Monday, 29 June 2015

Ladang Pahala, Penuh Mehnah dan Ranjau Berduri

First few days of June 2015

First few days of school break

Everybody is on leave. Family events here and there. However, more and more patients come to hospital. From Johor, from Terengganu and many other parts of the world.

Non stop 8 hours cracking head for this few days. With limit number of doctors but huge number of patients.

Everybody is tired. But still, we try to give the best service to our patients.

Alhamdulillah. Non of them complaint. Some of them offer foods and drinks.

And today, 1 pakcik asked me.

"Doktor, ramai patient ye beberapa hari ni? Tengok doktor macam kurang rehat. Bawah mata pun dah hitam. Stress kerja ye."

Yes pakcik. I am tired. All of us do. Some more, taking care of other people while my own little princess is having fever, no sleep at night, so sad while checking others child, as ours are at nursery, taking care by others.

"Kesian kat doktor. Nampak sangat penatnya. Anak tak sihat di rumah pun kene periksa pesakit."

Feel like crying! Bergenang air mata.

Thank you for your understanding pakcik. Your thought is enough. More than everything.

And...pakcik bagi nasihat yang paling berguna untuk saya hari ini...kembali untuk kita semua muhasabah diri.

"Doktor, kalau hidup kita selalu stress, jom kita cek solat kita. Mesti tunai solat diawal waktu. Jangan berlengah sahut seruan Allah. INSYAALLAH."

Allahuakbar...

Saya mengaku..adakalanya kekangan kerja buat kita sedikit tertangguh waktu solat.
Astaghfirullah

Terima kasih Allah atas teguran ini. Kau hadirkan pakcik yang cukup memberi keinsafan dan ketenngan dalam hati ini.

Saya bantu pesakit dengan ilmu perubatan, tapi, pesakit banyak bantu saya dengan ilmu kehidupan

Alhamdulillah

Lelaki Bangla Juga Manusia, Malah Mungkin Lebih Mulia Dari Kita

Lelaki Bangladesh itu melangkah masuk ke bilik saya.

Assalamualaikum.

Sejuk hati mendengar sebab jarang dapat didengari jika orang kita yang masuk.

Tidak sihat. Dahulu pernah diberitahu oleh doktor di Bangladesh, dia ada kencing manis tapi hanya perlu dikawal dengan pemakanan. Setahun di Malaysia, hari ini dia mahu periksa kencing manisnya.

Gula agak tinggi, perlu ujian untuk pengesahan. Jika saya arahkan darah biasa, jumlah wang yang perlu dia bayar hampir RM200. Jumlah itu dah tentu sangat besar untuk pekerja kontrak sepertinya. Saya hadkan, sekurang-kurangnya dapat pengesahan penyakit kencing manisnya, RM43.

Sayu tengok dia mengira duit didalam poket jubah lusuhnya.

Boleh, katanya.

Maaf, ubat kami tak dapat bekalkan banyak. Perlu beli diluar. Sudah lama kerajaan Malaysia tanggung ubatan warga asing. Jika encik sah ada kencing manis, encik kena beli diluar.

Bukan mudah untuk saya menerangkan padanya. Kasihan, simpati. Si Bangladesh saban hari bermandi peluh dibawah terik mentari untuk membina bangunan kemegahan kita tetapi anak anak muda kita saban hari makin ramai yang merosakkan diri dengan perkara haram dan sia-sia.

Saya bimbang, bimbang penyakit akan memakan dirinya. Bagaimana mahu membelanjakan duitnya? Makan? Anak isteri yang jauh dikampung? Tempat tinggal?

Tapi, maafkan kami kerana kami tidak mampu. Sudah tiba masanya majikan perlu membawa pekerja ke klinik-klinik panel, biayai kos pengubatan peenyakit kronik mereka, kerana mereka pekerja yang setia.

Dan bagi kami disini, makin ramai dan ramai warga kami yang perlukan subsidi ini. Tahap.kesihatan warga kami juga makin merosot, beban kos pengubatan yang ditanggung juga makin tinggi.

