Thursday 2 April 2015

Kenapa Air Perlu Untuk Tubuh Kita?

Assalamualaikum

Tahukah anda yang 60% daripada tubuh kita adalah air? Air sangat perlu bagi tubuh menjalankan fungsi organnya dengan sempurna. Kekurangan air mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan akibat dehidrasi.



Ramai dikalangan pesakit yang datang ke hospital dengan pelbagai masalah, bila ditanya, mengambil air yang kurang dalam sehari. Semua orang perlu tahu kenapa kita memerlukan air secukupnya untuk tubuh badan kita.

  1. Air membantu mengekalkan cecair badan untuk menjalankan pelbagai fungsi seperti penyerapan, penghadaman, peredaran darah, penghasilan air liur, mengekalkan suhu badan dan nutrient dalam tubuh. Tanpa air yang cukup, semua proses ini akan terganggu dan menyebabkan pelbagai penyakit.
  2. Air membantu dalam mengawal tahap kalori tubuh kita. Dengan pengambilan makanan yang mengandungi kandungan air yang tinggi, ia menjadi pengganti kepada makanan yang berkalori tinggi, memberikan rasa kenyang yang lama. Ini membantu anda untuk melangsingkan tubuh
  3. Air membantu memberi tenaga kepada otot. Garis panduan dari American College of Sport Medicine mencadangkan pengambilan sekurang-kurangnya 17oz air 2 jam sebelum melakukan senaman. Ini untuk mengelakkan otot menjadi letih akibat kehilangan air melalui peluh.
  4. Air juga membantu memberikan kompleksi baik pada kulit. Kekurangan air akan mengakibatkan kulit berkedut dan kerepot, kering dan kelihatan tidak sihat. Namun begitu, anda jangan salah sangka bahawa pengambilan air yang banyak membantu menegangkan kulit..TIDAK sama sekali.
  5. Air membantu buah pinggang menjalankan fungsinya dengan lancar. Air yang cukup melancarkan proses perkumuhan melalui buah pinggang dan air kencing. Dengan itu, toksid tidak berkumpul didalam badan. Jika anda mengambil air dengan kadar yang sedikit untuk jangka waktu yang panjang, anda berisiko tinggi untuk mendapat batu karang.
  6. Air juga sangat perlu bagi melancarkan proses penghadaman. Kekurangan air menyebabkan usus besar menyerap air dari najis untuk mengekalkan tenaga dan fungsinya dan ini akan menyebabkan sembelit. Najis menjadi keras dan sukar untuk membuang.

    Emm...sekarang memang kita dah nampak dan tahukan betapa pentingnya air? Tapi, masih ramai yang tertanya-tanya. Berapa banyak nak minum? Boleh ke minum banyak? Lain keadaan lain ke amaun air yang perlu diminum?
     

    Cadangan Institute of Medicine, lelaki memerlukan lebih kurang 13 gelas sehari (3 liter) manakala wanita pula memerlukan 9 gelas air sehari (2.2 litre)

    Walaubagaimanapun, jumlah pengambilan air juga perlu berubah mengikut keadaan dan situasi. Wanita mengandung, menyusukan anak memerlukan air yang lebih daripada biasa. Jika kita melakukan senaman kita juga perlu menambah bilangan air yang perlu diminunm. Di Malaysia, persekitaran kita yang sentiasa panas juga menyebabkan keperluan badan terhadap air bertambah kerana banyak yang telah hilang melalui peluh

    Institue of Medicine juga mencadangkan 2.3 liter air perlu diambil oleh wanita mengandung dan 3.1 liter air diperlukan oleh ibu menyusu untuk mengelakkan dehidrasi dan kerosakan organ dalaman.

    Jadi apa lagi...jom kita minum air secukupnya supaya sihat, bertenaga dan kelihatan lebih cantik..

No comments:

Post a Comment