Wednesday 8 June 2016

Ramadhan, Mendidik Anak-Anak Dengan Rasa Syukur

Assalamualaikum

Salam 4 Ramadhan 1437H

Sudah hari ke empat dizin Allah untuk kita menunaikan ibadat puasa ini. bermakna juga sudah 4 hari sepatutnya kita menunaikan solat tarawikh, dan juga yang pasti ramai yang telah Berjaya menghabiskan 3 juzuk sehingga semalam.

Apapun bila tiba Ramadhan, kita semua pasti berlumba-luma untuk menambah pahala, membuat ibadah extra kerana kita tahu dan sedar keberkatan di bulan puasa. DAn anehnya, dimasjid dan surau, Jemaah lebih dari biasa. Begitu teruja kita mengerjakan solat sunat tarawikh di masjid, tapi solat 5 waktu, masjid kelihatan sepi sekali. Tunggulah habis Ramadhan nanti.

Antara kisah gembira mengisi diari hidup seorang ibu dan ayah ialah melatih anak berpuasa. Kita pasti teruja untuk mendidik anak kita berpuasa, menahan diri dari lapar dan dahaga, bangun sahur seawal pagi.

Anak sulung saya tahun ini 9 tahun. sejak 7 tahun Faris Farhan sudah berpuasa penuh (darjah 1 tinggal 2 hari ibu consider penuh). Dan setiap tahun kita boleh tengok kematangan dia dalam menghadapi ibadah puasa. Walaupun masih ada uh ah di sana sini serba sedikit, tapi melepeknya tidak seteruk tahun-tahun yang lalu.

Tapi matlamat ibu yang utama bukanlah untuk faris Farhan wajib untuk berpuasa penuh di bulan Ramadhan. Matlamat ibu yang utama ialah untuk mendidik Faris Farhan dan anak-anak lain tentang hikmah berpuasa. Kenapa kita perlu berpuasa? Kenapa perlu besederhana dalam puasa? Kenapa perlu melewatkan sahur dan mengawalkan berbuka puasa? Berpahala lagi.

Ibadah puasa mendidik kita dengan rasa sabar. Sabar dengan nikmat makan, nikmat kenyang, nikmat kekuatan, nikmat serba serbi. Menahan lapar bermakna kit menahan kehendak manusia yang paling utama. Mendidik jiwa supaya menghayati kesusahan orang lain.

Niat..

Saya mengajak anak saya melihat kekuatan niat berpuasa itu sendiri. Sebelum kita memulakan puasa, kita perlu niat. Dan adakah kita terasa bezanya rasa apabila kita tidak makan kerana berpuasa dan tidak makan tanpa niat berpuasa? Beza, mesti berbeza. Dengan niat. kita menggerakkan seluruh tubuh kita untuk bersedia tanpa makan dan minum. Kita menyediakan tubuh badan kita untuk patuh dan tunduk atas seruanNYA ini. Hanya kerana niat, Farhan lebih bersedia untuk menahan lapar dahaga sehingga ke waktu berbuka puasa.

"Sahaja aku berpuasa esok hari kerana Allah taala."

Kerana Allah. Ya, kerana Allah.

Berbuka..

Ibu mendidik anak-anak dengan juadah berbuka yang penuh kesederhanaan. Tiada pemborosan dan berlebih-lebih dan semuanya air tangan ibu dan ayah. Sekali sekala baru ayah akan membeli hidangan sampingan di Bazaar Ramadhan (sekali atau dua kali sepanjang Ramadhan sahaja).

Dididik dari kecil dengan pemakanan yang bersederhana, anak-anak ibu juga tidak pandai meminta yang bukan-bukan. Ibu katakana pada mereka, untuk orang yang berpuasa, Allah bagi 2 kegembiraan. Kegembiraan semasa berbuka puasa dan kegembiraan semasa hari Raya.

Apabila hampir 13 jam kita berpuasa, tanpa makan minum...seteguk air kosong pun sudah besar nikmatnya dirasa. Sesenduk nasi dan ikan goreng juga dirasakan begitu sedap. Tapi ramai dari kita masih melayan nafsu, membeli pelbagai juadah di bulan Ramadhan dan akhirnya berlebihan.

Anak-anak..

Lihatlah anak-anak di bumi Syria, Palestin. Mereka juga seperti anak-anak ibu, berpuasa, cuba sedaya upaya menahan lapar dan dahaga. Tapi mereka tidak bersahur semewah anak-anak ibu, atau mungkin tidak bersahur kerana tiada sebarang makanan untuk dimakan. Mereka juga menunggu sabra waktu berbuka puasa yang belum tentu ada rezeki yang terhidang. Tapi berpada mereka dengan rumput, roti roti kering saki baki dan dikongsi ramai.

Jadi anak-anak ibu, cukuplah dengan juadah kita ini. Sederhana, cukup-cukup sahaja. Berbuka berlebihan juga menjadikan kit amalas dan letih untuk beribadah seterusnya.

Alhamdulillah...anak-anak ibu sudah dididk awal, supaya bersederhana dan menghargai dan menghormati rezeki. Ibu mahu anak-anak sentiasa berterima kasih dan bersyukur pada Allah yang bagi kita rezeki. Tengoklah pada orang yang jauh lebih susah pada kita, pasti tidak sanggup untuk kita mengeluh, dan berpada dengan apa yang ada.

Ramadhan..semog akali ini dapat kami lalui dengan sempurna.

Aamiin



Tuesday 7 June 2016

Kenapa Saya Suka Shaklee? Biar Gambar Berbicara.



Shaklee ada Vitamin untuk kanak kanak

Wah!! Shaklee Syarikat Nutrisi Semulajadi No 1 di US!!

Shaklee ada banyak jenis vitamin

Set Ramadahan pun ada tau!

Shaklee selalu buat promo..best!!

Shaklee bantu jaga kesihatan..

lagi...jaga kesihatan
JOM SHAKLEE DENGAN SAYA
NURUL 0187812078
Shaklee Independent Distributor

Senyum..


Sakit Lutut? Berilah Makan Pada Sendi Anda

Assalamualaikum

Ramai orang ada masalah sakit lutut kan? Apalagi bila umur dan menginjak veteran. Terlebih jalan sakit. Terlebih duduk, sakit. Terlanggar sakit. Tersalah, sakit.

Sebenarnya diantara sendi dalam badan kita ni ada cecair. Cecair ni nama dia Glucosamine Sulphate. Fungsi cecair ini seperti kusyen, untuk menaham beban hentakan tubuh kita. Bayangkan bertahun kita gunakan sendi lutut kita, sudah pastilah semakin haus sendi kita. Macam engsel pintu dirumah. Krik..kriuk..macam-macam bunyi ada.

