Saturday 14 May 2016

Suplemen Untuk Ibu Mengandung : Mengapa Perlu?

Assalamualaikum dan Selamat Malam

Pengalaman mengandung adalah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh kebanyakan ibu. Ini kerana semasa mengandung pelbagai rasa timbul. Loya, muntah, letih yang melampau dan juga rasa malas yang menjadi-jadi. Malas nak memasak, malas nak kerja, malas nak mengemas.

Adakah ibu-ibu tahu apakah sebenarnya terjadi pada tubuh badan ibu-ibu ketika kita mengandung? Ada beberapa perkara yang anda perlu tahu:


  • Rahim yang membesar memberi tekanan kepada pundi kencing. Ini akan menyebabkan ibu mengandung akan lebih kerap kencing berbanding biasa. Oleh sebab itu adalah sangat disarankan supaya ibu mengandung minum air yang banyak setiap hari untuk mengelakkan dehidrasi dan keletihan
  • Wanita mengandung juga mudah mengalami gastrik. Ambil makanan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap untuk membantu mengurangkannya
  • Sembelit amat kerap berlaku kerana semasa mengandung, kerana berlaku penyerapan air berlebihan di usus besar. Jadi para ibu sangat dinasihatkan supaya minum air yang mencukupi.
  • Sakit belakang dan bahagian kaki disebabkan oleh titik tekanan telah berubah kerana portur badan telah berubah
  • kekejangan sering berlaku kerana penyerapan kalsium aadalah rendah didalam wanita hamil
  • Hormon-hormon hamil mengakibatkan salur darah tidak kuat dan menyebabkan pendarahan gusi, kekurangan darah (anemia) dan urat darah bersimpul (varicose vein)

Perkara yang paling perlu untuk mengurangkan simptom yang tidak selesa ini ialah dengan pengambilan nutrisi yang mencukupi untuk memenuhi keperluan ibu hamil dan bayi di dalam kandungan. Tapi masalahnya kebanyakan kita mempunyai masalah untuk melakukannya. Dan saya sangat mencadangkan anda mengambil Set Hamil Shaklee.



Vitalea
Vitalea mengandungi multivitamin dan zat besi yang sangat perlu untuk pembinaan sel darah merah. Ini akan membantu mengatasi masalah anemia di kalangan ibu mengandung dan menghantar oksigen yang secukupnya kepada bayi didalam kandungan

Vitamin C
Vitamin C sangat perlu untuk mengukuhkan didinding salur darah. Ini akan membantu mengurangkan masalah pendarahan gusi, dan juga buasir (perlu disertakan kaedah lain untuk mengurangkan buasir)

Vitamin B Complex
Vitamin B Complex sangat disaran untuk diambil sebelum seorang ibu mengandung lagi. Ini kerana kajian menunjukkan pengambilan B Complex membantu mengelakkan dari terjadi Neural Tube Defects kepada bayi di dalam kandungan.

Ostematrix
Ostematrik mengandungi kalsium dan Vitamin D. Vitamin D berfungsi membantu meningkatkan kadar penyerapan kalsium dalam darah. Wanita mengandung perlu mengambil kalsium dan vitamin D yang secukupnya kerana bayi didalam kandungannya menyerap kalsium yang banyak daripadanya untuk tumbesaran otot dan tulang. Ini membantu mengurangkan rasa sakit badan dan masalah kekejangan. Selain itu, Ostematrix juga membantu mengurangkan masalah sembelit kerana Ostematrix mampu melembutkan najis.

Omega Guard
Omega Guard mengandungi Omega 3 yang sangat perlu untuk perkembangan otak dan mata bayi di dalam kandungan. Ramai Pakar Sakit Puan yang menyarankan pengambilan Omega 3.

Kesimpulannya, ibu hamil perlu memastikan anda mendapat nutrisi yang secukupnya semasa hamil bagi memastikan kesihatan anda dan bayi di dalam kandungan. 

Dan sedikit saranan daripada saya menurut doktor-doktor Pakar Sakit Puan, jika timbul rasa loya kerana pengambilan suplemen, ambillah ia sejurus sebelum tidur supaya rasa loya tidak dirasa kerana anda sudah tidur dan minumlah air yang banyak.

Jika terdapat sebarang pertanyaan tentang Set Hamil Shaklee, jangan malu untuk hubungi saya
Saya Nurul
0187812078

Shaklee Independant Distributor



No comments:

Post a Comment