Friday 22 January 2016

Sweet Couple 2 : Kambing Bodoh

Assalamualaikum

Suka saya nak kongsi cerita hati ini.

Pesakit saya, masuk ditemani isterinya.

Uncle Gerbert (bukan nama sebenar) berumur 78 tahun, berketurunan Scottish. Pemakaiannya kemas dan rapi. Bahasa Melayunya fasih.

Isteri Uncle, wanita India yang cantik, berumur 83, masih jelas kejelitaan pada wajah auntie. Simple, bert-shirt dan berkain batik. Bukan biasa-biasa, untie bekas guru besar sekolah yang top disini, dan auntie masih aktif setiap aktiviti outdoor, terakhir Bigwalk Putrajaya. What!! 83 tahun?!!

"Uncle, you punya darah semua baik. Very good sugar control."

"Of course doctor. I bagi dia makan veggie saja. He has to follow what I eat." Auntie mencelah.

"Doktor, you tau kan kambing. Sekarang saya tinggal satu rumah dengan kambing. Makan rumput saja. Apa daging pun tak makan." Kata uncle dengan muka toya, sambil tangannya menunjuk pada isterinya.

"Idiot!!" Balas pulak auntie.

Comelnya.

Saya teruskan. Ambil tekanan darah, pun bagus. Sekali lagi saya memuji uncle.

"Itu orang la suruh saya jadi kambing juga. Semua tak boleh makan." Sebenarnya uncle memuji isteri yang pandai menjaga pemakanannya. Tak tahan dengan muka toya uncle. Bayangkan mat saleh, loyar buruk.

"Takpala uncle. Jadi.kambing pun baik. Tengok, semua keputusan darah baik."

Saya bertanya pada uncle, kenapa jauh-jauh cari orang Malaysia untuk kahwin?

"Saya mahu kawin dua la doktor. Sini boleh kawin dua."

"Kambing bodo!!" Kata auntie sambil gelak. Uncle pun ketawa. Saya dan misi pun ketawa.

Haih..tenang sikit hati. Seronoknya melihat kebahagiaan suami isteri ini. Berpuluh tahun dah membina rumahtangga, berbeza adat dan fahaman tapi sangat bahagia. Masih bergurau senda umpama zaman bercinta.

Itulah sebenarnya rumahtangga. Semakin.hari harus makin.sayang. Semakin hari, harus makin faham. Semakin hari, harus makin percaya.

Saya tak suruh anda bilang suami anda "idiot" tau...

‪#‎ibrahdimanamana‬
‪#‎ilovemyjob‬
‪#‎sayadoktorbiasa‬

No comments:

Post a Comment