Showing posts with label set kurus. Show all posts
Showing posts with label set kurus. Show all posts

Saturday, 1 November 2014

Omega Guard untuk Slim dan kempiskan perut buncit

Ini kisah saya dan Omega Guard Shaklee
 
Lepas bersalin anak ketiga, badan ni susah sikit nampak gayanya nak turun berat walaupun saya exclusive breastfeeding. Walaupun pada hakikatnya saya suka jika nampak 'tembam' sikit sebab semedang je 'underweight'.
 
Saya ambil Lecithin dan Alfalfa untuk membantu 'menyelimkan' badan saya. Sekaligus Alfalfa sangat bagus untuk ibu menyusu. Waktu tu saya masih dalam 'proses berkenalan' dengan Shaklee. Saya bergantung pada pamphplete yang saya dapat dari upline saya.
 
Saya teruskan penyusuan macam biasa, bertungku, pakai korset, tapi slow pulak nampak gayanya berat saya nak turun. Lagi panik bila jubah-jubah yang disarung semuanya jadi ketat, cukup-cukup mengikut tubuh. Baju kurung pun sama. Saya ni biasa pakai yang longgar-longgar, bila dah ketat semuanya tak selesa rasanya. Apalagi bila anak-anak menegur, "Kenapa perut ibu besar lagi lepas baby keluar? Ada baby lagi satu ke?". Aiyok! Signal sudah mari! I got to do something.
 
Maka bermulalah cerita saya dengan Omega Guard. Saya ambil 3 kapsul setiap hari selepas makan malam. Saya juga buat sit up 20 kali setiap malam dan cycling dengan exercise bike dirumah ni 20minit setiap hari. Marvellous! Kesannya memang cepatla saya rasa. Belum habis cuti berpantang, saya slim balik. Baju-baju yang ketat sebelum ni semua boleh pakai. 'Spare tyre' pun dah tak kelihatan lagi. Hehehe..sukenya rasa. Anak-anak pun pandai pulak menegur, "Ibu dah kurus balik, baru cantik". Kueng..kueng..kueng.. Suami saya? Sentiasa menyokong saya kuruskan sikit badan sebab dia tak suka saya pakai ketat-ketat, sebab Allah tak suka.
 
Bila saya dah amal Omega Guard ni, saya baru rasa nak recce pasal dia. Rupanya bagus untuk kurangkan paras kolesterol jahat (LDL) dalam badan sebab Omega Guard kaya dengan Omega3. Sekaligus melancarkan perjalanan darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Terus saya order lagi Omega Guard dan hadiahkan kepada mak bapak saya. Suka betul mak dan bapak.
 
Kalau anda rasa anda nak cuba Omega Guard, PM la saya.
Dr Nurul 0187812078
Shaklee Independant Distributor
Id-1067080
Seri Manjung, Perak, Malaysia.

Wednesday, 13 August 2014

Cinch Shake untuk abang sayang..:)

Assalamualaikum

Sejak saya makan Shaklee beberapa bulan yang lalu, sesekali saya suapkan jugak vitamin Shaklee ke mulut suami. Nak harap dia nak amik sendiri tidakla. Saya rasa, bukan sebab tak mahu makan, dia rasa sayang nak habiskan vitamin hasil titik peluh isteri dia berniaga ni, biarlah isteri sorang je perhabiskan. Auw!! Touching gitew!! Hehehe..

Saya pulak, memang nak Abang makan suplemen macam saya. At least konsisten dengan 1 pun jadilah (sekarang dah lebih satu..heheh). Di tempat kerja Abang, berat badan ideal amat dititikberatkan. So, rajin jugak Abang menimbang, nak make sure berat badannya ideal.

Dah kahwin 7 tahun, anak 3, senang hati tempat kerja pun dekat, nak tak nak 'membesar' jugakle sikit cik abang saya ni. Tak pun, dulu maybe ada spare tyre basikal, sekarang mungkin keretala. Lori tak kot..hehehe...so, abang kata, dia nak diet sikit. Masih berkira-kira, apa nak bagi abang makan..saya story pasal Cinch Shake..

