Friday 22 January 2016

Bila Pemuda Cina Cakap Perak, Ajeye...

Assalamualaikum

Tadi seorang uncle Cina ditemani anak lelakinya lingkungan lewat 20an datang ke klinik.

Uncle ada masalah tulang belakang. Dirujuk dari hospital swasta untuk meneruskan rawatan di hospital kerajaan.

"Owh, mahu sambung ubat disini ye?"

"Ye doktor. Haritu bawak bapak pegi KPJ. Tak lalu nak membayornye, sekali jumpe ubat pun regenye 5 ratuih. Itu belum bayor consultation doktor lagi. Seratuih lebih lagi. Mane lalu.."

Saya pandang anak uncle sekali lagi. Ye. Lelaki Cina. Mata sepet. Kulit cerah. Memang Cina.

"Ater pekat benor cakap Peghak nye. Kalo saye pejam mata memang ingat orang Melayu." Layan. Suke.

"Ater doktor, teman oghang Peghak. Haghi-haghi makan tempoyok." (Tempoyok hokey, bukan tempoyak)

Geli hati. Cina sungguh sungguh rupanya tapi cakap mengalahkan teman.

"Uncle pun cakap pekat macam ni ka?"

"Wa biasa saja doktor. Boleh cakap Melayu sikit-sikit. Wa rasa ini budak dulu masa baby sudah silap tukar dengan baby Melayu."

Hahaha,,,terbaik puncline uncle.

Sekadar berkongsi..

‪#‎ilovemyjob‬
‪#‎sayadoktorbiasa‬

No comments:

Post a Comment