KESIHATAN and cry almost everyday because been scolded by Hospital's MO and the best thing is most of them are far more junior then her. As for me here, Alhamdulillah.

What you give, you will definitely get it back. Believe me. You are never a greater person just because you are this and that in this world position. If you great in cutting patient, you wont be that great in managing diabetic ketoacidosis. It is not because you are stupid, just that you are not practising it and you will tend to forget.

Be humble please.

To all doctors, you will surely will never get respect from others before you learn how to respect people.

When you become a doctor, be a kind one, a humble one. Its all count.

Sincerely,
Dr Nurul

Sunday 16 August 2015

Selamatkan Malaysia Kita

Sesubuh ni saya terfikir...

Takut melihat kerosakan yang berlaku sekeliling kita..

Membudayakan dan mengagungkan budaya yang tidak baik..

Menghalalkan yang samar-samar...

Yang tak elok menjadi kebanggaan...

Yang elok dikata, diumpat, dipandang pelik...

Malu semakin menghilang...

Lelaki dan wanita dah tiada batasan...

Mengata mengeji tiada sempadan...

Bukankah itu realiti Malaysia kita sekarang?

Lalu...

Saya tidak menyalahkan dia seorang yang bertanggungjawab terhadap kejatuhan ekonomi negara, segala haru biru dalam negara ini..

Ianya kita semua...Bala Allah kerana kita ingkar..

Yang kurang beriman dan berilmu terus hanyut..

Yang berilmu dan faham tidak ambil peduli...

Saban hari kita berdoa, kita penting diri sendiri, ibu bapaku, anak anakku, keluargaku...dimana doa untuk negaraku?

Ya Allah...

Kealpaan aku, kealpaan kami meruntuhkan negeri ini. Berilah hidayah kepada kami agar kembali padaMu. Sejahterakanlah Malaysiaku, kerana ini tempat tumpah darahku.

*maaf, tidak berniat menyentuh sensitiviti mana mana pihak jika ada yang terasa. Sebagai rakyat Malaysia, tidak mengira agama, negara ini tanggungjawab kita semua.

Friday 14 August 2015

Penyusuan Ibu : Kita Semua Adalah Pemenang

Breastfeeding Week

Ya...

Saya masih menyusu anak 2 tahun lebih

Saya pernah menyusu anak sambil berjalan ber baby wearing

Saya pernah menyusu anak di khlayak ramai tanpa sesiapa pun sedar saya sedang menyusu

Saya bangun 2 jam sekali setiap malam kerana menyusu, hinggalah hari ini

Saya bangga kerana stok susu saya banyak

Saya pernah menangis, susah hati kerana stok susu tak cukup

Saya pernah EBM dengan single manual breast pump, double manual breas pump, single electric bpump, double pumping breast pump dan akhirnya saya pakai hand expression je.

Saya pernah EBM masa meeting tanpa sesiapa sedar, dapat 2 botol

Saya pernah EBM sampai sejam tapi setengah botol pun jenuh nak dapat

Apapun...

To all breastfeeding mothers out there...

Be proud of yourself...

It is not easy, yet we manage to do it

Just for our loves one.

Alhamdulillah.

*but please never judge others who are not breasfeeding, it is not a sin to not breastfeeding your child. They might have tried, but under many circumstances, they have to stop.

Happy Breasfeeding Week

Dr Nurul
Breastfeeding Peer Counselor

Babywearing : Bersyukur Dengan Apa Yang Kita Ada

Babywearing

Orang nak berbaby wearing, saya pun nak jugak. My first and only MEI TAI. Pakai sampai puas hati.

Shopping, naik ETS, vacation, pergi kursus, kemas rumah, serve tetamu, dengan Mei Tai la ibu gendong Fathin.

Haritu...

Bila pergi program Supermom Shaklee di Penang, cemburu pulak ibu tengok pelbagai jenis SSC geng-geng Shaklee ni pakai. Buckle sana, buckle sini, siap. Gendongla budak tu. Ibu pulak kene lilit2, penuh seni, tapi bila Fathin tertido, Mei Tai tu je la jadi lapik tidur.

Bersembang dengan seorang peserta, bukan calang-calang orang, dia pakai mahal punya SSC. Canggih baq hang. Ibu tegurla nampak selesa dan best je anak dia. Dia kata apa kat ibu, dari tadi dok perhati akak pakai ni untuk gendong anak, kemas je, selesa je, lembut je, anak akak pun tidoq ja dalam tu. Takdak buckle sana sini.

Senyum...

Biasalah kita ye..yang orang tu kita nampak elok, nampak baik, yang kita, kita kurang nak bersyukur.

Rupanya...

Ramai mata yang memerhati teringin pulak nak gendong anak dengan Mei Tai. Baru tau bila sembang-sembang.

Anyway...

Ikut suka parents la nak hangkut anak-anak macam mana. Janji selamat, sihat, sampai arah tuju, selesa.

Sesimple hal baby wearing memberi ibu kesan yang mendalam. Sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada, jangan risau, susah hati dengan apa yang kita takde.

Senyum

I Am A SuperMom!!! Yes We Are!

I am a working Mom and I feel like a SuperMom.

Waking up early every morning, have a compulsary meeting with my 'business partner', wake up everybody in the house, pray dan recite a few verse of Quran at least, prepare my 3 little children, their attire, their breakfast then send them to 3 different places, every morning.

At 8 o'clock, no more house chores, my doctor's brain activated, seeing others children, youngsters, elderly, talk, talk, talk and talk with non stop puzzle solving.

It's nearly 5pm. My mom's and wify brain reactivated. What to cook? What to eat? What to buy? Cooking, cleaning house, moping, dish and clothes washing, teaching them Al Quran, homeworks, blogging, promoting Shaklee and gold.

And its 11 o'clock at night. Time to go to sleep. Try to at least read Al Mulk, and sometimes force myself for solat Taubat.

And...

My lilfe start again, thank you for another day.,Allah.

No matter whether you are working at home, outside, inside, be proud of yourself, Mom.

You are a forever idol of your children, your cook will be always the best in the world for them, there are always cute creatures will be by yourside regardless how angry you are, there always a story to share with us.

