Friday 7 November 2014

10 Sebab Baik untuk Kurangkan Berat Badan Berlebihan



Berat badan berlebihan dan obesiti semakin meningkat dinegara kita. Obesiti bukan sahaja membebankan individu dengan keuzuran tetapi juga menyebabkan peningkatan kewangan kepada ekonomi bagi merawat penyakit dan komplikasi termasuk ketidakhadiran dari kerja dan kematian awal.
 
Ramai dikalangan kita sedar bahawa kita memiliki berat badan berlebihan atau obese, dengan 'spare tyre' lori di abdomen, tetapi kita kurang tindakan untuk mengurangkannya. Secara perubatan, seseorang dianggap berlebihan berat badan jika BMI 23-24kg/m2 dan obese jika BMI 25kg/m2 atau lebih. Kajian menunjukkan rata-rata orang Asia mempunyai obesiti abdomen dan sangat berkaitan dengan risiko komplikasi obesiti seperti penyakit jantung dan kencing manis.
 
Apa yang membimbangkan, berat badan berlebihan dan obese sudah menjadi pemandangan biasa dikalangan kita dan tanpa sedar tahap penyakit jantung dan kencing manis dinegara kita berada pada tahap yang membimbangkan dan obesiti menjadi salah satu faktor risiko terpenting.
 
Jom...disini saya ingin kemukakan 10 sebab kenapa kita perlu kurangkan berat badan berlebihan:


 
1)DIABETES (KENCING MANIS)
Kajian menunjukkan bahawa peningkatan kadar diabetes selari dengan obesiti dan 80% daripada pengidap diabetes jenis 2 (Type 2 Diabetes) mempunyaki berat badan berlebihan dan obese.
Pengeluaran berlebihan asid lemak (berat badan lebih dan obese) menganggu tindakan insulin untuk mengangkut gula masuk dalam sel dan akan menyebabkan gula mula berkumpul dalam darah (hyperglisemia) yang merupakan petanda utama diabetes.
Diabetes dikaitkan dengan pelbagai komplikasi. Cegah sebelum parah. Jika anda pengidap diabetes, penurunan berat badan sangat membantu meningkatkan sensitiviti badan terhadap insulin dan meningkatkan fungsi insulin mengangkut gula ke dalam sel badan.
 
2)PENYAKIT KARDIOVASKULAR
Orang yang mempunyai berat badan berlebihan atau obese adalah 2-3 kali lebih berisiko untuk mendapat penyakit kardiovascular seperti serangan jantung dan strok.
Ini kerana peningkatan pengedaran asid lemak akan meningkatkan tahap lipid jahat (LDL) dan trigliserid (TG) dan mengurangkan lipid baik (HDL) dalam badan. Ini menyebabkan pemendapan kolesterol disinding salur darah dan akan menyekat aliran darah ke organ penting.
Penurunan berat badan akan meningkatkan HDL dalam daran dan menurunkan LDL dan TG.
 
3)OBSTRUCTIVE SLEEP APNEA
Menjadi obese memberi tekanan kepada paru-paru, menjejaskan kandungan paru-paru, pernafasan dan pengudaraan dan menyebabkab masalah asthma dan penyakit paru-paru yang lain.
Dianggarkan pada lelaki gemuk, kenaikan 1kg berat badan menghilangkan lebih daripada 20ml isipadu paru-paru dan 1/3 individu obese berisiko mendapat asthma.
Kajian juga menunjukkan ubat-ubatan untuk mengawal semput adalah 40% kurang berkesan bagi penyakit yang berlebihan berat badan berbanding dengan mereka yang mempunyai berat badan normal.
Tetapi komplikasi paru-paru yang paling serius yang dikaitkan dengan obesiti ialah 'Obstructive sleep apnea' (berhenti nafas sekejap-sekejap semasa tidur). Ini berlaku kerana ketulan lemak yang berlebihan pada leher dan salur pernafasan menjadikan kesukaran untuk struktur pernafasan terbuka sewaktu berbaring. Ini mengakibatkan gangguan tidur yang kerap dan mengantuk disiang hari. Ia juga meningkatkan risiko strok dan serangan jantung
Dengan penurunan berat badan berlebihan, masalah ini boleh diatasi
 
4)OSTEOARTHRITIS
Berat badan berlebihan dan obesiti menyebabkan tekanan pada sendi-sendi yang mendokong berat badan seperti kaki, lutut, pinggul dan bawah belakang. Ia menyebabkan sendi menipis dan menjadi sakit.
Dianggarkan 20% daripada individu dengan berat badan berlebihan atau obese mempunyai masalah sendi.
Banyak kajian menunjukkan pengurangan berat badan mengurangkan sakit arthritis.
 
