Showing posts with label omega guard. Show all posts
Showing posts with label omega guard. Show all posts

Monday, 3 November 2014

Omega Guard dan 1001 Kebaikannya

Assalamualaikum
 
Hari ini nak sharing pasal Omega Guard. Tapi kali ini secara literature. Saya cukup teruja nak berkongsi dengan anda sebab banyak clinical research yang membuktikan kebaikan Omega-3.
Kandungan utama Omega Guard Shaklee adalah Omega-3 dan Omega-3 dari punca minyak ikan mengandungi DHA dan EPA. Untuk pengetahuan anda, Omega Guard Shaklee dihasilkan dari minyak ikan air sejuk, sumber Omega-3 terbaik didunia.
 
Apa kebaikan Omega Guard?
 
  1. DHA menurunkan paras trigliserida (salah satu jenis kolesterol bahaya dalam badan). Suplemen Omega menunjukkan penurunan yang ketara pada aras kolesterol dalam darah
  2. Omega bertindak sebagai antiradang dalam penyakit sendi seperti Rheumatoid Arthritis. Ia membantu mengurangkan sakit sendi sekaligus memperbaiki fungsi sendi berkenaan
  3. Kajian menunjukkan Omega mengurangkan kemurungan. Di tempat yang penduduknya banyak mengambil Omega (minyak ikan laut sejuk), kadar kemurungan sangat rendah. Kajian yang lain juga menunjukkan Omega meningkatkan kesan ubat anti depression kepada pesakit Depression (Kemurungan)
  4. Omega juga perlu diambil sebagai makanan tambahan oleh ibu mengandung selepas masuk Trimester kedua. EPA dan DHA membantu perkembangan otak janin, menghasilkan sel-sel otak yang aktif berhubung.
  5. Untuk anak yang hyperaktif (ADHD) Omega membantu meningkatkan daya penumpuan, sekaligus mengurangkan aktiviti hyperaktif si anak. Beberapa kajian membuktikannya. Walaubagaimanapun suplemen Omega bukan rawatan utama dalam penyakit ADHD
  6. Kajian dibuat keatas pesakit Alzheimer. Dengan pengambilan suplemen Omega secara berterusan, daya ingatan dapat diperbaiki, kemurungan dikalangan pesakit Alzheimer dapat diatasi.
Wah...saya hanya mengambil Omega untuk langsingkan badan dan uruskan perut buncit saya (dah kempis selepas amik Omega Guard), rupanya banyak kesan baik lain yang Omega Guard beri pada saya dengan izin Allah.
 
Suplemen sebaiknya diambil seawal sebelum anda mengidap sebarang penyakit. Pun begitu, jika anda sudah mengidapnya, suplemen sangat membantu dalam mengurangkan simptom penyakit-penyakit tertentu dan sebagai tambahan untuk meningkatkan keberkesanan ubat yang di makan.
Sebagai seorang doktor, saya sentiasa menyarankan pesakit saya mengambil Omega sebagai makanan tambahan kerana kebaikannya memang terbukti.
 
Dan...saya pilih Omega Guard Shaklee kerana ia halal, berkesan dan diyakini.
Jika anda perlukan nasihat kesihatan dan produk Shaklee, sila hubungi saya
 
Dr Nurul 0187812078
Shaklee Independant Distributor
Id-1067080
Seri Manjung, Perak, Malaysia
Senyum

Saturday, 1 November 2014

Omega Guard untuk Slim dan kempiskan perut buncit

Ini kisah saya dan Omega Guard Shaklee
 
Lepas bersalin anak ketiga, badan ni susah sikit nampak gayanya nak turun berat walaupun saya exclusive breastfeeding. Walaupun pada hakikatnya saya suka jika nampak 'tembam' sikit sebab semedang je 'underweight'.
 
Saya ambil Lecithin dan Alfalfa untuk membantu 'menyelimkan' badan saya. Sekaligus Alfalfa sangat bagus untuk ibu menyusu. Waktu tu saya masih dalam 'proses berkenalan' dengan Shaklee. Saya bergantung pada pamphplete yang saya dapat dari upline saya.
 
Saya teruskan penyusuan macam biasa, bertungku, pakai korset, tapi slow pulak nampak gayanya berat saya nak turun. Lagi panik bila jubah-jubah yang disarung semuanya jadi ketat, cukup-cukup mengikut tubuh. Baju kurung pun sama. Saya ni biasa pakai yang longgar-longgar, bila dah ketat semuanya tak selesa rasanya. Apalagi bila anak-anak menegur, "Kenapa perut ibu besar lagi lepas baby keluar? Ada baby lagi satu ke?". Aiyok! Signal sudah mari! I got to do something.
 