So, be patient. The 24H given by Allah is suit for everybody. When someone ask me, isnt it tiring life after marriage? I told her, its a worth tiredness. Your life are actually more colourful, more opportunities to be nearer to Allah.

Alhamdulillah.

*this status is just to share my feeling. Never a little thought to condemn anybody who are not married, or not yet married. Your time will come. HE always knows the best. Regardless of who we are, it is always our amal.and iman counts.

InsyaAllah

Thursday 13 August 2015

Resepi Kek Kukus Coklat Moist : Now Everybody Can Bake

Assalamualaikum

Hari ini saya nak kongsi resepi kek yang sangat mudah dan InsyaAllah mesti menjadilah. Sebab apa saya kata begitu, kerana saya sendiri tak pernah bake kek seumur hidup, tapi sejak ambil resepi ni, dah banyak kali saya buat. Alhamdulillah, semua yang rasa pasti suka especially peminat kek coklat.

Mudah saja

BAHAN-BAHAN

1 cawan tepung kek Blue Key
1 cawan serbuk koko (tak kisah jenama)
1 cawan gula kastor
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
4 biji telur
1 paket VICO

CARA MEMASAK

Panaskan pengukus

Ayak tepung kek bersama serbuk koko, VICO dan baking powder. Gaul rata. ,(A)

Pukul 4 biji telur sehingga kembang
Masukkan gula kastor, pukul lagi
Masukkan susu pekat, pukul lagi
Masukkan minyak, pukul lagi
Masukkan campuran A sesudu demi sesudu, pukul hingga sebati.
Masukkan esen vanilla dan pukul sebati

Sapukan planta atas loyang, tuang bancuhan kek tadi dan letakkan didalam pengukus.

Kukus dengan api sederhana sehingga masak.

*Masak bermaksud kek tidak lagi melekat pada lidi, atau besi atau garfu yang kita guna untuk uji tahap masak kek.

(Tempoh lebih kurang sejam, mungkin variasi)

Siap! Mudah bukan? Sekarang saya nak kongsi pulak cara buat ganache coklat yang sedap. (Topping)

200gm coklat masak (any brand)
100ml UHT whipping cream
Sedikit butter

Kacau semua atas apidengan teknik double boiler dengan api perlahan sampai coklat cair dan sebati dengan UHT dan butter tadi.

Sedia untuk.dituang atas kek dan hiaslah sesuka hati anda.

SELAMAT MENCUBA

Wednesday 12 August 2015

Testimonial Set Kesihatan Sendi Shaklee : Kisah Benar Pengidap Rheumatoid Arthritis

Assalamualaikum

Ini kisah Ida. Ida staff saya dihospital. Lebih kurang setahun lepas, Ida terjatuh semasa bekerja. Walaupun tidak patah, tapi keadaan Ida selepas jatuh semakin teruk. Jika dulu Ida aktif dan tidak pernah culas dengan kerja, kerja Ida semakin perlahan, seluruh sendi badan sakit-sakit.

Beberapa kali Ida berjumpa saya diklinik. Ini bukan sakit biasa. Saya hantar Ida untuk siasatan lanjut tentang keadaannya dan Ida disahkan mengidap Rheumatoid Arthritis. Padanlah, saya lihat Ida semakin membongkok dan membongkok. Pergerakannya seolah-olah terbatas, perlahan-lahan, satu-satu di susun langkah kaki, hati-hati takut terjatuh.

Di hospital, Rheumatoid Arthritis perlu di rawat oleh Rheumatologist. Ubat-ubat yang mahal dan power orang kita kata yang digunakan untuk mereka.

APA ITU RHEUMATOID ARTHRITIS?

Ini ialah penyakit autoimmune yang menyerang sendi-sendi dalam tubuh kita. Ia bermakna by mistake sistem imun badan kita sendiri yang menyerang kita. Boleh terjadi kepada sesiapa sahaja, tidak berjangkit.

APA YANG TERJADI DALAM RHEUMATOID ARTHRITIS

Sistem imun yang menyerang sendi akan mengakibatkan radang pada sendi. Bukan sahaja pada bendalir sendi, tetapi juga pada ligamen, tendon dan otot sekitarnya. Pesakit kronik akan mendapati sendi-sendi mereka mulai membengkak dan sentiasa sakit.

APA SIMPTOM-SIMPTOM RHEUMATOID ARTHRITIS?

Antara simptom awal ialah rasa sakit pada sendi bahagian jari tangan dan kaki.

Sakit sendi juga boleh merebak ke seluruh sendi didalam badan

Adakalanya jika cukup lama, sendi terlibat boleh menjadi bengkak dan membentuk nodule.

Dalam jangkamasa panjang, sendi yang terlibat boleh terkeluar dan dan menyebabkan kecacatan (deformity)

Setelah disarankan, Ida mula mengambil Set Kesihatan Sendi secara konsisten. Hanya satu yang diharapkan, hilang sakit-sakit sendinya.

Alhamdulillah...

Baru separuh botol, Ida sudah mula rasa perubahan. Sakit sendi terutamanya sendi lututnya makin kurang. Berjalan pun lebih laju dari sebelum ini. Ingin berdiri dari posisi duduk pun tidak sepayah dahulu. Kata Ida, mujur ada Set Kesihatan Sendi ni, lega sikit rasanya.

Saya rasa sangat bersyukur.

BAGAIMANA SET KESIHATAN SENDI MEMBANTU PESAKIT RHEUMATOID ARTHRITIS?

Set Kesihatan Sendi terdiri daripada :

1)AJHT
2)Omega Guard
3)Ostematrix

AJHT

AJHT mengandungi glucosamine sulphate yang membantu membentuk pelincir atau cecair sendi. Dalam Rheumatoid Arthritis, cecair sendi semakin berkurangan akibat keradangan. Dengan pengambilan AJHT secara konsisten, cecair sendi dibina semula, melambatkan proses kerosakan sendi.

Omega Guard

Mempunyai kesan antiradang. Membantu mengawal keradangan sendi akibat proses penyakit Rheumatoid Arthritis, meminimumkan kerosakan komponen sendi yang lain.

