Sunday 29 May 2016

Bertenaga Dengan Cinch Energy Tea Mix

Assalamualaikum

Ada sahabat bertanya saya, dia mahukan minuman yang sedap, dalam masa yang sama memberikan tenaga pada dia. Kerana dia selalu rasa kelesuan. Tambahan, sebagai ketua keluarga, sahabat saya ini bekerja lebib dari 2 pekerjaan demi menampung keperluan keluarga.

Dan apabila ditanya begitu, saya terus terlintas untuk mencadangkannya Cinch Energy Tea Mix Shaklee. Bukan teh biasa. Tapi teh yang di rumus dengan gabungan ekstrak daun teh berbeza dengan pelbagai kelebihan untuk kesihatan badan.

Perbezaan Shaklee


  • Cinch Tea adalah selamat dan berribdak sebagai penggalak tenaga semula jadi
  • Cinch Tea ditambah dengan taurina yang membantu meningkatkan tenaga dan ketahanan badan
  • Cinch Tea adalah pilihan terbaik bagi menggantikan minuman kopi, soda atau manisan untuk menggalakkan lecergasan tubuh
  • Cinch Tea dirumus tanpa gluten, tiada perisa tiruan, pewarna atau bahan pemanis
Oleh itu Cinch Tea sangat sesuai diambil oleh sesiapa sahaja, selamat dan InsyaAllah berkesan.

Apakah kandungan Cinch Tea?

  1. Matcha Green Tea Powder
  2. Red Tea extract
  3. White Tea extract
  4. Rooibos Red Tea extract
Matcha Green Tea Powder

Disediakan secara semulajadi untuk menyimpan semua nutrien yang terdapat dalam daun teh termasuk serat, mineral dan antioksidan

Red Tea Extract

Salah satu antioksidan yang dijumpai didalam teh merah, yang dikenali sebagai polifenol-pejuang kanser yang kuat. Polifenol membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas. Ia merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan lanser dan sebagai agen penghalang perebakan kanser

White Tea Extract

Juga dikenali sebagai teh hijau muda dengan mempunyai kandungan antioksidan yang lebih tinggi berbanding teh hijau.

Rooibos Red Tea Extract

Tumbuhan unik yang berasal dari Afrika Selatan, kaya dengan sebatian polifenol-antioksidan.

Wah...kaya dengan antioksidan. Sangat bagus untuk kita semua yang inginkan tubuh badan yang lebih sihat. Apalagi dengan persekitaran yang penuh dengan pencemaran ini.

Ingin dapatkan Cinch Energy Tea Mix?
PM saya
Nurul 0187812078

Shaklee Independent Distributor

Tuesday 24 May 2016

Sahabat...Jom Kembali Pada Islam

Assalamualaikum

Hari ini saya ingin berkongsi sebuah kisah. Kisah pengalaman hidup sendiri, kisah suka dan duka, kisah syukur.

Sejak perbincangan dalam usrah beberapa bulan lepas mengenai dakwah kepada non-muslim, hati saya sentiasa terkenangkan seorang sahabat saya. Kami bekerja di hospital yang sama, sejak dari housemanship sehinggalah sekarang, telah hampir 10 tahun persahabatan kami.

Sahabat saya ini seorang lelaki India yang sangat baik. Dari keluarga baik-baik. Pilihannya pun seorang isteri yang baik, beragama, dari keluarga baik-baik. Zaman bujangnya dulu pun, sahabat saya bukan jenis yang joli sana sini, enjoy sana sini dan dia sangat suka berkawan dengan kami, orang Melayu.

Dihospital pula, dia sangat meraikan aktiviti Hospital Mesra Ibadah untuk membantu pesakit berwudhu dan bersolat. Jika lama tidak kelihatan team Hospital Mesra Ibadah melawat wad jagaannya, dia pasti bertanya dan minta lawatan dibuat supaya pesakit solat.

Saya selalu bermonolog dalam diri. Jahatnya saya sebagai sahabatnya, kerana tidak pernah mengajak dia pada Islam. Tidak pernah berbicara terus dengannya tentang perkara yang kita rasa sensitif untuk semua orang. Mengenangkan itu saya sedih. Saya mahu sahabat saya ini dan isterinya peluk Islam, menjadi Muslim yang Mukmin, seterusnya menjadi ahli syurga. Haish...ahli syurga..saya juga merangkak-rangkak mahu mencapai syurga. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayahNya.

Sehinggalah saya menghadiri sebuah program Forum anjuran IKRAM Manjung, forum bersama 2 tokoh saudara baru (istilah kita sahaja, sudah lama peluk Islam.kita tak.patut panggil saudara baru).

Dr Taufiq Yap
Ustaz Hafiz Ng

Selepas mendengar pidato mereka, terasa berdosanya saya pada sahabat saya tadi. Semakin kuat bayangan saya menyampaikan Islam.pada dia. Berbincang dengan suami, bagaimana harus saya lakukan? Supaya pernah seruan Islam.itu sampai padanya? Supaya ada jawapan saya bila ditanya disana kelak.

Maka pada suatu malam, sungguh saya tidak dapat lelapkan mata, saya cekalkan hati (bukan mudah bagi saya), saya hantar whatsapp panjang pada sahabat saya ini.

----------------------------------

Hi Ramesh. Sorry to disturb you.

Ramesh, I ada something nak tanya, nak cakap dengan you since long time ago, but I am afraid this will affect our friendship and both of us know, our friendship is beautiful right?πŸ˜„

Jangan suspen ek...

I just nak tanya you..apa pendapat you Ramesh, tentang Islam? Tentang me as a Muslim?

Macam mana you tengok I as Muslim? And can you find the beauty of Islam in me?

Have you ever wish you will be Muslim and your wife also one day?

Huhuhu...

So afraid my questions buat you marah, then you will no longer befriend with me. But, I tak nak tunggu lagi lama.

The more I appreciate our friendship, the more I want to ask you those questions.

You are by best non muslim friend, always dream of you and your wife embrace Islam.😒

At last...I rasa burden I selama ni release. You dont have to answer those questions if you dont want to.

I am so sorry kalau you tak suka, you marah and I understand if you hate me for this. But, please dont la...πŸ™‚

K, Ramesh...sorry kacau. Take care. I always pray for you, my friend. For your happiness, for your success in life and thereafter. Only God knows how I really appreciate our friendship.

Sorry again..jangan marah tau...πŸ™πŸ»πŸ™πŸ»πŸ™πŸ»πŸ™πŸ»πŸ˜Š

Alhamdulillah. Akhirnya bait ayat ini sampai padanya. Saya berdebar menanti jawapannya. Saya bimbang jika dia marahkan saya, atau bencikan saya kerana membangkitkan isu yang kita rasa sensitif ini.

Dan akhirnya setelah sehari, dia membalas....

