Thursday, 18 April 2013

Perancangan

Ntah nak mula dari mana. Hari ini cuti Keputeraan Sultan Perak. Kebetulan jatuh hari Jumaat. Sepatutnya kita amik peluangla gandakan ibadat sunat hari ini, takde alasan sibuk bekerja. Tapi cik abang dah sambung balik tido ni, budak2 masih tak bangun. Aku dok mengadap facebook tengok info pilihanraya. Semalam rasa sangat sedih ( aku tak sangka aku akan rasa begitu sedih ). Terjumpa kak lin anaest tengah jalan on the way balik, rupa2 nya pengarah dah offer hafizah anaest turunke blood bank since kononnya hafizah tu nak buat master in pathology. Terus hati rasa sangat kecewa, aor mata bergenang (nasib baik kak lin tak perasan), dan rasa takde mood sangat. Termenung sekejap dalam kereta sambil nangis. So inilah jawapannya. Inilah petunjuknya. Apa lagi yg boleh aku ckp melainkan redha. Dah tentu kita merancang, DIA merancang dan kita jangan lupa sebaik2 perancang adalah Allah. Hikmah pasti ada. Walaupun hati sangat rasa nak keluar dari OPD tu, tapi jln tu dah tertutup terus. I have to stay still in OPD. I need to renew,refresh my iman. Aku kene sentiasa perbaharui dan perbetulkan niat aku bekerja. Supaya ia jadi ibadah dan keseronokan bagiku. Jauh disudut hati, macam-macam perancangan yang aku rancang tapi belum satu pun aku mulakan. Sekadar berangan2, kosong sambil masa terus berlalu pergi. Impian untuk jadi penulis masih tak kesampaian. Begitu jugak impian untuk berdakwah melalui blog. 1 minggu 1 buku masih belum terlaksana. Entah kenapa sangat liat untuk membaca buku skrg, walaupun yg berunsurkan agama yang sebenarnya sangat aku minat. Aku kena mulakan sekarang!! Sikap bertangguh dah sebati dalam diri. Itulah puncanya!! Memaksa diri untuk buat benda baik pasti xkan membinasakan. Kita yg banyak sangat alasan. Ayuh Nurul!!!! Its never too late!! Inn shaa Allah!!

Saturday, 13 April 2013

Menulis

Seperti yang aku dah luahkan di FB, niat dan keinginan begitu tinggi untuk jadi penulis. Menulis perkara2 yang boleh menjadi contoh teladan kepada pembaca. Menulis sesuatu yang dapat dikongsi dengan orang lain. Menulis sambil me'release'kan tension. Tapi begitulah setiap kali hasil penulisanku tak pernah yang selesai sebab sentiasa terbelenggu dalam belenggu 'perfectionist' , mengharap agar dapat menulis sesuatu yang perfect sedangkan yang menilai perfect atau tidak hanyalah diri sendiri yang amat cetek dengan pengetahuan penulisan ni. Mencari tips untuk menulis antara nasihat yang sangat terkesan di hati bila sepatutnya kita menulis tanpa henti, bukan sekali sekala. Dengan itu bakat sendiri boleh di asah. Penting juga untuk kita banyakkan membaca. Impian aku pada suatu hari nanti aku dapat hasilkan novel2 Islamik hebat seperti habiburrahman, fatimah syarha n hilal asyraf. Amin

Saturday, 9 February 2013

Syukur

Syukur Alhamdulillah. Sepatutnya setiap detik aku lafazkan kata-kata ni. Tak terkira banyaknya pemberian Allah padaku. Syukur kerana hari ini ku celikkan mata lagi. Syukur kerana hari ini aku bisa bernafas lagi. Syukur kerana hari ini aku masih dikelilingi mereka yang ku sayangi. Selalu saja terlupa untuk mengucapkan syukur bila berjalan aku tanpa jatuh, bicara aku tanpa herot bibir ini, melihat aku tanpa kabur, mendengar aku jelas sekali, bernafas aku tak tersekat-sekat. Alhamdulillah Ya Allah.

Friday, 1 February 2013

Rintihan Hamba

Ya Allah. Maha Pemurahnya Engkau. Aku tak dapat bayangkan kalau Kau tidak memiliki semua itu. Kenapa Kau tak pernah jemu mengasihi kami Ya Allah? Kenapa tak berhenti nikmatMu pada kami Ya Allah? Sedangkan kami hambaMu yang jahat. Tidak taat! Selalu tidak ingat padaMu. Selalu lupa untuk berterima kasih padaMu. Selfishnya kami Ya Allah. KurniaanMu semua kami nak bolot tapi bukan berlari, merangkak padaMu pun jarang sekali.