Haih...

Ditelan mati bapak, diluah mati mak...

Dilemma Ibu Bersalin, Serba Salah Doktor Lelaki

Kesian doktor laki.

Bukan pasal hak untuk melihat kawasan sulit anda dia masuk menyelak and sesuka hati.

Masalah sistem yang buat dia terpaksa dan mesti buat begitu

Masalah doktor perempuan yang tak berapa nak cukup pada waktu itu

Masalah rasa tanggungjawab terhadap 2 nyawa yang bertarung

Jika.saya...jika saya berada disitu...dan jika saya mampu..

Saya akan cuba menyambut semua kelahiran ibu-ibu..

Takkan saya izinkan ibu-ibu dilihat apa lagi disentuh oleh doktor lelaki yang terpaksa itu

Akan saya cuba pastikan aurat ibu-ibu dijaga dan dipelihara

Kerana, saya juga ibu yang melahirkan. Saya juga muslimah yang ingin aurat saya terjaga dan terpelihara, saya juga manusia biasa yang penuh rasa malu dan saya sangat mengerti apa yang ibu ibu rasa

Tapi...

Siapa saya sekecil kecil manusia didalam sistem ini. Setakat termampu saya membntu didalam keterbatasan.

Ibu-ibu

Suara anda, suara kita pasti didengari,

InsyaAllah

Cuma.jangan salahkan doktor-doktor lelaki.yang terpaksa itu

Dan..wahai doktor doktor dan nurse nurse yang bergelar wanita, selagi boleh, jom.kita cuba memelihara aurat, rasa malu dan maruah pesakit kita.

Walaupun kita tak.mampu mengubah semuanya, tapi saya pasti kita boleh membantu.sedikit sebanyak.

InsyaAllah

Muhasabah Diri

Siapa yang rasa diri sempurna?

Jangan...

Kalau kita pandai masak lauk pauk, tapi kita mungkin tak pandai masak.kuih muih

Kalu.kita pandai mengaji, tapi kita mungkin sumbang bila menyanyi

Kalau kita banyak ilmu agama, tapi kita mungkin kurang amalkannya

Kalau kita baik dengan orang lain, tapi kita mungkin kurang baik dengan ahli keluarga

Kalau kita suka bersedekah, tapi kita mungkin tak suka dengar pengajian ilmu agama

Kalau kita hebat ilmu perubatan, tapi kita mungkin tak tahu menahu langsung ilmu kewangan

Kita takkan pernah sempurna. Allah menciptakan kita untuk saling melengkapi dan memerlukan antara satu sama lain.

Bahaya penyakit hati orang baik baik bila kita rasa ilmu kita banyak, kita mula memandang rendah, melayan.hina dlm.tak sedar pada orang lain.

Tolong...

Sebelum menuding kekurangan orang, hisab kekhilafan diri dulu

Semoga Allah sentiasa bersama kita

Wahai Ibu Ayah, Peliharalah Anakmu

Adakalanya, rasa macam tekanan perasaan bila bekerja direct dengan masyarakat.

Sedih...

Ramai gadis belasan tahun datang dengan pelbagai masalah dan sesudah disiasat, mereka disahkan mengandung.

Lagi sedih...

Selepas disahkan mengandung hampir separuh daripada mereka tidak menunjukkan sesalan, yang menyesal ibu dan ayah atau penjaga yang membawa.

Lebih lebih sedih...

Ramai diantara anak anak ini dikatakan 'anak yang baik' oleh ibu ayah, dan dengan penuh percaya membiarkan anak keluar tak kira masa dan arah.

Bedah siasat saya...

Institusi keluarga asas kita sekarang hampir pincang. Agama bukan lagi perkara nombor satu yang ditekankan. Menjadi kebahagiaan ibu bapa anak anak yang berjaya dalam pendidikan, walaupun jiwanya.langsung mati tanpa agama. Mereka ini.juga datang dari keluarga yang ibu ayah sendiri culas solatnya. Namun, ada juga yang datang dari 'keluarga baik-baik', tapi disiplin terlalu keras dari kecil.