Sakit lutut? Sekarang pegang lutut masing-masing dan gerakkannya. Pasti anda juga terdengar bunyi krup..krup.. Itu tanda cecair sendi dah berkurang.

Habis...nak buat macam mana?

Itulah saya nak beritahu bahawa pentingnya suplemen glucosamne sulphate ni untuk kita semua. Lebih baik diambil sebelum sendi kita haus untuk mengelakkannya haus lebih cepat dari waktu yang sepatutnya.

Di dalam Shaklle, kita ada AJHT yang kaya glucosamine sulphate, tapi malangnya buat masa ni AJHT tiada stock. Lihat betapa lakunya AJHT.

Jadi, jangan bimbang. Kita ada Collagen Shaklee yang juga mengandungi glucosamine sulphate, calsium, kolagen dan bahan lain. DAn tahukah pakcik makcik bahawa kolagen amat perlu untuk kesihatan sendi? Kerana sendi kita juga terdiri daripada kolagen. Jadi boleh kita Nampak tak betapa banyaknya bonus kalau kita amalkan kolagen setiap hari.

Awet muda
Kulit anjal
Sendi sihat
Tulang dan rawan sihat dan kuat

Dan saya ingin bagi tips untuk meningkatkan kesan kolagen jika diambil. Makanlah Vitamin C SR Shaklee supaya kolagen terbina lebih cepat dan berkesan kerana vitamin C membantu dalam membentuk kolagen. Sebab itulah ramai yang gila mengambil vitamin C, walaupun membahayakan diri.

Tak perlu..

Ambil je Vitamin C SR Shaklee 500 gram sekali sehari, InsyaALLAH.

Jadi..sesiapa nak sihat, nak tengok mak ayahnya sihat, tak komplen sakit lutut, boleh ikhtiar dengan dua suplemen ini

KOLAGEN SHAKLEE
VITAMIN C SR SHAKLEE

Istiqomahla...pasti Nampak kesan.

InsyaALLAH

PM saya kalau nak order Shaklee
Nurul 0187812078
Shaklee Independent Distributor

Senyum

Cantik Berseri Menjelang Raya:Bolehkah Saya?

Assalamualaikum

Saya nak kongsi sedikit satu azam yang saya tak pernah buat sebelum ini bila tiba bulan Ramadhan. Entah kenapa hati begitu kuat ingin merealisasikannya. Entah kenapa...

Terus terang..saya juga culas makan vitamin Shaklee walau saya sangat sukakan semuanya. Adakalanya sebab keletihan, banyak masanya sebab kemalasan. Dan sebenarnya saya perlukan turning poit, atau sebab kukuh untuk terus istiqomah makan vitamin Shaklee.

Eh..mengapa cantik berseri? Bukan sihat semulajadi? Sama..kedua-duanya saya mahu..untuk diri saya dan semua pelanggan saya, pesakit saya. Tapi untuk sihat itu selalu bermain dibibir..didalam doa, didalam munajat. Untuk cantik, perlu usaha. Cantik diluar, cantik didalam. Cantik rohani, cantik jasmani.

VIVIX
ALFALFA
VITAMIN BCOMPLEX
VITALEA
VITAMIN C
ESP
MEALSHAKES
PERFORMANCE DRINKS
KOLAGEN

Senarai ini untuk saya yang mahu cantik berseri dihari raya. Untuk wajah yang bersih, parut yang menghilang, dan jika diizinkanNYA, lebih cerah dari sekarang. Saya perempuan, manusia biasa, ada rasa mahu cantik, mahu kelihatan bersih wajahnya. Ada.

Dan rangkaian di atas bukan untuk kecantikan sahaja, tetapi untuk keseluruhan kesihatan. Kesegaran berpanjangan dibulan Ramadhan dan idea yang mencurah-curah untuk terus ajak anda semua makan Shaklee.

Sudah cukup cantikkah saya ye? Tamak..semakin tamak.

Mungkinkah wajah saya cantik, tapi hati saya kotor dan gelap? Inilah juga masa untuk saya polish hati yang semakin kotor dan gelap ini.

Sentiasa memohon keampunan dari Allah
Sentiasa ikhlas dalam setiap ibadah
Sentiasa merasa cukup akan setiap kurniaan Allah
Sentiasa sabar atas setiap ujian
Sentiasa senyum walaupun dalam kesedihan
Sentiasa bersederhana dalam setiap perkara
Sentiasa tegas dalam hal agama
Sentiasa memperbaiki diri dalam segala aspek

Bukan mudah....bila kebersihan hati nurani itu kit amahu tonjolkannya di raut wajah. Selalu juga kita tengok seseorang itu kelihatan sangat cantik jelita raut wajahnya, tetapi wajahnya kosong. Tiada nur. Nampak kelam, tidak ceria.

Saya nak terus berazam dan mengerjakannya akan tercapai cita-cita saya untuk kelihatan cantik berseri di hari raya InsyaALLAH.

Cantik berseri
Luar dan dalam...

Aamiin.

Ramadhan...dimana kita?

Assalamualaikum wbr

Hari ini adalah hari ketiga kita berpuasa.

3 Ramadhan 1437H.

Dah 3 malam kita sepatutnya bertarawikh. Dah banyak muka surat lembaran Al-Quran sepatutnya kita baca. Dan banyak yang sepatutnya kita sedeqahkan.

Berpuasa bagi saya sebelum bergelar ibu dan selepas bergelar ibu sangat berbeza. Ditambah dengan umur yang bertambah, terasa kelesuannya bila hari semakin menginjak senja. Azam demi azam untuk melakukan ibadat demi ibadat, tapi adakalanya saya akui, saya tewas dalam keletihan.

Dan apabila masuk hari yang baru, kembali saya memperbaharui azam. Dengan rasa kecewa yang makin berbekas kerana tidak memanfaatkan semalam yang terpaksa saya tinggalkan untuk hari ini. Saya pandang anak-anak. Saya muhasabah. Sebenarnya inilah ibadah terbesar saya mungkin. Mendidik mereka dengan kesabaran, melayan mereka dengan kasih-sayang, menunjukkan contoh yang baik untuk mereka, menegur mereka dengan kelembutan. Ya...bukan alasan untuk menambah pahala dan ibadah di bulan Ramadhan, malah anak-anak sebenarnya bonus untuk kita menambah pahala demi pahala.

Tiba-tiba saya teringatkan pengalaman berpuasa di sekolah dulu. Berbeza sekali bilamana disekolah, kami telah dijadualkan untuk bangun malam. Pihak pengurusan asrama mahu memastikan malam-malam Ramadhan dihidupkan dengan bacaan Al Quran dan solat sunat tanpa henti. Dan jadual pun dibuat di mana setiap dorm mempunyai waktu masing-masing untuk bangun dan  berqiamullail.