Shake yang kaya protein untuk bina otot
Shake dengan 3 perisa:

Vanilla
Chocolate
Cafe Late

Shake yang mengenyangkan, sebagai ganti sarapan bagi yang berdiet

Cinch Shake termasuk dalam Slimming Programme Shaklee. Ataupun Inch Loss Program.

Diet yang baik adalah diet yang membakar dan menyingkir lemak berlebihan tapi mengekalkan malah membina otot...disinilah pentingnya Cinch Shake!!

Kebetulan waktu tu saya perlu beberapa uv nak cukupkan point, abang kata, orderlah Cinch Coklat untuk abang.

Maka bermula story abang dan Cinch Shake. Setiap pagi sebelum keluar bekerja, saya akan bancuhkan 2 scoop Cinch untuk abang dalam Shaker Shaklee kegemaran kami. Dah sejak berapa lama (sejak amal Cinch), cik abang dah tak risaukan sarapan...kekadang makan tengah hari pun abang tak ambil...kenyang katanya.

Abang kata, bagus betul Cinch ni. Saya pulak, yelah...spare tyre dah menyusut...tak boleh wat spare tyre dah...hehehe...abang pun nampak makin cergas...kalau dulu mungkin terlebih berat sikit, abang dok mengadu sakit lutut dan pergelangan kaki, sekarang tidak lagi!!

Yes!! Saya suka!! Shaklee memang banyak membantu kami sekeluarga dengan izin Allah.

Cinch Shake ada 3 perisa..pilih ikut kegemaran anda....semua pun sedap...

Anda mahu cuba?
PM saya ye..wakil Shaklee anda

Hp : 0187812078
Fb : Nurul Huda Ariza
Email : nurulhudaariza@gmail.com

Senyum

Wednesday, 16 July 2014

Cinch Shakes yang hebat! Kempis pewot!!

Assalamualaikum

Siapa pernah dengar Cinch Shake Shaklee? Dulu, saya pun tak tau. Sejak berShaklee ni, mestila ambik tau kan.

Cinch Shake Shaklee ni susu protein. Termasuk dalam Set Kurus, Set Slimming, Set Inch Loss...apa-apa set la yang seangkatan dengannya.

Disebabkan keperluan untuk kurus tu takde pada saya buat masa ni..(BMI pun underweight) hehehe...so saya pun suggest pada cik abang yang nak slim kan sikit badannya. Apa lagi pewot yang dah memboroi...anak 3 dah katakan. (Boleh ek macam tu?) Heheh...

Bermulalah kembara abang dengan Cinch. Setiap hari bancuh Cinch Shake 2 scoop dalam Shaker Shaklee yang saya beli untuk abang. Bagi semangat sikit! Dekat habis 1 canister, nampak dah penyusutan berat badan keseluruhan dan pengempisan di pewot abang. Hehehe..

Interview abang...katanya makan Cinch Shake ni tak rasa lapa sampai petang. Pastu badan rasa tetap segar. Jadi abang biasanya skip makan tengah hari sebab tak lapar. Balik rumah baru makan. Abang kata, berat badan turun ke ideal, lutut pun dah kurang sakit (abang main badminton sekali seminggu), ringan aje badan. Pakai tshirt pun tak nampak dah boyot di perut tu. Jangan mara...

Kenapa yang sibuk sangat nak kurus? Suami saya tak gemuk, tapi adala sikit terlebih berat. 1-2 kg je pun kot. Tapi pentingnya berat badan ideal ni.

Perlu berat badan ideal:

-kurangkan risiko darah tinggi
-kurangkan risiko sakit jantung
-kurangkan risiko tekanan perasaan
-kurangkan risiko sakit lutut

InsyaAllah. Sama-sama kami ni nak jaga kesihatan. Semakin faham dan semakin hargai nikmat kesihatan.

