Tuesday 31 December 2013

Tahun Baru

Assalamualaikum
Hari ini bermula tahun baru 2014
Masing-masing memasang azam baru itu dan ini.

Azamku tetap sama, ingin terus mencari mardhotillah.

Tercapai mardhotillah, tercapailah yang lain InsyaAllah.

Sedar tak sedar sudah lebih sebulan lembaran catatan baru telah kita buka, dan sudah lebih sebulanla segala amal baik dan jahat kita dicatat. Adakah timbangannya berat kepada kebaikan atau sebaliknya?

Sahabat2ku sayang,
Berazamlah kita sama2 untuk memperbaiki diri,
Memperbaiki diri menjadi yang lebih Allah cintai,
Bila dicintai kita tak perlu gusar lagi,
Kerana Sang Pencinta sentiasa ada disisi.

Sahabat2ku sayang,
Andai dulu tidak cukup solatmu 5 waktu sehari semalam, berazamlah untuk mencukupkannya walau kau terpaksa berpayahan kerana ianya kewajipan

Andai solatmu sudah lengkap 5 waktu sehari semalam, gandakanlah pahala ibadahmu dengan solat2 sunat kerana ia akan menampung kekurangan pada solat fardhumu

Andai dulu tak pernah sekali kau berdiri dimalam hari untuk mengadap Ilahi, cubalah untuk lakukannya kerana kau akan mengerti, betapa indahnya bersunyi2 denganNya di malam hari

Andai belum kau menutup auratmu sesempurnanya, berazamlah dan terus lakukannya kerana itu kewajipan dan kau pasti akan lebih dipandang mulia disisiNYA

Andai hari2mu selalu bermasam muka, senyumlah kerana senyum itu sedeqah dan bisa menjadi virus merebak ke serata dunia, semoga hari2mu lebih ceria

Andai dulu kurang sekali kau menjenguk kelas-kelas agama, lakukannya sekarang kerana ia adalah taman2 syurga dunia. Padanya terdapat seribu barokah dan kau akan lebih mengenalNYA

Marilah kita 'lompat' ke dalam 'sungai' perjuangan ini. Kerana jika kita pasti ada yang lain yang akan memikul tanggungjawab ini, maka jadilah kita mereka2 yang rugi, yang esok2 akan ditanya Allah, maka tergagap2lah kita menjawabnya. Nauzubillah.

Akhir kalam, ketahuilah sahabat..kunyatakan ini hanya semata kerana cinta. Bukan mahu mendabik dada, kerana akulah hamba sehina-hina, yang sentiasa mengharap petunjuk dariNYA

SELAMAT TAHUN BARU

No comments:

Post a Comment