Maka bermulalah cerita saya dengan Omega Guard. Saya ambil 3 kapsul setiap hari selepas makan malam. Saya juga buat sit up 20 kali setiap malam dan cycling dengan exercise bike dirumah ni 20minit setiap hari. Marvellous! Kesannya memang cepatla saya rasa. Belum habis cuti berpantang, saya slim balik. Baju-baju yang ketat sebelum ni semua boleh pakai. 'Spare tyre' pun dah tak kelihatan lagi. Hehehe..sukenya rasa. Anak-anak pun pandai pulak menegur, "Ibu dah kurus balik, baru cantik". Kueng..kueng..kueng.. Suami saya? Sentiasa menyokong saya kuruskan sikit badan sebab dia tak suka saya pakai ketat-ketat, sebab Allah tak suka.
 
Bila saya dah amal Omega Guard ni, saya baru rasa nak recce pasal dia. Rupanya bagus untuk kurangkan paras kolesterol jahat (LDL) dalam badan sebab Omega Guard kaya dengan Omega3. Sekaligus melancarkan perjalanan darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Terus saya order lagi Omega Guard dan hadiahkan kepada mak bapak saya. Suka betul mak dan bapak.
 
Kalau anda rasa anda nak cuba Omega Guard, PM la saya.
Dr Nurul 0187812078
Shaklee Independant Distributor
Id-1067080
Seri Manjung, Perak, Malaysia.

Thursday, 11 September 2014

Heamorrhoid (Buasir) : Kepentingan Suplemen

Hari ini, jom kita bercerita tentang heamorrhoid. Atau lebih mudah saya katakan buasir. Ramai dikalangan kita ada masalah heamorrhoid. Tapi tak ramai yang nak berjumpa doktor untuk dapatkan rawatan. Yela..malu bila doktor nak periksa dikawasan 'tu'.

Ada juga yang mengalami simptom-simptom awal heamorrhoid tapi tidak mengendahkannya. Mungkin kerana kurang pengetahuan, mungkin kerana tidak ambil kisah. Heamorrhoid boleh dikawal dan boleh disembuhkan. Tapi, jika dibiarkan, heamorrhoid pasti sangat menyakitkan dan berkemungkinan memerlukan pembedahan sebagai rawatan akhir.

Simptom-simptom berkemungkinan heamorrhoid termasuk:

-keluar darah fresh selepas buang air besar tanpa kesakitan
-kekadang stain darah fresh bersama najis yang keluar
-ketulan dibahagian anus (tempat keluar najis) ada masanya keluar sewaktu meneran sahaja, ada masanya sentiasa terkeluar
-sakit dibahagian tempat keluar najis
-adakalanya heamorrhoid yang terkeluar tidak boleh dimasukkan kedalam lagi (ditolak dengan tangan) dan membawa kepada kesakitan berterusan

Heamorrhoid boleh berlaku kepada sesiapa terutamanya yang mempunyai sejarah batuk kronik (berpanjangan), pekerjaan berat, dan ibu mengandung. Ramai ibu mengandung dan selepas melahirkan mengalami masalah ini.

Jadi, tentu ramai yang ingin cuba suplemen untuk mengurangkan simptom heamorrhoid ni dan dengan izin Allah tidaklah perlu anda berjumpa doktor atau menjalani pembedahan. Kawalan heamorhoid melibatkan kawalan dari sembelit, penyembuhan luka dalaman dan luaran dan pengecutan salur darah didinding salur najis kita.

Saya sangat menyarankan SET BUASIR SHAKLEE dengan 3 rangkaian vitamin yang bertindak membantu mengurangkan masalah heamorrhoid anda.

OSTEMATRIK - melembutkan najis dan melancarkan pembuangan

ZINC COMPLEX - menggalakkan penyembuhan luka ditempat keluar najis (external heamorhoid) dan didalam salur najis (internal heamorrhoid)

OMEGA GUARD - antiradang yang membantu mengecutkan salur darah yang mengembang dibahagian dinding salur najis (mengecutkan buasir)

Dengan pengambilan yang konsisten dan berterusan, InsyaAllah, tiada buasir lagi. Anda pasti suka hati, tak perlu risau untuk berjumpa doktor lagi.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang buasir dan suplemen shaklee, sila hubungi saya.