OsteMatrix

Membantu membina dan menguatkan sendi dan otot serta ligamen sekitar yang rosak akibat keradangan tadi

Jadi, sebagai seorang doktor saya sangat sarankan Set Kesihatan Sendi Shaklee ini. Jika dihospital pun, kami akan nasihatkan pesakit supaya membeli glucosamin di farmasi, membekalkan pesakit dengan ubat tahan sakit yang mempunyai kesan kepada gastrik jika diambil berterusan dalam jangkamasa panjang.

Tetapi, Rheumatoid Arthritis memerlukan rawatan khas dari pakar. Bukan sekadar ubat tahan sakit. Saya nasihatkan anda supaya terus melakukan rawatan di hospital disamping mengambil Set Kesihatan Sendi secara konsisten.

Ikhtiar untuk kesihatan

Sebarang pertanyaan sila hubungi saya

Dr Nurul
0187812078
Shaklee Independent Distributor

Fb : Nurul Huda Ariza
Shaklee Inde

Tuesday 11 August 2015

Kebas Tangan : Punca dan Penyelesaian

Assalamualaikum

Berkerja di klinik pesakit luar, seringkali pesakit datang dengan masalah kebas-kebas tangan. Kebanyakannya dari kalangan pesakit perempuan. Ramai yang risaukan kencing manis tetapi ketahuilah bahawa simptom kebas untuk kencing manis hanya datang kemudian setelah anda mengalami tanda-tanda awal kencing manis seperti :

-kerap kencing
-kerap dahaga
-kelesuan
-susut berat badan

Jika tiada tanda-tanda diatas, kebas pada tangan biasanya berpunca dari saraf yang tertekan, kita namakannya Carpal Tunnel Syndrome.

APA ITU CARPAL TUNNEL?

Carpal Tunnel adalah umpama terowong di pergelangan tangan kita yang memberi laluan.kepada saraf dan salur darah ke tapak tangan.

BAGAIMANA TERJADI CARPAL TUNNEL SYNDROME?

Perubahan hormon yang tidak menentu seperti datang bulan, mengandung,bersalin, menyusu akan mengakibatkan penebalan serat-serat dalam badan dan antara tempat yang serat-serat ini suka berkumpul ialah Carpal Tunnel tadi. Apabila ia berkumpul disitu, terowong akan menjadi sempit, memberi tekanan kepada saraf dan salur darah yang lalu. Ini menyebabkan rasa kebas, malah sakit pada tapak tangan.

SIMPTOM-SIMPTOM CARPAL TUNNEL SYNDROME

-kebas pada tangan atau hujung jari
-lebih kebas apabila tidur diwaktu malam atau bangun pagi
-susah untuk memegang objek, tangan menjadi semakin kebas dan sakit
-kebas kurang apabila tangan dalam keadaan rehat

RAWATAN

Di hospital, saya membantu pesakit dengan memberi ubat tahan sakit, tablet kalsium dan vitamin saraf. Selain itu, saya juga akan rujuk pesakit pada Jabatan Fisioterapi untuk senaman khas tangan.

Tetapi, kebergantungan pada ubat tahan sakit akan menyebabkan risiko gastrik dan ulcer perut. Maka, saya tidak menggalakkan pesakit saya untuk mengambil ubat tahan sakit secara berterusan.

Apa yang boleh anda lakukan?

1)Memakai sarung khas untuk stabilkan pergelangan tangan
-anda boleh dapatkan sarung tangan khas ini di farmasi-farmasi. Sarung tangan ini mengekalkan kedudukan pergelangan tangan dalam keadaan paling neutral dimana terowong tadi tidak menyempit dan menekan saraf dan salur darah, lalu mengurangkan simptom kebas dan sakit

2)Rendam tangan dengan air suam+garam bukit
-rendaman air suam membantu mengurangkan kesakitan terutamanya

3)Menggenggam bola khas untuk senaman tangan
-bola khas ini boleh didapati di farmasi dan kedai senaman. Dengan membuat senaman ini, anda membantu memperbaiki perjalanan darah ke tangan sekaligus mengurangkan simptom tadi

4)Mengambil suplemen untuk kesihatan saraf, otot dan serat
-disini saya sangat menyarankan suplemen Shaklee untuk membantu anda mengawal atau menghilangkan simptom tadi. Kerana Shaklee terbukti berkesan, halal dan mendapat pengesahan KKM.

Omega Guard

Antara punca kesakitan dan kebas pada tangan adalah keradangan. Omega Guard mempunyai kesan anti radang yang bagus. Pengambilan yang berterusan memberi kesan signifikan kepada pengurangan simptom tadi

OsteMatrix

Ostematrix sangat perlu untuk kesihatan otot, tulang dan serat dalam badan. Ostematrix membantu mengurangkan kesakitan dan kebas pada otot yang terlibat dalam masalah ini, juga memberi kesihatan tubuh keseluruhannya

Vitamin B Complex

Ramai yang tahu vitamin ini meningkatkan selera makan. Tapi ramai tidak tahu vitamin B Complex berkesan sebagai antistress dan juga memberi nutrisi kepada saraf. Pengambilan Vitamin B Complex yang berterusan membantu memberi kesihatan pada saraf dan salur darah terutamanya yang cedera akibat tekanan tadi

Rasa kebas memang sangat tidak selesa. Ikhtiar itu perlu agar kita hidup lebih selesa dan tenang. Sihat, tanpa sakit.

Untuk sebarang pertanyaan dan dapatkan produk Shaklee, sila hubungi saya.

Dr Nurul
Shaklee Independant Distributor
0187812078

Monday 10 August 2015

Khasiat Omega Guard Shaklee:Untuk Kita dan Anak-Anak Juga

Assalamualaikum

Antara vitamin Shaklee yang saya suka sangat ialah Omega Guard. Omega Guard diperbuat daripada minyak ikan yang kaya dengan Omega 3. Sesiapa yang pernah membaca tentang Omega 3 pasti tahu betapa banyaknya kelebihan Omega Guard ini.

OMEGA GUARD UNTUK SAYA

Kali pertama saya makan Omega Guard bila saya dalam proses melangsingkan badan, mengempiskan perut selepas melahirkan anak ketiga. Biasalah, kendur sana sini, kata anak-anak macam ada baby lagi satu. Ketika itu saya makan Alfalfa dan Lecithin. Walaupun nampak penurunannya tapi lambat sedikit. Sebagai agen pembakar lemak, saya ambil Omega Guard sekali untuk projek slimming saya. Dan ternyata, cepat kempis perut saya dan turun berat badan saya.

