Tuesday 5 August 2014

Kalau aku kaya

Saya orang biasa-biasa. Saya tak pernah ada cita-cita yang menggunung tinggi. Tak pernah terfikir nak ada rumah besar dan mewah, duit berkoyan-koyan, kereta mewah, tak pernah. Saya orang biasa yang nakkan kehidupan yang biasa.

Tapi sejak akhir-akhir ni, pelbagai perkara yang buat saya rasa saya perlu jadi kaya. Kaya harta, bebas hutang, kaya juga dengan iman.

Bila mak bercerita tentang rumah yang dipenuhi anai-anai, hanya menunggu masa nak roboh, maka terfikirlah saya. Kalau saya kaya, sekarang jugak saya renovate rumah mak bapak tu. Tak perlu lagi mak dan bapak runsing-runsing.

Dunia sekarang menyaksikan penindasan pada umat Islam. Tak payah pandang jauh, di Malaysia sendiri, umat Islam bagai dijajah minda dan hartanya. Tercabar melihat aset-aset, tanah-tanah kebanyakan dah menjadi milik mereka. Kalau saya kaya, saya akan beli seberapa banyak tanah yang boleh dan saya akan wakafkan untuk yang memerlukan.

Saya mengenali rapat seorang ibu tunggal (suami meninggal) 4 anak ini. Saya sangat kagum dengan ketabahan dan kesungguhan beliau membesarkan anak. Tak perlu sedekah, tak perlu simpati. Disuarakan impiannya pada saya, untuk memiliki rumah sendiri. Ya Allah, kalau saya kaya, saya akan hadiahkan sebuah rumah untuk Kak Zara dan anak-anak.

Waktu ini, umat Islam di Syria dan Palestine dinafikan hak kemanusiaan mereka. Nyawa mereka umpama dihujung tanduk. Apalah daya mampu kita yang jauh, harap sedekah dan doa yang tidak pernah putus untuk mereka. Saya rasa agak terkilan kerana tak dapat menyumbang banyak untuk mereka. Kalau saya kaya, akan saya pastikan setiap bulan sekurang-kurangnya 2k saya akan salurkan untuk mereka.

Ya Allah, pentingnya untuk aku menjadi kaya kerana banyak peranan besar yang perlu aku laksana. Dan sesungguhnya orang Islam yang kaya itu lebih baik dari orang Islam yang miskin.

Aku mahu kaya, kaya harta, kaya iman.

InsyaAllah.

(Sekarang saya melangkah dalam dunia Shaklee. Andai ada keberkatannya disini, saya mohon pada Allah, bukalah peluang kekayaan seluas-luasnya untuk saya melalui Shaklee)

Amin, Ya Rabb...

No comments:

Post a Comment