Wednesday 26 February 2014

Dunia..oh Dunia

Malam ni tetiba aku rasa sebak. Mengalir air mata begitu mudah. Aku tercari-cari mengapa namun tak jugak ku temu jawapannya.

Melihat anak2 aku sebak, aku menangis. Melihat suami lebih lagi. Melihat rumahku sekeliling, takde perasaan.

Tapi kenapa aku sedih? Kenapa aku sebak? Lebih sebak dan buatku menangis teresak bila kusebut namaNYA. Sayu teramat. Seolah rindu tak tertahan.

Kenapa aku rindu? Owh...roh aku meronta-ronta di dalam. Sudah terlalu kering dan kontang.

Aku fikir dan fikir. Ya...aku ralit kejar dunia. Otakku ligat mencari idea. Bagaimana mahu senang, bagaimana mahu kaya, bagaimana mahu buat orang lain sayang pada kita.

Kenapa Nurul? DIA tak pernah mengabaikan ku tapi aku cinta sambil lewa. Aku yang perlukan DIA, bukan sebaliknya. Kenapa aku harus lupa itu semua? Sesungguhnya aku tak mahu dilupakan

Cukuplah dulu! Berilah ruang untuk roh ini bernyawa, bersinar...Berilah roh ruang untuk bertenang..bertenang dalam mengejar cinta abadi

Maka benarlah...dunia ini perhiasan. Ia melekakan...ia menghanyutkan, sangat mengasyikkan. Cukupla aku ditipu.

Sedih...aku sedih YaAllah
Ampunilah aku

No comments:

Post a Comment