++++++++++++++++++++++++++++++++
thnx alot for keeping my wife n i so close to ur heart
really appreciate it...

n u
memang since we kenal till now..i always say u r a exemplary muslimah n inspiring for me la..on hw ppl can b devout n also a gd human...

my personal opinion on islam- πŸ‘πŸ»

tapi in my senario...i cant embrace anything else selagi me parents n bini alive

they r very2 strict in it
u pun tahu..i nak kahwin malay dulu parents terus veto n say NO...
n my wife pun sama kuat in agama

...so thts the answers to sebahagian dari sms tadi

for me...i ikut jer whtevwr is gd in any religion

"do no harm to any1 mentally n physically n dont expect anything from any1"

-thts all my policy😊

----------------------------------

Alhamdulillah. No rejection. Dan sebenarnya sahabat saya memandang Islam itu sebagai agama yang bagus, agama yang hebat, agama yang baik, yang boleh dijadikan pegangan hidup.

Saya tak akan berhenti mendoakannya dan isterinya.

Semoga suatu hari kita benar-benar bersaudara, wahai sahabatku.

Kawan-kawan...

Anda juga pasti ada kawan rapat dikalangan belum Islam. Baik, peramah, suka membantu kita, faham dengan agama kita. Tapi tidak sekalipun kita ajak mereka pada Islam. Pandang wajah mereka, kasihanilah mereka. Pohon kekuatan dari Allah agar kasih sayang kita menjadi kekuatan untuk kita mengajak mereka kembali.

InsyaAllah


Monday 23 May 2016

Melawan Sembelit Dengan Herb-Lax Shaklee

Assalamualaikum



Ramai juga pesakit yang datang kepada saya dengan masalah sembelit. Sudah habis ikhtiar kata mereka. Sayur, buah-buahan, betik, kurma dan pelbagai lagi, tetap sembelit. Antara beberapa kesan sembelit berpanjangan ialah:
  • Buasir
  • Salur penghadaman tersumbat
  • Nafas boleh berbau busuk kerana apabila sembelit, bahan buangan toksik dalam badan tidak dibuang, menyebabkan penghasilan gas dan naik melalui  salur penghadaman ke mulut.
  • Anal fissure
  • Pecah salur penghadaman
Jadi, kita perlu bersungguh-sungguh untuk mengelakkan dari sembelit dan juga merawat sembelit yang dialami. Sebelum itu, disini saya ingin memberi beberapa punca utama penyebab sembelit:

  1. Kunyahan makanan yang tidak sempurna
  2. Dehidrasi atau pengambilan air yang tidak mencukupi
  3. Kurang mengambil makanan tinggi serat
  4. Sesetengah ubat-ubatan

Untuk membantu mengatasi masalah sembelit ini, saya cadangkan Herb-Lax Shaklee. Berbeza dengan kebanyakan pelawas diluar sana termasuk yang boleh didapati di hospital, Herb-Lax tidak mengganggu proses peristalsis semulajadi badan dan boleh digunakan secara berterusan dan tidak akan menyebabkan masalah peristalsis dikemudian hari.













Perbezaan Herb-Lax Shaklee:

Ramuan asas Herb-Lax terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Ia mengandungi 9 herba semulajadi:



  1. Alfalfa leaves
  2. Senna leaves
  3. Anise seed
  4. Blue Malva Flower
  5. Buckhorn bark
  6. Licorice root
  7. Rhubarb root
  8. Fennel seed
  9. Culver's root








Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan tubuh untuk jangka masa yang panjang.

Manfaat Utama:

  • Permbersihan najis yang tersekat
  • Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
  • Membantu masalah sembelit
  • Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membantu masalah sembelit
  • Mengempiskan perut
  • Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pad aperut. Sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas, sebagai minuman teh herba
Saranan saya untuk pengambilan Herb-Lax:

Untuk kesihatan berpanjangan             
2 kali seminggu - 4 biji setiap kali sebelum tidur

Untuk pembersihan usus/detoksifikasi, melawan kanser, mengawal berat badan
2 kali sehari - 3 biji setiap kali











PERHATIAN!

Mereka yang mempunyai system penghadaman yang lemah akan mengalami cirit-birit pada peringkat waal pengambilan. Manakala di bawah kondisi normal, Herb-Lax menampakkan kesan dalam tempoh 8-12 jam selepas pengambilan.

Mereka yang mempunyai masalah sembelit yang serius boleh meningkatkan dos pengambilan kepada 5-8 biji dan boleh kembali kepada dos biasa setelah proses penghadaman / pembuangan kembali normal.

Jadi..apa tunggu lagi kawan-kawan. Kita ikhtiar dengan Herb-Lax. Dan jangan lupa bahawa Herb-Lax juga adalah agen detoks yang hebat!! Oleh itu Herb-Lax sangat bagus untuk sesiapa yang mempunyai masalah jerawat yang teruk, resdung, dan sebagainya.

PM saya sekarang
Nurul 0187812078
Shaklee Independent Distributor



Friday 20 May 2016

Minum Air Bersih Dengan GET CLEAN Water Shaklee

Assalamualaikum

Saya ingin berkongsi dengan semua yang ingin menjaga kesihatan terutama yang mementingkan kebersihan dan kualiti.

Air adalah sumber kehidupan. Tanpa air kita akan mati, begitu juga tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Air merangkumi 70% daripada komposisi badan kita dan adalah sangat penting kita memastikan air yang kita ambil adalah bersih dan selamat.



Bendasing tersembunyi pada air bersih

Putarkan paip rumah anda. Lihat air yang keluar. Airnya mungkin nampak bersih tapi setakat manakan ianya selamat untuk diminum?

Sebenarnya, bahan kimia seperri racun perosak, logam berat dan bahan cemar industri yang boleh membahayakan kesihatan mungkin terdapat dalam air yang anda sekeluarga minum saban hari. Tambahan pula, 20% daripada puncapunca pendedahan plumbum terhadap manusia datangnya daripada air minuman.

Risiko meminum air tercemar


  1. Pencemaran oleh bahan beracun dan berbahaya hasil produk sampingan seperti klorofom, trihalometana akan meningkatkan risiko masalah hati, buah pinggang atau pusat kawal atur saraf.
  2. Pencemaran oleh logam berat menyebabkan tahap IQ rendah, lembap dalam pembelajaran dan tumbesaran yang tidak sihat.
  3. Pencemaran pertanian seperti benzena akan mengganggu masalah kesuburan
  4. Pencemaran industri seperti atrazin akan meningkatkan risiko kanser.

Apa yang istimewanya tentang GET CLEAN Water Shaklee ialah air yang lebih bersih dan sihat datangnya sebuah Jag Air sahaja!!!