5)KEMURUNGAN (DEPRESSION)
Obesiti terutama dikalangan wanita dikaitkan dengan kemurungan. Peningkatan risiko pada BMI 30kg/m2 dan meningkat dengan peningkatan obesiti. Obesiti juga meningkatkan risiko ketidaktentuan emosi.
1 kajian di Sweden menunjukkan bahawa risiko dementia adalah hampir 2 kali ganda dikalangan mereka yang mempunyai berat badan berlebihan berbanding normal.
Pengurangan berat badan berlebihan boleh mengurangkan kemurungan.
 
6)KANSER
Mempunyai berat badan berlebihan meningkatkan risiko sesetengah jenis kanser. Dikalangan wanita, jenis kanser yang biasa dikaitkan ialah kanser rahim, pangkal rahim, buah pinggang, payudara dan bagi lelaki gemuk lebih cenderung kepada kanser hati, pankreas, pundi hempedu, perut dan kolon.
Wanita yang tersedia obese atau meningkat berat badan selepas rawatan kanser payudara mempunyai prognosis yang lebih teruk. Walaupun selepas putus haid, ketumbuhan yang sensitif kepada hormon masih dipengaruhi oleh estrogen yang dihasilkan oleh sel-sel lemak.
 
7)KOMPLIKASI KEHAMILAN
Jika anda obese, anda lebih cenderung untuk mempunyai gangguan haid. 30-50% daripada wanita yang mempunyai berat badan berlebihan dan obese mempunyai haid yang tidak teratur.
Obesiti meningkatkan komplikasi kehamilan. Risiko termasuk diabetes semasa hamil, darah tinggi dan pre eklampsia. Wanita hamil yang obese juga mempunyai risiko tinggi bersalin secara cesarean, pendarahan selepas bersalin, dan jangkitan.
Risiko keguguran, kecacatan kongenital dan kelahiran pramatang dengan risiko kematian juga meningkat dikalangan ibu hamil yang obese.
 
Jadi, anda tahu apa yang perlu anda lakukan.
 
8)KEMALANGAN DAN RISIKO PEMBEDAHAN
Orang gemuk mempunyai risiko yang tinggi untuk terjatuh dan tercedera disebabkan terjejas postur dan keseimbangan. Mereka juga mempunyai risiko tinggi terhadap kecederaan rangka otot dan tekanan haba ditempat kerja.
Pemerhatian yang membimbangkan apabila risiko kemalangan kereta meningkat apabila anda obese.
Pembedahan ke atas pesakit obese adalah lebih sukar. Penyembuhan luka juga lebih perlahan dan risiko pembedahan juga lebih tinggi.
 
9)IMEJ DIRI
Kurang stamina dan penampilan fizikal tidak menarik membawa kepada perasaan rendah diri dan kurang keyakinan diri.
Orang gemuk juga boleh bermasalah lemah mengawal pundi kencing atau prolaps berasaskan wanita gemuk cenderung 2 kali ganda untuk mempunyai gangguan lantai pelvik.
 
10)KEHIDUPAN SIHAT, BERPANJANGAN
Hidup dengan berat badan ideal mengurangkan atau hampir menyifarkan banyak risiko penyakit. Anda bukan sahaja menjadi individu yang lebih sihat, tetapi juga yang lebih berkeyakinan diri dan bahagia.
 
Jadi, jangan tunggu lagi untuk hidup lebih bahagia, sihat dan sejahtera. Mahu formula untuk menurunkan berat badan berlebihan dan menguruskan obesiti, saya ada caranya.

 
 
PM saya

Dr Nurul
SID 1067080
0187812078
FB : Nurul Huda Ariza
Seri Manjung, Perak, Malaysia

No comments:

Post a Comment