Ah...paksaan yang sungguh membahagiakan. Membuka peluang pada siapa yang tidak pernah melakukannya. Bermunajat di malam sunyi. Hanya kita dan DIA. Keheningan dan kegelapan malam tidak sedikit pun memalitkan rasa takut di hati saya pada ketika itu. Seakan terdengar gema bacaan Al-Quran di surau asrama kami pada ketika itu. Dan sungguh...terasa hidupnya malam-malam Ramadhan di sekolah saya pada waktu itu.

Ada juga sahabat yang kekok sungguh untuk bangun malam. Tetapi dengan didikan dan walau asal dalam keterpaksaan, akhirnya ia menjadi amalan, tabiat yang baik. Tidak nantikan Ramadhan baru hendak qiamullail. Alhamdulillah.

Kembali ke dunia nyata saya pada hari ini. Di satu sudut, malam-malam saya terasa amat meletihkan. Hampir setiap malam si kecil 3 tahun yang masih menyusu menggerak saya untuk menyusu. Hampir setiap malam, si kakak 6 tahun bangun untuk buang air kecil. Adakala saya merengus dan membentak. Astaghfirullah. Tidak sepatutnya begitu.

Bila diam saya memerhati dan meneliti bahawa sungguh rencana Allah itu yang paling baik. Berapa kali Allah izinkan saya untuk bangun ditengah malam sunyi untuk mengadapnya? Berapa kali setiap malam Allah izin saya untuk memohon keampunan disaat orang lain masih tidur? Tidak terkira, dan itulah nikmat yang sebenar. Yang pada kebanyakan masa kita hamba tak bisa mengerti. Kita mengeluh, kita tak puas hati.

Ya Allah...

Izinkan aku bangun dimalam sunyi untukMu. Walau adakalanya berat rasa kaki yang sakit ini untuk berdiri, terimalah bisikan keampunanku ini Ya ALLAH. Bersediakanlah aku menghadapi apa jua arahMU.

Masih 27 hari berbaki. Nurul...teruskan...mengejar iman dan taqwa didalam sekolah sebulan ini. Semoga keluar kita nanti menjadi hamba yang lebih baik..

INSYA ALLAH

Monday 6 June 2016

B-Complex : Suplemen Anti--Stress

Assalamualaikum wbr

Apa khabar semua? Apa khabar kita hari kedua berpuasa di bulan Ramadhan ini? Semoga semuanya dapat berpuasa dengan penuh kesabaran dan keberkatan. Kita cuba elakkan setiap perkara yang Allah tidak suka ye.

Saya nak kongsi cerita tentang vitamin B-Complex. Terus terang saya katakan, saya sebagai doktor sendiri, kali pertama saya dengar dan tahu keperluan mengambil vitamin B-Complex ialah untuk wanita mengandung. Wanita mengandung sangat memerlukan Vitamin B-Complex untuk emmbantu tumbesaran bayi didalam kandungan terutamanya tulang belakang. Kekurangan Vitamin B-Complex boleh menyebabkan Spina Bifida, sejenis penyakit tulang belakang yang terjadi pada bayi didalam kandungan. Oleh itu, adalah sangat disarankan kepada sesiapa sahaja yang merancang untuk mengandung supaya mengambil Vitamin B-Complex seawal sebelum disahkan mengandung lagi.



Kemudian, saya juga memberi preskripsi Vitamin B-Complex kepada pesakit saya yang berumur yang seringkali mengadu tidak selera makan kerana terbukti Vitamin Bcomplex memang membantu meningkatkan selera makan dan memeri rasa kesegaran kepada pesakit saya. Dan untuk pengetahuan anda, suntikan Vitamin B-Complex sangat popular dikalangan pesakit veteran saya terutamanya kaum Cina kerana mereka merasa segar dan sihat selepas mendapat suntikan vitamin b-complex.



Itu sahaja sedikit ilmu saya tentang Vitamin b-Complex. Sehinggalah saya bertemu Shaklee barulah saya tahu terdapat seribu satu kebaikan Vitamin Bcomplex yang anda juga patut tahu.


Perbezaan Vitamin B-Complex Shaklee



Para saintis Shaklee telah Berjaya mencipta Asid Folik semulajadi pertama disunia yang mempunyai kadar penyerapan yang sangat tinggi dan berkualiti. B-Complex Shaklee mengandungi 8 komponen utama termasuk 100% biotin dan asid folik.

Vitamin B-Complex adalah vitamin larut air dan sebarang lebihan tidak akan disimpan didalam badan dan akan dikumuhkan melalui system pencernaan.


Manfaat Utama   :

  • Membantu menukarkan makanan kepada tenaga dan mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan
  • Melawan tekanan dengan memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, dan kemurungan dan insomnia.
  • Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Ia juga membantu membina DNA dan sel-sel baru dan mengurangkan risiko kecacatan otak dan tulang belakang.
  • Membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.
  • Mengurang kan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, memperkasakan daya ingatan dan focus.
  • Mencegah anemia
  • Meredakan senggugut, dan premenstrual symptom seperti keresahan, kerisauan.
  • Mencegah rekahan mulut, jangkitan kuman lidah dan nafas berbau
  • Detoksifikasi-meredakan alahan.



Sedikit tips dari saya untuk memilih Vitamin B-Complex yangbaik. (jika saya, tentunya Shaklee!) Senyum

  1. Mengandungi kesemua jenis vitamin B
  2. mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin
  3. Jurang peratusan harian vitamin B yang berbeza tidak terlalu besar
  4. Elakkan rumusan yang menawarkan sustain release kerana vitamin b-Complex akan terlalu kurang diserap kerana larut hampir kesemuanya dalam air tanpa sempat diserap
Dan...saya sendiri mengamalkan Vitamin B-Complex Shaklee. Memang rambut saya tidak teruk gugur seperti dahulu, dan terasa tubuh sihat dan tidak lesu. Alhamdulillah.

LAgi satu...Vitamin B-Complex Shaklee murah tau!!

Jadi, jika anda inginkan tubuh yang lebih sihat disebalik kesibukan dengan tugas dan tanggungjawab harian, ambillah vitamin B-Complex secara istiqomah.

Bukan untuk sayapun...untuk diri anda sendiri..untuk suami, untuk isteri dan anak-anak. Juga ibu bapa kita.

