Friday 22 January 2016

Mendidik Anak-Anak Dengan Kesederhanaan Dan Sentiasa Bersyukur

Tiada salahnya hidup 'susah'

Kegembiraan bagi anak-anak yang mula bersekolah dengan kelengkapan yang serba baru.
Mungkin ada yang bersedih kerana tidak semuanya baru, ada yang bersedih kerana tiada satu pun yang baru, ada yang bersedih kerana kelengkapan sekolah pun tidak mencukupi.

Didiklah anak-anak kita dengan kesederhanaan. Jangan di ajar membazir dari kecil lagi.

Anakku...

Yang masih padan dan muat, pakailah dulu
Pensel walaupun sudah pendek tetapi masih boleh diguna, gunalah dulu
Pemadam walaupun tinggal separuh, manfaatkan dulu
Beg itu masih kukuh menampung buku-bukumu, gunalah ia

Perhatikan mereka yang lebih susah. Mungkin masih padan, tetapi alangkah lusuhnya. Mungkin masih memiliki sebuah beg, sebelah tali pun sudah terkoyak. Lihat kasut mereka, koyak dan berlubang.

Syukurlah dengan apa yang kita ada anakku. Usahlah bermewah walaupun mungkin kita mampu. Keperluanmu mencukupi, kehendakmu perlu ibu tahan. Ibu mahu anak-anak belajar apa itu susah, ibu mahu anak-anak belajar menghargai setiap yang kita ada disaat orang lain tiada apa apa.

Yang singkat dan ketat ibu ganti. Yang tiada ibu adakan. Semua dengan izin Allah.
Jika Allah tak izin, seketul pemadam pun ibu tak mampu nak sediakan anak-anakku.
Jadilah insan yang bersyukur.
Bila rasa susah, lihatlah mereka yang lebih susah...masih tersenyum dan terus berusaha.

Apa salahnya hidup 'susah'...

No comments:

Post a Comment