Wednesday 20 August 2014

Aku yang dulu bukannya yang sekarang. #TheShakleeEffect

Berapa bulan ya saya dah bersama Shaklee?

Wah...dikira-kira dah 10 bulan saya dah bersama Shaklee. Hanya tinggal lagi 14 bulan untuk saya kejar target Master Coordinator. Eh! Pantas!! Mestila!! InsyaAllah.

Shaklee merubah saya dari pelbagai segi. Tak disangka saya yang dahulunya tak pernah endah pasal suplemen (biasa-biasa pasal kesihatan) sekarang saya sangat tak boleh kalau tak makan suplemen. Sebab saya dah rasa, betapa perlunya badan kita pada suplemen. Betapa rupanya tak sihatnya badan saya sebelum ni. Alhamdulillah, bila mengambil suplemen, datang sendiri untuk menjaga kesihatan sepenuhnya. Pemakanan yang dikawal, senaman yang berterusan.

Shaklee juga menjadikan saya hamba yang lebih hampir pada Pencipta. Bukan kerana Shaklee itu sendiri, tapi kerana individu-individu hebat dalam keluarga Shaklee Jutawan, iReach, Supermom, SMT. Menyertai Shaklee umpama menyertai kem memperkasa diri dan iman. Bersama dengan mereka-mereka yang disayangiNya, menjemput rezeki bukan sekadar promosi. Menjemput rezeki bukan hanya menjual sana sini. Tapi ianya jauh lebih pada itu. Menjemput rezeki dengan mengorat Pemberi Rezeki, zikir tak henti, qiamullail di dinihari, Dhuha tak berselang seli, solat fardhu waktunya ditepati. Segala-galanya tentang rohani. Alhamdulillah, rezeki datang dari Allah, yang pasti pahala berganda dengan amalan-amalan yang bertambah. Perkara yang baik jika dibuat berterusan, jika tertinggal rugi dan rindu rasanya. Bukan sekadar menjemput rezeki. Alhamdulillah.

Kalau dulu...saya ni bukanla jenis manusia yang sistematik. Ikut sempat aje. Perancangan semua dalam otak. Kemudian mulala bersimpang siur. Sejak berShaklee, rasa teratur sikit. Filingnya..nota-notanya. Jadual waktu waktu dan perkara yang nak buatnya. Wah...hebat gitu! Hehehe...macam bukan saya. Tapi...demi untuk berjaya, saya paksakan diri juga.

Saya manusia simple. Saya takde cita-cita yang kononnya beyond my capability. Cukup dengan apa yang ada, janji bahagia. Bila berShaklee, impian bukan sekadar pencapaian peribadi. Saya mula menyimpan impian demi impian untuk yang tersayang, untuk bangsa, untuk agama dan negara saya. Sesiapa sahaja boleh menggapai bintang jika dia mahu. Dakwah bukan sahaja diruang lingkup tertutup, dakwah lebih daripada itu. Sekarang, impian saya terlalu tinggi tapi saya yakin, tiada yang mustahil dengan usaha yang gigih dan izin Allah.

TheShakleeEffect. Yes it affected me a lot. I become a new fresh person. A person with full of dream and visions. A person who always believe, there is always a will if u wish. And a better Muslim, perhaps. Closer to the Al Mighty.

Alhamdulillah..

TheShakleeEffect!
YouCantDenyIt!

No comments:

Post a Comment