Get Clean Water merupakan sistem penapisan air merupakan sistem penapisan air multipaten yang baru. Berbanding dengan Jag air yang lain, Get Clean Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Get Clean Water merupakan sistem penapisan jag air pertama yang menggunakan blok karbon yang boleh diisi semula. Jadi kuranglah potol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menapis 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

Dapatkan air yang bersih dan sihat tersedia untuk 365 hari dengan :

Pek Permulaan Get Clean Water dengan 3- Pek Isian Semula Penuras Air



  • Menuras lebih daripada 5000 gelas air (250) pada kadar hanya beberapa sen segelas
  • Mengurangkan lebih daripada 2400 botol plastik dari tempat pelupusan sampah
Jom dapatkannya sekarang...
PM saya
Nurul 0187812078
Shaklee Independent Distributor











Thursday 19 May 2016

Log Out Kualiti Hospital, Log In Kualiti Bisnes

Assalamualaikum

Malam ni rasa susah sikit nak lelapkan mata. Mungkin kerana saya sangat teruja untuk hari esok dan seterusnya sampai Ahad.

Seminar Bisnes Shaklee. Anjuran pengasas Supermom Shaklee, Master Hadhatina yang menjemput Master otai, Master Norita dan Master Naquib.

Fuh!!! Teruja tau dapat jumpa orang-orang hebat ini. Teringat kali pertama berjumpa Master Norita di Kuala Lumpur, saya suka syarahannya. Penyampaiannya bersahaja dan yang paling istimewa, Allah adalah jawapan kepada setiap persoalan. Terbaik!!!

Rasa nak peluk Master Hadha bila berjumpa nanti. Saya pun nak jadi macam Master Hadha suami isteri. Hebat. Legasi bisnes mereka besar dan mantap dan yang paling saya suka, ukhuwwah yang terbina.

Saya di bawah seorang mentor yang hebat juga. Ummi, Siti Rozita dan sahabat-sahabat SMT yang selalu saya rindu. Pelik rasanya sebab kami baru beberapa kali bersua di dalam program, hanya banyak berbicara dalam group whatsapp tapi hati saya rasa begitu hampir dengan mereka. Kak Yusnita Md Deria, Kak Noraziah, Siti Khadijah. Rindu korang!!! Kita jumpa Sabtu ni ek InsyaAllah.

The Power of Ukhuwah.

Ya Allah..

Berkatilah musafir ini ke sana demi menuntut ilmu. Jadikanlah dengannya aku lebih maju dalam bisnes Shaklee ku, lebih bisa membantu orang lain, menjaga kesihatan sebelum datang penyakit, membantu orang yang lebih susah dengan keuntungan perniagaan dan juga menyebarkan ilmu.nutrisi dan kesihatan kepada orang lain.

Log In : Shaklee Independent Distributor

:)


Tuesday 17 May 2016

Kawal Kolesterol Dengan Phytocol Shaklee



Assalamualaikum

Kerja di bidang Kesihatan ini menjadikan saya sangat takut melihat statistik kematian di Negara kita akibat sakit jantung. Dan ramai di antara kita yang tidak mengetahui bahawa kolesterol boleh menjadi factor mutlak penyebab serangan jantung. Tetapi rakyat Malaysia mengambil lewa tentang tahap kolesterol.

Lihat sahaja pada pemakanan kita seharian. Adakah kita sedar yang mana satu makanan yang tinggi kolesterol dan yang mana satu tidak? Yang kita tahu, makan untuk kenyanng dan kepuasan.










Adalah bahaya apabila kolesterol mula berkumpul dalam salur darah. Ia akan menyebabkan salur darah menjadi sempit, meningkatkan tekanan dan dan menyumbat salur darah di jantung dan mengakibatkan serangan jantung. Dan kebanyakan serangan jantung tiada symptom awal. Perubahan yang berlaku di dalam salur darah kita, kita sendiri pun tidak merasakannya. Mungkin sesetengah orang mengadu letih, lenguh badan, sakit tengkuk, cepat mengantuk apabila tahap kolesterol dalam badan tidak normal. Ini pengalaman saya bersama pesakit-pesakit saya di hospital.






Untuk mengatasi masalah kolestrol tinggi di kalangan rakyat Malaysia, Shaklee telah memperkenalkan produk baru iatu Phytocol.

Phytocol adalah pilihan semulajadi terbaik dengan 2000 mg fitosterol setiap hari dan disarankan 100% Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).

Phytocol Shaklee dirumus secara klinikal dengan bahan-bahan terpilih untuk membantu menghalang penyerapan kolestrol di dalam tubuh

Fitosterol adalah tumbuhan sterols dan stenoils yang terdapat dalam sel membran tumbuhan. Ia menyerupai kolestrol dalam badan dan apabila kolestrol ni berjumpa dia akan bersaing untuk menyerap ke dalam sistem penghadaman badan. 
 

Sterols dan stenols ni akan menghalang kolestrol jahat (LDL kolestrol) dan akan merendahkan kolestrol jahat yang masuk ke dalam salur darah manusia yang boleh menyumbatkan salur darah. 

Sterol dan stenoil yang ada dalam makanan seharian kita seperti makan 200 batang lobak merah atau 70 keping roti gandum atau 425 biji tomato  setiap hari. 






Keistimewaan Phytocol Shaklee



  • dirumuskan khas daripada sayur-sayuran, buah-buahan, tumbuhan, dan bijirin yang kaya dengan fitosterol asli yang aktif
  • fitosterol dari tumbuhan telah diuji secara klinikal oleh 80 untuk merendahkan paras LDL kolestrol
  • mengandungi 2000 mg fitosterol yang diperlukan setiap hari
  • kandungan fitosterol yang mencukupi seperti yang disyorkan oleh NIH
  • tiada bahan pengawet, perasa tiruan dan pemanis tiruan

Bagaimana Phytocol Shaklee berfungsi?

Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, Fitosterol bersaing dan akan mengalahkan kolesterol dalam penyerapan di dalam Usus.
Ini bermaksud apabila kita mengambil banyak fitosterol maka semakin kurang kolesterol yang akan di serap di dalam tubuh kita dan semakin tinggi untuk anda merendahkan paras kolesterol LDL kita. Lihat gambarajah di bawah.


Jangan di lupa dengan Omega Guard Shaklee. Mengandungi Omega -3 yang terbukti secara klinikal membantu meningkatkan HDL (kolesterol baik) dalam darah sekaligus mengurangkan LDL (kolesterol jahat) dalam darah.



Ambil kedua-duanya untuk kesan hebat!!

PM saya untuk Shaklee
Nurul
0187812078
Shaklee Independent Distributor



Monday 16 May 2016

Suplemen Untuk Kesihatan Keseluruhan

Assalamualaikum

Bertemu lagi kita. Hari ke hari makin banyak yang saya ingin kongsikan dengan anda semua. Apa yang anda fikirkan setelah membaca tajuk entri saya ini? Pasti membayangkan tablet atau kapsul, atau mungkin air kesihatan, tonik ajaib dan sebagainya.

Betul juga...saya juga membayangkannya.

Sahabat...

Diri kita ini adalah amanah Allah untuk kita. Dan kita akan disoal tentang bagaimana kita menjaganya. Kemana kita membawanya. Apa yang kita lakukan dengannya. Maka, menjaga kesihatan itu wajib, menjaga jiwa itu wajib, menjaga nyawa itu wajib.

