Monday 16 May 2016

Ramadhan : Tips Untuk Ibu Menyusu

Assalamualaikum

Ramadhan dah tak lama lagi. Apa rasa hati? Seronok? Susah hati? Seharusnya kita semua merasa teruja dengan kehadiran Ramadhan yang bakal tiba. Tetamu istimewa ini hanya mengunjungi kita sekali setahun sahaja.

Ooo Allah..semoga bertemu kita dengan Ramadhan kali ini. Yang masih belum habis mengganti puasa, bersegeralah.

Sudah ada yang mula menghubungi saya, bimbang tentang susu badan yang semakin merudum. Apa lagi sekarang yang belum Ramadhan pun sudah kurang susu badannya. Dan sudah ada juga yang bertanya hukum jika meninggalkan puasa kerana takut kurang susu badan untuk bayi.

Ibu-ibu...

Pertama sekali, mind set itu sangat penting. Ramadhan atau ibadah puasa bukan alasan untuk susu badan berkurang. Belum separuh Syaaban pun, ibu-ibu sudah mula berfikir untuk tidak puasa untuk pastikan susu badan banyak. Pastikah banyak hanya kerana ibu-ibu tidak berpuasa?

Ini pengalaman saya sendiri. Saya begitu berazam untuk menyusu penuh anak kedua saya (sekarang sudah 7 tahun umurnya) walaupun di bulan Ramadhan. Dengan tekad, positiviti, ilmu, tindakan yang betul, Alhamdulillah, sewaktu Ramadhan susu badan saya lebih banyak dari biasa.

Jadi, ibu-ibu jangan gusar. Jika saya boleh, ibu-ibu pasti boleh melakukannya.

Saya kongsikan beberapa tips:


  1. Mind setting itu penting. Set kan 'aku boleh', 'susu badan pasti banyak', 'aku akan pastikannya', 'aku mampu'. Silapnya kebanyakan kita sudah mula bimbang. Bulan puasa susu pasti berkurang. Bulan puasa aku pasti letih. Bulan puasa tak boleh minum air banyak. Dan anda tidak sedar bahawa negativiti ini mempengaruhi fisiologi badan anda. Seolah-olah mendapat arahan tidak langsung. So, set minda positif bermula sekarang.
  2. Berdoa. Sesungguhnya doa itu senjata paling ampuh untuk kita. Meminta la dengan sesungguhnya kepada Allah. Mohon bantuan Allah agar mudah urusan kita, banyak susu badan kita, tidak letih kita di bulan Ramadhan. Mohonlah Alllah rezeki susu badan yang banyak dan semakin banyak dan mencukupi untuk bayi kita dan tidak mengganggu kesihatan dan kecergasan kita. Ingat...tidak berlaku segala sesuatu tanpa izinNya. Memintalah padaNya.
  3. Berpuasa sunat dari sekarang. Ini adalah sebagai latihan untuk ibu-ibu menghadapi Ramadhan kelak. Persediaan bagi tubuh dan badan. Bagaimana mahu menyusun, banyak mana air perlu di minum, berbuka dengan apa, sahur dengan apa untuk pastikan susu badan banyak seperti biasa.
  4. Teruskan EBM 2 jam sekali. Ini tips untuk ibu bekerja. Semakin kerap kita memerah susu, semakin banyak susu yang akan tubuh kita hasilkan. Kesalahan utama ibu bekerja ialah, culas dalam memerah susu terutamanya waktu sebelum pulang dari kerja kerana ingin bayi puas minum dari 'kantung' yang penuh. Konsep EBM bukan memerah setelah full breast, tapi memerah mengikut waktu, tetap dan berterusan. Bagi ibu dirumah, teruskan direct breast feed macam biasa dan EBM diantara masa menyusu direct jika jaraknya panjang.
  5. Minum air yang banyak. Jika mampu, minumlah susu untuk membekalkan kalsium dan tenaga kepada anda. Apa yang saya lakukan, 2 gelas semasa berbuka (saya memilih Performance Drink Shaklee), 2 gelas selepas solat Maghrib, 2 gelas selepas tarawikh, 1 gelas sebelum tidur, 2 gelas ( sekurang-kurangnya) semasa sahur. Kesilapan kita, memang minum bergelas-gelas, tetapi air manis. Mungkin hanya memberi tenaga dari gula (terlebih) tapi anda tidak dapat khasiat yang lain. Berbeza dengan air kosong, memastikan tubuh tidak dehidrasi dengan minum air yang banyak membantu mengekalkan tenaga berpanjangan.
  6. Mengambil 'milk booster'. Perlu diingatkan, milk booster mungkin berbeza dari 1 individu ke individu yang lain. Perlu diingatkan juga, pengambilan milk booster semata-mata tidak membantu membanyakkan susu badan jika tidak disertakan dengan EBM atau direct feeding yang berterusan. Jika saya, semasa bulan puasa, saya gandakan pengambilan kurma. 3 biji sewaktu berbuka, 3 biji selepas tarawikh, 3-5 biji semasa sahur. Dan saya juga minum ESP Shaklee.
  7. Suplemen di bulan Ramadhan. Bukan bertujuan untuk banyakkan susu tetapi membantu mengekalkan tenaga dan kecergasan kita sepanjang tempoh Ramadhan. Bila badan cergas, fikiran pun tenang, susu badan pun mudah terhasil.
  8. Buat je. Ini prinsip saya. Buat je segala tips yang kita ada dengan bersungguh-sungguh. Bagaimana hasilnya itu kita serah kepada Allah kerana Dia lah Pemberi Rezeki. Dan memang ada rukhsah utuk ibu menyusu untuk tidak berpuasa di bulan Ramadhan tetapi ingat, Islam itu mudah, tapi bukan untuk dipermudah-mudahkan.
  9. Redha. Setelah berusaha, berdoa, bertawakkal, redha dan berlapang dadalah dengan apa jua hasil yang Allah bagi. Tapi yakinlah, Allah itu pada sangkaan hamba-hambaNya. Jika kita yakin Dia bagi, Dia pasti bagi.
Akhir kata, semoga ada sedikit manfaat atas perkongsian ini. Semoga ia mendorong semangat ibu-ibu untuk menghadapi Ramadhan ini dengan cara terbaik. 

InsyaAllah

Saya Dr. Nurul
Breastfeeding Peer Counselor

:)

No comments:

Post a Comment