Monday 6 January 2014

Anak ibu dah besar!

Sejak hari Khamis minggu lepas ibu terasa sibuk sekali. Tahniah abang, Muhammad Faris Farhan. Abang dah masuk darjah 1. Abang dah besar, dah masuk sekolah orang besar. Ditakdirkan kami agak lewat haritu, kelam kabut mencari nama Faris di dinding luar kelas2 Tahun 1 sampai tak jumpa, panik punya pasal. Akhirnya jumpa, 1 Bukhari, kelas anak ibu. Menurut pejabat sekolah, itu kelas pertama. Alhamdulillah. I am proud of you son. Sekurang2nya abang berada bersama2 mereka yang suka belajar. Kawan2 yang bijak, InsyaAllah kita pun sama2 bijak. Cuma ibu doakan syakhsiah biarlah seiring dengan kebijaksanaan.

Many things come to my thought. I feel like crying (cried already) seeing my eldest now in Standard 1. Tengok senyuman bangga dia masuk sekolah baru. Tengok kesabaran dia mengawal debaran hati melalui alam yang lebih mencabar. Bersesak2 setiap kali ke kantin sampai tak dapat membeli, tandas yang kurang selesa, kelas yang panas. Takpe abang. Jalan kejayaan tu bukan mudah. Mesti ada liku2. Ibu cuma berharap anak ibu ni tak dibuli di sekolah, menjadi pelajar yang hebat, dihormati kawan2 dan disayangi cikgu, InsyaAllah.

Mula hari pertama full day, sekali lagi ibu tanya abang, lepas sekolah abang nak kemana? Nak balik nursery ke nak ke tuisyen transit. Cepat aje jawabnya, tuisyen! Katanya dia nak belajar rajin-rajin dan banyak2 supaya satu hari jadi ustaz. Alhamdulillah, sejuk hati mendengarnya. Amin

Nur Izzatul Husna ibu pulak masuk Brainy Bunch. Hari pertama kakak dah nampak bersedia. Sangat excited nak ke sekolah. Apalagi sangat suka sebab everything is in English. Lepas ni tak lagiibu dengar anak ibu cakap 'jerman' lagi ye. Comelnya husna pakai baju sekolah. Sebak ibu rasa. Anak ibu dah besar. Dah pergi sekolah. Dua hari pertama Husna balik kelaparan. Tertanya2 ibu, Brainy Bunch ni tak bagi makan ke? Rupa2nya ada breakfast tapi makan kokokrunch dgn susu aje. Then xde apa dah. Ala sian dia. Kena bawak bekal la nampaknya anak ibu ni. Yela, kalau di nursery pukul 11 dah makan tghri. Bila hari ketiga Husna tak mengadu lapar lagi...:) ibu pun lega hati...Alhamdulillah

Anak-anak ibu  dah besar. Mula menempuh hidup baru yang lebih mencabar dari dulu. Mula memahami perlahan2 erti menjadi dewasa. Belajar rajin-rajin anak2 ibu. Jadilah insan berilmu dan bertaqwa, da'i yang akan memartabatkan Islam. Jadilah penghafaz Al Quran dan Hadith. Jadilah hamba yang hatinya sentiasa mengingati dan merindui Sang Pencinta. Dan jika begitu, ibu tidak lagi gusar walau dimana anak-anak ibu berada, pasti menjadi pohon rendang yang memberikan buah yang masak ranum walau bila dibaling sesuatu. InsyaAllah.

Ada sesuatu yang sangat pasti...iaitu ibu sangat sayangkan anak-anak ibu...Mmmuah!!!

Friday 3 January 2014

KEBAIKAN ALFALFA

Mesti ramai antara kawan2 anda pengedar-pengedar SHAKLEE yang sangat giat mempromosikan Alfalfa sekarang. Sebab memang ada promosi dari SHAKLEE sekarang. Tapi Alfalfa, alfalfa juga. anda tau apa itu alfalfa? Apa kegunaan dan kebaikan Alfalfa. Ish..banyak....banyak...

