Wednesday 26 February 2014

Dunia..oh Dunia

Malam ni tetiba aku rasa sebak. Mengalir air mata begitu mudah. Aku tercari-cari mengapa namun tak jugak ku temu jawapannya.

Melihat anak2 aku sebak, aku menangis. Melihat suami lebih lagi. Melihat rumahku sekeliling, takde perasaan.

Tapi kenapa aku sedih? Kenapa aku sebak? Lebih sebak dan buatku menangis teresak bila kusebut namaNYA. Sayu teramat. Seolah rindu tak tertahan.

Kenapa aku rindu? Owh...roh aku meronta-ronta di dalam. Sudah terlalu kering dan kontang.

Aku fikir dan fikir. Ya...aku ralit kejar dunia. Otakku ligat mencari idea. Bagaimana mahu senang, bagaimana mahu kaya, bagaimana mahu buat orang lain sayang pada kita.

Kenapa Nurul? DIA tak pernah mengabaikan ku tapi aku cinta sambil lewa. Aku yang perlukan DIA, bukan sebaliknya. Kenapa aku harus lupa itu semua? Sesungguhnya aku tak mahu dilupakan

Cukuplah dulu! Berilah ruang untuk roh ini bernyawa, bersinar...Berilah roh ruang untuk bertenang..bertenang dalam mengejar cinta abadi

Maka benarlah...dunia ini perhiasan. Ia melekakan...ia menghanyutkan, sangat mengasyikkan. Cukupla aku ditipu.

Sedih...aku sedih YaAllah
Ampunilah aku

Set Kehamilan

Assalamualaikum

Ibu mengandungi perlu pada keperluan nutrien seharian yang cukup. Kerana ibu mengandung bukan sahaja perlu zat tambahan untuk diri sendiri tetapi juga untuk baby dalam kandungan.

Sejurus selepas kita disahkan mengandung, kebiasaannya doktor akan bekalkan kita dengan vitamin-vitamin. Ada untuk tambah darah, ada untuk tumbesaran janin dan macam2 khasiat.

Tapi malangnya ramai ibu2 diluar sana tidak sesuai dengan vitamin yang disarankan doktor. Mula timbul loya dan ada yang muntah2 teruk, tidak tahan dengan vitamin2 tu.

Jadi, saya nak perkenalkan Pregnancy Set Shaklee. Set lengkap untuk keperluan ibu mengandung dan bayi dalam kandungan. Yang selamat, berkesan lagi halal.

Ibu-ibu...anda memang memerlukan vitamin2 ini. Bukan sahaja untuk diri anda, lebih penting untuk si kecil comel di dalam rahim anda. Sediakanlah bayi anda dengan yang terbaik sedari dalam kandungan lagi.

Itu jasmaninya. Perbanyakkanlah zikir dan membaca AlQuran. Biasakanlah bayi anda mendengar yang baik2, melihat yang baik2..InsyaAllah...ia bakal lahir sebagai daie.

Jom..kasih sayang ditunjukkan dengan manfaat kesihatan yang kita beri.

Ibu lebih sihat dan bertenaga, baby membesar sihat dan sempurna InsyaAllah

PM saya
Wassup
0187812078

Senyum

Saturday 22 February 2014

Malas tapi nak berjaya?

Assalamualaikum

Disebabkan saya tengah mencabar diri saya sendiri untuk buat 1 entry 1 hari...makanya topik 'malas' ni sangat sesuai untuk saya bicarakan sebab sesungguhnya saya sangat malas nak update blog saya ni.

Teringat pulak saya kata-kata Hamka kalau tak silap, KEMALASAN BERSARANG DI MINDA YANG LEMAH.

Saya cuba selami...ya..memang kemalasan itu milik orang2 yang berfikiran lemah, tidak berpandangan jauh, tiada perancangan untuk hari esok. Kerana malas itu buat diri seseorang memandang enteng tujuan hidup lalu membiakan masa berlalu begitu sahaja, dalam tak sedar, tiada satu kejayaan pun di capai.

Jadi, adakah saya mahu kemalasan ini terus berada dalam diri saya? Atau sebaliknya adakah terlalu lemah minda saya sehingga lekat malas ini bersarang dalam diri saya? Tidak...saya mahu menafikanya..tapi...penafian juga memerlukan pembuktian.