Saya juga alami sakit tumit selepas bersalin. Saya cuba amalkan Ostematrix dan Omega Guard, Alhamdulillah hilang sakit tumit saya. Dan ramai pelanggan saya juga menikmatinya. Heel Pain Free. Bebas dari sakit tumit. Seronokkan.

Selain itu, sebagai doktor, saya sangat ambil berat tentang hal kesihatan. Kebiasaannya, saya akan buat pemeriksaan darah 6 bulan sekali. Sejak saya amalkan Omega Guard, tahap kolesterol saya sentiasa stabil. Jika dulu sedikit tinggi atas faktor keturunan dan pemakanan, sekarang Alhamdulillah, tidak pernah melepasi tahap abnormal. Sekaligus Omega Guard bantu menjaga kesihatan jantung saya.

OMEGA GUARD UNTUK ANAK-ANAK

Sejak amalkan Omega Guard Shaklee, perubahan yang paling ketara pada Faris Farhan, anak sulung saya ialah daya tumpuannya di sekolah. Sebelum ini, selalu kene membebel dengan ibu setiap kali periksa beg, ada sahaja kerja disekolah yang tidak disiapkan. Faris Farhan suka ralit. Termenung sampai cikgu dah padam papan putih tu barulah nak menyalin. Tapi Alhamdulillah, sehari satu kapsul, tiada lagi kerja sekolah yang tak siap. Fokusnya disekolah dan dirumah makin meningkat. Alhamdulillah.

Omega Guard juga pencair kahak yang bagus. Mudah legakan batuk berkahak, tak teruk teruk nak teran batuk.

Belum lagi saya cerita macam.mana Omega Guard bantu pesakit sendi.

Memang bestla

Berminat Omega Guard?

PM saya
DR NURUL
Shaklee Independant Distributor
0187812078

Fb Nurul Huda Ariza

Friday 3 July 2015

Semua Perkara Boleh Jadi Mudah Dengan Izin Allah

It has been quite sometimes...
Until I already forget the smell of dry blood spread on the bed sheet, the foul-smell of diabetic foot, the urge of resuscitation, the difficulties of blood taking.
There was 1 elderly Chinese man. I still remember this one. Very difficult vein access, thin skin, fragile blood vessels.
We always skip him during our normal blood taking time, will had another extra, special time for him.
Everybody failed. The uncle become angry and reluctant. So do his family members. You can understand it or if not, try to poke yourself multiple times and tell me if you can smile still.
We need his blood. Oh my...I have to do this. I have to try. I have to take his blood. Anxious, with a care taker beside him, I slowly approached him. With all.preparation to be scolded.
Bismillahirrahmanirrahim
I greet him, hold his hand, tied the tornique. Then I started my sermont.
Hehehe...
"Ok Uncle, I am here to help you. We really need your blood to help to treat you. Now, I will pray to Allah and I want you to.pray to your God. And all of you also." I look at his daughters and wife.
Everybody close their eyes. Me too. I prayed with all my heart, Allah, please make this easy for me. Pity this uncle, pity me also.
I attempted.
Subhanallah. One attempt and I manage to get 20cc blood. In just 1 attempt! It is not me..it is HIM, always there for us.
And beautiful thing come out from that uncle mouth.
Thank you doctor. I will pray a lot next time. We will. God will always help us if we ask. I forget. I was in pain, I scold everyone and I am so sorry.
Alhamdulillah
Speechless.
Thank you Allah
There. It is not you. Always ask HIM for help and guidance. You are nothing without HIM
AkuDoktorMuslim

Keperluan Mengawal Pengambilan Makanan Tinggi Karbohidrat Oleh Pesakit Kencing Manis

Assalamualaikum
 
Doktor mahu membebel lagi...
 
Makcik diusia lewat 50an, pengamal perubatan Islam, rajin berbekam, pil habbatus sauda pun diproses sendiri dirumah
 
Ditanya...
 
Ya, ada sikit kencing manis, ada sikit darah tinggi tapi tak makan ubat, boleh kawal dengan suplemen sendiri. Buah avocado, gula stevia.
...
 
Haritu makcik pening dan berpusing kepalanya.
Bila diperiksa tekanan darah mak.ai..160/100mmhg
Gula pulak..YES.. belasan.angka. Padanlah makcik selalu letih dan lesu.

Sekadar Gambar Hiasan


Kenapa ye doktor? Makcik makan beras Basmathi. Minum air dengan gula stevia, dah lama tak guna gula putih. Buat kuih manis pun asingkan, yang makcik punya guna stevia.

Makcik...nak.jaga gula dalam badan bukan berhenti makan atau kurangkan makan mende manis je. Tahukah makcik bahawa setiap makanan yang tinggi karbohidrat juga menyumbang kepada tingginya gula dalam darah sebab kanji ni bila kita makan ditukar kepada gula dalam badan.
Contohnya, carrot, ubi kentang..kan ramai orang suka makan...haaa..itupun dalam badan tukar jadi gula..

Contoh Makanan Tinggi Karbohidrat

Makanan Tinggi Karbohidrat

Makanan Tinggi Karbohidrat


Iyeke Doktor?

Ya Allah..makcik ni suka sangatla buat air carrot...blend carrot pekat-pekat kemudian titikkan stevia. Susu pun tak bubuh. Hari hari makcik buat. Ubi kentang makcik suka ratah, konon nak ganti nasi.
Kan...nampaknya masih kurang ilmu ni. Mungkin salah kami di Kesihatan ni, tak cukup bagi maklumat.

Jom sama sama kita jaga kesihatan ye

Kesihatan Untuk Semua

Tips Memerah Susu Semasa Berpantang, Suatu Pengalaman Yang Menyeronokkan

Assalamualaikum




Sekadar Gambar Hiasan
Tempoh berpantang adalah tempoh yang memenatkan bagi saya. Mungkin juga bagi kebanyakan ibu-ibu. Selepas berhempas pulas semasa proses bersalin, kehilangan banyak darah dan tenaga, menyusukan anak pula, kita pasti akan merasa terlalu keletihan.

