Thursday 12 March 2015

Dilemma Seorang Doktor di Jabatan Pesakit Luar

Assalamualaikum

Tetiba terpanggil untuk membicarakan tentang ini. Mungkin untuk melahirkan rasa hati diatas banyak perkara yang berlaku di hospital dan klinik kerajaan khasnya. Rata-rata, sana-sini ada sahaja aduan dari pesakit. Yang paling menyedihkan, ramai juga yang suka menyebarkan keburukan dan sangkaan salah melalui media social. Facebook, whatsapp, Twitter dan sebagainya. Pernahkah anda bertanya?

Teringat saya kisah viral staffnurse yang tidak menyalin lampin pakai buang seorang pesakit di mana gambar mereka diviralkan. Dengan izin Allah, fitnah dikembalikan pada tuannya. Silapnya kerana menuduh melulu dan tidak mahu bertanya. Alhamdulillah, telah selesai kini.

Saya di Jabatan Pesakit Luar. Bermula jam 8 pagi pesakit sudah mula memenuhi klinik. Yang tua, yang muda, yang bayi, India, Melayu, Cina, Caucasian, Brazillian. Masing-masing datang dengan 1001 masalah yang berbeza. Ada orang datang dengan sakit batuk, demam, selsema. Ada orang yang datang dengan tekanan perasaan. Ada orang yang semua anaknya tidak sihat. Ada yang datang dengan symptom yang direka-reka untuk mendapat sijil cuti sakit (MC). Ada orang merana sakit kepala bertahun-tahun. Ada juga dengan masalah alat sulit, masalah tidak lawas kencing, buang air besar dan macam-macam lagi.

Sekadar Gambar Hiasan


Melihat pesakit pada saya bukan hanya sekadar tanya dan tulis, kemudian pesakit boleh balik dengan pesanan, jika tidak baik, datang lagi. I always cracked my head with patients problems.Saya tidak sampai hati membiarkan pesakit yang datang dengan harapan yang tinggi untuk pulih begitu sahaja. Hanya dengan sekali lagi memberi ubat yang sama, sejak bertahun-tahun tetapi masalah kesihatan tetap tidak bertambah baik. Saya tidak suka memikirkan kesusahan pesakit yang kebanyakannya bukan dari mereka yang senang, perlu datang berulang-ulang hanya  kerana masalah sama yang tidak pernah diselesaikan. Adakalanya, saya mengambil masa hampir 1 jam dengan seorang pesakit yang bertanya begitu banyak soalan tentang masalah kesihatannya. Adakah saya perlu katakan tidak? Adakah patut jika saya meminta supaya dia tidak bertanya banyak kerana masih ramai yang menunggu diluar sana? Maafkan saya, saya tidak upaya. Tugas saya bukan sahaja memberi ubat, farmasi pun boleh jika begitu. Tetapi tugas saya memberi kefahaman tentang pesakit tentang apa yang mereka alami, memberi keyakinan pada mereka tentang keadaan yang akan pulih dengan izin Allah, memberi ruang dan peluang pesakit mendapat rawatan pakar, jika perlu.


Sekadar Gambar Hiasan
Tak kurang juga ramai anak-anak yang membawa ibu ayah yang lanjut usia berjumpa doktor. Ada yang mengambil peluang ini untuk bertanya sebanyak mungkin soalan untuk memahami keadaan kesihatan ibu ayah mereka. Sedaya mungkin saya akan cuba menjawab setiap persoalan kerana saya memahami, saya juga seorang anak. Bukan itu sahaja, saya mengagumi sikap anak-anak yang sebegini di mana disaat dunia kita sekarang yang semakin ramai anak-anak meminggirkan ibu dan ayah tetapi masih ada anak-anak yang sangat prihatin keadaan ibu ayah mereka. Tahniah.



Adakalanya, kami juga berhadapan dengan pesakit psikiatri yang datang tanpa tujuan (pandai pula daftar dan ambil nombor) duduk tidak mahu berganjak dihadapan kami, juga tidak mahu membuka mulut. Pun tetap saya cuba layan sebaiknya kerana mereka juga manusia, mungkin betul kali ini mereka memerlukan ubat. Tetapi sukar nak membayangkan pada anda, bercakap dengan orang yang mahu berjumpa kita doktor tetapi tidak mahu berbicara. Bila disuruh balik, berkeras tidak mahu balik.