Nurul...lawanlah kemalasan ini. Ingatlah tujuan sebenar saya mahu berjaya. Saya mahu membayangkan hari-hari seharian saya habiskan menguruskan anak-anak dan suami tanpa perlu runsing apa kata bos, apa kata rakan sekerja, apa kata staff bawahan. Saya tak mahu lagi berkejar-kejar kerana takut lewat ke tempat kerja. Saya tak mahu lagi menangis kerana memikirkan sikitnya masa berkualiti bersama keluarga saya.

Jadi...takkan saya biarkan kemalasan ini terus menerus bersarang dalam diri saya. Saya akan sentiasa ingatkan diri saya tujuan saya buat semua ini. Saya akan selalu membayangkan wajah2 kesayangan saya.

Dan ALLAH...sesungguhnya memang aku takkan mampu tanpaMu. Aku tahu, aku perlu lebih mendekatiMu. Janganlah Kau biarkan nasib ku ini ditentukan oleh diriku walau hanya sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu.

Aku mahu berjaya Ya Allah!!! Bantulah aku...Aku mahu jadi Supervisor Februari 2014 ini Ya Allah. Tiada yang mustahil bagiMu Ya Allah

Amin

Thursday 20 February 2014

Akhirnya..turun juga hujan

Assalamualaikum

Tinggal di Seri Manjung ni, antara mende yang jarang2 dapat...hujan. Dalam sebulan belum tentu sekali pun hujan turun. Ada jugak yang kata, Seri Manjung ni daerah ke 2 paling kering dalam Malaysia. No 1 Jelebu. Wah...panas tu..

Tak hairanla kalau anak-anak ibu amat jakun kalau hujan lebat. Kalau tak nampak hujan depan mata mesti akan tanya, "Bunyi apa tu bu?". Sampai bunyi hujan kena bumbung pun anak-anak ibu tak tau. Belum balik Besut lagi. Kalau hujan mencurah-curah dibumbung, sangatla jakunnya anak-anak ibu. Ketakutan pun ada. Hehehe...budak zaman batu apa. :)

Hari ini...hujan turun setelah beberapa lama. Terasala sangat rahmatnya. Tengok rumput yang dah kekuningan, pokok2 kekeringan, kita pun lesu dehydrated...rahmatnya hujan ni. Di Seri Manjung, turun hujan bagai satu rahmat yang saaangat besar. Sesuatu yang sangat susah nak berlaku. Tak hairanlah rata2 rumah disini mesti ada aircond.

Lalu, kita harus bersyukur. Kerana kemarau ini tak berpanjangan. Masih terselit belas kasihan Allah pada kita. Besarnya nikmat suatu benda yang jarang dapat. Betapa kita akan lebih menghargai sesuatu yang amat sukar kita perolehi.

Hujan pasti turun dengan rezeki. Berilah aku rezeki yang halal, melimpah ruah Ya Allah...daripada sumber yang tak kuduga. Dengan rahmat hujan ini, aku mohon kebaikan dunia akhirat untukku, kedua ibu bapaku, suamiku, anak2ku, adik beradikku dan sekalian umat Islam

Amin

Wednesday 19 February 2014

Godek-godek....krup..krup..

Assalamualaikum

Saya nak cerita pasal sakit lutut lagi. Kenapa ye saya suka sangat bercerita pasal sakit lutut ni? Sebab saya suka sangat nak tolong makcik pakcik atau sesiapa sahaja yang 'menderita' sakit lutut ni. Saya nak bantu sampai anda tersenyum kelegaan. Uish!...Sakit lutut memang sakit! Bukan saja sakit, tapi tension...tension sebab mengganggu pergerakan kita...susah nak jalan sana sini dan akhirnya boleh jadi depressed tau..
 
 
Saya cakap ni bukan saja-saja. Kerja saya di klinik hari-hari pasti jumpa pesakit yang mengadu sakit lutut. Kebanyakan warga emas dan ada jugak golongan muda yang sangat aktif terutamanya dalam sukan-sukan tertentu. Kenapa sakit lutut ni selalu jadi pada orang tua?
 