PM saya
Nurul 0187812078
Shaklee Independang Distributor

Garlic Shaklee : Makanan Tambahan baik Untuk Sistem Pertahanan Badan

Assalamualaikum

Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi dengan anda berkaitan Tablet Garlic Shaklee. Saya pernah bertemu dengan pesakit yang menolak untuk mengambil antibiotic dan menyatakan bahawa keluarganya hanya mengamalkan Tablet Garlic jika diberitahu doktor bahawa mereka memerlukan antibiotic sebagai rawatan. Dan saya seperti biasa menjelaskan apa yang patut dan dalam masa yang sama juga ia menyebabkan saya lebih rajin utnuk membaca tentang kelebihan garlic.

Perbezaan Shaklee

Garlic tablet Shaklee dibuat dari bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan di tanam secara organic di California USA di waktu musim panas. Ia dihasilkan secara ekslusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif (tidak semua garlic dipasaran mengandungi allicin aktif).


Manfaat Utama:

  • Mengandungi spearmint yang mempertingkatkan system penghadaman dan fungsi jantung
  • Sebagai antibiotic semulajadi dan selamat untuk kegunaan jangka panjang untuk mempertingkatkan system imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis.
  • Menghalang allergi
  • Mempertingkatkan sistem penghadaman, membantu mengurangkan masalah kembung perut, gastrik dan ketidakhadaman. Garlic juga mampu menentang bakteria H. pylori yang menyebabkan ulser perut.
  • Mengawal tekanan darah tinggi. Kajian menunjukkan pengambilan 2-4 tablet garlic sehari membantu menurunkan tekanan darah.
  • Detoksifikasi. Garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas.
  • Menurunkan kolesterol
  • Menstabilkan gula dalam darah
Cadangan : Untuk pemeliharaan kesihatan - 2 tablet sehari selepas makan
                   Untuk radang dan allergi - 2 tablet, 2 kali sehari
                   Darah tinggi dan kolesterol - 2 tablet, 2-3 kali sehari.


Nah..sekarang tidak perlu lagi risau untuk mengambil bawang putih mentah yang dikhuatiri berbau dan memberikan ketidakselesaan pada orang lain. Anda boleh dapatkan Garlic tablet ini dengan saya.






PM saya
Nurul 0187812078
Shaklee Independent Distributor





Sunday 5 June 2016

Disisi Allah Kita Sama

Assalamualaikum.

Saya terbaca status tentang gred dalam kerja.

Teringat saya pada seorang pesakit saya di ICU. Ketika itu kes denggi sangat unik dan berbeza di Manjung. Ada sesetengah pesakit dikategorikan bahaya dan perlu di observe di ICU.

Pesakit saya ini nampak sihat, tapi keputusan darahnya yang merisaukan kami, tapi dia boleh bersembang macam biasa.

Satu yang saya perasan, setiap doktor yang merawatnya pasti ditanya, " you gred berapa?". I gred (saya tak ingat) tapi tinggila untuk bidang dia.

Dan bila doktor yang kurang gred pada dia, dia pandang lekeh
Kesian tau orang macam ni. Sesiapa ada perangai macam ni hentikanlah. Naik pangkat sikit dah lupa diri, dah nak.pandang orang rendah, dah mengarah orang sana sini, dah nak suruh orang sembah, dah boleh sesuka sumpah seranah.

Tak baik. Berdosa. Tak tenang hidup sebab kiri kanan depan belakang orang akan doakan keburukan untuk kita.

Apa ek yang orang macam ni dapat?

Ingat...cukup masa mati juga. Masuk kubur juga, mandi dengan air paip juga bukan dengan susu ke madu ke pun. Balut dengan kafan juga, disoal mungkar nakir juga.

Astaghfirullah. Minta dijauhkan dari begini.

Disisi Allah kita tiada beza, hanya iman dan amal yang membezakan kita.

Ingat...

Cara Menabung Untuk Yang Boros

Assalamualaikum

Sedikit perkongsian dari sahabat emas..best!!

CARA MENABUNG UTK YG BOROS.
.
Al-kisah diri saya...
.
Saya tak nafilah saya memang boros.
.
Saya tak pandai simpan duit..
.
Saya pernah simpan RM500 dalam bank, tapi tak lama tahan, 3 hari lepas tu saya withdraw.
.
Saya pun test la dgn 1dinar, adakah saya mampu tahan nafsu nak belanja?
.
Hingga waktu mendesak pun adakah saya jual 1dinar ni?
.
Jawapannya tidak. Saya pun lupa dah berapa bulan dlm simpanan ni.
.
Kalau setakat takde duit sikit² nak belanja tu takde la smpai jual emas ni. Banyak lagi cara lain.
.
Saya simpan ni pun sebab banyak sebab.
.
saya tak tahu esok lusa kewangan saya macamana.
saya tak tahu bisnes sampai bila bertahan. Kadang kita tak sangka dugaan datang.
saya tak tahu esok² Tuhan nak uji kita sakit ke.
.
Mungkin kalau saya tak simpan emas ni, saya memang takde tabungan langsung.
.
Jgn takut nak simpan emas. Takut simpan duit banyak² akhirnya takde nilai.
.
Awak boros?
.
Meh simpan! Sebab kita bukan hanya sekadar menyimpan, tapi juga utk pelaburan jangka panjang yg menguntungkan!
Jom..tunggu apa lagi?

PM saya
Nurul 0187812078

Power Gold Dealer

Senyum

Kerja Kerana Allah, Untuk Allah

Assalamualaikum

Bila bekerja, buatlah kerana Allah. Sentiasa perbaharui niat kerja kerana Allah.

Dalam kerja, cubalah sedaya upaya menjaga solat di awal waktu. Kerja sentiasa ada. Bila bos panggil,,kalut kita pergi mengadap. Bila Allah panggil, eh..kejap. kerja tak siap, nanti Bos marah.

Bila bekerja, berlaku jujurlah. Hak syarikat adalah hak syarikat. Alatulis, kertas, dakwat printer, mesin fotostat semua untuk kerja, bukan untuk buat assignment anak, siapkan kerja sekolah anak. Semua tu Allah ambil kira, berkat tak rezeki kita.

Dalam bekerja jangan ada tipu helah. Task yang belum siap, dikata siap. Task yang tak bersentuh di kata on the way, diri di kedai makan, bila tanya kata di office. Tak baik menipu. Mula-mula sikit-sikit, lama-lama jadi biasa. Berkekalan dalam dosa.

Bila bekerja, jangan ada dengki khianat. Aku lagi bagus, canang keburukan orang, bodek bos tapi kerja tak jalan. Buat cerita pasal orang. Jual nama bos tu, jual nama bos ni, padahal takde pun. Tak baik. Memporak perandakan, meregangkan silaturrahim.
.
.
.
.
Lalu...macam mana kita nak rasa tenang? Macam mana kita nak siapkan kerja yang diberi on time? Macam mana kita nak rasa seronok?