Alfalfa ni sejenis tumbuhan sebenarnya yang dah digunakan meluas seluruh dunia terutama negara China dalam perubatan tradisionalnya. Dengan inisiatif SHAKLEE tahun 1950, terhasil Alfalfa Shaklee ni. Dalam bentuk pil, selamat dan InsyaALLAH berkesan. Dan yang paling penting untuk orang Islam, halal.

Apa bagusnya makan Alfalfa ni? Banyak tak terkira. Saya pun ambil Alfalfa, dah tentu saya tau. :) Alfalfa ni kaya dengan protein, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim, dan fitokimia. 10 biji Alfalfa mengandungi nutrisi menyamai segelas susu. So, antara manfaat Alfalfa ni...

  • mencuci hati, darah dan usus, mencatikkan kulit, dan otot
  • melawan alahan-memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan, dan athlete foot dengan berkesan
  • baik untuk perubahan patologi dalam perut dan usus-memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit
  • menyingkirkan lemak dan kolesterol-penggunaan jangka panjang akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Alfalfa mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol
  • melegakan keletihan
  • mencegah/merawat artritis-melegakan sakit artritis dan kesakitan
best...best...memang best Alfalfa tu. Saya pada mulanya amik Alfalfa sebab termasuk dalam set menyusu. Makan tanpa bebetul tau kesannya. Bila mula makan, terasa perubahan pada badan yang selalu letih dan lengih sangat berkurag rasanya. Dulu selalu pedih-pedih perut masalah gastrik, simptom tu dah hampir zero. Walla! Bestkan?!

Dpendekkan cerita, Alfalfa sangat bagus untuk keadaan-keadaan seperti

  • allergik
  • resdung
  • jerawat sebagai detoks
  • gastrik
  • keletihan
  • menghilangkan bau badan
  • artritis
  • untuk kecantikan
  • sembelit
  • mengurangkan koesterol
...dan banyak lagila!!

Ingin cuba Alfalfa? Meh calling2 saya, kita sembang2..Alfalfa pun boleh combine dengan vitamin lain tau..lagi bagus!

Hp:0187812078 (boleh wassup juge)

Saya SHAKLEE INDEPENDANT DISTRIBUTOR anda!

LUAHAN RASA


LUAHAN RASA (TERKENANG DISUATU MASA DAHULU)

Dedikasi-Allahyarhamah Salamah bt. Wahasan, ICU Bed 3, HSM dan suami tercinta

Subuh ini
Kusaksikan sebuah pengakhiran cinta dunia
Sayu wajah itu melihat terkulai yang tercinta

Tubuh tua itu bagai hilang tongkat
Berpaut di sisi isteri tercinta
Yang telah pergi buat selamanya

Mata redup itu menahan pilu
Air mata, usahlah kau menitis
Wahai jiwa, tabahlah hadapi ketentuan ini

Isteriku
Aku relakan pemergianmu
Kerana kau bukan milikku selamanya
Pulanglah kepada Sang Pencinta
Nantikan aku di pintu syurga

Tak dapat ku tahan sebak di hati ini
Sang suami masih setia di sisi kekasih
Seluruh rasa cinta, seluruh rasa sayang
Terus abadi bersama Yaasin yang dibaca

Ya ALLAH
Suatu hari waktu itu akan tiba untuk diriku
dan setiap yang ku cintai
Jadikanlah ianya perpisahan yang membawa kebahagiaan
Kebahagiaan mendakap cintaMu Ya ILAHI

AL FATIHAH

Hikmah Sabar

Jika menghadapi sesuatu, maka bersabarlah kerana itulah yang sebaiknya pasti ada hikmah, pasti ada ibrah disitu.

Sekali, teringat bila tengah beratur.  Di mesin cash deposit, seperti biasa ada yang berkali2 cuba masukkan duit tapi mesin x terima, menyebabkan barisan jadi panjang dan lama. Orang depan saya dah mule gelisah, menyumpah itu ini. Tak taula apa yang disumpahnya, yang pasti, orang yang tengah melakukan transaksi pasti akan terasa. Bukan salah dia pun. Dan...tibalah giliran encik yang menyumpah tadi. Bukan setakat satu dua, semua duitnya mesin x terima. Maka berkali-kalilah dia mencuba, tak berjaya juga. Akhirnya dia pergi begitu sahaja. Saya pun dengan berdebarnya (takut nasib sama) masukkan duit. Alhamdulillah, sekali sahaja semua selesai. Sekali!! Tak rugi saya sabar, Allah dah janji DIA pasti tolong. Tq Allah.

