Wednesday 8 June 2016

Ramadhan, Mendidik Anak-Anak Dengan Rasa Syukur

Assalamualaikum

Salam 4 Ramadhan 1437H

Sudah hari ke empat dizin Allah untuk kita menunaikan ibadat puasa ini. bermakna juga sudah 4 hari sepatutnya kita menunaikan solat tarawikh, dan juga yang pasti ramai yang telah Berjaya menghabiskan 3 juzuk sehingga semalam.

Apapun bila tiba Ramadhan, kita semua pasti berlumba-luma untuk menambah pahala, membuat ibadah extra kerana kita tahu dan sedar keberkatan di bulan puasa. DAn anehnya, dimasjid dan surau, Jemaah lebih dari biasa. Begitu teruja kita mengerjakan solat sunat tarawikh di masjid, tapi solat 5 waktu, masjid kelihatan sepi sekali. Tunggulah habis Ramadhan nanti.

Antara kisah gembira mengisi diari hidup seorang ibu dan ayah ialah melatih anak berpuasa. Kita pasti teruja untuk mendidik anak kita berpuasa, menahan diri dari lapar dan dahaga, bangun sahur seawal pagi.

Anak sulung saya tahun ini 9 tahun. sejak 7 tahun Faris Farhan sudah berpuasa penuh (darjah 1 tinggal 2 hari ibu consider penuh). Dan setiap tahun kita boleh tengok kematangan dia dalam menghadapi ibadah puasa. Walaupun masih ada uh ah di sana sini serba sedikit, tapi melepeknya tidak seteruk tahun-tahun yang lalu.

Tapi matlamat ibu yang utama bukanlah untuk faris Farhan wajib untuk berpuasa penuh di bulan Ramadhan. Matlamat ibu yang utama ialah untuk mendidik Faris Farhan dan anak-anak lain tentang hikmah berpuasa. Kenapa kita perlu berpuasa? Kenapa perlu besederhana dalam puasa? Kenapa perlu melewatkan sahur dan mengawalkan berbuka puasa? Berpahala lagi.

Ibadah puasa mendidik kita dengan rasa sabar. Sabar dengan nikmat makan, nikmat kenyang, nikmat kekuatan, nikmat serba serbi. Menahan lapar bermakna kit menahan kehendak manusia yang paling utama. Mendidik jiwa supaya menghayati kesusahan orang lain.

Niat..

Saya mengajak anak saya melihat kekuatan niat berpuasa itu sendiri. Sebelum kita memulakan puasa, kita perlu niat. Dan adakah kita terasa bezanya rasa apabila kita tidak makan kerana berpuasa dan tidak makan tanpa niat berpuasa? Beza, mesti berbeza. Dengan niat. kita menggerakkan seluruh tubuh kita untuk bersedia tanpa makan dan minum. Kita menyediakan tubuh badan kita untuk patuh dan tunduk atas seruanNYA ini. Hanya kerana niat, Farhan lebih bersedia untuk menahan lapar dahaga sehingga ke waktu berbuka puasa.

"Sahaja aku berpuasa esok hari kerana Allah taala."

Kerana Allah. Ya, kerana Allah.

Berbuka..

Ibu mendidik anak-anak dengan juadah berbuka yang penuh kesederhanaan. Tiada pemborosan dan berlebih-lebih dan semuanya air tangan ibu dan ayah. Sekali sekala baru ayah akan membeli hidangan sampingan di Bazaar Ramadhan (sekali atau dua kali sepanjang Ramadhan sahaja).

Dididik dari kecil dengan pemakanan yang bersederhana, anak-anak ibu juga tidak pandai meminta yang bukan-bukan. Ibu katakana pada mereka, untuk orang yang berpuasa, Allah bagi 2 kegembiraan. Kegembiraan semasa berbuka puasa dan kegembiraan semasa hari Raya.

Apabila hampir 13 jam kita berpuasa, tanpa makan minum...seteguk air kosong pun sudah besar nikmatnya dirasa. Sesenduk nasi dan ikan goreng juga dirasakan begitu sedap. Tapi ramai dari kita masih melayan nafsu, membeli pelbagai juadah di bulan Ramadhan dan akhirnya berlebihan.

Anak-anak..

Lihatlah anak-anak di bumi Syria, Palestin. Mereka juga seperti anak-anak ibu, berpuasa, cuba sedaya upaya menahan lapar dan dahaga. Tapi mereka tidak bersahur semewah anak-anak ibu, atau mungkin tidak bersahur kerana tiada sebarang makanan untuk dimakan. Mereka juga menunggu sabra waktu berbuka puasa yang belum tentu ada rezeki yang terhidang. Tapi berpada mereka dengan rumput, roti roti kering saki baki dan dikongsi ramai.

Jadi anak-anak ibu, cukuplah dengan juadah kita ini. Sederhana, cukup-cukup sahaja. Berbuka berlebihan juga menjadikan kit amalas dan letih untuk beribadah seterusnya.

Alhamdulillah...anak-anak ibu sudah dididk awal, supaya bersederhana dan menghargai dan menghormati rezeki. Ibu mahu anak-anak sentiasa berterima kasih dan bersyukur pada Allah yang bagi kita rezeki. Tengoklah pada orang yang jauh lebih susah pada kita, pasti tidak sanggup untuk kita mengeluh, dan berpada dengan apa yang ada.

Ramadhan..semog akali ini dapat kami lalui dengan sempurna.

Aamiin



No comments:

Post a Comment