Dalam satu buku pendidikan anak anak, ditulis oleh Pakar Psikologi kanak-kanak ada menyebut tentang kecenderungan remaja perempuan kepada lelaki bergantung antara faktornya ialah keakraban remaja.itu dengan.ayahnya.

Kajian mendapati bahawa, remaja perempuan yang terjerumus dengan masalah sosial, mengandung anak luar nikah dan pelbagai lagi masalah, kebanyakannya tidak mendapat perhatian dan kasih sayang ayah yang secukupnya dari kecil. Walaupun seorang ayah itu mungkin sayang pada anak perempuannya, tapi kasih sayang itu tidak.ditonjolkan, tidak dirasai oleh si anak. Ini mengakibatkan kejutan budaya bila seorang lelaki lain menunjukkan kasih dan sayangnya dan mengakibatkan anak.anak ini terjerumus.

Apapun, ini bukan satu satu sahaja punca terjadi masalah ini. Saya masih percaya institusi keluarga yang mengamalkan agama dengan baik, khususnya Islam yang diamal dengan betul, tidak.terlalu rigid, tidak terlalu dimudahkan akan menghasilkan anak anak.yang InsyaAllah terpelihara.
Itu sekarang...

Apalagi yang akan jadi dengan dunia anak anak.kecil kita yang sedang membesar ini.

Ya Allah...

Bantulah kami. Lindungilah kami dari segala bencana dan malapetaka. Lindungi keturunan kami. Kurniakan keturunan kami dari keturunan yang mendirikan solat.

Aamiin

Sunday, 28 June 2015

Realiti Kencing Manis di Bulan Ramadhan

Akak berumur lewat 40an dihadapan saya itu.tersenyum sumbing.

Senyum Sumbing kerana tahap gulanya belasan angka
Senyum Sumbing kerana tak yakin dapat kawal gulanya dibulan puasa ini
Senyum Sumbing kerana pelik mungkin dengan arahan saya untuk lawatan akan datang

Kenapa cepat sangat Doktor? Biasanya banyak bulan?

Sila.tengok paras gula akak. Sila muhasabah cara akak kawal kencing manis akak. Bulan puasa ni menjadi kesukaran untuk kami mengawal gula.akak dengan naikkan.dos ubat atau insulin. Ditakuti menyebabkan hypoglyceamia pulak. Ditakuti banyak komplikasi pula.

Gerun...

Belum.50, banyak organ dah terlibat akibat kencing manis yang tak.terkawal.

Saya.tak mampu tersenyum, tapi kakak tadi sangat manis senyumannya. Apakah pekerjaan ini? Awatla dok.jaga tepi kain orang walhal orang lain tak kisah?

Ramadhan yang mulia...

Tabiat makan menjadi jadi..
Jika tak puasa, air manis mungkin sekali sehari, tapi bila puasa, air manis se jug sekali, mungkin dua tiga jug air pelbagai perisa.

Berbuka lahai...kuih manis, air manis, segala makneka yang tak pernah muncul pun muncul. Excited pulak nak bertarawikh di masjid sebab lepas tarawikh ada moreh..kopi 'kaw' dengan kuih manis lagi. Kalau tak 'kaw' AJK Masjid kene sound.

Balik, terus tidur untuk bangun tahajud dan sahur pulak. Sahur, baancuh air milo, nak tenaga berpanjangan katakan.

Membimbangkan saya. Bulan puasa ini tahap kawalan kencing manis pesakit pesakit semakin teruk.

Terbayang buah pinggang yag semakin rosak, salur darah yang makin sempit, jantung yang semakin lemah.
Haih..kenapa sibuk jaga tepi kain orang? Sorry, I cant help it.

Islam suruh kita jaga kesihatan. Bukan untukyang kencing manis sahaja. Kita semua. Makan yang baik baik, minum yang baik baik. Bukan yang mudharat pada tubuh.

Tapi..

Rakyat Malaysia memang serba boleh...

