Thursday 8 March 2018

I am worthless

Dalam hidup ini, adakala kita akan rasa kitalah manusia yang paling tidak berguna dan tidak bernilai. Hakikatnya itulah kita. Disisi Allah kita bukan siapa-siapa, apalgi disisi manusia. Mau diraih apa lagi jika disisi Pencipta kita si hina yang meminta-minta.

I am worthless. Nobody needs me. Nobody will shower their love to me. Lagi banyak kita mendamba kasih manusia, lagi kecewa kita akan jadi. Kerana ALLAH mahu ingatkan kita, cinta, kasih dan sayang itu harus dicurahkan sepenuhnya kepadaNya dahulu, KekasihNya selepas itu barulah kita sesama insan dan terakhir sekali adalah diri kita.

Cukup Allah bagi kita. Tidak apalah jika tiada yang menyayangi, tiada yang rindu, tiada yang ambil berat. Jika Yang Nombor 1 sudah rindu dan sayang. Kebahagiaan, rasa memiliki dan dimiliki akan hadir sendiri dengan limpahan kasih sayangNya. Janganlah menangis saat kau dipandang sepi oleh manusia banyak. Janganlah terguris hati saat kau tidak diambil peduli. Hiduplah dengan keyakinan disaat. tiada siapa yang mahu Allah pasti mahu. Disaat tiada siapa yang sayang Allah sentiasa sayang. Disaat tiada siapa yang sudi memandang, Allah tidak pernah berpaling.


No comments:

Post a Comment