Hidup kita perlukan suplemen. Tanpa suplemen pasti tak lengkap. Kerana sekeliling kita penuh dengan anasir-anasir yang boleh merosakkan tubuh, merosakkan jiwa.

Suplemen Untuk Jiwa



Jangan dibiarkan jiwa kita kering dan kontang. Makanya kita akan rasa sunyi, kita akan rasa kosong, kita akan rasa hilang. Berikan ia makan, bajai ia. Apa suplemen jiwa? Perbanyakkanlah membaca dan mentadabbur Al Quran. Kerana disitu banyak pengajaran yang boleh kita ambil, kerana disitu banyak pelajaran yang boleh kita contohi. Lalu hati menjadi lunak, mudah menerima hidayah, mudah juga merasa bahagia.

Zikrullah yakni mengingati Allah. Suplemen ampuh untuk jiwa ini jangan sekali ditinggal. Ingatlah hanya dengan mengingatiKU, hati-hati akan menjadi tenang. Nah, Allah sudah berjanji. Apa yang mahu dizikirkan? Ketahuilah saudaraku, seberat-berat timbangan zikir adalah Lailahaillallah. Sentiasa beristighfar memohon ampunan Allah. Sentiasa berselawat ke atas Nabi Muhammad saw. Buat dulu, baru akan terasa kesannya. Tenang dan damai di dalam hati.


Suplemen Untuk Akal

Lihatlah disekelilingmu sahabat. Betapa indah dunia ciptaan Allah untuk kita syukuri. Kehebatan tingginya langit tiada bertiang, kejadian siang dan malam, tentang bagaimana burung berterbangan melata tanpa jatuh ke bumi, tentang rahsia lautan yang penuh misteri. Carilah sebab untuk kita lebih mencintaiNYA. "Tiadalah Aku jadikan sesuatu itu dengan sia-sia". Maka perhatikanlah, carilah ibrah di mana sahaja, walau apa sahaja.





Lihat juga sekelilingmu sahabat. Dunia ini kian nyanyuk. Peperangan disana sini. Ketidakselesaan orang lain buat kita syukur. Kesusahan orang lain buat kita rasa cukup. Kesengsaraan orang lain, buat kita insaf dan kembali.


Suplemen Untuk Tubuh

Perhatikan dunia kita sahabat. Udara sekarang tidak selembut dan sebersih dahulu. Makanan kita banyak yang dicemari. Lalu kita sendiri jadi bingung, mana harus kita pilih. Mana satu asli, mana satu tiruan. Toksin berkumpul dalam badan. Pelbagai penyakit yang tidak pernah dikaji para cendekiawan lama mula muncul. Maka disini fungsi suplemen. Mengganti nutrisi yang hilang, memulih sel yang rosak, memberi tenaga yang makin berkurang. Supaya kuat tubuh menghadapi pencemaran demi pencemaran, supaya kita tidak tua sebelum usia.

Dan untuk ini saya mencadangkan SHAKLEE. Kerana SHAKLEE mendapat kelulusan Halal dari American Islamic Society yang disahkan oleh JAKIM. Kerana SHAKLEE terhasil dari bahan asas tumbuh=tumbuhan organic, kerana SHAKLEE tiada pewarna dan perasa tiruan.




Jadi...

Peliharalah diri kita secara menyeluruh. Sihat akalnya, sihat jiwanya, sihat tubuhnya. InsyaALLAH. Kita akan menjadi insan yang produktif, Berjaya dunia akhirat.

Ingin saya mencelah sedikit...jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SHAKLEE dan kebaikannya, jangan ragu-ragu. Hubungi saya

Nurul 0187812078
Shaklee Independent Distributor

Senyum



Ramadhan : Tips Untuk Ibu Menyusu

Assalamualaikum

Ramadhan dah tak lama lagi. Apa rasa hati? Seronok? Susah hati? Seharusnya kita semua merasa teruja dengan kehadiran Ramadhan yang bakal tiba. Tetamu istimewa ini hanya mengunjungi kita sekali setahun sahaja.

Ooo Allah..semoga bertemu kita dengan Ramadhan kali ini. Yang masih belum habis mengganti puasa, bersegeralah.

Sudah ada yang mula menghubungi saya, bimbang tentang susu badan yang semakin merudum. Apa lagi sekarang yang belum Ramadhan pun sudah kurang susu badannya. Dan sudah ada juga yang bertanya hukum jika meninggalkan puasa kerana takut kurang susu badan untuk bayi.

Ibu-ibu...

Pertama sekali, mind set itu sangat penting. Ramadhan atau ibadah puasa bukan alasan untuk susu badan berkurang. Belum separuh Syaaban pun, ibu-ibu sudah mula berfikir untuk tidak puasa untuk pastikan susu badan banyak. Pastikah banyak hanya kerana ibu-ibu tidak berpuasa?

Ini pengalaman saya sendiri. Saya begitu berazam untuk menyusu penuh anak kedua saya (sekarang sudah 7 tahun umurnya) walaupun di bulan Ramadhan. Dengan tekad, positiviti, ilmu, tindakan yang betul, Alhamdulillah, sewaktu Ramadhan susu badan saya lebih banyak dari biasa.

Jadi, ibu-ibu jangan gusar. Jika saya boleh, ibu-ibu pasti boleh melakukannya.

Saya kongsikan beberapa tips:


  1. Mind setting itu penting. Set kan 'aku boleh', 'susu badan pasti banyak', 'aku akan pastikannya', 'aku mampu'. Silapnya kebanyakan kita sudah mula bimbang. Bulan puasa susu pasti berkurang. Bulan puasa aku pasti letih. Bulan puasa tak boleh minum air banyak. Dan anda tidak sedar bahawa negativiti ini mempengaruhi fisiologi badan anda. Seolah-olah mendapat arahan tidak langsung. So, set minda positif bermula sekarang.
  2. Berdoa. Sesungguhnya doa itu senjata paling ampuh untuk kita. Meminta la dengan sesungguhnya kepada Allah. Mohon bantuan Allah agar mudah urusan kita, banyak susu badan kita, tidak letih kita di bulan Ramadhan. Mohonlah Alllah rezeki susu badan yang banyak dan semakin banyak dan mencukupi untuk bayi kita dan tidak mengganggu kesihatan dan kecergasan kita. Ingat...tidak berlaku segala sesuatu tanpa izinNya. Memintalah padaNya.
  3. Berpuasa sunat dari sekarang. Ini adalah sebagai latihan untuk ibu-ibu menghadapi Ramadhan kelak. Persediaan bagi tubuh dan badan. Bagaimana mahu menyusun, banyak mana air perlu di minum, berbuka dengan apa, sahur dengan apa untuk pastikan susu badan banyak seperti biasa.
  4. Teruskan EBM 2 jam sekali. Ini tips untuk ibu bekerja. Semakin kerap kita memerah susu, semakin banyak susu yang akan tubuh kita hasilkan. Kesalahan utama ibu bekerja ialah, culas dalam memerah susu terutamanya waktu sebelum pulang dari kerja kerana ingin bayi puas minum dari 'kantung' yang penuh. Konsep EBM bukan memerah setelah full breast, tapi memerah mengikut waktu, tetap dan berterusan. Bagi ibu dirumah, teruskan direct breast feed macam biasa dan EBM diantara masa menyusu direct jika jaraknya panjang.
  5. Minum air yang banyak. Jika mampu, minumlah susu untuk membekalkan kalsium dan tenaga kepada anda. Apa yang saya lakukan, 2 gelas semasa berbuka (saya memilih Performance Drink Shaklee), 2 gelas selepas solat Maghrib, 2 gelas selepas tarawikh, 1 gelas sebelum tidur, 2 gelas ( sekurang-kurangnya) semasa sahur. Kesilapan kita, memang minum bergelas-gelas, tetapi air manis. Mungkin hanya memberi tenaga dari gula (terlebih) tapi anda tidak dapat khasiat yang lain. Berbeza dengan air kosong, memastikan tubuh tidak dehidrasi dengan minum air yang banyak membantu mengekalkan tenaga berpanjangan.
  6. Mengambil 'milk booster'. Perlu diingatkan, milk booster mungkin berbeza dari 1 individu ke individu yang lain. Perlu diingatkan juga, pengambilan milk booster semata-mata tidak membantu membanyakkan susu badan jika tidak disertakan dengan EBM atau direct feeding yang berterusan. Jika saya, semasa bulan puasa, saya gandakan pengambilan kurma. 3 biji sewaktu berbuka, 3 biji selepas tarawikh, 3-5 biji semasa sahur. Dan saya juga minum ESP Shaklee.
  7. Suplemen di bulan Ramadhan. Bukan bertujuan untuk banyakkan susu tetapi membantu mengekalkan tenaga dan kecergasan kita sepanjang tempoh Ramadhan. Bila badan cergas, fikiran pun tenang, susu badan pun mudah terhasil.
  8. Buat je. Ini prinsip saya. Buat je segala tips yang kita ada dengan bersungguh-sungguh. Bagaimana hasilnya itu kita serah kepada Allah kerana Dia lah Pemberi Rezeki. Dan memang ada rukhsah utuk ibu menyusu untuk tidak berpuasa di bulan Ramadhan tetapi ingat, Islam itu mudah, tapi bukan untuk dipermudah-mudahkan.
  9. Redha. Setelah berusaha, berdoa, bertawakkal, redha dan berlapang dadalah dengan apa jua hasil yang Allah bagi. Tapi yakinlah, Allah itu pada sangkaan hamba-hambaNya. Jika kita yakin Dia bagi, Dia pasti bagi.
Akhir kata, semoga ada sedikit manfaat atas perkongsian ini. Semoga ia mendorong semangat ibu-ibu untuk menghadapi Ramadhan ini dengan cara terbaik. 

InsyaAllah

Saya Dr. Nurul
Breastfeeding Peer Counselor

:)

Sunday 15 May 2016

Cergas dan Sihat di Bulan Ramadahan Bersama Shaklee

Assalamualaikum dan Selamat Tengah Hari

Sudah masuk Syaaban kita. Masing-masing sibuk dengan persiapan Ramadahan terutamanya mengganti puasa. Cepat...jangan lengahkan lagi. Syaaban bulan penuh keberkatan. Banyakkanlah sedeqah, berpuasa sunat dan berbuat kebajikan. Semoga latihan awal menjadikan kita lebih bersedia untuk menghadapi Ramadhan nanti, InsyaALLAH.

Ramai sudah ibu-ibu yang menghubungi saya bertanyakan tentang Set Booster Ramadhan Shaklee. Masing-masing sudah mullah membuat persediaan untuk diri sendiri dan ahli keluarga terutama anak-anak kecil untuk menghadapi Ramadhan.

Eh..ada ke Set Ramadhan Shaklee? Mestila ada. Kita nak anda semua berpuasa dengan penuh kecergasan dan berbuka puasa dengan cara sihat. Cukuplah air manis ber jug-jug, juadah yang penuh meja sehingga tak terhabis dan dibuang pula akhirnya. Membazir. Sayang.

Apa Set Booster Ramadhan Shaklee?

Kita mencadangkan 4 jenis suplemen ini iaitu:


  1. ESP
  2. Mealshakes
  3. Performance Drinks
  4. Lecithin

ESP

ESP adalah pati soya yang kaya dengan protein. Kebaikan dan kelebihan ESP Shaklee ini adalah kerana soya yang digunakan adalah non-GMO soya. Original, asli, organik. Dan kenapa pengambilan ESP sangat perlu semasa bulan puasa? Kerana pengambilan makanan atau minuman kaya protein akan membantu kita menyimpan tenaga berpanjangan dan mengelakkan kita dari cepat rasa lapar.

Selain itu umum mengetahui ESP mengandungi 1001 kebaikan lain untuk kesihatan kita.

  • mencantikkan kulit
  • memudarkan parut
  • mengawal hormone
  • mengawal kolesterol dalam darah
  • menjaga kesihatan jantung
  • kaya dengan kalsium untuk kekuatan tulang dan otot
  • antioksidan
MEALSHAKES
Mealshakes kaya dengan vitamin dan asid amino. Mealshakes juga kaya dengan serat dan sangat bagus untuk system gastrointestinal kita. Selain itu, mealshakes memberi kesan detoks pada badan dan mampu membantu mencantikkan kulit. Jika diambil papa bulan puasa, memang elok benar kerana Mealshakes mengganti nutrisi yang hilang dan tidak mencukupi semasa kita berpuasa.

Kelebihan Mealshakes adalah rasanya yang sedap dan disukai juga oleh kanak-kanak. Mealshakes boleh diambil bersama minuman lain atau boleh juga dimasukkan ke dalam masakan. Emmm...sedapnya saya membayangkan Mealshakes. Sebab saya juga amalkannya.

PERFORMANCE DRINK



Walla!! Tempting tak tengok gambar PD tu? Sedapnya...apalagi jika diminum sejuk. Segar dan nyaman terasa. Jika anda nak tahu, PD ni adalah minuman isotonik. Sangat sesuailah diambil semasa berbuka puasa untuk menggantikan mineral dalam badan yang dah habis kita guna semasa berpuasa. Macam kita minum 100 plus, dan lebih lagi rasa segarnya. Kebaikannya kerana ia minuman isotonik yang tidak bergas dan tahap gula sangat rendah. Bagus diambil oleh sesiapa sahaja termasuk pengidap gastrik dan kencing manis.

Saya selalu menasihatkan pesakit kencing manis saya supaya tidak mengambil sebarang air bikarbonat kerana kadar gulanya yang amat tinggi. Tetapi tidak dengan PD. Bertukarlah kepada PD menggantikan minuman berbuka puasa anda yang merisikokan kesihatan anda.