Anda nak cuba Cinch Shake Shaklee?

Ada 3 perisa

Vanilla
Cafe Late
Coklat

Pilih yang anda suka!!

PM saya
Nurul 0187812078
FB:Nurul Huda Ariza

Shaklee Independant Distributor

Tuesday, 15 July 2014

Kolesterol oh Kolesterol

Assalamualaikum
Terpanggil pulak saya untuk bercerita tentang kolesterol hari ini. Bukan pasal apa, kerana sekarang hampir setiap hari saya akan berjumpa pesakit baru yang dapat hypercholesterolemia (tinggi kolesterol). Dan yang paling muda budak lelaki berumur 9 tahun.
Sangat menakutkan!
Kenapa menakutkan? Tahukah anda risiko tinggi kolesterol? Kolesterol yang tinggi akan meningkatkan risiko darah tinggi, sakit jantung dan stroke. Apalagi jika anda mempunyai faktor risiko lain seperti obesiti, kencing manis dan merokok. Sangatla bahayanya.
Pengalaman saya diklinik, saya dapati ramai pesakit kurang pengetahuan tentang makanan apa yang mengandungi kolesterol yang tinggi. Terutamanya makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang berusia emas, teramatla hairannya bila diperiksa, kandungan kolesterol jahat (LDL) dalam darah mereka sangat tinggi sedangkan mereka tak berapa lalu nak makan.
Jom, kita cek 'checklist' di bawah. Walaupun banyak lagi makanan yang mengandungi kolesterol yang tinggi, yang di bawah adalah antara kegemaran rata-rata orang
-ikan bilis
-semua daging merah
-keju
-mentega dan semua yang dibuat dari mentega
-minyak
-santan
-makanan laut dan semua makanan bercengkerang
-kekacang
Ada yang terkejut? Macam makcik yang saya ceritakan tadi, tak lalu makan, hanya makan nasi bubur dengan ikan bilis sahaja....setiap hari! Patutla tinggi kolesterolnya.
Jadi, bagaimana nak turunkan kolesterol?
1)PEMAKANAN
Kurangkan ambil makanan-makanan tinggi kolesterol. Banyakkan sayur-sayuran kerana sayur-sayuran membantu meningkatkan kolesterol baik (LDL) yang membantu menyahkan kolesterol jahat (LDL) dalam darah. Selain itu, amat disarankan mengambil makanan yang kaya dengan Omega 3, kerana Omega 3 juga membantu meningkatkan HDL dalam darah. Senang cerita, ikut piramid makanan.
2)SENAMAN
Senaman yang sederhana dan berterusan (istiqomah) terbukti sangat membantu menurunkan paras kolesterol badan. Ini kerana sewaktu senaman, banyak HDL yang akan dihasilkan dan akan meng'hapus'kan LDL yang ada. Senaman juga sangat bagus untuk kesihatan jantung dan menurunkan berat badan. Pilihlah senaman yang sesuai dengan anda.
3)BERHENTI MEROKOK
Tabiat merokok ni sangatla buruk. Perokok tidak sedar, rokok mengakibatkan perubahan negatif pada struktur dalam dinding salur darah, dan memudahkan untuk terjadi 'clot' di dalam salur darah. Juga senang untuk memerangkap LDL untuk menempek didinding salur darah. Ini akan mengakibatkan penyempitan salur darah dan menyumbang kepada risko serangan jantung dan stroke. Jadi...BERHENTI MEROKOK!!
Berdasarkan apa yang dah saya lalui, rata-rata pesakit mahu berikhtiar selain ubat dahulu. Secara peribadi, saya sangat mencadangkan Shaklee kerana keberkesanannya, keselamatannya dan kehalalannya.
SHAKLEE DAN KAWALAN KOLESTEROL
1)ESP
2)Omega Guard
3)Phytocol-ST
ESP
ESP susu soya terbaik. NoGMO. ESP juga membekalkan tenaga berpanjangan. Beratus malah beribu kajian klinikal membuktikan keberkesaban ESP dalam mengawal paras kolesterol dalam darah. Bukan itu sahaja, ESP sangat bagus untuk kulit yang lebih berseri, menghilangkan kusam wajah, memberi tenaga kepada ibu mengandung dan menyusu. Bukan 1, tapi banyaknya kebaikan ESP
OMEGA GUARD
Omega Guard kaya dengan Omega 3 dari sumber minyak ikan terbaik. Dalam bentuk kapsul, Omega sangat mudah ditelan. Kanak-kanak pun suka.
Omega juga membantu meningkatkan imun badan, meningkatkan tahap penumpuan dan kecerdasan otak
Selain itu omega juga adalah agen pembakar yang baik untuk mereka yang bercita-cita menguruskan badan. 3 in 1. Baguskan?..
PHYTOCOL-ST
Ini produk terbaru Shaklee. Untuk hypercolesterolemia yang degil. Sila baca nota dibawah.
Kita ikhtiar untuk kesihatan. Amat dituntut agama untuk kita menjaga kesihatan.
Anda mahu cuba Shaklee? PM saya untuk pertanyaan lanjut
Nurul 0187812078
FB:Nurul Huda Ariza
Jom Shaklee
Senyum
*boleh juga klik link dibawah untuk buat tempahan direct dengan Shaklee. Senang bukan.:)