Dr Nurul 0187812078
Shaklee Independant Distributor
Id 1067080
Seri Manjung, Perak, Malaysia

Untuk konsultansi kesihatan dan Shaklee

Senyum

Tuesday, 15 July 2014

Kolesterol oh Kolesterol

Assalamualaikum
Terpanggil pulak saya untuk bercerita tentang kolesterol hari ini. Bukan pasal apa, kerana sekarang hampir setiap hari saya akan berjumpa pesakit baru yang dapat hypercholesterolemia (tinggi kolesterol). Dan yang paling muda budak lelaki berumur 9 tahun.
Sangat menakutkan!
Kenapa menakutkan? Tahukah anda risiko tinggi kolesterol? Kolesterol yang tinggi akan meningkatkan risiko darah tinggi, sakit jantung dan stroke. Apalagi jika anda mempunyai faktor risiko lain seperti obesiti, kencing manis dan merokok. Sangatla bahayanya.
Pengalaman saya diklinik, saya dapati ramai pesakit kurang pengetahuan tentang makanan apa yang mengandungi kolesterol yang tinggi. Terutamanya makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang berusia emas, teramatla hairannya bila diperiksa, kandungan kolesterol jahat (LDL) dalam darah mereka sangat tinggi sedangkan mereka tak berapa lalu nak makan.
Jom, kita cek 'checklist' di bawah. Walaupun banyak lagi makanan yang mengandungi kolesterol yang tinggi, yang di bawah adalah antara kegemaran rata-rata orang
-ikan bilis
-semua daging merah
-keju
-mentega dan semua yang dibuat dari mentega
-minyak
-santan
-makanan laut dan semua makanan bercengkerang
-kekacang
Ada yang terkejut? Macam makcik yang saya ceritakan tadi, tak lalu makan, hanya makan nasi bubur dengan ikan bilis sahaja....setiap hari! Patutla tinggi kolesterolnya.
Jadi, bagaimana nak turunkan kolesterol?
1)PEMAKANAN
Kurangkan ambil makanan-makanan tinggi kolesterol. Banyakkan sayur-sayuran kerana sayur-sayuran membantu meningkatkan kolesterol baik (LDL) yang membantu menyahkan kolesterol jahat (LDL) dalam darah. Selain itu, amat disarankan mengambil makanan yang kaya dengan Omega 3, kerana Omega 3 juga membantu meningkatkan HDL dalam darah. Senang cerita, ikut piramid makanan.
2)SENAMAN
Senaman yang sederhana dan berterusan (istiqomah) terbukti sangat membantu menurunkan paras kolesterol badan. Ini kerana sewaktu senaman, banyak HDL yang akan dihasilkan dan akan meng'hapus'kan LDL yang ada. Senaman juga sangat bagus untuk kesihatan jantung dan menurunkan berat badan. Pilihlah senaman yang sesuai dengan anda.
3)BERHENTI MEROKOK
Tabiat merokok ni sangatla buruk. Perokok tidak sedar, rokok mengakibatkan perubahan negatif pada struktur dalam dinding salur darah, dan memudahkan untuk terjadi 'clot' di dalam salur darah. Juga senang untuk memerangkap LDL untuk menempek didinding salur darah. Ini akan mengakibatkan penyempitan salur darah dan menyumbang kepada risko serangan jantung dan stroke. Jadi...BERHENTI MEROKOK!!
Berdasarkan apa yang dah saya lalui, rata-rata pesakit mahu berikhtiar selain ubat dahulu. Secara peribadi, saya sangat mencadangkan Shaklee kerana keberkesanannya, keselamatannya dan kehalalannya.
SHAKLEE DAN KAWALAN KOLESTEROL
1)ESP
2)Omega Guard
3)Phytocol-ST
ESP
ESP susu soya terbaik. NoGMO. ESP juga membekalkan tenaga berpanjangan. Beratus malah beribu kajian klinikal membuktikan keberkesaban ESP dalam mengawal paras kolesterol dalam darah. Bukan itu sahaja, ESP sangat bagus untuk kulit yang lebih berseri, menghilangkan kusam wajah, memberi tenaga kepada ibu mengandung dan menyusu. Bukan 1, tapi banyaknya kebaikan ESP
OMEGA GUARD
Omega Guard kaya dengan Omega 3 dari sumber minyak ikan terbaik. Dalam bentuk kapsul, Omega sangat mudah ditelan. Kanak-kanak pun suka.
Omega juga membantu meningkatkan imun badan, meningkatkan tahap penumpuan dan kecerdasan otak
Selain itu omega juga adalah agen pembakar yang baik untuk mereka yang bercita-cita menguruskan badan. 3 in 1. Baguskan?..
PHYTOCOL-ST
Ini produk terbaru Shaklee. Untuk hypercolesterolemia yang degil. Sila baca nota dibawah.
Kita ikhtiar untuk kesihatan. Amat dituntut agama untuk kita menjaga kesihatan.
Anda mahu cuba Shaklee? PM saya untuk pertanyaan lanjut
Nurul 0187812078
FB:Nurul Huda Ariza
Jom Shaklee
Senyum
*boleh juga klik link dibawah untuk buat tempahan direct dengan Shaklee. Senang bukan.:)

Sunday, 16 February 2014

Makcik sakit lutut la Doktor...

