Monday 16 May 2016

Suplemen Untuk Kesihatan Keseluruhan

Assalamualaikum

Bertemu lagi kita. Hari ke hari makin banyak yang saya ingin kongsikan dengan anda semua. Apa yang anda fikirkan setelah membaca tajuk entri saya ini? Pasti membayangkan tablet atau kapsul, atau mungkin air kesihatan, tonik ajaib dan sebagainya.

Betul juga...saya juga membayangkannya.

Sahabat...

Diri kita ini adalah amanah Allah untuk kita. Dan kita akan disoal tentang bagaimana kita menjaganya. Kemana kita membawanya. Apa yang kita lakukan dengannya. Maka, menjaga kesihatan itu wajib, menjaga jiwa itu wajib, menjaga nyawa itu wajib.

Hidup kita perlukan suplemen. Tanpa suplemen pasti tak lengkap. Kerana sekeliling kita penuh dengan anasir-anasir yang boleh merosakkan tubuh, merosakkan jiwa.

Suplemen Untuk Jiwa



Jangan dibiarkan jiwa kita kering dan kontang. Makanya kita akan rasa sunyi, kita akan rasa kosong, kita akan rasa hilang. Berikan ia makan, bajai ia. Apa suplemen jiwa? Perbanyakkanlah membaca dan mentadabbur Al Quran. Kerana disitu banyak pengajaran yang boleh kita ambil, kerana disitu banyak pelajaran yang boleh kita contohi. Lalu hati menjadi lunak, mudah menerima hidayah, mudah juga merasa bahagia.

Zikrullah yakni mengingati Allah. Suplemen ampuh untuk jiwa ini jangan sekali ditinggal. Ingatlah hanya dengan mengingatiKU, hati-hati akan menjadi tenang. Nah, Allah sudah berjanji. Apa yang mahu dizikirkan? Ketahuilah saudaraku, seberat-berat timbangan zikir adalah Lailahaillallah. Sentiasa beristighfar memohon ampunan Allah. Sentiasa berselawat ke atas Nabi Muhammad saw. Buat dulu, baru akan terasa kesannya. Tenang dan damai di dalam hati.


Suplemen Untuk Akal

Lihatlah disekelilingmu sahabat. Betapa indah dunia ciptaan Allah untuk kita syukuri. Kehebatan tingginya langit tiada bertiang, kejadian siang dan malam, tentang bagaimana burung berterbangan melata tanpa jatuh ke bumi, tentang rahsia lautan yang penuh misteri. Carilah sebab untuk kita lebih mencintaiNYA. "Tiadalah Aku jadikan sesuatu itu dengan sia-sia". Maka perhatikanlah, carilah ibrah di mana sahaja, walau apa sahaja.





Lihat juga sekelilingmu sahabat. Dunia ini kian nyanyuk. Peperangan disana sini. Ketidakselesaan orang lain buat kita syukur. Kesusahan orang lain buat kita rasa cukup. Kesengsaraan orang lain, buat kita insaf dan kembali.


Suplemen Untuk Tubuh

Perhatikan dunia kita sahabat. Udara sekarang tidak selembut dan sebersih dahulu. Makanan kita banyak yang dicemari. Lalu kita sendiri jadi bingung, mana harus kita pilih. Mana satu asli, mana satu tiruan. Toksin berkumpul dalam badan. Pelbagai penyakit yang tidak pernah dikaji para cendekiawan lama mula muncul. Maka disini fungsi suplemen. Mengganti nutrisi yang hilang, memulih sel yang rosak, memberi tenaga yang makin berkurang. Supaya kuat tubuh menghadapi pencemaran demi pencemaran, supaya kita tidak tua sebelum usia.

Dan untuk ini saya mencadangkan SHAKLEE. Kerana SHAKLEE mendapat kelulusan Halal dari American Islamic Society yang disahkan oleh JAKIM. Kerana SHAKLEE terhasil dari bahan asas tumbuh=tumbuhan organic, kerana SHAKLEE tiada pewarna dan perasa tiruan.




Jadi...

Peliharalah diri kita secara menyeluruh. Sihat akalnya, sihat jiwanya, sihat tubuhnya. InsyaALLAH. Kita akan menjadi insan yang produktif, Berjaya dunia akhirat.

Ingin saya mencelah sedikit...jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SHAKLEE dan kebaikannya, jangan ragu-ragu. Hubungi saya

Nurul 0187812078
Shaklee Independent Distributor

Senyum



No comments:

Post a Comment