Ya Allah. Apa akan jadi padaku jika tanpa rahmatMu? Belas ihsanMu? Kerana aku bukan hamba yang selayaknya untuk berada dekat denganMu. Malamku nyenyak dibuai mimpi. Siangku leka mengejar dunia. Kalau Kau berkira Ya Allah, pasti binasalah aku hamba yang lupa ini! Tapi Maha Suci Engkau dari segala kekurangan.

Ya Allah. Jangan Kau jemu denganku. Aku selalu lupa Ya Allah tapi sesungguhnya aku ingin dekat denganMu. Sering kali terlajak juga aku melakukan dosa, dan setiap kali itu aku merasa sangat kecewa dengan diri hina ini. Kenapa tidak teguh iman ini Ya Allah? Mudahnya aku ditipu syaitan. Selalu aku biarkan ia menang, ketawa kepuasan. Dan aku, makin jauh dariMu.

Ya Allah. Tak mampu aku untuk menyatakan harapan kerana betapa tak layaknya aku. Malu aku untuk mengaku cinta sedangkan jauh sekali aku berusaha mendapatkan cintaMu. Jauh sekali untuk aku bermimpi menjadi yang terhampir denganMu. Tapi Ya Allah, semuanya ada dilubuk hati ini. Bercinta dengan angan-angan, aku sering tewas. Tapi Kau tak pernah letih Ya Allah. Berkali-kali aku jauh dariMu dan berkali-kali jualah Kau mengingatkan aku.

Ya Allah. Imanku terumbang-ambing. Malam ini aku rindu padaMu. Esok aku lupa kembali. Bila senang aku ketawa alpa, bila susah aku terminta-minta. Ku harap ada sedikit nilai air mata ini disisiMu Ya Allah. Bukan lakonan semata tapi aku...hanya Kau yang menilainya Ya Allah. Walau seribu kali aku hanyut, berkali-kali juga aku kembali, tetapkanlah aku dalam mencintaiMu Ya Allah. Tiada yang kuharapkan selain rahmat dan keampunanMu. Matikanlah aku dalam keimanan kepadaMu. Berilah kesudahan yang baik untukku Ya Allah.

Ampunkan aku Ya Allah. Terimalah taubat hambaMu ini Ya Allah. Ampunkanlah aku Ya Allah.....


Thursday, 31 January 2013

Info Sihat


 


OBESITI

Hari ni Dr Nurul nak cerita sikit tentang obesiti. Apa itu obesiti? Siapa yang dikatakan obesiti? Kenapa kita bimbangkan sangat obesiti ni? Apasal doktor-doktor sibuk dok suruh pesakit turunkan berat badan? Bukan untuk nampak cantik semata. Yang paling penting adalah nak sihat. Semu kena sedar yang obesiti membawa banyak bahana dan bahaya.



Siapa tak suka tengok budak-budak 'gebu' macam ni. Doktor pun sangatla geramnya. Tapi disudut hati dah terfikir komplikasi-komplikasi yang akan adik comel ni hadapi. So ibu ayah di luar sana, dari kecik pun kita mesti jaga pemakanan anak-anak. Bukan nak bagi dia gemuk apatah lagi obese dan jadi kegeraman ramai. Tapi nak dia sihat. Sihat sekarang belum tentu sihat masa depan.


Siapa obese? Haa....cek diri sendiri. Bukan untuk menuding fizikal anda tapi doktor nak anda sihat minda, sihat tubuh badan. Anda obese jika:

  • Berat badan anda 2 kali lebih berat dari berat badan ideal
  • Berat badan anda lebih 45kg atau lebih dari berat badan sepatutnya
  • Indeks Jisim Badan (BMI) lebih 40 atau 35. (nanti doktor ajar cara kira ye)

 
 
Gambar ni bukan saja-saja diletak. Nak bagitau pada semua, terlalu kurus atau terlalu gemuk semuanya tak baik. Bersesuaianla dengan konsep wasatiah yang Rasulullah ajar kita kan. Siapa yang kenal doktor mesti tersenyum. Anyway, doktor sekarang dah tak termasuk dalam kategori underweight ye. Itu zaman bujang-bujang dulu.

Apa itu BMI?

  • formula untuk menilai berat badan berbanding ketinggian
  • formulanya- Berat (kg) / (Tinggi(m)xTinggi(m)) = kg/ m2 (kuasa dua ye)
Dah kira BMI tengoklah samada anda ni dalam kumpulan berat badan ideal atau sebaliknya ye.




Haa...doktor letak besar-besar ni biar semua orang senang nampak dan buatlah apa yang perlu untuk capai apa yang sepatutnya ye.