LECITHIN

Lecithin juga adalah kapsul soya. Kenapa perlu semasa bulan Ramadhan? Kerana Lecithin membantu meningkatkan penyerapan nutrient ke dalam tubuh. Semasa berpuasa, kita hilang banyak nutrient dalam badan. Jadi, kita nak cover semula nutrient yang hilang tadi dengan Set Booster Ramadhan ini dan kita tingkatkan penyerapannya dengan pengambilan Lecithin. Selain itu, Lecithin sangat bagus untuk:

  • memecahkan lemak
  • mengelakkan berlaku sirosis hati
  • meningkatkan daya ingatan
  • melangsingkan tubuh dengan meningkatkan metabolisme badan
  • melembapkan kulit
Wah..bagus kan Set Booster Ramadhan Shaklee ni. Jangan tunggu lagi. Selain persediaan rohani, tubuh kita juga perlu diberi perhatian supaya dapat berpuasa dengan sihat dan cergas. Mudahlah untuk kita beribadah di bulan puasa dan menjalankan tugas harian dengan cemerlang. Insya ALLAH

Hubungi saya
Nurul
0187812078

Shaklee Independent Distributor

p/s saya bagi harga istimewa untuk anda

Senyum





Saturday 14 May 2016

Qudrah Allah Mengatasi Segala Batasan Pengetahuan Kita : Hikmah

Assalamualaikum wbr

Saya ingin berkongsi sebuah cerita yang dikongsi oleh Ustaz Zamani semasa sessi Kuliah Tauhid bulanannya di Hospital Manjung.

Betapa Qudrah Allah itu melangkaui batas pemahaman kita. Bahawa tiada terlintas di keterbatasan kita tentang bagaimana Allah memudahkan kita untuk sesuatu walaupun teramat sukar rasanya bagi kita. Tentang bagaimana yang kita mahu tidak semestinya apa yang Allah rasa terbaik untuk kita begitu juga sebaliknya.

Ini kisah sepasang suami isteri yang telah berkahwin bertahun-tahun tetapi masih belum dikurniakan anak. Tiada salahnya si isteri, juga si suami, namun susunan takdir Allah itu penuh hikmah tersembunyi.

Sehinggalah si suami menyatakan ingin berkahwin lagi satu kerana menginginkan zuriat, dalam terpaksa si isteri memberi kebenaran. Namun, ada rasa kecewa, tidak senang, sedih dihatinya. Siapa yang tak sedih oii. Lalu diadukan rasa hati pada seorang sahabat, maka berkatalah sahabatnya, "Sabar...pasti ada hikmahnya".

Maka melentinglah si isteri. Apa hikmahnya jika hatinya terluka? Apa hikmahnya? Tetapi dalam ketidakpuasan hati, si isteri masih tercari-cari hikmahnya, namun tidak berjumpa.

Setelah beberapa lama, si suami dikurniakan cahaya mata bersama isteri keduanya. Alhamdulillah. Syukur tidak terkata si suami. Namun, semakin sedih, pilu, tertekan dan berdukacitalah isteri pertama tadi. Lalu tetap dinasihatkan oleh sahabatnya tadi, "Sabar...pasti ada hikmahnya.". Kerana perkataan ini, si isteri membentak kawannya. Rasa kecewa, terkilan dan sebagainya.

Namun dengan izin Allah, sesudah itu si isteri pertama akhirnya diizinkanNya untuk mengandung dan melahirkan anak. Namun alangkah sedih dan kecewanya kerana anak yang dilahirkan OKU. Semua urusan hidup anak ini terpaksa ibunya yang uruskan sehinggalah dewasa.

Apa kata sahabatnya tadi?

"Sabarlah...pasti ada hikmahnya."

Sungguh, si isteri tadi semakin tidak nampak hikmahnya. Sedikit tertanya kenapa ditakdirkan begitu hidupnya.

Sekarang si isteri sudah berumur 67 tahun. Suami, isteri muda dan sahabat yang selalu menasihatinya tadi semua telah meninggal dunia. Si ister tiada siapa melainkan anak OKU nya yang terlantar, yang makan pakai dan segala urusan diri perlu di bantu. Susah, sangat susah hidupnya. Namun, perancangan Allah itu sentiasa lebih baik dari perancangan kita.

Anak tiri hasil perkahwinan isteri kedua suaminya yang sempurna, tidak OKU, berasa amat simpati kepada adik OKU nya. Bersimpati kepada ibu tirinya yang sudah tua. Lalu dengan penuh ikhlas si anak ini sekarang menjaga ibu tiri dan adik tirinya yang OKU.

Subhanallah. Astaghfirullah. Makcik tadi tersedar. Lama...setelah lama baru hikmah itu dia nampak.

Kalau ditakdirkan suaminya tidak berkahwin lain dan mempunyai anak, siapalah yang akan membela dan menjaganya nanti

Kalau dia tidak ditakdirkan ada anak OKU, mungkin si anak tiri tidak sekali mahu simpati membantu

Lihat...indah bukan perancangan Allah. Allah memberikan kita dengan perbagai ujian kerana DIA mahu menyediakan kita dengan pelbagai ganjaran dan kemudahan. Tugas kita, bersabar dan bersangka baiklah dengan ALLAH.

Yakinlah bahawa setiap sesuatu yang berlaku itu semuanya dengan izinnya. Sama ada saat kamu rasa di atas, atau saat kamu rasa dibawah, ditekan dan dipijak apalagi saat kamu bahagia, berjaya dan gembira.

Alhamdulillah. Terima kasih wahai ALLAH.

Bimbinglah kami untuk lebih mendekatiMU.
Ampunilah dosa kami Ya ALLAH.

Suplemen Untuk Ibu Mengandung : Mengapa Perlu?

Assalamualaikum dan Selamat Malam

Pengalaman mengandung adalah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh kebanyakan ibu. Ini kerana semasa mengandung pelbagai rasa timbul. Loya, muntah, letih yang melampau dan juga rasa malas yang menjadi-jadi. Malas nak memasak, malas nak kerja, malas nak mengemas.

Adakah ibu-ibu tahu apakah sebenarnya terjadi pada tubuh badan ibu-ibu ketika kita mengandung? Ada beberapa perkara yang anda perlu tahu:


  • Rahim yang membesar memberi tekanan kepada pundi kencing. Ini akan menyebabkan ibu mengandung akan lebih kerap kencing berbanding biasa. Oleh sebab itu adalah sangat disarankan supaya ibu mengandung minum air yang banyak setiap hari untuk mengelakkan dehidrasi dan keletihan
  • Wanita mengandung juga mudah mengalami gastrik. Ambil makanan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap untuk membantu mengurangkannya
  • Sembelit amat kerap berlaku kerana semasa mengandung, kerana berlaku penyerapan air berlebihan di usus besar. Jadi para ibu sangat dinasihatkan supaya minum air yang mencukupi.
  • Sakit belakang dan bahagian kaki disebabkan oleh titik tekanan telah berubah kerana portur badan telah berubah
  • kekejangan sering berlaku kerana penyerapan kalsium aadalah rendah didalam wanita hamil
  • Hormon-hormon hamil mengakibatkan salur darah tidak kuat dan menyebabkan pendarahan gusi, kekurangan darah (anemia) dan urat darah bersimpul (varicose vein)

Perkara yang paling perlu untuk mengurangkan simptom yang tidak selesa ini ialah dengan pengambilan nutrisi yang mencukupi untuk memenuhi keperluan ibu hamil dan bayi di dalam kandungan. Tapi masalahnya kebanyakan kita mempunyai masalah untuk melakukannya. Dan saya sangat mencadangkan anda mengambil Set Hamil Shaklee.



