Monday 21 September 2015

Sekilas Ikan Di Air, Doktor Tahu Jantan Betina : Jangan Merokok Adik

Sebagai doktor, saya dah terbiasa memandang orang sambil menelah.

Hari itu, hari saya perlu temuramah seorang adik 16 tahun. Premedication, persediaan sebelum pesakit jalani pembedahan. Waktu itu saya masih doktor bius.

Disisi adik ada ibu yang setia. Usai soalan, saya akhiri dengan soalan terakhir.

"Adik merokok?"

Laju dia menggeleng kepalanya.

"Adik kena cakap betul-betul dengan doktor. Ada beza ubat bius yang doktor nak bagi kalau adik merokok. Kalau tidak, kita hanya gunakan yang biasa kita guna. Saya cuma bimbang risiko semasa memberi bius nanti."

Sejak 10 minit dihadapannya tadi, saya yakin dia merokok. Bibirnya masih merah, tapi gusinya jelas kelihatan pucat dan bertompok hitam pudar bila dia tersenyum. Terserlah pada mata saya, mungkin tidak dimata ibunya. Hujung jarinya jugak kelihatan staining yang biasa kita lihat pada perokok, tidak merah atau pink dan bersih seperti biasa. X-ray dadanya juga jelas menunjukkan dia merokok. Jika bukan pun, mungkin perokok pasif.

Bimbang dengan risiko bius tadi, si adik buat pengakuan. Rupanya sejak dari Tingkatan 1, tanpa pengetahuan ayah ibu.

Maka menjeritla si ibu yang dari tadi mempertahankan anaknya.

"Hang tipu aku selama ni?! Hang habihkan duit aku beli rokok?!....dan kelihatannya tidak dapat diberhentikan.

Rasa bersalah pula saya, tapi maafkan saya adik, makcik, keselamatan nyawa adik keutamaan saya.

Ya...merokok meningkatkan risiko pembiusan dan memperlahankan proses pemulihan lepas pembedahan.

Janganla merokok ye

No comments:

Post a Comment