Ditambah pula dengan cara berpantang tradisional yang menghadkan pengambilan air, sayur-sayuran dan buah-buahan mengikut petua orang tua-tua, ibu-ibu selepas bersalin kelihatan sangat pucat dan tidak bermaya. Akibatnya, penghasilan susu badan juga tidak begitu memberangsangkan dan apalagi, ada juga yang dengan pantas melenyek pisang dan menyuapkan pada baby kita.

Pada pendapat saya, ini menjadi punca kenapa ramai ibu leka untuk mula buat stok susu. Biasanya bila hampir dengan waktu mula bekerja barulah ibu-ibu kelam kabut nak buat stok. Mulalah semasa bekerja nanti stok tak cukup dan kita menjadi semakin stress. Jangan stress. Jom kita buat persediaan awal supaya baby kita dapat susu yang secukupnya dari kita.

Ini cara saya. Walaupun mungkin berbeza dari ibu-ibu menyusu yang lain, aim kita tetap sama, nak buat banyak stok.

1) Mula Memerah Susu Seawal Mungkin

Susu awal ibu kaya dengan colostrum. Colostrum ini adalah susu pekat yang kaya dengan antibody. Kebiasaanya, bayi seawal usia beberapa hari hanya memerlukan sedikit sahaja susu badan setiap kali menyusu. Perut baby hanya sebesar buah ceri, jadi tidak hairanlah mengapa si kecil ini sangat kerap bangun dan minum susu. Biasanya baby kita tidak dapat mengosongkan sepenuhnya payudara kita kita menyusu. Adalah disarankan selepas baby menyusu, kita pula lakukan perahan susu untuk dijadikan stok.

2) Memerah Setiap 2 Jam

Biasanya kita akan rasa berebut dengan baby untuk memerah 2 jam sekali. Ada juga perasaan, "Nanti kalau perah sebelum baby menyusu, habisla susu, tak kenyang baby." Sebenarnya tidak menjadi masalah sama sekali jika memerah sebelum baby menyusu. Setelah kita mengosongkan payudara, otak akan dirangsang untuk menghasilkan lebih banyak susu, dan semasa menghisap susu, reflex let down akan dirangsang. Anda juga boleh memerah selepas baby menyusu seperti saranan di atas.

3) Simpan 2oz



Sekadar Gambar Hiasan

Sekadar Gambar Hiasan


Untuk peringkat awal, saya sangat sarankan ibu-ibu menyimpan susu dengan kadar 2oz setiap bekas. Bekas penyimpan terpulang pada ibu-ibu. Ada yang suka storage bottle, ada yang suka plastic, ada yang suka tupperware biasa. Bagi saya tiada masalah besar walaupun dari segi kimia susu ibu, dinding bekas biasa tidak sesuai sebab akan menyebabkan protein melekat dan tertinggal padanya ketika proses memanaskan susu (thaw). Bayi sewaktu berpantang masih terlalu kecil. Jarang sekali kita jumpa baby dalam pantang minum susu lebih dari 3oz

4) Minum Air Secukupnya

Tempoh berpantang adalah tempoh kita merawat diri. Merawat tenaga yang hilang, merawat air yang hilang sepanjang proses bersalin, melalui darah nifas dam juga penyusuan. Pengambilan air secukupnya memastikan badan ibu-ibu tidak terdehidrasi yang akan mengakibatkan kelesuan, keletihan dan mengganggu penghasilan susu ibu. Ia suatu mitos bilamana ada yang mengatakan bahawa banyak minum air akan menyebabkan kemaluan membengkak, berair dan busuk. Proses penyembuhan luka bersalin, hatta mana-mana luka pun amat memerlukan kepada jumlah air yang cukup dalam badan. Jadi, mesti minum air secukupnya.

Sekadar Gambar Hiasan


5) Sentiasa Meminta Pada Yang Memberi, Bertenang Dan Teruskan Usaha

Sebagai orang Islam, kita wajib yakin rezeki itu dari Allah. Memerah susu dengan kerap, minum air secukupnya, itu semua ikhtiar kita dan natijahnya milik Allah. Banyakkan berdoa pada Allah agar susu kita cukup untuk anak kita dan semoga Allah berikan kesihatan dan keazaman yang berterusan untuk menyusu baby kita.

6) Deep Freezer atau Freezer Biasa?

Ikut pengalaman saya, tiada bezanya. Cuma bila kita menggunakan Deep/Chest Freezer, tempoh penyimpanan susu boleh lebih lama. Bergantung kepada banyak mana stok kita. Jangan rasa tertekan jika anda tidak mampu membeli Deep Freezer. Saya sendiri tidak menggunakannya, hanya peti ais biasa sahaja, saya kosongkan bahagian freezernya. Alhamdulillah, berjaya juga.



7) Rehat Secukupnya

Aha...ini macam mustahilkan? Mana mungkin ibu yang menyusu bayi baru lahir cukup tidurnya? Terjaga malam pun 2 jam sekali untuk menyusukan anak. Siang pula sibuk memerah pula. Disebabkan fed-up dengan rasa badan yang lesu semasa mengandungkan anak ketiga dulu, saya mula mencari suplemen untuk badan saya. Alhamdulillah, saya amalkan Set Berpantang dan menyusu Shaklee. Sesungguhnya pengalaman berpantang dengan Set Berpantang Shaklee menjadikan ia suatu perjalanan penyusuan yang sangat menyeronokkan dan menyenangkan. Badan kita tidak lagi selesu dahulu. Kita menjadi bertenaga dan bersemangat.


Sedikit perkongsian dari saya. Harapnya dapat membantu. Jangan mudah rasa down tengok sharing seronok tentang breastfeeding. Percayalah, semua yang Berjaya pernah menangis stok tak cukup, perah susu tak banyak, baby tak nak minum susu yang diperah dan macam-macam lagi. Teruskan bersemangat dan bermohonlah padaNYA.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya

Nurul
0187812078

Breastfeeding Peer Counselor
Shaklee Independent Distributor

Thursday 2 July 2015

Kongsi Pengalaman Menyusu Anak, Saya Juga Pernah Menangis

Assalamualaikum

Saya suka. Sekarang ramai saya dapat tengok rata-rata ibu mengandung pasti menyimpan impian untuk menyusu anak secara exclusive selama yang mungkin.