Bila WHO target pesakit kencing manis kita akan capai satu amaun yang sangat besar pada 2050 tapi kita dah capai sasaran tu 2008 lagi.

Maafkan saya kerana membebel.

Sebab ini tanggungjawab saya.

Kesihatan Untuk Semua

Thursday, 2 April 2015

Kenapa Air Perlu Untuk Tubuh Kita?

Assalamualaikum

Tahukah anda yang 60% daripada tubuh kita adalah air? Air sangat perlu bagi tubuh menjalankan fungsi organnya dengan sempurna. Kekurangan air mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan akibat dehidrasi.



Ramai dikalangan pesakit yang datang ke hospital dengan pelbagai masalah, bila ditanya, mengambil air yang kurang dalam sehari. Semua orang perlu tahu kenapa kita memerlukan air secukupnya untuk tubuh badan kita.

  1. Air membantu mengekalkan cecair badan untuk menjalankan pelbagai fungsi seperti penyerapan, penghadaman, peredaran darah, penghasilan air liur, mengekalkan suhu badan dan nutrient dalam tubuh. Tanpa air yang cukup, semua proses ini akan terganggu dan menyebabkan pelbagai penyakit.
  2. Air membantu dalam mengawal tahap kalori tubuh kita. Dengan pengambilan makanan yang mengandungi kandungan air yang tinggi, ia menjadi pengganti kepada makanan yang berkalori tinggi, memberikan rasa kenyang yang lama. Ini membantu anda untuk melangsingkan tubuh
  3. Air membantu memberi tenaga kepada otot. Garis panduan dari American College of Sport Medicine mencadangkan pengambilan sekurang-kurangnya 17oz air 2 jam sebelum melakukan senaman. Ini untuk mengelakkan otot menjadi letih akibat kehilangan air melalui peluh.
  4. Air juga membantu memberikan kompleksi baik pada kulit. Kekurangan air akan mengakibatkan kulit berkedut dan kerepot, kering dan kelihatan tidak sihat. Namun begitu, anda jangan salah sangka bahawa pengambilan air yang banyak membantu menegangkan kulit..TIDAK sama sekali.
  5. Air membantu buah pinggang menjalankan fungsinya dengan lancar. Air yang cukup melancarkan proses perkumuhan melalui buah pinggang dan air kencing. Dengan itu, toksid tidak berkumpul didalam badan. Jika anda mengambil air dengan kadar yang sedikit untuk jangka waktu yang panjang, anda berisiko tinggi untuk mendapat batu karang.
  6. Air juga sangat perlu bagi melancarkan proses penghadaman. Kekurangan air menyebabkan usus besar menyerap air dari najis untuk mengekalkan tenaga dan fungsinya dan ini akan menyebabkan sembelit. Najis menjadi keras dan sukar untuk membuang.

    Emm...sekarang memang kita dah nampak dan tahukan betapa pentingnya air? Tapi, masih ramai yang tertanya-tanya. Berapa banyak nak minum? Boleh ke minum banyak? Lain keadaan lain ke amaun air yang perlu diminum?
     

    Cadangan Institute of Medicine, lelaki memerlukan lebih kurang 13 gelas sehari (3 liter) manakala wanita pula memerlukan 9 gelas air sehari (2.2 litre)

    Walaubagaimanapun, jumlah pengambilan air juga perlu berubah mengikut keadaan dan situasi. Wanita mengandung, menyusukan anak memerlukan air yang lebih daripada biasa. Jika kita melakukan senaman kita juga perlu menambah bilangan air yang perlu diminunm. Di Malaysia, persekitaran kita yang sentiasa panas juga menyebabkan keperluan badan terhadap air bertambah kerana banyak yang telah hilang melalui peluh

    Institue of Medicine juga mencadangkan 2.3 liter air perlu diambil oleh wanita mengandung dan 3.1 liter air diperlukan oleh ibu menyusu untuk mengelakkan dehidrasi dan kerosakan organ dalaman.

    Jadi apa lagi...jom kita minum air secukupnya supaya sihat, bertenaga dan kelihatan lebih cantik..