 
  • Dengan peningkatan usia, 'gris' didalam sendi kita makin haus. 'Gris' yang sepatutnya jadi kusyen untuk tampung berat badan kita masa berdiri dan apa2 aktiviti yang memberi beban kepada sendi lutut dan tak boleh berfungsi sempurna
  • Semakin kita berumur, dengan pergerakan sendi lutut yang tak berhenti-henti itu sendiri menghauskan 'gris' di sendi tu
  • Bila kurang 'gris', tulang di atas dan di bawah yang membentuk sendi lutut tu akan hampir2 bersentuh. (Sepatutnya tak boleh bersentuh langsunng). Bila dah hampir bersentuh atau dah bersentuh, sendi akan jadi sangat stiff atau terlalu sakit. Macam sendi engsel pintu yang dah takde minyak. Punyala ketat dan berbunyi-bunyi kan
 
 
Haa....keadaan ini selalu kita panggil OSTEOARTHRITIS. Common cause or knee pain in elderly or anybody. Kita sendiri boleh agak-agak yang samada kita, mak atau bapak kita, atau tok nenek kita atau sesiapa saje la yang mengadu sakit lutut. Macam mana? Kebiasaannya...
 
  1. lutut yang sakit tu tak bengkak
  2. jalan jauh atau berdiri lama sangat sakit
  3. ada yang teruk kita boleh tengok alignment lutut pun dan tak lurus
  4. pegang pada sendi lutut dan mintak empunya diri gerakkan lurus dan bengkok...kita akan rasa krup..krup..kat sendi tu sebab dia kurang gris..(nak lebih rasa, buat kat sendi kita yang sihat dulu baru buat kat sendi orang yang sakit lutut tu)
Selalunya...OSTEOARTHRITIS la tu. Sakit sendi ni memang sangat membebankan. Bila dah terkena kita akan tercari-cari untuk melegakannya.
 
Caranya?
 
INI DIA!!!!
 

ajht, sakit lutut, sakit, lutut, sendi, bahu, frozen shoulder, glucosamine, chondroitin
ADVANCED JOINT HEALTH TABLET



Saya sarankan ini untuk anda. Seperti kebiasaan saya akan sarankan glucosamine sulphate kepada pesakit untuk di beli di farmasi berdekatan tidak kira apa jenamanya. Kalau boleh, saya mahu pesakit menggunakan AJHT dari Shaklee ni. Kenapa? Apa kelebihan AJHT ni?
 
  1. AJHT ada ekstrak Boswellia yang mampu tingkatkan keselesaan sendi seawal 5 hari. Wow!!!
  2. Ramuan dari bahan asli dirumus secara saintifik dan terbukti menggalakkan mobiliti sendi, meningkatkan fleksibiliti, meningkatkan fungsi sendi dan menyokong fungsi sendi untuk jangka masa panjang
  3. AJHT ada kombinasi nutrient kesihatan sendi (zinc, kuprum, manganese, vitamin C) yang berperanan unik dalam membangunkan rawan
  4. AJHT tidak mengandungi kondroitin yang mengganggu penyerapan glukosamin (banyak produk kesihatan sendi di luar di rumus bersama kondroitin)
  5. Halalan toiyiban :)
 
Ramai yang dah makan. Ramai yang repeat order kerana keberkesanannya. Kesian pada orang tua kita yang selalu mengaduh-aduh kesakitan. Apa sangat sedikit wang ringgit untuk buat mereka selesa dan tersenyum.
 
Lagi baik kalau di gabung dengan Omega Guard dan Ostematrik. Fuh!!! Terbaik ko tau!!
 


omega, ostematrik, ajht, glucosamin, lutut, sakit, sendi, bahu, lenguh, badan
JOINT HEALTH SET

 

SEKADAR USAHA KECIL SAYA UNTUM MEMBANTU MENINGKATKAN KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN TUBUH
 
ANDA SENYUM, SAYA GEMBIRA
 
HUBUNGI SAYA
 
SID ANDA 1067080
Hp : 0187812078
FB: Nurul Huda Ariza
 
SENYUM
 
 
 
 


Budak comot

Tengah bagi si budak tecik makan nestum. Adoyai! Bukan senang! Yang paling best tetapla susu cap gantung ibu ni. Hehehe...seb baik membesar bagai johan.

Fathin..fathin..esok ibu nak suap apa pulak ye. Nampaknya kene cari macam2 resepi. Puree carrot, puree ubi, puree itu inila. Haritu dah cuba nasik halus letak susu ibu sket...nak muntah.

Dulu abang kakak ibu buat moi+ika bilis. Laju je makannya. Fathin ibu x cuba lagi yang tu. Arini petang bley tryla kot.

Emm...nak carik resepi makanan baby la...bior chubby anak ibu ni

Love

Monday 17 February 2014

ESP....KAWAN BAIK JANTUNG ANDA

Assalamualaikum

Sedikit info saya nak share dengan semua

ESP - susu soya Shaklee
 
esp, soya, jantung, kolesterol, cantik, kencing manis, diabetes, LDL, susu soya
Susu SOYA terbaik di pasaran!

