Thursday 20 February 2014

Akhirnya..turun juga hujan

Assalamualaikum

Tinggal di Seri Manjung ni, antara mende yang jarang2 dapat...hujan. Dalam sebulan belum tentu sekali pun hujan turun. Ada jugak yang kata, Seri Manjung ni daerah ke 2 paling kering dalam Malaysia. No 1 Jelebu. Wah...panas tu..

Tak hairanla kalau anak-anak ibu amat jakun kalau hujan lebat. Kalau tak nampak hujan depan mata mesti akan tanya, "Bunyi apa tu bu?". Sampai bunyi hujan kena bumbung pun anak-anak ibu tak tau. Belum balik Besut lagi. Kalau hujan mencurah-curah dibumbung, sangatla jakunnya anak-anak ibu. Ketakutan pun ada. Hehehe...budak zaman batu apa. :)

Hari ini...hujan turun setelah beberapa lama. Terasala sangat rahmatnya. Tengok rumput yang dah kekuningan, pokok2 kekeringan, kita pun lesu dehydrated...rahmatnya hujan ni. Di Seri Manjung, turun hujan bagai satu rahmat yang saaangat besar. Sesuatu yang sangat susah nak berlaku. Tak hairanlah rata2 rumah disini mesti ada aircond.

Lalu, kita harus bersyukur. Kerana kemarau ini tak berpanjangan. Masih terselit belas kasihan Allah pada kita. Besarnya nikmat suatu benda yang jarang dapat. Betapa kita akan lebih menghargai sesuatu yang amat sukar kita perolehi.

Hujan pasti turun dengan rezeki. Berilah aku rezeki yang halal, melimpah ruah Ya Allah...daripada sumber yang tak kuduga. Dengan rahmat hujan ini, aku mohon kebaikan dunia akhirat untukku, kedua ibu bapaku, suamiku, anak2ku, adik beradikku dan sekalian umat Islam

Amin

No comments:

Post a Comment