Vitalea
Vitalea mengandungi multivitamin dan zat besi yang sangat perlu untuk pembinaan sel darah merah. Ini akan membantu mengatasi masalah anemia di kalangan ibu mengandung dan menghantar oksigen yang secukupnya kepada bayi didalam kandungan

Vitamin C
Vitamin C sangat perlu untuk mengukuhkan didinding salur darah. Ini akan membantu mengurangkan masalah pendarahan gusi, dan juga buasir (perlu disertakan kaedah lain untuk mengurangkan buasir)

Vitamin B Complex
Vitamin B Complex sangat disaran untuk diambil sebelum seorang ibu mengandung lagi. Ini kerana kajian menunjukkan pengambilan B Complex membantu mengelakkan dari terjadi Neural Tube Defects kepada bayi di dalam kandungan.

Ostematrix
Ostematrik mengandungi kalsium dan Vitamin D. Vitamin D berfungsi membantu meningkatkan kadar penyerapan kalsium dalam darah. Wanita mengandung perlu mengambil kalsium dan vitamin D yang secukupnya kerana bayi didalam kandungannya menyerap kalsium yang banyak daripadanya untuk tumbesaran otot dan tulang. Ini membantu mengurangkan rasa sakit badan dan masalah kekejangan. Selain itu, Ostematrix juga membantu mengurangkan masalah sembelit kerana Ostematrix mampu melembutkan najis.

Omega Guard
Omega Guard mengandungi Omega 3 yang sangat perlu untuk perkembangan otak dan mata bayi di dalam kandungan. Ramai Pakar Sakit Puan yang menyarankan pengambilan Omega 3.

Kesimpulannya, ibu hamil perlu memastikan anda mendapat nutrisi yang secukupnya semasa hamil bagi memastikan kesihatan anda dan bayi di dalam kandungan. 

Dan sedikit saranan daripada saya menurut doktor-doktor Pakar Sakit Puan, jika timbul rasa loya kerana pengambilan suplemen, ambillah ia sejurus sebelum tidur supaya rasa loya tidak dirasa kerana anda sudah tidur dan minumlah air yang banyak.

Jika terdapat sebarang pertanyaan tentang Set Hamil Shaklee, jangan malu untuk hubungi saya
Saya Nurul
0187812078

Shaklee Independant Distributor



Thursday 12 May 2016

Tips Membantu Mengurangkan Kolesterol Dalam Badan

Assalamualaikum

Hari ini saya mahu bercakap tentang kolesterol. Pasti semua tahu apa itu kolesterol. Bila bercakap tentang kolesterol, ada beberapa perkara yang kita semua perlu tahu.

1) Kolesterol merupakan protein lemak yang berkumpul di dalam salur darah. Berat badan tidak berkait langsung dengan tahap kolesterol pada badan.

Kita selalu mendengar orang berkata, "Jaga sikit, kamu tu gemuk, mesti kolesterol tinggi."

Tidak, kegemukan bukan disebabkan kolesterol, kegemukan adalah peningkatan penimbunan lemak dibawah kulit. Walaupun begitu, obesiti itu sendiri juga membawa pelbagai risiko bahaya untuk kesihatan.

2)Terdapat beberapa jenis kolesterol yang kita perlu tahu iaitu HDL, LDL dan Trigliserida (TG). Bahasa mudah untik difahami, HDL ialah kolesterol baik, LDL ialah kolesterol jahat, TG juga kita kategori dalam kategori 'jahat'.

Apabila kita berjumpa doktor
, ada beberapa bacaan didalam ujian kolestrol yang kita perlu ambil tahu.

Total Cholesterol - Jumlah semua kolesterol
TG
HDL
LDL

Jika bacaan Total Cholesterol kita melebih dari paras normal iaitu lebih dari 5.2, perhatikan pecahan jenis kolesterol yang lain.

Jika TG atau LDL kita yang tinggi, bermakna risiko terhadap kesihatan jantung semakin tinggi.

Jika HDL yang tinggi, anda tidak perlu bimbang kerana lebih tinggi HDL, lebih baik untuk jantung kita.

Bahasa mudahnya, HDL ini umpama Majlis Bandaran yang akan menyapu semua LDL terutamanya yang berkumpul di salur darah. Lagi banyak Majlis Bandaran, lagi bersih la bandar kita kan?

3)Tinggi kolesterol dalam badan juga boleh berpunca dari keturunan. Kita panggil ia Familial Hypercholesterolemia. Kebiasaannya kumpulan ini susah untuk menurunkan aras kolesterol kembali normal tetapi sebagai doktor, saya sentiasa menasihatkan pesakit saya supaya mengawal kolesterol supaya tidak bertambah.

Ok. Itu sedikit fakta untuk fahaman anda. Sebagai doktor, ubat menurunkan paras kolesterol bukanlah jalan penyelesaian pertama untuk membantu pesakit yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi.

Ini beberapa tips atau nasihat saya kepada pesakit tentang bagaimana pengubahsuaian carahidup (lifestyle modification) dapat membantu mengurangkan kolesterol dalam badan.

1)Senaman

Senaman meningkatkan tahap HDL (kolesterol baik) dalam badan. Apabila HDL tinggi, maka ia akan membantu mengurangkan LDL (kolesterol jahat) dalam darah. Ingat tadi saya kata tentang Majlis Bandaran?

2)Sayur-sayuran terutama sayuran hijau.

Sayur-sayuran terutaman sayuran hijau kaya dengan HDL. The more you eat, the better efffect for your heart.

3)Minyak Zaitun

Pengambilan minyak zaitun asli sesudu sehari setiap pagi membantu mengurangkan paras kolesterol dalam darah. Saya mempunyai pengalaman ini dengan ramai pesakit saya, Alhamdulillah, ianya memang berkesan. Padanlah Rasulullah sukakan buah zaitun. Dalam Al Quran juga ada menyebut tentangnya. Banyak khasiat buah zaiun ni tau.

4)Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kolesterol seperti :

Makanan laut
Organ dalaman
Ikan bilis
Telur kuning
Daging merah

5)Pengambilan Omega 3

Terbukti secara saintifik bahawa Omega 3 dapat membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah secara signifikan.

Macam mana nak ambil Omega 3? Omega 3 ni kaya didalam ikan terutamanya ikan air sejuk. Macam salmon, kod dan sebagainya.