 
Perbezaan susu soya Shaklee?
 
-non GMO
-pertama didunia
-satu2nya produk dipasaran yg mengandungi 9 asid amino, 5 vitamin dan 4 sumber mineral
-indeks glisemik rendah(sesuai utk kencing manis)
 
Kebaikan susu soya diperakui oleh pelbagai kajian perubatan di seluruh dunia

 
1)WebMD
  • -susu soya mganti protein dari daging, rendah lemak, menguatkan integriti protein.
  • -menurunkan paras LDL (kolesteol jahat) dalam badan
  • -merendahkan risiko penyakit jantung
  • -merendahkan risiko kanser colon, kanser prostate



 
2)Medical Journal NCBI
PMCID 1595159, Kristen S. Montgomery,Phd
-susu soya satu2nya mknn dr sumber sayuran yg mengandungi kesemua jenis asid amino
  • -sumber terbaik serat, zat besi, kalsium, zink, vit b
  • -merendahkan TC(total cholesterol), LDL(kolesterol jahat), TG
  • -menyumbang kepada kawalan kencing manis dan menurunkan berat badan
  • -1 cwn susu soya sehari membantu mencegah kanser
  • -mengurangkan simptom menopause
 
 
3)American Heart Association (AHA) John W Erdman Jr, Phd, AHA Nutrition Commitee
 
  • -1995-meta analysis menunjukkan susu soya merendahkan LDL dan TG
  • -pengambilan susu soya berterusan mengurangkan 9.3% Total Cholesterol, 12.9% LDL, 10.5% TG
 
Wah...hebatnya susu soya. Subhanallah. Alhamdulillah. Dulu, memang saya tahu susu soya bagus, sekarang saya lebih yakin. Apalagi dengan susu soya ESP
 
  1. -non GMO
  2. -paling lengkap
  3. -mudah diserap
  4. -halal
  5. -penuh dengan seribu satu kebaikan
  6. -rasanya sedap (saya suke! )
susu soya terbaik, esp, jantung, kolesterol, ESP, esp shaklee


Well, apa lagi? Jom kita cuba ESP, susu soya terbaik di pasaran. Selamat, berkesan dan lebih penting, halal.
 
ESP saaangat bagus!!!
 
InsyaAllah
 
Jom Shakle dengan saya
Pengedar Shaklee Sah anda..1067080

HP :  0187812078

FB: Nurul Huda Ariza

Senyum


Ko ade? Jom cube!


Assalamualaikum

Saya Shaklee Independant Distributor anda

Dalam Shaklee, banyak set2 yang kita sarankan untuk anda. Anda boleh cuba set bajet, atau anda mahu menggunakan set complete, semua ada
...
Shaklee tak mahal la. Cuba anda bandingkan dengan harga vitamin lain...murah. Kalau yang lebih mahal, pasti lebih kebaikannya.

Dengan Shaklee, bukan sahaja anda sihat, ceria, semangat. Dengan Shaklee juga anda boleh menjana pendapatan. Apa lagi yang tinggal dirumah...sambil2 nyusu anak, klik2 je hp tu dah boleh buat order. Klik...klik je...sambil2 kemas rumah...klik2 order masuk

Jom Shaklee dengan saya. Kita jadi kawan...kita jadi sahabat...kita jadi partner..

Ingin tahu lebih lanjut, jom kita chit chat. Saya sedia membantu (eh, macam moto KKM pulak)

Pm/wassup/sms

 0187812078
Faebook : Nurul Huda Ariza


jerawat, subur, shaklee, set menyusu, kulit cantik, set kanak-kanak, hamil, berpantang
 
 
 
Wah..banyaknya pilihankan? Jangan ragu2. Boleh bincang dulu walaupun belum berminat nak beli. Jangan malu ekk..:)

Sunday 16 February 2014

Macam-macam ada!!! Multivitamin terbaik didunia!

Assalamualaikum
 
Hari ini saya nak cerita pasal VITALEA
 
Tak pernah dengar Vitalea? Vitalea ni multivitamin pertama dalam dunia tau! Dari Shaklee!! Dan yang paling lengkap dalam dunia.
 
Tak payah cerita detail, nnti baca di bawah ye. Cuma saya nak cerita testimonial beberapa orang customer saya.
 