Itu belum lagi bila kita fikir aliran rezeki yang tak berkat itu...lalu kita asyik keluh kesah..

Kenapa anak aku degil?
Kenapa suami aku macam ni?
Kenapa anak aku tak pandai?
Kenapa duit asyik takde?

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Lihatlah kembali pada punca rezeki kita. Jangan diizinkan sebarang perkara yang menjauhkan ia dari keberkatan.

Allah kira semua tu. Kita buat perkara yang Allah tak suka, tapi kita demand macam-macam kat Allah.
Tak malukan?
Jom kita sedaya upaya bekerja kerana Allah, untuk Allah.

InsyaAllah.

Ramadhan Kareem

Ramadhan Kareem



Haish...tak lama dah..
Malam esok kita mula tarawikh, InsyaAllah...
Lusa kita mula bangun sahur dan berpuasa...

Setahun sekali je...
Tetamu ini bertamu...
Siapkanlah rumah kita sebaiknya..
Siapkankah diri kita sebaiknya...
Kerana menyambut tetamu yang ditunggu..

Ramadhan...
Siapa tak rindu..siapa tak tunggu..
Kita semua kan...
Kita berazam..
Nak khatam Al Quran..
Nak banyakkan sedeqah..
Nak bangun solat malam..
Nak berhenti merokok...
Nak turunkan berat badan...
Masing-masing siap dipasang..



Hari pertama sehingga ke.hari terakhir...
Rata-rata kita hanya perhabis waktu..
Puasa, berbuka, tarawikh..
Kita tetap kita yang dulu...
Tiba Syawal, bukan syaitan..nafsu terlebih dahulu merayu-rayu...syaitan apa lagi...

Haish...lusa dah Ramadhan...
Berdebarnya rasa...
Sedih..excited...happy..semua ada..
Apalagi rindu...

Bila sebulan mampu rasanya banyak mengaji Al Quran..
Bila sebulan kuat rasanya bangun malam..
Bila sebulan pandai dan tabah pula diri dari mengumpat dan bergosip..
Bila sebulan ini..mampu pula kita bersabar atas apa sahaja..

Kerana sesungguhnya aku berpuasa..

Selamat Datang Ramadhan..

Semoga sebulan ini mendidik diri menjadi yang lebih baik..
Semoga sebulan ini melahirkan mukmin sejati
Semoga sebulan ini menjadikan kita hamba yang lebih disayangi
Semoga sebulan ini menjadi bekal untuk kita ke syurga..


Salam Ramadhan



Cantik Berseri Dengan Shaklee-Set Nutriwhite

Assalamualaikum wbr

Hari ini saya nak berkongsi tentang Set Nutriwhite Shaklee. Set penjagaan kulit dari Shaklee yang dihasilkan 100% dari sumber organik, sangat lembut untuk kulit, memberikan kesan yang bertahan lama pada kulit.

Pada mulanya, walaupun saya sendiri adalah pengedar Shaklee, saya juga sangsi dengan Set Penjagaan Kulit Shaklee ini. Betuk ke bagus? Selamat ke? Berkesan ke? Tapi disebabkan keterujaan saya dengan semua vitamin Shaklee, yang saya sangat yakin dengan keberkesanannya setelah mencubanya sendiri, saya terpanggil untuk mencubanya.

Saya beli berdikit-dikit. Dan saya juga berkongsi dengan suami. Suami hanya memakai Gentle Deep Foaming Cleanser sahaja tetapi memang kelihatan kulit suami saya makin bersih dan tidak berminyak. Bagi saya pula, jerawat susah nak tumbuh dan wajah sentiasa lembap setelah menggunakannya. Walaupun saya sendiri tidak perasan, tapi ada yang menegur nampak kulit saya semakin elok.

Di dalam Shaklee, nutrient yang sama membantu kita mengekalkan kesihatan dalaman juga memainkan peranan yang besar dalam menentukan kecantikan luaran. Jadi sudah tentulah anda mendapatkan set penjagaan kulit yang menghasilkannya daripada bahan semulajadi.


SET PENJAGAAN KULIT NUTRIWHITE

Ia bertindak dengan 5 cara:
  1. Mencegah
  2. Mengurangkan
  3. Menyekat
  4. Mencerahkan
  5. Memperbaharui



Ada 7 item dalam SET PENJAGAAN KULIT NUTRIWHITE INI:



1. Gentle Deep Foaming Cleanser


Membersihkan dan menyegarkan kulit. Ia membersih hingga ke dalam untuk menghapuskan toksin dan melembapkan.








2. Soothing Radiance Whitening Softener


Ia membantu mengembalikan keseimbangan pH semulajadi kulit dan terbukti berkesan.











3. Daily Defense Whitening Essence

Ia membantu mencerahkan dan menegangkan kulit. Ia juga membantu mencegah kerosakan kulit akibat terdedah kepada cahaya matahari dan formulanya yang lembut amat mudah diserap oleh kulit.








4. Overnight Renewal Whitening Cream

Ia bertindak sepanjang malam untuk memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit. Ia juga membantu mengurangkan jerawat dan cela pada wajah.








5. Ultimate Protection Whitening Lotion

Ia membantu mencegah kerosakan kulit akibat pendedahan kepada sinar matahari dan mengukuhkan ketahanan kulit terhadap eleman negatif persekitaran.









6. Spot Whitening Treatment

Ia membantu mengurangkan kemunculan binti-bintik hitam agar kulit tampak lebih menawan.











7. Gentle Action Makeup Remover


Ia membantu menyingkirkan sel kulit mati dengan menyeluruh tanpa merosakkan kulit. Is juga memberikan rasa segar dan menegangkan kulit.










Wah!!! Macam banyak je gayanya kan? Jangan risau, boleh mulakan berdikit-dikit. Apapun , Shaklee memang diperbuat dariapada bahan organik dan tidak mengandungi bahan-bahan terlarang. Setiap kali saya melihat amaran tentang produk kecantikan yang mengandungi racun, saya rasa bersyukur kerana Shaklee tidak pernah tersenarai kerana produk Shaklee memang selamat dan InsyaAllah berkesan,

Jadi, sesiapa yang berminat untuk memakai set penjagaan kulit yang selamat lagi berkesan, saya sangat sarankan Set Nutriwhite Shaklee.