Apa risikonya jika obese? Kenapala doktor sibuk-sibuk sangat ye? Ini antara risiko-risiko yang anda kena set mind untuk tanggung kalau degil jugak nak jadi obese. Jangan marah. :)


Macam mana nak jaga pemakanan?
Ikutlah piramid makanan. Bukan untuk orang obese aje. Sesiapa jugak.


Agak berpinar mata ek sebab copy paste. Kalau tak jelas bukak aje dalam internet. :)  Lagi satu yang teramat penting adalah exercise. Tak payah buat exercise yang beria-ria. Yang sempoi-sempoi cukup janji istiqomah. Kan itu Rasulullah ajar jugak. Amalan yang baik adalah yang sikit tapi berterusan. termasuklah senaman ni. Contoh aktiviti senaman yang kita semua sama-sama boleh buat:

Ini semua contoh saja tau. Peringatan untuk yang obese atau overweight, senaman yang paling baik adalah non-weight bearing exercise macam swimming, cycling sebab berat badan anda akan menyebabkan lutut anda terutamanyalah kehausan kalau buat senaman yang perlu ampu berat badan. Bila berat badan dah berkurang barulah boleh banyakkan berjalan kaki. Senaman ni bukan untuk obesiti saje. Tapi banyak kebaikannya. Antaranya:

  • Senaman dapat meningkatkan kelembutan (kelenturan otot) dan membina kekuatan otot.
  • Jantung bekerja lebih cekap ketika bersenam dan berehat.
  • Meningkatkan kadar nadi dan mencegah pengerasan arteri, serta dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Arteri yang keras merupakan penyebab utama berlakunya tekanan darah tinggi yang boleh membawa penyakit jantung dan angin ahmar (strok).
  • Meningkatkan keupayaan badan mengawal paras glukosa darah.
  • Membantu mengawal lipid darah yang tidak normal.
  • Menguatkan tulang dan meningkatkan imbangan. Ini akan membantu mencegah atau memperlahankan proses osteoporosis (kereputan tulang) dan mengurangkan risiko daripada terjatuh yang boleh menyebabkan patah pinggang atau kecederaan yang lain
Emm...jadilah dulu serba sedikit pasal obesiti ye. Banyak lagi maklumat yang doktor nak kongsi di sini. Tunggu...step by step ye. Maklumat ni banyaknya doktor ringkaskan supaya mudah difaham, tidal terlalu detail. Hanya mengharap ianya bagi sedikit kesedaran pada masyarakat. Itu tugas saya, Doktor Muslim.



Sabar

Sabar. Memang tepat benar ia separuh daripada iman. Sabar buat kita redha dengan setiap ketentuan. Sabar buat kita lalui kehidupan hari-hari dengan penuh ketenangan. Ini pengalaman aku hari ini. Pagi-pagi dah diuji dengan kerenah anak-anak. Si abang dengan macam-macam permintaan sebelum masuk toilet untuk mandi pagi. Husna pulak dah bersiap, sempat 'melabur' habuan untuk ibu. Sebelum naik kereta berkejar dengan Husna, terpaksa didukung untuk masuk kereta. Tapi Alhamdulillah. Semuanya aku hadapi dengan senyuman. Mungkin berkat 'baby' ibu di dalam perut ni, mengandung kali ni ibu lebih penyabar. Alhamdulillah sepanjang perjalanan walaupun terdetik juga rasa bimbang lewat sampai ke office, Al Ma'thurat tetap dapat kuhabiskan. Tiba dihospital waktu hampir 8 pagi. Ku lihat ramai yang kelam kabut untuk ke punch card. Takpela. Semoga Allah permudahkan urusan ku. Seperti biasa siapa datang lewat jauhla parkingnya. Tapi hari ini luar biasa untukku. Sebaik aku lintas parking paling hadapan, kebetulan ada kereta nak keluar dan tiada kereta lain disitu. Alhamdulillah. Terasa besar rahmat Allah. Aku tak perlu berjalan jauh apa lagi bergegas ke tempat punch card. Terima kasih Allah. Aku tersenyum kerana terlintas senyuman sewaktu melayan kerenah anak-anak tadi, dapat balasan baik dari Allah. In shaa Allah. Aku akan terus belajar menjadi lebih bersabar sebab langsung tak rugi apa-apa pun orang yang bersabar ni.

Wednesday, 30 January 2013

Permulaan Baru

Tahun ini ku harap menjadi permulaan baru untuk aku. Permulaan dalam pencarian dan penambahan ilmu. Permulaan dalam perkongsian ilmu. permulaan dalam menjadikan diri lebih dekat dengan sang pencipta melalui penulisan. Lihatlah pada apa yang disampaikan. Jangan lihat pada diri yang penuh kekurangan ini kerana kamu akan kecewa.