Assalamualaikum

Sejak kebelakangan ni semakin ramai pesakit yang datang ke hospital mengaku sakit lutut. Kebanyakan pesakit yang datang makcik-makcik dan pakcik-pakcik atau ah so and uncle yang mengadu dah bertahun-tahun sakit lutut tapi semakin teruk kebelakangan ni. Tak kurang jugak dengan golongan muda terutamanya mereka yang sangat aktif.
 
 
Selalunya, bila diperiksa, memang takde bengkak atau sakit bila ditekan pada sendi lutut. Tapi bila digerak-gerakkan sendi lutut tu, pasti ada bunyi 'krup..krup' yang akan keluar. Tak percaya? Cuba anda test pada lutut ibu ayah anda atau tok nenek anda yang mengadu sakit-sakit lutut. Anda letakkan tangan anda betul-betul atas tempurung lutut mereka dan anda suruh mereka lurus dan bengkok dan luruskan sendi lutut mereka beberapa kali. 'Krup..krup"...bunyi sendi yang kurang 'gris' kata pakcik makcik kita. Kata ahso and uncle pulak sudah kulang minyak..:). Nak lebih kompem lagi cuba anda buat pada lutut sendiri (pastikan lutut anda sihat ye). Mesti akan dapat rasa bezanya. Takde bunyi apapun.
 
 
 

sakit, lutut. sakit lutut, berat
'Adoi..sakitnya lutut!!' (eh ni Nampak macam tangan orang mude.heheh) Gambar hiasan


Apa jadi ye sebenarnya pada lutut kita tu? Simple explaination...
  • sendi kita ada 'minyak pelincir' atau gris yang bertindak sebagai kusyen
  • kusyen ni akan haus dengan usia, atau berat badan berlebihan (dok kena henyak), atau penggunaaan lutut yang berlebihan, atau pernah cedera lutut dulu
  • bila kusyen haus, tulang yang disambung akan hamper ber'cium' atau bergeser dan ini akan menyebabkan kesakitan
  • selalunya keadaan ni kita panggil osteoarthritis..rheumatoind arthritis ni lain sket ceritanya..:)
 

sakit lutut, sendi. lutut, sakit sendi, osteoarthritis, ajht, glucosamine, kalsium
Tengok beza lutut sihat (kiri) dam sendi lutut yang dah haus (kanan). Nampak tak tulang atas dan tulang bawah hampir ber'cium' tu? Bayangkan kalau sendi ni digerakkan...pasti sakit..

 
Untuk confirmkan, siasatan atau investigation yang saya akan buat adalah xray..
 

lutut, sendi, sendi lutut, arthritis, glucosamine, ajht
Ini xray sendi lutut yang dah haus (tengok pada yang dibulatkan). Nampak tak lutut atas dan lutut bawah tu dah bercium? Sendi yang normal ada ruang yang sekata sepanjang sendi menunjukkan kusyen masih ada. (gris)

 
 
Kalau di klinik, apa yang saya berikan pada pesakit?
  • ubat tahan sakit
  • tablet kalsium
  • fisioterapi
  • dan saya akan tulis di sehelai kertas 'Glucosamine Sulphate' dan mitak pesakit beli di mana2 farmasi sebagai supplement tambahan untuk tambah 'gris' yang kurang tadi
 
Tak payah susah-susah ke farmasi. Shaklee ada Set Kesihatan Sendi. Sangat terbukti keberkesanannya. Bapa saudara saya dan isterinya dan pun mencuba. Seawal seminggu terasa sangat berkurangan kesakitan pada lutut dan lenguh lenguh pada sendi lain juga hilang. Totally hilang. Wow! Alhamdulillah. Bukan itu saja, ibu kawan saya juga ada mencuba set ini dengan saya, sangat seronok bila dia kata sakit lutut tiada lagi. Yang paling best bila mak saudara saya yang ada temujanji bulanan dengan Pakar Tulang di Kuala Lumpur menyarankan Set Sendi Shaklee pada makcik saya. See...hebatkan set sendi ni! :)
 
 
set sendi, lutut, sakit, sakit lutut, sakit sendi, glucosamine, omega guard, ajht, kalsium, knee pain, osteoarthritis
 
 
 
Saya sangat yakin dengan set sendi ni. Sama saja dengan apa yang dojtor-doktor sarankan, malah lebih lagi kebaikannya kerasa lebih banyak kelebihan dalam Set Sendi Shaklee ni berbanding dengan yang lain.
 
 
Nak tahu lebih lanjut?
 
 
Hubungi saya Shaklee Independent Distributor anda. Harga terbaik untuk anda.
 
0187812078
 
Fb: Nurul Huda Ariza
 
SEKADAR USAHA KECIL DALAM EMMBANTU MENINGKATKAN KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN BADAN
 
KITA MERANCANG, ALLAH MERANCANG DAN SESUNGGUHNYA PERANCANGAN ALLAH YANG TERBAIK
 
 
JOM SHAKLEE!!
 
Senyum