PM saya jika anda berminat

Nurul 0187812078

Shaklee Independant Distributor











Sunday 29 May 2016

Bertenaga Dengan Cinch Energy Tea Mix

Assalamualaikum

Ada sahabat bertanya saya, dia mahukan minuman yang sedap, dalam masa yang sama memberikan tenaga pada dia. Kerana dia selalu rasa kelesuan. Tambahan, sebagai ketua keluarga, sahabat saya ini bekerja lebib dari 2 pekerjaan demi menampung keperluan keluarga.

Dan apabila ditanya begitu, saya terus terlintas untuk mencadangkannya Cinch Energy Tea Mix Shaklee. Bukan teh biasa. Tapi teh yang di rumus dengan gabungan ekstrak daun teh berbeza dengan pelbagai kelebihan untuk kesihatan badan.

Perbezaan Shaklee


  • Cinch Tea adalah selamat dan berribdak sebagai penggalak tenaga semula jadi
  • Cinch Tea ditambah dengan taurina yang membantu meningkatkan tenaga dan ketahanan badan
  • Cinch Tea adalah pilihan terbaik bagi menggantikan minuman kopi, soda atau manisan untuk menggalakkan lecergasan tubuh
  • Cinch Tea dirumus tanpa gluten, tiada perisa tiruan, pewarna atau bahan pemanis
Oleh itu Cinch Tea sangat sesuai diambil oleh sesiapa sahaja, selamat dan InsyaAllah berkesan.

Apakah kandungan Cinch Tea?

  1. Matcha Green Tea Powder
  2. Red Tea extract
  3. White Tea extract
  4. Rooibos Red Tea extract
Matcha Green Tea Powder

Disediakan secara semulajadi untuk menyimpan semua nutrien yang terdapat dalam daun teh termasuk serat, mineral dan antioksidan

Red Tea Extract

Salah satu antioksidan yang dijumpai didalam teh merah, yang dikenali sebagai polifenol-pejuang kanser yang kuat. Polifenol membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas. Ia merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan lanser dan sebagai agen penghalang perebakan kanser

White Tea Extract

Juga dikenali sebagai teh hijau muda dengan mempunyai kandungan antioksidan yang lebih tinggi berbanding teh hijau.

Rooibos Red Tea Extract

Tumbuhan unik yang berasal dari Afrika Selatan, kaya dengan sebatian polifenol-antioksidan.

Wah...kaya dengan antioksidan. Sangat bagus untuk kita semua yang inginkan tubuh badan yang lebih sihat. Apalagi dengan persekitaran yang penuh dengan pencemaran ini.

Ingin dapatkan Cinch Energy Tea Mix?
PM saya
Nurul 0187812078

Shaklee Independent Distributor

Tuesday 24 May 2016

Sahabat...Jom Kembali Pada Islam

Assalamualaikum

Hari ini saya ingin berkongsi sebuah kisah. Kisah pengalaman hidup sendiri, kisah suka dan duka, kisah syukur.

Sejak perbincangan dalam usrah beberapa bulan lepas mengenai dakwah kepada non-muslim, hati saya sentiasa terkenangkan seorang sahabat saya. Kami bekerja di hospital yang sama, sejak dari housemanship sehinggalah sekarang, telah hampir 10 tahun persahabatan kami.

Sahabat saya ini seorang lelaki India yang sangat baik. Dari keluarga baik-baik. Pilihannya pun seorang isteri yang baik, beragama, dari keluarga baik-baik. Zaman bujangnya dulu pun, sahabat saya bukan jenis yang joli sana sini, enjoy sana sini dan dia sangat suka berkawan dengan kami, orang Melayu.

Dihospital pula, dia sangat meraikan aktiviti Hospital Mesra Ibadah untuk membantu pesakit berwudhu dan bersolat. Jika lama tidak kelihatan team Hospital Mesra Ibadah melawat wad jagaannya, dia pasti bertanya dan minta lawatan dibuat supaya pesakit solat.

Saya selalu bermonolog dalam diri. Jahatnya saya sebagai sahabatnya, kerana tidak pernah mengajak dia pada Islam. Tidak pernah berbicara terus dengannya tentang perkara yang kita rasa sensitif untuk semua orang. Mengenangkan itu saya sedih. Saya mahu sahabat saya ini dan isterinya peluk Islam, menjadi Muslim yang Mukmin, seterusnya menjadi ahli syurga. Haish...ahli syurga..saya juga merangkak-rangkak mahu mencapai syurga. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayahNya.

Sehinggalah saya menghadiri sebuah program Forum anjuran IKRAM Manjung, forum bersama 2 tokoh saudara baru (istilah kita sahaja, sudah lama peluk Islam.kita tak.patut panggil saudara baru).

Dr Taufiq Yap
Ustaz Hafiz Ng

Selepas mendengar pidato mereka, terasa berdosanya saya pada sahabat saya tadi. Semakin kuat bayangan saya menyampaikan Islam.pada dia. Berbincang dengan suami, bagaimana harus saya lakukan? Supaya pernah seruan Islam.itu sampai padanya? Supaya ada jawapan saya bila ditanya disana kelak.

Maka pada suatu malam, sungguh saya tidak dapat lelapkan mata, saya cekalkan hati (bukan mudah bagi saya), saya hantar whatsapp panjang pada sahabat saya ini.

----------------------------------

Hi Ramesh. Sorry to disturb you.

Ramesh, I ada something nak tanya, nak cakap dengan you since long time ago, but I am afraid this will affect our friendship and both of us know, our friendship is beautiful right?😄

Jangan suspen ek...

I just nak tanya you..apa pendapat you Ramesh, tentang Islam? Tentang me as a Muslim?

Macam mana you tengok I as Muslim? And can you find the beauty of Islam in me?

Have you ever wish you will be Muslim and your wife also one day?

Huhuhu...

So afraid my questions buat you marah, then you will no longer befriend with me. But, I tak nak tunggu lagi lama.

The more I appreciate our friendship, the more I want to ask you those questions.

You are by best non muslim friend, always dream of you and your wife embrace Islam.😢

At last...I rasa burden I selama ni release. You dont have to answer those questions if you dont want to.

I am so sorry kalau you tak suka, you marah and I understand if you hate me for this. But, please dont la...🙂

K, Ramesh...sorry kacau. Take care. I always pray for you, my friend. For your happiness, for your success in life and thereafter. Only God knows how I really appreciate our friendship.

Sorry again..jangan marah tau...🙏🏻🙏🏻🙏🏻🙏🏻😊

Alhamdulillah. Akhirnya bait ayat ini sampai padanya. Saya berdebar menanti jawapannya. Saya bimbang jika dia marahkan saya, atau bencikan saya kerana membangkitkan isu yang kita rasa sensitif ini.

Dan akhirnya setelah sehari, dia membalas....