Makin ramai ibu-ibu membuat persediaan semasa mengandung untuk pastikan kita berjaya menyusukan baby kita. Ada yang beli breastpump, ada yang belajar teknik marmet, beli storage bottle.

Seronok...

Teringat pula saya kali pertama, anak sulung saya. Dalam kekurangan ilmu, saya tetap bertekad untuk menyusu putera saya secara exclusive selama yang mungkin. Waktu itu, apa jua konsep dalam penyusuan ini saya belum betul-betul faham. Belum memiliki handphone android ketika itu, maklumat masih belum ada dihujung jari. Berbekalkan sikit ilmu semasa belajar perubatan dulu, saya sedaya upaya buat stok sebanyak mungkin ditempat kerja.

Tapi waktu itu keadaan tidak mengizinkan sangat. Bekerja sebagai doktor bius, tanpa houseman, bersendiri ketika oncall, kesibukan buat saya susah nak disiplin dengan waktu memerah. Adakalanya sampai basah baju saya sebab susu meleleh. Belum lagi bila membengkak, masyaAllah, hanya Allah yang tahu sakitnya.

Pernah juga ketikanya stok habis. Perah pagi, tengahari terpaksa bergegas ke nursery untuk hantar susu pada Faris Farhan, adakalanya terpaksa skip feeding time. Menangis saya. Stress. Bila stress, production susu pun merudum. Akhirnya dengan Faris Farhan, maafkan ibu sebab ibu hanya mampu menyusu Faris secara exclusive sampai 6 bulan sahaja.

Tapi, saya bangga dengan diri saya waktu itu. Saya kurang ilmu, tiada bimbingan sesiapa, tapi kerana keinginan yang tinggi saya gagahkan juga. Kejayaan bukan datang bergolekkan. Selepas Faris Farhan, saya berazam untuk menyusu anak secara eksklusif sehingga 2 tahun.

Maka bermulalah pencarian ilmu saya. Sehingga sekarang saya seorang Breastfeeding Peer Counselor, dari zero, saya mula mengajak orang lain juga untuk menyusu anak secara exclusive, saya bantu dengan kata-kata perangsang.

Siapa kata mudah? Memang tak mudah. Adakalanya kita memerah, setitis susu pun belum tentu keluar. Adakalanya badan terlalu letih sampai skip waktu memerah. Adakalanya rasa sangat down bila tengok susu orang lain jauh banyak pada kita. Sedihkan.. Tapi, dengan ilmu, InsyaAllah semua stress itu boleh kita atasi. Kita fahami ilmu penyusuan ini betul-betul, kita akan faham mengapa susu berbeza kepekatan, mengapa berbeza warna, banyak mana susu cukup untuk anak kita dan banyak lagi. Tak perlu membandingkan diri kita dengan orang lain kerana bond ini exclusive untuk kita dan ianya unik untuk setiap ibu dan anak.

Jadi, jom kita belajar dan terus belajar ye ibu-ibu. Jika saya yang dulu pun sangat blurr pasal penyusuan ni, dan sekarang 2 orang anak saya berjaya menyusu sehingga 2 tahun, Alhamdulillah, mengapa tidak anda? Kan? Pasti boleh. InsyaAllah

Belum lagi saya cerita macam mana Set Penyusuan Shaklee membantu saya. Sukanya pengalaman itu.

Ingin berkongsi maklumat? Hubungi saya

Nurul
0187812078

Breastfeeding Peer Counselor
Shaklee Independant Distributor

Tuesday 30 June 2015

Vitamin E dan Vitamin C Shaklee untuk Kulit Cantik

Assalamualaikum

Masih ramai.aunty aunty Cina yang datang mintak Vitamin E dan.Vitamin C dihospital.

Kulit depa..toksah cakapla..licin baqhang! Walaupun umur dah 70an

Bila ditanya, memang dari dulu consume Vitamin E dan.Vitamin C. Saja.cuba.tanya di hospital walaupun tahu Vitamin E memang takde dihospital ni.

Bukti.depan mata, saya pun x boleh nak nafi kebaikan Vitamin E dan.Vitamin C ni..

Kecantikan hanya sementara?

Sebab sementara tu lah sementara Allah bagi pinjam ni nak.jaga elok elok.

Badan yang sihat
Kulit yang sihat
Rambut yang sihat

Takmaula tua sebelum usia kan..

Berminat nak vitamin Shaklee, contactla saya ye..

Solat Itu Ubat

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Hari ini rasa sangat seronok, bersyukur, terharu.

Seorang pesakit datang berjumpa saya tadi. Umurnya awal.20an. Seingat saya, dia pernah saya rawat dulu, tapi tak ingat apa masalahnya.

Kali.ini, dia sakit senggugut. Selesai hal senggugut, tetiba dia cakap..

"Doktor, saya dah tukar tempat kerja. Tempat kerja baru saya boleh sembahyang dah."

Owh..terimbas kembali waktu dia.datang haritu. Masalahnya selalu pengsan tiba tiba, lemah semangat. Rata berubat tetapi.masalah tak selesai. Periksa darah dan seluruh badan tiada masalah. Saya habis ikhtiar...

Adik solat cukup tak.5 waktu?

Laju ibu dia jawabkan..Tak Doktor. Bos kat tempat kerja dia tak bagi sembahyang. Zohor dan Asar dia tak sembahyangla.

Adik, Makcik...kita nak berubat, ini.ikhtiar kita. Yang berkuasa menyembuh tu Allah. Penyakit tu pun datang dari DIA. Pergilah mana perubatan Islam pun, kalau solat tak buat, macam mana Allah nak tolong. Dekat dengan Dia dulu. Barula bila kita minta nak sihat Dia bagi.

Susah doktor..kerja mana lagi..

Rezeki dari Allah..percayalah..takkan.kerana takut manusia kita tinggal.apa yang Allah suruh kan?

Macamnilah...

Saya hanya dapat bagi vitamin untuk tambah tenaga, tapi saya nasihatkan..ikhtiarlah tukar tempat kerja. Cukupkan solat 5 waktu, InsyaAllah.

Saya tengok adik dihadapan saya sekarang.

Macamana kamu sekarang? Jadi macam haritu lagi ke?

Alhamdulillah Doktor. Tak pernah jadi dah sejak tukar tempat kerja, sejak tak tinggal solat ni.

