Thursday 19 May 2016

Log Out Kualiti Hospital, Log In Kualiti Bisnes

Assalamualaikum

Malam ni rasa susah sikit nak lelapkan mata. Mungkin kerana saya sangat teruja untuk hari esok dan seterusnya sampai Ahad.

Seminar Bisnes Shaklee. Anjuran pengasas Supermom Shaklee, Master Hadhatina yang menjemput Master otai, Master Norita dan Master Naquib.

Fuh!!! Teruja tau dapat jumpa orang-orang hebat ini. Teringat kali pertama berjumpa Master Norita di Kuala Lumpur, saya suka syarahannya. Penyampaiannya bersahaja dan yang paling istimewa, Allah adalah jawapan kepada setiap persoalan. Terbaik!!!

Rasa nak peluk Master Hadha bila berjumpa nanti. Saya pun nak jadi macam Master Hadha suami isteri. Hebat. Legasi bisnes mereka besar dan mantap dan yang paling saya suka, ukhuwwah yang terbina.

Saya di bawah seorang mentor yang hebat juga. Ummi, Siti Rozita dan sahabat-sahabat SMT yang selalu saya rindu. Pelik rasanya sebab kami baru beberapa kali bersua di dalam program, hanya banyak berbicara dalam group whatsapp tapi hati saya rasa begitu hampir dengan mereka. Kak Yusnita Md Deria, Kak Noraziah, Siti Khadijah. Rindu korang!!! Kita jumpa Sabtu ni ek InsyaAllah.

The Power of Ukhuwah.

Ya Allah..

Berkatilah musafir ini ke sana demi menuntut ilmu. Jadikanlah dengannya aku lebih maju dalam bisnes Shaklee ku, lebih bisa membantu orang lain, menjaga kesihatan sebelum datang penyakit, membantu orang yang lebih susah dengan keuntungan perniagaan dan juga menyebarkan ilmu.nutrisi dan kesihatan kepada orang lain.

Log In : Shaklee Independent Distributor

:)


No comments:

Post a Comment