Friday 3 January 2014

Hikmah Sabar

Jika menghadapi sesuatu, maka bersabarlah kerana itulah yang sebaiknya pasti ada hikmah, pasti ada ibrah disitu.

Sekali, teringat bila tengah beratur.  Di mesin cash deposit, seperti biasa ada yang berkali2 cuba masukkan duit tapi mesin x terima, menyebabkan barisan jadi panjang dan lama. Orang depan saya dah mule gelisah, menyumpah itu ini. Tak taula apa yang disumpahnya, yang pasti, orang yang tengah melakukan transaksi pasti akan terasa. Bukan salah dia pun. Dan...tibalah giliran encik yang menyumpah tadi. Bukan setakat satu dua, semua duitnya mesin x terima. Maka berkali-kalilah dia mencuba, tak berjaya juga. Akhirnya dia pergi begitu sahaja. Saya pun dengan berdebarnya (takut nasib sama) masukkan duit. Alhamdulillah, sekali sahaja semua selesai. Sekali!! Tak rugi saya sabar, Allah dah janji DIA pasti tolong. Tq Allah.

Lagi satu kisah..:) waktu pagi sibuk menghantar anak ke nursery, ada makcik bijak parking belakang kereta, sgt susah nak undur kan kereta. Ke depan, ke belakang entah berapa kali. Ikut hati tersangatla marahnya tapi saya tahan dan tetap cuba memaniskn muka. Makcik bijak terus selamba. Mulut tidak berkata, cuba saya maniskan muka. Terasa nak menangis sebab terlalu marah tapi saya tekad dalam hati, sabar. Lewat kerja pun aturan Allah. Adala cara Allah nak tolong. Yes!! Perjalanan saya ke tempat kerja saaangat mudah. Semua 4 traffic light yang saya kene lalu hijau aje. Seolah-olah masa digerakkan sedikit perlahan dan sempatlah saya punch on time. Hebatkan Allah. Hebat dan besar hikmah bersabar ni.

Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan yang berpesan-pesan kepada kebearan, dan yang berpesan-pesan kepada kesabaran.

Sabar bukan saja dalam menghadapi kerenah manusia? Tetapi sabar dalam setiap perjalanan hidup kita. Sabar dalam beribadah, bersabar dalam mencari rezeki, sabar dalam berdakwah, sabar dalam bekerja, sabar menghadapi penyakit, sabar membawa kereta, sabar....dan sabar...

InsyaAllah. Jiwa akan lebih terdidik. Ketenangan akan tercapai.

Senyum

No comments:

Post a Comment