Lagi satu kisah..:) waktu pagi sibuk menghantar anak ke nursery, ada makcik bijak parking belakang kereta, sgt susah nak undur kan kereta. Ke depan, ke belakang entah berapa kali. Ikut hati tersangatla marahnya tapi saya tahan dan tetap cuba memaniskn muka. Makcik bijak terus selamba. Mulut tidak berkata, cuba saya maniskan muka. Terasa nak menangis sebab terlalu marah tapi saya tekad dalam hati, sabar. Lewat kerja pun aturan Allah. Adala cara Allah nak tolong. Yes!! Perjalanan saya ke tempat kerja saaangat mudah. Semua 4 traffic light yang saya kene lalu hijau aje. Seolah-olah masa digerakkan sedikit perlahan dan sempatlah saya punch on time. Hebatkan Allah. Hebat dan besar hikmah bersabar ni.

Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan yang berpesan-pesan kepada kebearan, dan yang berpesan-pesan kepada kesabaran.

Sabar bukan saja dalam menghadapi kerenah manusia? Tetapi sabar dalam setiap perjalanan hidup kita. Sabar dalam beribadah, bersabar dalam mencari rezeki, sabar dalam berdakwah, sabar dalam bekerja, sabar menghadapi penyakit, sabar membawa kereta, sabar....dan sabar...

InsyaAllah. Jiwa akan lebih terdidik. Ketenangan akan tercapai.

Senyum

Thursday 2 January 2014

Wajah-wajah kesayangan beta

Inilah wajah-wajah kesayangan ibu. Wajah-wajah yang sentiasa mendorong ibu untuk terus perbaiki diri. Yang sentiasa membuat ibu mencari dan terus mencari ilmu Allah dan takkan sesekali berhenti.

Tubuh2 comel inilah amanah Allah untuk ibu dan ayah. Suatu masa dulu anak2 ibu lahir bagaikan kain putih yang menanti untuk dicorakkan. Dilukis dengan lukisan yang cantik dan menarik. Berjayakah ibu dan ayah? Mampukah ibu dan ayah? Mesti mampu. Ibu mahu kain2 putih ini menjadi sutera yang halus, cantik dan mahal harganya. Cantik dipandang tetapi sangat payah untuk diperolehi dan dimiliki.

Anak-anak ibu,
Besar harapan ibu agar kesayangan ibu ini membesar menjadi mereka yang bermanfaat untuk agama. Mereka yang berakhlak seperti akhlak Rasulullah, mereka yang disayangi oleh makhluk langit dan bumi. Sedari didalam kandungan lagi ibu sentiasa berdoa agar kesayangan ibu semuanya menjadi pembantu-pembantu agama Allah. Sentiasa berada dalam arus dakwah, demi syiar Islam.

Wahai yang ibu cintai,
Jalan dihadapan masih jauh. Namun rebung-rebung inilah yang akan ibu bentuk biar besar gagah menjadi buluh perindu yang gemersik alunan bunyinya. Yang bila didengari, sedap rasa hati. Gagah, yang bila dijadikan meriam, terus teguh berdiri. Benih2 ini ibu doakan agar menjadi pohon2 yang rendang, yang menghasilkan buah yang masak ranum, bila dibaling, mengembalikan buah yang manis ranum itu kepada si pembaling.

Anak-anak ibu,
Ibu masih terus melakar corak dikain putih itu. Akan ibu pastikan ibu akan terus melakar corak yang indah2 agar anak-anak ibu membesar menjadi insan yang berguna untuk agama.

Ya Allah,
Berilah aku petunjuk dan hidayahMu Ya Allah. Agar bisa aku dan suami mendidik anak2 ini mencintaiMu, mencintai KekasihMu dan sentiasa berjuang untuk agamaMu.