++++++++++++++++++++++++++++++++
thnx alot for keeping my wife n i so close to ur heart
really appreciate it...

n u
memang since we kenal till now..i always say u r a exemplary muslimah n inspiring for me la..on hw ppl can b devout n also a gd human...

my personal opinion on islam- 👍🏻

tapi in my senario...i cant embrace anything else selagi me parents n bini alive

they r very2 strict in it
u pun tahu..i nak kahwin malay dulu parents terus veto n say NO...
n my wife pun sama kuat in agama

...so thts the answers to sebahagian dari sms tadi

for me...i ikut jer whtevwr is gd in any religion

"do no harm to any1 mentally n physically n dont expect anything from any1"

-thts all my policy😊

----------------------------------

Alhamdulillah. No rejection. Dan sebenarnya sahabat saya memandang Islam itu sebagai agama yang bagus, agama yang hebat, agama yang baik, yang boleh dijadikan pegangan hidup.

Saya tak akan berhenti mendoakannya dan isterinya.

Semoga suatu hari kita benar-benar bersaudara, wahai sahabatku.

Kawan-kawan...

Anda juga pasti ada kawan rapat dikalangan belum Islam. Baik, peramah, suka membantu kita, faham dengan agama kita. Tapi tidak sekalipun kita ajak mereka pada Islam. Pandang wajah mereka, kasihanilah mereka. Pohon kekuatan dari Allah agar kasih sayang kita menjadi kekuatan untuk kita mengajak mereka kembali.

InsyaAllah


Monday 23 May 2016

Melawan Sembelit Dengan Herb-Lax Shaklee

Assalamualaikum



Ramai juga pesakit yang datang kepada saya dengan masalah sembelit. Sudah habis ikhtiar kata mereka. Sayur, buah-buahan, betik, kurma dan pelbagai lagi, tetap sembelit. Antara beberapa kesan sembelit berpanjangan ialah:
  • Buasir
  • Salur penghadaman tersumbat
  • Nafas boleh berbau busuk kerana apabila sembelit, bahan buangan toksik dalam badan tidak dibuang, menyebabkan penghasilan gas dan naik melalui  salur penghadaman ke mulut.
  • Anal fissure
  • Pecah salur penghadaman
Jadi, kita perlu bersungguh-sungguh untuk mengelakkan dari sembelit dan juga merawat sembelit yang dialami. Sebelum itu, disini saya ingin memberi beberapa punca utama penyebab sembelit:

  1. Kunyahan makanan yang tidak sempurna
  2. Dehidrasi atau pengambilan air yang tidak mencukupi
  3. Kurang mengambil makanan tinggi serat
  4. Sesetengah ubat-ubatan

Untuk membantu mengatasi masalah sembelit ini, saya cadangkan Herb-Lax Shaklee. Berbeza dengan kebanyakan pelawas diluar sana termasuk yang boleh didapati di hospital, Herb-Lax tidak mengganggu proses peristalsis semulajadi badan dan boleh digunakan secara berterusan dan tidak akan menyebabkan masalah peristalsis dikemudian hari.













Perbezaan Herb-Lax Shaklee:

Ramuan asas Herb-Lax terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Ia mengandungi 9 herba semulajadi:



  1. Alfalfa leaves
  2. Senna leaves
  3. Anise seed
  4. Blue Malva Flower
  5. Buckhorn bark
  6. Licorice root
  7. Rhubarb root
  8. Fennel seed
  9. Culver's root








Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan tubuh untuk jangka masa yang panjang.

Manfaat Utama:

  • Permbersihan najis yang tersekat
  • Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
  • Membantu masalah sembelit
  • Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membantu masalah sembelit
  • Mengempiskan perut
  • Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pad aperut. Sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas, sebagai minuman teh herba
Saranan saya untuk pengambilan Herb-Lax:

Untuk kesihatan berpanjangan             
2 kali seminggu - 4 biji setiap kali sebelum tidur

Untuk pembersihan usus/detoksifikasi, melawan kanser, mengawal berat badan
2 kali sehari - 3 biji setiap kali











PERHATIAN!

Mereka yang mempunyai system penghadaman yang lemah akan mengalami cirit-birit pada peringkat waal pengambilan. Manakala di bawah kondisi normal, Herb-Lax menampakkan kesan dalam tempoh 8-12 jam selepas pengambilan.

Mereka yang mempunyai masalah sembelit yang serius boleh meningkatkan dos pengambilan kepada 5-8 biji dan boleh kembali kepada dos biasa setelah proses penghadaman / pembuangan kembali normal.

Jadi..apa tunggu lagi kawan-kawan. Kita ikhtiar dengan Herb-Lax. Dan jangan lupa bahawa Herb-Lax juga adalah agen detoks yang hebat!! Oleh itu Herb-Lax sangat bagus untuk sesiapa yang mempunyai masalah jerawat yang teruk, resdung, dan sebagainya.

PM saya sekarang
Nurul 0187812078
Shaklee Independent Distributor



Friday 20 May 2016

Minum Air Bersih Dengan GET CLEAN Water Shaklee

Assalamualaikum

Saya ingin berkongsi dengan semua yang ingin menjaga kesihatan terutama yang mementingkan kebersihan dan kualiti.

Air adalah sumber kehidupan. Tanpa air kita akan mati, begitu juga tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Air merangkumi 70% daripada komposisi badan kita dan adalah sangat penting kita memastikan air yang kita ambil adalah bersih dan selamat.



Bendasing tersembunyi pada air bersih

Putarkan paip rumah anda. Lihat air yang keluar. Airnya mungkin nampak bersih tapi setakat manakan ianya selamat untuk diminum?

Sebenarnya, bahan kimia seperri racun perosak, logam berat dan bahan cemar industri yang boleh membahayakan kesihatan mungkin terdapat dalam air yang anda sekeluarga minum saban hari. Tambahan pula, 20% daripada puncapunca pendedahan plumbum terhadap manusia datangnya daripada air minuman.

Risiko meminum air tercemar


  1. Pencemaran oleh bahan beracun dan berbahaya hasil produk sampingan seperti klorofom, trihalometana akan meningkatkan risiko masalah hati, buah pinggang atau pusat kawal atur saraf.
  2. Pencemaran oleh logam berat menyebabkan tahap IQ rendah, lembap dalam pembelajaran dan tumbesaran yang tidak sihat.
  3. Pencemaran pertanian seperti benzena akan mengganggu masalah kesuburan
  4. Pencemaran industri seperti atrazin akan meningkatkan risiko kanser.

Apa yang istimewanya tentang GET CLEAN Water Shaklee ialah air yang lebih bersih dan sihat datangnya sebuah Jag Air sahaja!!!