  1. Mak saya kata sejak makan Vitalea mak mudah buang air besar. Takde sembelit macam dulu dah and mak rasa badan mak makin segar dan bertenaga. Alhamdulillah
  2. Bestfriend saya selalu mengadu sakit2 badan, lesu dihujung hari. Bila balik kerja je terus tejelepok la tidor. Takde masa berkualiti dengan anak dan suami. Saya suggestkan dia Vitalea. Sekarang dah repeat order!!! Best makan Vitalea katanya. Badan rasa kurang letih, balik rumah masih larat nak buat macam2 aktiviti. Lebih seronok bila suami pun happy. Alhamdulillah
  3. Staff saya bagi Vitalea pada maid dia. Kesian katanya tengok letih sangat. Ye la, dah makin berumur. Alhamdulillah, sejak makan Vitalea nampak makin segar maid staff saya ni. Kerja pun bertambah2 bersemangat.
Banyak lagila yang tak terkongsi dek saya!! :)
 
Jom cuba Vitalea. Bagi peluang tubuh anda untuk merasa lebih sihat, bersemangat.
Saya mau tolong..sebab saya sendiri pun pengguna Vitalea, memang sangat best
 
Pm/wassup/call/sms saja ke saya
Sebarang pertanyaan walaupun xnak beli InsyaAllah saya cuma menjawabnya.
0187812078
Fb: Nurul Huda Ariza
Jom Shaklee!
SENYUM

Halus mulus tuu!!!

Assalamualaikum
 
Terasa nak kongsi pasal ESP pulak. ESP ni susu soya Shaklee. Susu soya petama dalam dunia. Susu soya dengan seribu satu kebaikan. Ewah!!
 
 
Saya dah cuba? Eh, mestila. Kalau tak takkan nak cakap kosong je. Saya mula amik ESP masa berpantang anak ke 3. Kononnya nak amik set lengkap menyusu (first time cuba Shaklee). Minumla macam biasa. Alhamdulillah, susu saya memang cukup utk baby, saya jugak rasa lebih bertenaga pada sebelum ni saya berpantang.
 
 
Dah beli baru kaji. Hehe..baca2 pasal ESP, rupa2nya bagus untuk kulit jugak. Wah!! Pastutla...mak pun ada tegur kulit saya macam Pearl. Hahaha..black pearl kot. Alhamdulillah. Janji bersih. Saya pun sejak start makan ESP mmg saje je berenti pakai set muka. Alhamdulillah, kulit muka saya moist and hilang kusam.
 
 
Hebatkan? Memang hebat! ESP ni boleh buat ganti sarapan tau! Elokla untuk orang yang nak berdiet untuk dapat ideal body weight.
 
 
Nak cuba ESP dan nak tahu lebih banyak kebaikan ESP?
 
 
Hubungi saya SID anda
0187812078
Facebook: Nurul Huda Ariza
 
ESP, CANTIK, CERGAS, MENYUSU, halus, kulit, tenaga
 
 
 

Makcik sakit lutut la Doktor...

Assalamualaikum

Sejak kebelakangan ni semakin ramai pesakit yang datang ke hospital mengaku sakit lutut. Kebanyakan pesakit yang datang makcik-makcik dan pakcik-pakcik atau ah so and uncle yang mengadu dah bertahun-tahun sakit lutut tapi semakin teruk kebelakangan ni. Tak kurang jugak dengan golongan muda terutamanya mereka yang sangat aktif.
 
 
Selalunya, bila diperiksa, memang takde bengkak atau sakit bila ditekan pada sendi lutut. Tapi bila digerak-gerakkan sendi lutut tu, pasti ada bunyi 'krup..krup' yang akan keluar. Tak percaya? Cuba anda test pada lutut ibu ayah anda atau tok nenek anda yang mengadu sakit-sakit lutut. Anda letakkan tangan anda betul-betul atas tempurung lutut mereka dan anda suruh mereka lurus dan bengkok dan luruskan sendi lutut mereka beberapa kali. 'Krup..krup"...bunyi sendi yang kurang 'gris' kata pakcik makcik kita. Kata ahso and uncle pulak sudah kulang minyak..:). Nak lebih kompem lagi cuba anda buat pada lutut sendiri (pastikan lutut anda sihat ye). Mesti akan dapat rasa bezanya. Takde bunyi apapun.
 