Saya...

Bersyukur..

Semoga ada sedikit keberkatan atas usaha saya..

Ingat..

Semua dari Allah, dan padaNya dia akan kembali..

Kita wajib berikhtiar untuk kesihatan diri, rohani dan jasmani

Monday 29 June 2015

Ladang Pahala, Penuh Mehnah dan Ranjau Berduri

First few days of June 2015

First few days of school break

Everybody is on leave. Family events here and there. However, more and more patients come to hospital. From Johor, from Terengganu and many other parts of the world.

Non stop 8 hours cracking head for this few days. With limit number of doctors but huge number of patients.

Everybody is tired. But still, we try to give the best service to our patients.

Alhamdulillah. Non of them complaint. Some of them offer foods and drinks.

And today, 1 pakcik asked me.

"Doktor, ramai patient ye beberapa hari ni? Tengok doktor macam kurang rehat. Bawah mata pun dah hitam. Stress kerja ye."

Yes pakcik. I am tired. All of us do. Some more, taking care of other people while my own little princess is having fever, no sleep at night, so sad while checking others child, as ours are at nursery, taking care by others.

"Kesian kat doktor. Nampak sangat penatnya. Anak tak sihat di rumah pun kene periksa pesakit."

Feel like crying! Bergenang air mata.

Thank you for your understanding pakcik. Your thought is enough. More than everything.

And...pakcik bagi nasihat yang paling berguna untuk saya hari ini...kembali untuk kita semua muhasabah diri.

"Doktor, kalau hidup kita selalu stress, jom kita cek solat kita. Mesti tunai solat diawal waktu. Jangan berlengah sahut seruan Allah. INSYAALLAH."

Allahuakbar...

Saya mengaku..adakalanya kekangan kerja buat kita sedikit tertangguh waktu solat.
Astaghfirullah

Terima kasih Allah atas teguran ini. Kau hadirkan pakcik yang cukup memberi keinsafan dan ketenngan dalam hati ini.

Saya bantu pesakit dengan ilmu perubatan, tapi, pesakit banyak bantu saya dengan ilmu kehidupan

Alhamdulillah

Lelaki Bangla Juga Manusia, Malah Mungkin Lebih Mulia Dari Kita

Lelaki Bangladesh itu melangkah masuk ke bilik saya.

Assalamualaikum.

Sejuk hati mendengar sebab jarang dapat didengari jika orang kita yang masuk.

Tidak sihat. Dahulu pernah diberitahu oleh doktor di Bangladesh, dia ada kencing manis tapi hanya perlu dikawal dengan pemakanan. Setahun di Malaysia, hari ini dia mahu periksa kencing manisnya.

Gula agak tinggi, perlu ujian untuk pengesahan. Jika saya arahkan darah biasa, jumlah wang yang perlu dia bayar hampir RM200. Jumlah itu dah tentu sangat besar untuk pekerja kontrak sepertinya. Saya hadkan, sekurang-kurangnya dapat pengesahan penyakit kencing manisnya, RM43.

Sayu tengok dia mengira duit didalam poket jubah lusuhnya.

Boleh, katanya.

Maaf, ubat kami tak dapat bekalkan banyak. Perlu beli diluar. Sudah lama kerajaan Malaysia tanggung ubatan warga asing. Jika encik sah ada kencing manis, encik kena beli diluar.

Bukan mudah untuk saya menerangkan padanya. Kasihan, simpati. Si Bangladesh saban hari bermandi peluh dibawah terik mentari untuk membina bangunan kemegahan kita tetapi anak anak muda kita saban hari makin ramai yang merosakkan diri dengan perkara haram dan sia-sia.

Saya bimbang, bimbang penyakit akan memakan dirinya. Bagaimana mahu membelanjakan duitnya? Makan? Anak isteri yang jauh dikampung? Tempat tinggal?

Tapi, maafkan kami kerana kami tidak mampu. Sudah tiba masanya majikan perlu membawa pekerja ke klinik-klinik panel, biayai kos pengubatan peenyakit kronik mereka, kerana mereka pekerja yang setia.

Dan bagi kami disini, makin ramai dan ramai warga kami yang perlukan subsidi ini. Tahap.kesihatan warga kami juga makin merosot, beban kos pengubatan yang ditanggung juga makin tinggi.

Haih...

Ditelan mati bapak, diluah mati mak...

Dilemma Ibu Bersalin, Serba Salah Doktor Lelaki

Kesian doktor laki.

Bukan pasal hak untuk melihat kawasan sulit anda dia masuk menyelak and sesuka hati.

Masalah sistem yang buat dia terpaksa dan mesti buat begitu

Masalah doktor perempuan yang tak berapa nak cukup pada waktu itu

Masalah rasa tanggungjawab terhadap 2 nyawa yang bertarung

Jika.saya...jika saya berada disitu...dan jika saya mampu..

Saya akan cuba menyambut semua kelahiran ibu-ibu..

Takkan saya izinkan ibu-ibu dilihat apa lagi disentuh oleh doktor lelaki yang terpaksa itu

Akan saya cuba pastikan aurat ibu-ibu dijaga dan dipelihara

Kerana, saya juga ibu yang melahirkan. Saya juga muslimah yang ingin aurat saya terjaga dan terpelihara, saya juga manusia biasa yang penuh rasa malu dan saya sangat mengerti apa yang ibu ibu rasa

Tapi...

Siapa saya sekecil kecil manusia didalam sistem ini. Setakat termampu saya membntu didalam keterbatasan.

Ibu-ibu

Suara anda, suara kita pasti didengari,

InsyaAllah

Cuma.jangan salahkan doktor-doktor lelaki.yang terpaksa itu

Dan..wahai doktor doktor dan nurse nurse yang bergelar wanita, selagi boleh, jom.kita cuba memelihara aurat, rasa malu dan maruah pesakit kita.

Walaupun kita tak.mampu mengubah semuanya, tapi saya pasti kita boleh membantu.sedikit sebanyak.

InsyaAllah

Muhasabah Diri

Siapa yang rasa diri sempurna?

Jangan...