Tetapi semenjak dua menjak ini tekanan semakin bertambah. Pesakit semakin demand dan kurang sabar. Adakalanya yang menemani (yang tidak sakit) yang berlebihan. Anda datang lewat tetapi anda mahu dilayan segera. Anda datang dengan sakit biasa-biasa tapi anda marah kami melayan lama pesakit yang perlu perhatian lebih. Anda datang dengan sakit yang perlu siasatan lanjut tapi anda memaki hamun kami kerana terpaksa menunggu lama di tempat x-ray, ambil darah, dan makmal darah. Anda menyoal kami bertubi-tubi seolah-olah kami duduk membungkam dikerusi kami. Semuanya mahu segera, semua mahu cepat. Maafkan saya, saya tak mampu. Kerana saya merawat manusia, bukan robot yang hanya sekadar boleh diganti bateri atau recharge semula. Ada masa saya tidak mampu hanya lihat pesakit, menulis ubat dan membiarkan pesakit berlalu. Tidak. I wont let them go until I see their smile of satisfaction. Biar berpuas hati datang berjumpa saya, biar terungkai sedikit keserabutan dengan sakit yang lama ditanggung. Saya suka begitu.

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan


Bukan semua pesakit bersikap dengan sikap tak berterima kasih begini. Tapi hanya segelintir. Segelintir inilah yang menambahkan tekanan besar kepada kami. Walaupun agak sukar, setiap hari dilemma inilah yang sentiasa saya lalui. Saya mahu pesakit didalam bilik dihadapan saya berpuas hati, tetapi saya juga mahu pesakit yang masih menunggu diluar sana memahami. Kerana anda juga akan mendapat perhatian yang sama dari saya, cuma gilrian anda belum tiba. Cubalah memahami, yang dirawat ini manusia. Adakalanya masalah tidak semudah hanya dengan memberi ubat, ia lebih dari itu. Adakalanya saya perlu mengorek jauh cerita pesakit untuk mencari punca masalah mereka. Dan ini semua memakan masa. Dan saya minta maaf, rata-rata pesakit yang berjumpa saya pasti akan bercerita mengenai masalah kerja dan rumahtangga mereka pada saya. Perlukah saya katakan tidak, kerana mungkin saya satu-satunya tempat mereka meluahkan perasaan, dan sakit yang mereka alami sangat berkaitan dengan tekanan yang mereka hadapi. Ini juga satu jenis perawatan. Dengan hanya mendengar, mereka akhirnya tersenyum dihujung perjumpaan. Ini tugas saya dan saya tidak dapat mengelat, saya tidak mampu menolak dan menepisnya. Saya mohon kesabaran anda, toleransi anda, pemahaman anda.



Kita kembali kepada ajaran  agama. Sabar, toleransi, memaafkan. Walaupun adakalanya benar, anda mendapat layanan yang tidak sepatutnya dari doktor, jururawat yang tidak mengamalkan prinsip kerja dan tanggungjawab dengan baik, saya mohon maaf bagi pihak mereka dan betul, mereka perlu ditegur, tapi janganlah kerana seekor nyamuk, kelambu dibakar. Mereka yang sebegini bukan mencerminkan kami secara keseluruhan. Anda tentu sangat memahami tetapi adalakanya bila marah menguasai, sabar dah tak teriman lagi, habis semua terkena tempiasnya.

Ya Allah...

Setiap hari Kau Maha Mengetahui bahawa aku sentiasa memohon kemudahan dalam menunaikan tanggungjawab besar ini, kemudahan dalam membantu pesakit yang memerlukan bantuan, kemudahan dalam menghadapi mereka yang menyedihkan hatiku, kemudahan dalam menangani setiap pancaroba hidup.

Aamiin.

3 comments:

  1. Saya kenal Dr nurul seorang yang tabah dan baik hati. semoga kekal berkhidmat untuk masyarakat dan berjaya dunia akhirat. Aamiin.

    ReplyDelete
  2. Saya kenal Dr nurul seorang yang tabah dan baik hati. semoga kekal berkhidmat untuk masyarakat dan berjaya dunia akhirat. Aamiin.

    ReplyDelete