 
 

sakit, lutut. sakit lutut, berat
'Adoi..sakitnya lutut!!' (eh ni Nampak macam tangan orang mude.heheh) Gambar hiasan


Apa jadi ye sebenarnya pada lutut kita tu? Simple explaination...
  • sendi kita ada 'minyak pelincir' atau gris yang bertindak sebagai kusyen
  • kusyen ni akan haus dengan usia, atau berat badan berlebihan (dok kena henyak), atau penggunaaan lutut yang berlebihan, atau pernah cedera lutut dulu
  • bila kusyen haus, tulang yang disambung akan hamper ber'cium' atau bergeser dan ini akan menyebabkan kesakitan
  • selalunya keadaan ni kita panggil osteoarthritis..rheumatoind arthritis ni lain sket ceritanya..:)
 

sakit lutut, sendi. lutut, sakit sendi, osteoarthritis, ajht, glucosamine, kalsium
Tengok beza lutut sihat (kiri) dam sendi lutut yang dah haus (kanan). Nampak tak tulang atas dan tulang bawah hampir ber'cium' tu? Bayangkan kalau sendi ni digerakkan...pasti sakit..

 
Untuk confirmkan, siasatan atau investigation yang saya akan buat adalah xray..
 

lutut, sendi, sendi lutut, arthritis, glucosamine, ajht
Ini xray sendi lutut yang dah haus (tengok pada yang dibulatkan). Nampak tak lutut atas dan lutut bawah tu dah bercium? Sendi yang normal ada ruang yang sekata sepanjang sendi menunjukkan kusyen masih ada. (gris)

 
 
Kalau di klinik, apa yang saya berikan pada pesakit?
  • ubat tahan sakit
  • tablet kalsium
  • fisioterapi
  • dan saya akan tulis di sehelai kertas 'Glucosamine Sulphate' dan mitak pesakit beli di mana2 farmasi sebagai supplement tambahan untuk tambah 'gris' yang kurang tadi
 
Tak payah susah-susah ke farmasi. Shaklee ada Set Kesihatan Sendi. Sangat terbukti keberkesanannya. Bapa saudara saya dan isterinya dan pun mencuba. Seawal seminggu terasa sangat berkurangan kesakitan pada lutut dan lenguh lenguh pada sendi lain juga hilang. Totally hilang. Wow! Alhamdulillah. Bukan itu saja, ibu kawan saya juga ada mencuba set ini dengan saya, sangat seronok bila dia kata sakit lutut tiada lagi. Yang paling best bila mak saudara saya yang ada temujanji bulanan dengan Pakar Tulang di Kuala Lumpur menyarankan Set Sendi Shaklee pada makcik saya. See...hebatkan set sendi ni! :)
 
 
set sendi, lutut, sakit, sakit lutut, sakit sendi, glucosamine, omega guard, ajht, kalsium, knee pain, osteoarthritis
 
 
 
Saya sangat yakin dengan set sendi ni. Sama saja dengan apa yang dojtor-doktor sarankan, malah lebih lagi kebaikannya kerasa lebih banyak kelebihan dalam Set Sendi Shaklee ni berbanding dengan yang lain.
 
 
Nak tahu lebih lanjut?
 
 
Hubungi saya Shaklee Independent Distributor anda. Harga terbaik untuk anda.
 
0187812078
 
Fb: Nurul Huda Ariza
 
SEKADAR USAHA KECIL DALAM EMMBANTU MENINGKATKAN KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN BADAN
 
KITA MERANCANG, ALLAH MERANCANG DAN SESUNGGUHNYA PERANCANGAN ALLAH YANG TERBAIK
 
 
JOM SHAKLEE!!
 
Senyum

 

Saturday 15 February 2014

Bestnya Keluarga Shaklee Saya

Assalamualaikum
 
Alhamdulillah..bestnya harini. Kali pertama bertemu mata dengan keluarga Shaklee Sinergi Muslimah Terhebat. Akhirnya berjumpa dengan orang yang sangat banyak bagi inspirasi, Ummi Siti Rozita Othman.
 
Wah...berjumpa dengan orang-orang berjaya dan yang ingin berjaya sangat besar kesannya..macam ada suatu kekuatan, melonjak rasa lemah saya dari dalam, mengeluarkan semua kekuatan yang tersembunyi.
 
Kata Master Hadha, blog is the most powerfull tools for promoting Shaklee. Kalau ikut, semua orang wajib ada blog. InsyaAllah...pasti berjaya. Jadi...aku kenela jadi blogger ni. Kene fokus utk berblog. Usaha bersungguh2...insyaAllah Allah bagi kan..:)