Kalau kita pandai masak lauk pauk, tapi kita mungkin tak pandai masak.kuih muih

Kalu.kita pandai mengaji, tapi kita mungkin sumbang bila menyanyi

Kalau kita banyak ilmu agama, tapi kita mungkin kurang amalkannya

Kalau kita baik dengan orang lain, tapi kita mungkin kurang baik dengan ahli keluarga

Kalau kita suka bersedekah, tapi kita mungkin tak suka dengar pengajian ilmu agama

Kalau kita hebat ilmu perubatan, tapi kita mungkin tak tahu menahu langsung ilmu kewangan

Kita takkan pernah sempurna. Allah menciptakan kita untuk saling melengkapi dan memerlukan antara satu sama lain.

Bahaya penyakit hati orang baik baik bila kita rasa ilmu kita banyak, kita mula memandang rendah, melayan.hina dlm.tak sedar pada orang lain.

Tolong...

Sebelum menuding kekurangan orang, hisab kekhilafan diri dulu

Semoga Allah sentiasa bersama kita

Wahai Ibu Ayah, Peliharalah Anakmu

Adakalanya, rasa macam tekanan perasaan bila bekerja direct dengan masyarakat.

Sedih...

Ramai gadis belasan tahun datang dengan pelbagai masalah dan sesudah disiasat, mereka disahkan mengandung.

Lagi sedih...

Selepas disahkan mengandung hampir separuh daripada mereka tidak menunjukkan sesalan, yang menyesal ibu dan ayah atau penjaga yang membawa.

Lebih lebih sedih...

Ramai diantara anak anak ini dikatakan 'anak yang baik' oleh ibu ayah, dan dengan penuh percaya membiarkan anak keluar tak kira masa dan arah.

Bedah siasat saya...

Institusi keluarga asas kita sekarang hampir pincang. Agama bukan lagi perkara nombor satu yang ditekankan. Menjadi kebahagiaan ibu bapa anak anak yang berjaya dalam pendidikan, walaupun jiwanya.langsung mati tanpa agama. Mereka ini.juga datang dari keluarga yang ibu ayah sendiri culas solatnya. Namun, ada juga yang datang dari 'keluarga baik-baik', tapi disiplin terlalu keras dari kecil.

Dalam satu buku pendidikan anak anak, ditulis oleh Pakar Psikologi kanak-kanak ada menyebut tentang kecenderungan remaja perempuan kepada lelaki bergantung antara faktornya ialah keakraban remaja.itu dengan.ayahnya.

Kajian mendapati bahawa, remaja perempuan yang terjerumus dengan masalah sosial, mengandung anak luar nikah dan pelbagai lagi masalah, kebanyakannya tidak mendapat perhatian dan kasih sayang ayah yang secukupnya dari kecil. Walaupun seorang ayah itu mungkin sayang pada anak perempuannya, tapi kasih sayang itu tidak.ditonjolkan, tidak dirasai oleh si anak. Ini mengakibatkan kejutan budaya bila seorang lelaki lain menunjukkan kasih dan sayangnya dan mengakibatkan anak.anak ini terjerumus.

Apapun, ini bukan satu satu sahaja punca terjadi masalah ini. Saya masih percaya institusi keluarga yang mengamalkan agama dengan baik, khususnya Islam yang diamal dengan betul, tidak.terlalu rigid, tidak terlalu dimudahkan akan menghasilkan anak anak.yang InsyaAllah terpelihara.
Itu sekarang...

Apalagi yang akan jadi dengan dunia anak anak.kecil kita yang sedang membesar ini.

Ya Allah...

Bantulah kami. Lindungilah kami dari segala bencana dan malapetaka. Lindungi keturunan kami. Kurniakan keturunan kami dari keturunan yang mendirikan solat.

Aamiin

Sunday 28 June 2015

Realiti Kencing Manis di Bulan Ramadhan

Akak berumur lewat 40an dihadapan saya itu.tersenyum sumbing.

Senyum Sumbing kerana tahap gulanya belasan angka
Senyum Sumbing kerana tak yakin dapat kawal gulanya dibulan puasa ini
Senyum Sumbing kerana pelik mungkin dengan arahan saya untuk lawatan akan datang

Kenapa cepat sangat Doktor? Biasanya banyak bulan?

Sila.tengok paras gula akak. Sila muhasabah cara akak kawal kencing manis akak. Bulan puasa ni menjadi kesukaran untuk kami mengawal gula.akak dengan naikkan.dos ubat atau insulin. Ditakuti menyebabkan hypoglyceamia pulak. Ditakuti banyak komplikasi pula.

Gerun...

Belum.50, banyak organ dah terlibat akibat kencing manis yang tak.terkawal.

Saya.tak mampu tersenyum, tapi kakak tadi sangat manis senyumannya. Apakah pekerjaan ini? Awatla dok.jaga tepi kain orang walhal orang lain tak kisah?

Ramadhan yang mulia...

Tabiat makan menjadi jadi..
Jika tak puasa, air manis mungkin sekali sehari, tapi bila puasa, air manis se jug sekali, mungkin dua tiga jug air pelbagai perisa.

Berbuka lahai...kuih manis, air manis, segala makneka yang tak pernah muncul pun muncul. Excited pulak nak bertarawikh di masjid sebab lepas tarawikh ada moreh..kopi 'kaw' dengan kuih manis lagi. Kalau tak 'kaw' AJK Masjid kene sound.

Balik, terus tidur untuk bangun tahajud dan sahur pulak. Sahur, baancuh air milo, nak tenaga berpanjangan katakan.

Membimbangkan saya. Bulan puasa ini tahap kawalan kencing manis pesakit pesakit semakin teruk.

Terbayang buah pinggang yag semakin rosak, salur darah yang makin sempit, jantung yang semakin lemah.
Haih..kenapa sibuk jaga tepi kain orang? Sorry, I cant help it.

Islam suruh kita jaga kesihatan. Bukan untukyang kencing manis sahaja. Kita semua. Makan yang baik baik, minum yang baik baik. Bukan yang mudharat pada tubuh.

Tapi..

Rakyat Malaysia memang serba boleh...

Bila WHO target pesakit kencing manis kita akan capai satu amaun yang sangat besar pada 2050 tapi kita dah capai sasaran tu 2008 lagi.

Maafkan saya kerana membebel.

Sebab ini tanggungjawab saya.

Kesihatan Untuk Semua