Semoga kita semua dapat berkumpul kembali di syurga sana.

Amin.

Wednesday 1 January 2014

Set Resdung, Eczema, Jerawat, Allergik

Assalamualaikum.
Harini nak bercakap pasal resdung atau doktor panggil allergic rhinitis.

Ramai pesakit datang jumpa doktor dengan masalah2 seperti bersin2, gatal2 hidung dan mata, selalu gatal tekak, bersin memanjang especially waktu pagi, selalu selsema. Inilah tanda2 atau gejala resdung atau Allergic Rhinitis.

Ia berlaku akibat allergik dalam badan dan badan keluarkan satu bahan yang dipanggil histamine. Histamine ni lah yang menyebabkan segala gejala2 tadi. Sesetengah orang sangat teruk gejalanya dan masa ni lah terasa sangat tak selesanya kita.

Apa yang doktor bagi di hospital? Haa..kalau anda jumpa doktor biasa di hospital, yang anda dapat biasanyalah piriton dan mungkin loratadine. Itu semua untuk mengurangkan simptom2 tadi. Yang paling tak best ubat2 ni biasanya mengakibatkan mengantuk. Kalau nak advance sikit biasanya doktor pakar akan bagi nasal spray.

Bahaya ke Allergic Rhinitis ni? Takla...:) Belum ada lagi orang mati sebab resdung. Tapi...sangat ramai orang yang mengalami ketidakselesaan sebab resdung ni.

Sebab itulah saya mahu membantu anda dengan Shaklee. Kerana saya sendiri dah cuba dan saya rasa kebaikannya pada tubuh saya. Saya jugak mahu orang lain selesa dengan kehidupannya. Tidak terbersin setiap pagi, selsema tak habis2, apa lagi jerawat yang menyakitkan. Sakit muka, sakit hati. Kan? :)

Cubalah set ni. InsyaAllah. Akan terasa perbezaannya.

Hubungi saya deras2. Kita bincang lanjut pasal ni. Saya bukan along, saya hanya mahu tolong. :) InsyaAllah.

Pm/wassup/sms
0196354563 / 0187812078
FB: Nurul Huda Ariza

SET KESIHATAN OPTIMUM

Assalamualaikum.
BerShaklee lagi. :) Harini nak bercerita sikit tentang Set Kesihatan Optimum.

Kerja sebagai doktor, seharian 8-5 saya mengadap pesakit dan percayalah lebih separuh pesakit-pesakit saya datang dengan simptom-simptom tubuh yang tidak memberi sebarang spesifik diagnosis.

Ada yang datang kata lenguh2 badan..ada yang kebas kakitangan..ada yang sakit tumit especially selepas bangun dari tidur...ada yang rasa keletihan yang teramat sangat...

Sesukar mana, tetap saya cuba korek maklumat sebanyak mungkin dan buat pemeriksaan dan penyiasatan lanjut...hasilnya, tiada diagnosis. Apa yang perlu dirawat adalah simptom itu sendiri. Dan saya sebagai doktor hanya memberi pesakit vitamin sebagai supplement untuk memberikan rasa tubuh yang lebih sihat dan sejahtera. Guess what? Ramai pesakit yang datang balik ke klinik hanya semata2 untuk mendapatkan vitamin sahaja.

Dulu, semua tu ada pd saya. Alhamdulillah..sejak saya guna SHAKLEE rasa extra bertenaga. Alhamdulillah. Inilah peranan SHAKLEE dengan izin Allah.

Beberapa orang kawan saya dah pun mencuba. Tersenyum saya bila masing2 setelah beberapa minggu guna sudah terasa kebaikan SHAKLEE. Makin bertenaga, kurang letih seperti selalu dan rasa sengal sengal badan hilang sama sekali. Alhamdulillah.

Saya ingin berkongsi kebaikan SHAKLEE dengan anda. Kalau anda rasa ianya mahal, saya ada penyelesaiannya. Jom kita bincang.

Jom sihat dan sejahtera dengan SHAKLEE.

Hubungi saya di 0196354563/0187812078

Kita sembang-sembang SHAKLEE....cubala...anda pasti tersenyum. InsyaAllah