Get Clean Water merupakan sistem penapisan air merupakan sistem penapisan air multipaten yang baru. Berbanding dengan Jag air yang lain, Get Clean Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Get Clean Water merupakan sistem penapisan jag air pertama yang menggunakan blok karbon yang boleh diisi semula. Jadi kuranglah potol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menapis 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

Dapatkan air yang bersih dan sihat tersedia untuk 365 hari dengan :

Pek Permulaan Get Clean Water dengan 3- Pek Isian Semula Penuras Air



  • Menuras lebih daripada 5000 gelas air (250) pada kadar hanya beberapa sen segelas
  • Mengurangkan lebih daripada 2400 botol plastik dari tempat pelupusan sampah
Jom dapatkannya sekarang...
PM saya
Nurul 0187812078
Shaklee Independent Distributor











Thursday 19 May 2016

Log Out Kualiti Hospital, Log In Kualiti Bisnes

Assalamualaikum

Malam ni rasa susah sikit nak lelapkan mata. Mungkin kerana saya sangat teruja untuk hari esok dan seterusnya sampai Ahad.

Seminar Bisnes Shaklee. Anjuran pengasas Supermom Shaklee, Master Hadhatina yang menjemput Master otai, Master Norita dan Master Naquib.

Fuh!!! Teruja tau dapat jumpa orang-orang hebat ini. Teringat kali pertama berjumpa Master Norita di Kuala Lumpur, saya suka syarahannya. Penyampaiannya bersahaja dan yang paling istimewa, Allah adalah jawapan kepada setiap persoalan. Terbaik!!!

Rasa nak peluk Master Hadha bila berjumpa nanti. Saya pun nak jadi macam Master Hadha suami isteri. Hebat. Legasi bisnes mereka besar dan mantap dan yang paling saya suka, ukhuwwah yang terbina.

Saya di bawah seorang mentor yang hebat juga. Ummi, Siti Rozita dan sahabat-sahabat SMT yang selalu saya rindu. Pelik rasanya sebab kami baru beberapa kali bersua di dalam program, hanya banyak berbicara dalam group whatsapp tapi hati saya rasa begitu hampir dengan mereka. Kak Yusnita Md Deria, Kak Noraziah, Siti Khadijah. Rindu korang!!! Kita jumpa Sabtu ni ek InsyaAllah.

The Power of Ukhuwah.

Ya Allah..

Berkatilah musafir ini ke sana demi menuntut ilmu. Jadikanlah dengannya aku lebih maju dalam bisnes Shaklee ku, lebih bisa membantu orang lain, menjaga kesihatan sebelum datang penyakit, membantu orang yang lebih susah dengan keuntungan perniagaan dan juga menyebarkan ilmu.nutrisi dan kesihatan kepada orang lain.

Log In : Shaklee Independent Distributor

:)


Tuesday 17 May 2016

Kawal Kolesterol Dengan Phytocol Shaklee



Assalamualaikum

Kerja di bidang Kesihatan ini menjadikan saya sangat takut melihat statistik kematian di Negara kita akibat sakit jantung. Dan ramai di antara kita yang tidak mengetahui bahawa kolesterol boleh menjadi factor mutlak penyebab serangan jantung. Tetapi rakyat Malaysia mengambil lewa tentang tahap kolesterol.

Lihat sahaja pada pemakanan kita seharian. Adakah kita sedar yang mana satu makanan yang tinggi kolesterol dan yang mana satu tidak? Yang kita tahu, makan untuk kenyanng dan kepuasan.










Adalah bahaya apabila kolesterol mula berkumpul dalam salur darah. Ia akan menyebabkan salur darah menjadi sempit, meningkatkan tekanan dan dan menyumbat salur darah di jantung dan mengakibatkan serangan jantung. Dan kebanyakan serangan jantung tiada symptom awal. Perubahan yang berlaku di dalam salur darah kita, kita sendiri pun tidak merasakannya. Mungkin sesetengah orang mengadu letih, lenguh badan, sakit tengkuk, cepat mengantuk apabila tahap kolesterol dalam badan tidak normal. Ini pengalaman saya bersama pesakit-pesakit saya di hospital.






Untuk mengatasi masalah kolestrol tinggi di kalangan rakyat Malaysia, Shaklee telah memperkenalkan produk baru iatu Phytocol.

Phytocol adalah pilihan semulajadi terbaik dengan 2000 mg fitosterol setiap hari dan disarankan 100% Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).

Phytocol Shaklee dirumus secara klinikal dengan bahan-bahan terpilih untuk membantu menghalang penyerapan kolestrol di dalam tubuh

Fitosterol adalah tumbuhan sterols dan stenoils yang terdapat dalam sel membran tumbuhan. Ia menyerupai kolestrol dalam badan dan apabila kolestrol ni berjumpa dia akan bersaing untuk menyerap ke dalam sistem penghadaman badan. 
 

Sterols dan stenols ni akan menghalang kolestrol jahat (LDL kolestrol) dan akan merendahkan kolestrol jahat yang masuk ke dalam salur darah manusia yang boleh menyumbatkan salur darah. 

Sterol dan stenoil yang ada dalam makanan seharian kita seperti makan 200 batang lobak merah atau 70 keping roti gandum atau 425 biji tomato  setiap hari. 






Keistimewaan Phytocol Shaklee



  • dirumuskan khas daripada sayur-sayuran, buah-buahan, tumbuhan, dan bijirin yang kaya dengan fitosterol asli yang aktif
  • fitosterol dari tumbuhan telah diuji secara klinikal oleh 80 untuk merendahkan paras LDL kolestrol
  • mengandungi 2000 mg fitosterol yang diperlukan setiap hari
  • kandungan fitosterol yang mencukupi seperti yang disyorkan oleh NIH
  • tiada bahan pengawet, perasa tiruan dan pemanis tiruan

Bagaimana Phytocol Shaklee berfungsi?

Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, Fitosterol bersaing dan akan mengalahkan kolesterol dalam penyerapan di dalam Usus.
Ini bermaksud apabila kita mengambil banyak fitosterol maka semakin kurang kolesterol yang akan di serap di dalam tubuh kita dan semakin tinggi untuk anda merendahkan paras kolesterol LDL kita. Lihat gambarajah di bawah.


Jangan di lupa dengan Omega Guard Shaklee. Mengandungi Omega -3 yang terbukti secara klinikal membantu meningkatkan HDL (kolesterol baik) dalam darah sekaligus mengurangkan LDL (kolesterol jahat) dalam darah.



Ambil kedua-duanya untuk kesan hebat!!

PM saya untuk Shaklee
Nurul
0187812078
Shaklee Independent Distributor