Saturday, 21 June 2014

Menyusu boleh kuruskan badan?

Regime semulajadi untuk kuruskan badan...menyusu. Senangkan. Secara teorinya menyusukan anak (breastfeeding) memang boleh menguruskan badan. Atau lebih praktikal kalau kita kata, mengembalikan berat badan optimum.

Bagaimana?

Tahukah ibu-ibu menyusukan anak, kita membakar sekurang-kurangnya 500 kalori sehari. Itu belum masuk dengan aktiviti harian yang kita lakukan. Hanya dengan menyusukan anak, ibu-ibu boleh kembali langsing seperti sebelum mengandung. Tetapi, kenapa ramai juga antara kita bagai dipam-pam setelah bersalin? Selera makan bertambah katanya. Sekejap-sekejap lapar, sekejap-sekejap rasa nak makan.

Rasa lapar yang kerap ibu menyusu kerana kalori yang dibakar semasa penyusuan. Rasa lapar yang kerap tidak menjadi syarat ibu-ibu untuk makan sesuka hati mengikut nafsu. Selera makan ni kan dari nafsu. Amalan pemakanan yag terbaik adalah dalam amaun yang kecil tapi kerap. Tapi kebanyakan kita cenderung menunggu keadaan terlalu lapar baru hendak makan, akibatnya, kita akan makan berlebihan.

Bakar 500kalori sehari sekurang-kurangnya dengan menyusu tapi kenapa masih tak slim? Sebab ibu-ibu makan melampau lebih dari 500 kalori sehari. Dari kurus dan langsing, ibu-ibu mula membina lemak-lemak ditempat-tempat strategik.

Saya akui lemak diperut antara bahagian yang sangat liat dan susah nak dibuang. Pengalaman saya dengan SHAKLEE, selepas melahirkan anak, berat badan saya kembali ke asal seperti sebelum mengandung dan perut menjadi kempis dengan 3 langkah mudah.

1)Jaga pemakanan
2)Senaman ringkas dan berterusan
3)Set slimming Shaklee (untuk kempiskan perut)

Alhamdulillah. Langsing seperti dulu. Baju sebelum mengandung masih lega dipakai dan tak ketat. Badan juga bertambah sihat dan segar.

Anda patut cuba SET SLIMMING SHAKLEE ni.

Best.

Pm saya
Nurul 0187812078

Saya Shaklee Independant Distributor anda

Facebook - Nurul Huda Ariza

Senyum

*p/s sila dapatkan konsultasi SID sebelum mengambil Set Slimming. Sesuaikan dengan keadaan anda. Ibu menyusu atau tidak menyusukan anak. Pm saya ye. :)