Thursday 2 July 2015

Kongsi Pengalaman Menyusu Anak, Saya Juga Pernah Menangis

Assalamualaikum

Saya suka. Sekarang ramai saya dapat tengok rata-rata ibu mengandung pasti menyimpan impian untuk menyusu anak secara exclusive selama yang mungkin.

Makin ramai ibu-ibu membuat persediaan semasa mengandung untuk pastikan kita berjaya menyusukan baby kita. Ada yang beli breastpump, ada yang belajar teknik marmet, beli storage bottle.

Seronok...

Teringat pula saya kali pertama, anak sulung saya. Dalam kekurangan ilmu, saya tetap bertekad untuk menyusu putera saya secara exclusive selama yang mungkin. Waktu itu, apa jua konsep dalam penyusuan ini saya belum betul-betul faham. Belum memiliki handphone android ketika itu, maklumat masih belum ada dihujung jari. Berbekalkan sikit ilmu semasa belajar perubatan dulu, saya sedaya upaya buat stok sebanyak mungkin ditempat kerja.

Tapi waktu itu keadaan tidak mengizinkan sangat. Bekerja sebagai doktor bius, tanpa houseman, bersendiri ketika oncall, kesibukan buat saya susah nak disiplin dengan waktu memerah. Adakalanya sampai basah baju saya sebab susu meleleh. Belum lagi bila membengkak, masyaAllah, hanya Allah yang tahu sakitnya.

Pernah juga ketikanya stok habis. Perah pagi, tengahari terpaksa bergegas ke nursery untuk hantar susu pada Faris Farhan, adakalanya terpaksa skip feeding time. Menangis saya. Stress. Bila stress, production susu pun merudum. Akhirnya dengan Faris Farhan, maafkan ibu sebab ibu hanya mampu menyusu Faris secara exclusive sampai 6 bulan sahaja.

Tapi, saya bangga dengan diri saya waktu itu. Saya kurang ilmu, tiada bimbingan sesiapa, tapi kerana keinginan yang tinggi saya gagahkan juga. Kejayaan bukan datang bergolekkan. Selepas Faris Farhan, saya berazam untuk menyusu anak secara eksklusif sehingga 2 tahun.

Maka bermulalah pencarian ilmu saya. Sehingga sekarang saya seorang Breastfeeding Peer Counselor, dari zero, saya mula mengajak orang lain juga untuk menyusu anak secara exclusive, saya bantu dengan kata-kata perangsang.

Siapa kata mudah? Memang tak mudah. Adakalanya kita memerah, setitis susu pun belum tentu keluar. Adakalanya badan terlalu letih sampai skip waktu memerah. Adakalanya rasa sangat down bila tengok susu orang lain jauh banyak pada kita. Sedihkan.. Tapi, dengan ilmu, InsyaAllah semua stress itu boleh kita atasi. Kita fahami ilmu penyusuan ini betul-betul, kita akan faham mengapa susu berbeza kepekatan, mengapa berbeza warna, banyak mana susu cukup untuk anak kita dan banyak lagi. Tak perlu membandingkan diri kita dengan orang lain kerana bond ini exclusive untuk kita dan ianya unik untuk setiap ibu dan anak.

Jadi, jom kita belajar dan terus belajar ye ibu-ibu. Jika saya yang dulu pun sangat blurr pasal penyusuan ni, dan sekarang 2 orang anak saya berjaya menyusu sehingga 2 tahun, Alhamdulillah, mengapa tidak anda? Kan? Pasti boleh. InsyaAllah

Belum lagi saya cerita macam mana Set Penyusuan Shaklee membantu saya. Sukanya pengalaman itu.

Ingin berkongsi maklumat? Hubungi saya

Nurul
0187812078

Breastfeeding Peer Counselor
Shaklee Independant Distributor

No comments:

Post a Comment