Friday 3 July 2015

Tips Memerah Susu Semasa Berpantang, Suatu Pengalaman Yang Menyeronokkan

Assalamualaikum




Sekadar Gambar Hiasan
Tempoh berpantang adalah tempoh yang memenatkan bagi saya. Mungkin juga bagi kebanyakan ibu-ibu. Selepas berhempas pulas semasa proses bersalin, kehilangan banyak darah dan tenaga, menyusukan anak pula, kita pasti akan merasa terlalu keletihan.

Ditambah pula dengan cara berpantang tradisional yang menghadkan pengambilan air, sayur-sayuran dan buah-buahan mengikut petua orang tua-tua, ibu-ibu selepas bersalin kelihatan sangat pucat dan tidak bermaya. Akibatnya, penghasilan susu badan juga tidak begitu memberangsangkan dan apalagi, ada juga yang dengan pantas melenyek pisang dan menyuapkan pada baby kita.

Pada pendapat saya, ini menjadi punca kenapa ramai ibu leka untuk mula buat stok susu. Biasanya bila hampir dengan waktu mula bekerja barulah ibu-ibu kelam kabut nak buat stok. Mulalah semasa bekerja nanti stok tak cukup dan kita menjadi semakin stress. Jangan stress. Jom kita buat persediaan awal supaya baby kita dapat susu yang secukupnya dari kita.

Ini cara saya. Walaupun mungkin berbeza dari ibu-ibu menyusu yang lain, aim kita tetap sama, nak buat banyak stok.

1) Mula Memerah Susu Seawal Mungkin

Susu awal ibu kaya dengan colostrum. Colostrum ini adalah susu pekat yang kaya dengan antibody. Kebiasaanya, bayi seawal usia beberapa hari hanya memerlukan sedikit sahaja susu badan setiap kali menyusu. Perut baby hanya sebesar buah ceri, jadi tidak hairanlah mengapa si kecil ini sangat kerap bangun dan minum susu. Biasanya baby kita tidak dapat mengosongkan sepenuhnya payudara kita kita menyusu. Adalah disarankan selepas baby menyusu, kita pula lakukan perahan susu untuk dijadikan stok.

2) Memerah Setiap 2 Jam

Biasanya kita akan rasa berebut dengan baby untuk memerah 2 jam sekali. Ada juga perasaan, "Nanti kalau perah sebelum baby menyusu, habisla susu, tak kenyang baby." Sebenarnya tidak menjadi masalah sama sekali jika memerah sebelum baby menyusu. Setelah kita mengosongkan payudara, otak akan dirangsang untuk menghasilkan lebih banyak susu, dan semasa menghisap susu, reflex let down akan dirangsang. Anda juga boleh memerah selepas baby menyusu seperti saranan di atas.

3) Simpan 2oz



Sekadar Gambar Hiasan

Sekadar Gambar Hiasan


Untuk peringkat awal, saya sangat sarankan ibu-ibu menyimpan susu dengan kadar 2oz setiap bekas. Bekas penyimpan terpulang pada ibu-ibu. Ada yang suka storage bottle, ada yang suka plastic, ada yang suka tupperware biasa. Bagi saya tiada masalah besar walaupun dari segi kimia susu ibu, dinding bekas biasa tidak sesuai sebab akan menyebabkan protein melekat dan tertinggal padanya ketika proses memanaskan susu (thaw). Bayi sewaktu berpantang masih terlalu kecil. Jarang sekali kita jumpa baby dalam pantang minum susu lebih dari 3oz

4) Minum Air Secukupnya

Tempoh berpantang adalah tempoh kita merawat diri. Merawat tenaga yang hilang, merawat air yang hilang sepanjang proses bersalin, melalui darah nifas dam juga penyusuan. Pengambilan air secukupnya memastikan badan ibu-ibu tidak terdehidrasi yang akan mengakibatkan kelesuan, keletihan dan mengganggu penghasilan susu ibu. Ia suatu mitos bilamana ada yang mengatakan bahawa banyak minum air akan menyebabkan kemaluan membengkak, berair dan busuk. Proses penyembuhan luka bersalin, hatta mana-mana luka pun amat memerlukan kepada jumlah air yang cukup dalam badan. Jadi, mesti minum air secukupnya.

Sekadar Gambar Hiasan


5) Sentiasa Meminta Pada Yang Memberi, Bertenang Dan Teruskan Usaha

Sebagai orang Islam, kita wajib yakin rezeki itu dari Allah. Memerah susu dengan kerap, minum air secukupnya, itu semua ikhtiar kita dan natijahnya milik Allah. Banyakkan berdoa pada Allah agar susu kita cukup untuk anak kita dan semoga Allah berikan kesihatan dan keazaman yang berterusan untuk menyusu baby kita.

6) Deep Freezer atau Freezer Biasa?

Ikut pengalaman saya, tiada bezanya. Cuma bila kita menggunakan Deep/Chest Freezer, tempoh penyimpanan susu boleh lebih lama. Bergantung kepada banyak mana stok kita. Jangan rasa tertekan jika anda tidak mampu membeli Deep Freezer. Saya sendiri tidak menggunakannya, hanya peti ais biasa sahaja, saya kosongkan bahagian freezernya. Alhamdulillah, berjaya juga.



7) Rehat Secukupnya

Aha...ini macam mustahilkan? Mana mungkin ibu yang menyusu bayi baru lahir cukup tidurnya? Terjaga malam pun 2 jam sekali untuk menyusukan anak. Siang pula sibuk memerah pula. Disebabkan fed-up dengan rasa badan yang lesu semasa mengandungkan anak ketiga dulu, saya mula mencari suplemen untuk badan saya. Alhamdulillah, saya amalkan Set Berpantang dan menyusu Shaklee. Sesungguhnya pengalaman berpantang dengan Set Berpantang Shaklee menjadikan ia suatu perjalanan penyusuan yang sangat menyeronokkan dan menyenangkan. Badan kita tidak lagi selesu dahulu. Kita menjadi bertenaga dan bersemangat.


Sedikit perkongsian dari saya. Harapnya dapat membantu. Jangan mudah rasa down tengok sharing seronok tentang breastfeeding. Percayalah, semua yang Berjaya pernah menangis stok tak cukup, perah susu tak banyak, baby tak nak minum susu yang diperah dan macam-macam lagi. Teruskan bersemangat dan bermohonlah padaNYA.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya

Nurul
0187812078

Breastfeeding Peer Counselor
Shaklee Independent Distributor

No comments:

Post a Comment