Tuesday 5 August 2014

Impian yang belum terlaksana

Saya ada 1001 impian. Sekecil-kecil impian hinggalah ke impian yang besar-besar. Satu persatu impian saya catitkan sejak berShaklee. BerShaklee seolah-olah memberi harapan untuk melaksanakan impian-impian saya. BerShaklee juga mendorong saya untuk berani bermimpi.

Dalam banyak-banyak impian, satu yang paling lama dah saya impikan. Menunggu tika dan saatnya untuk menjayakannya. Entah sampai bila nak tunggu, saya sendiri pun tak pasti.

Menulis buku...

Impian yang dah sekian lama dan hampir berkubur. Saya suka menulis. Dari sekolah saya suka mengarang puisi. Dan banyak cerpen dan novel tak sudah milik saya. Pindah sana-sini, cerpen entah ke mana, novel apatah lagi.

Bila masuk universiti, saya mengarang banyak puisi. Saya simpannya sebagai koleksi peribadi saya. Ada sekali dua saya hantar untuk pertandingan peringkat universiti, walaupun tak mendapat hadiah utama, tetap rasa gembira kerana hasil tulisan saya dipamerkan.

Saya sudah mengarang 3 novel yang tak sudah. Semuanya hampir 100 mukasurat tetapi hilang begitu sahaja bila komputer saya di reformat. Saya pun lupa nak save dalam usb or cd. Semuanya kisah kehidupan, yang sarat dengan nasihat dan keinsafafan.

Terlalu ingin menulis buku...

Kerana saya nampak jalan dakwah disitu. Saya amat berharap, tulisan saya memberi impak besar pada pembaca. Memberi pahala yang berterusan kepada saya. Dan membantu saya muhasabah diri untuk jadi yang lebih baik, memdorong untuk saya lebih gigih mempraktikkan hobi membaca.

Orang kata saya ada bakat. Orang kata. Saya penuh dengan keraguan dan ketidakyakinan. Mampukah saya? Berjayakah saya? Haish....belum mula dah fikir merepek2.

InsyaAllah..

Satu hari nanti...satu hari nati

No comments:

Post a Comment