Banyak cara anda boleh dapatkan Omega 3.Dalam susu, ikan, minyak zaitun, minyak kanola, tablet Omega.

Bare in mind untuk pesakit kencing manis yang mahu menurunkan kolesterol dengan mengamalkan susu tinggi Omega. Kerana semua susu formula mengandungi gula dan perlu dikawal pengambilannya oleh pesakit kencing manis.

Omega paling tinggi dalam ikan air sejuk. Larat ke kita nak ngadap Salmon dan Kod hari-hari? Tak lalu tekak satu, parak poket le kawan-kawan oii.

Jadi cara paling mudah ialah dengan mengambil suplemen Omega.

Dan saya mencadangkan OMEGA GUARD SHAKLEE.

Kerana...

Omega Guard Shaklee diekstrak dari minyak ikan air sejuk, kaya dengan Omega 3 yang terbukti membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah.

Ahli keluarga saya mengamalkannya dan terbukti berkesan bahawa OMEGA GUARD SHAKLEE membantu menurunkan tahap kolesterol pada badan.

Mengambil Omega Guard Shaklee, lebih banyak kebaikan selain menurunkan paras kolesterol.

1)Membantu kesihatan paru-paru. Untuk sesiapa yang selalu berkahak dan terbatuk-batuk, cubalah Omega Guard Shaklee. Dia membantu mencairkan kahak dan memudahkan kita untuk meludahnya. Serabutkan tekak selalu berkahak.

Dan ianya bagus untuk pesakit asthma. Sebab dia mengurangkan proses radang didalam paru-paru yang menyebabkan gejala asthma.

2)Omega Guard juga memelihara kesihatan otak. Kajian menunjukkan tahap penumpuan seseorang meningkat setelah mengambil Omega secara konsisten. Kita juga menyarankan ibu mengandung mengambil Omega Guard bermula dari trimester kedua kerana ini membantu perkembangan otak bayi

3)Kesan antiradang tadi juga menjadikan Omega Guard bagus diamalkan oleh pengidap sakit sendi, otot tulang. Ia membantu mengurangkan kesakitan sendi akibat proses keradangan yang berlaku di sekitar sendi.

Jadi....sungguh saya sarankan anda ambil Omega Guard Shaklee. Halal, sah KKM dan terbukti berkesan untuk kawal kolesterol.

Jagalah kesihatan jantung anda kerana tahap kolesterol yang tinggi dalam badan meningkatkan risiko anda untuk terkena stroke dan serangan jantung.

Jom jaga kesihatan.

Jika anda mahukan Omega Guard atau sebarang konsultansi mengenai produk Shaklee, anda boleh hubungi saya.

Saya Nurul
0187812078

Shaklee Independant Distributor

#projekjutawan
#kayahartakayaiman

Wednesday 11 May 2016

Kenapa Saya Pilih Shaklee

Assalamualaikum

Sudah lama rasanya saya tidak menulis dalam blog ini. Rasanya tak patut saya tinggalkannya sepi. Kerana saya ada matlamat, untuk diri saya sendiri, untuk anda pembaca sekelian.

Sebagai seorang doktor perubatan, rata-rata pasti ramai yang rasa bahawa, golongan doktor adalah anti-suplemen kerana kita sering dengar ada yang berkata..

"Doktor kata jangan campur dengan suplemen"

"Doktor cakap bahaya makan suplemen"

Dan pelbagai lagi senarionya.

Kebanyakan dpktor mengambil langkah selamat dengan medical advice sepeeti itu kerana kami kurang pengetahuan mengenai suplemen.

Kami tidak belajar secara terperinci tentang nutrisi, tentang mineral dalam badan, tentang anti oksida, anti toksin. Tetapi kami lebih arif mengenai, penyakit dan cara mengubatinya berbanding, cara pencegahannya, melainkan untuk sesetengah penyakit sahaja.

Lagi pula, kita perlu faham bahawa setiap doktor itu berbeza. Kita tidak akan dapat maklumat jelas dan terperinci tentang hal berkaitan patah-patah dengan doktor pesakit luar.

Begitu juga kita tak akan dapat meklumat terperinci mengenai kencing manis dengan doktor pakar bedag, kerana itu bukan core bussiness dia lagi. Sudah ada pakar lain yang perlu uruskan hal kencing manis.

Dan saya pula sebagai seorang doktor  gbiasa,adalah inisiatif saya sendiri untuk lebih faham tentang hal yang bukan hari-hari saya praktikkan di tempat kerja, termasuklah ilmu mendalam tentabg nutrisi.

Alhamdulillah, sejak bersama Shaklee, pengetahuan saya tentang nutrisi dan kepentingannya serta keperluannya dalam badan banyak membantu saya merawat pesakit di klinik saya.

Rawatan saya kini tidak lagi rigid kepada, ubat tahan sakit, ubat itu, ubat ini. Ada sesetengah keadaan, pesakit hanya perlu diendorse dengan suplemen sahaja.

Eh..siapa kata hospital takde suplemen.
Kalsium, Vitamin B Complex, Vitamin C, Vitamin E(di sesetengah Klinik Pakar Kulit), Vitamin B6, Potassium, Muktivitamin dan banyak lagi yang kebanyakannya kami para doktor under use.

Tapi kenyataan saya ini tidak bermakna saya meminta anda berhenti makan ubat yang dibekalkan doktor dan hanya mengambil suplemen. Tidak sama sekali.

Bersama Shaklee, saya lebih cenderung untuk mengajar pesakit saya tentang pencegahan. Jaga sihat kita, sebelum sakit kita.

Dan walaupun banyak syarikat suplemen lain yang ada di Malaysia ini, says pilih untuk bersama Shaklee kerana Shaklee sebuah syarikat yang realistik bagi saya.kerana Shaklee tak menjanjikan bulan dan bintang dengan mudah, Shaklee melahirkan ibu ibu yang lebih banyak masa dengan anak-anak, Shaklee itu sendiri diasaskan oleh seorang doktor perubatan yang sudah puas merawat pelbagai penyakit dan mahu membantu orang ramai mencegah penyakit sebelum terkena.

Jadi, setelah hampir 3 tahun menggunakan Shaklee, saya tidak pernah bertukar kepada yang lain.

Untuk kesihatan tubuh badan
Untuk kesihatan dan kecantikan kulit
Untuk kesihatan sistem pemakanan
Untuk kesihatan sistem pembiakan
Untuk kecerdasan otak
Untuk tumbesaran anak-anak
Untuk pertahanan badan

Untuk saya dan seisi keluarga...kami pilih SHAKLEE

Alhamdulillah. Manfaatnya dirasai dan dikecapi. Dengan izin Allah.

Jom, bersama Shaklee dengan saya. Kita terokai satu dunia yang best, kerana kita sihat, dan kita ajak orang lain juga untuk turut sihat.

InsyaAllah.

Sebarang pertanyaan tentang Shaklee boleh hubungi saya

Dr. Nurul
0187812078

Shaklee Independant Distributor

Mencegah Itu Lebih Baik Dari Merawat