Sunday 5 June 2016

Kerja Kerana Allah, Untuk Allah

Assalamualaikum

Bila bekerja, buatlah kerana Allah. Sentiasa perbaharui niat kerja kerana Allah.

Dalam kerja, cubalah sedaya upaya menjaga solat di awal waktu. Kerja sentiasa ada. Bila bos panggil,,kalut kita pergi mengadap. Bila Allah panggil, eh..kejap. kerja tak siap, nanti Bos marah.

Bila bekerja, berlaku jujurlah. Hak syarikat adalah hak syarikat. Alatulis, kertas, dakwat printer, mesin fotostat semua untuk kerja, bukan untuk buat assignment anak, siapkan kerja sekolah anak. Semua tu Allah ambil kira, berkat tak rezeki kita.

Dalam bekerja jangan ada tipu helah. Task yang belum siap, dikata siap. Task yang tak bersentuh di kata on the way, diri di kedai makan, bila tanya kata di office. Tak baik menipu. Mula-mula sikit-sikit, lama-lama jadi biasa. Berkekalan dalam dosa.

Bila bekerja, jangan ada dengki khianat. Aku lagi bagus, canang keburukan orang, bodek bos tapi kerja tak jalan. Buat cerita pasal orang. Jual nama bos tu, jual nama bos ni, padahal takde pun. Tak baik. Memporak perandakan, meregangkan silaturrahim.
.
.
.
.
Lalu...macam mana kita nak rasa tenang? Macam mana kita nak siapkan kerja yang diberi on time? Macam mana kita nak rasa seronok?

Itu belum lagi bila kita fikir aliran rezeki yang tak berkat itu...lalu kita asyik keluh kesah..

Kenapa anak aku degil?
Kenapa suami aku macam ni?
Kenapa anak aku tak pandai?
Kenapa duit asyik takde?

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Lihatlah kembali pada punca rezeki kita. Jangan diizinkan sebarang perkara yang menjauhkan ia dari keberkatan.

Allah kira semua tu. Kita buat perkara yang Allah tak suka, tapi kita demand macam-macam kat Allah.
Tak malukan?
Jom kita sedaya upaya bekerja kerana Allah, untuk Allah.

InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment