Monday, 31 March 2014

Resume Untuk Allah

Assalamualaikum

Hari ini saya banyak berfikir. Berfikir tentang masa yang dah berlalu, berfikir tentang masa hadapan yang belum pasti. Teringat jika amalan-amalan yang telah lalu tidak diterima, apa yang akan saya bawa untuk dipersembahkan pada Allah nanti.

Usai solat Zohor tadi, saya termenung sejenak. Mengenangkan amal yang sedikit tapi sangat berkehendakkan kasih sayang dan syurga Allah. Mengenangkan kemungkinan kita 'pulang' dengan tangan kosong mengadap Sang Pencipta. Alangkah malu dan kecewanya.

Saya cuba membayangkan jika saya isi resume untuk bekerja dengan kerajaan Allah. Mengeluh sendiri..kerana saya lebih mengenali diri ini dari yang lain, kecuali Dia, Sang Pencipta. Bergetar perasaan didalam diri ini kerana takut, gerun, segalanya berbaur.

Kriteria apakah yang melayakkan kita berada disisiNya? Kelayakan apakah yang kita mahu 'isi' untuk memohon tempat disisiNya?

Solat yang diringankan? Dilengah2kan? Tunggang terbalik tanpa penghayatan? Jasad dan roh tak bersatu...

Kita lebih bersegera jika diajak oleh manusia sedangkan seruan Allah 5 kali sehari semalam kita pandang ringan. Panggilan menuju Allah kita kebelakangkan dek kerana kesibukan dunia yang memang tak akan habis.

Lalu, tak dapat saya membayangkan bagaimanakah 'resume' saya nanti dan yang lebih menggerunkan, bagaimanakah penerimaan Tuan punya Kerajaan Langit dan Bumi ini? Sememangnya jauh dari layak untuk saya menumpang walau sekecil-kecil 'jawatan' di kerajaan Allah.

Tekad, resume ini perlu saya sempurnakan. Kerana saya mahu merebut 'jawatan tertinggi' dalam kerajaan Allah. Saya mahu dekat dengan Raja segala Raja.

InsyaAllah
Terimalah Ya Allah

Resumeku untukMu

Sunday, 30 March 2014

Wah!!Glamor tu!!

Assalamualaikum

Saya nak bercakap ringkas aje pasal VIVIX kali ni sebab nak cerita jugak...sebab Ayu Raudhah pun guna. Patutla cun melecun dia

VIVIX ni supplement in liquid form dengan rasa pati anggur yang sangat saya suka. Suami pun suka. Katanya rasa macam bila kita tergigit biji anggur, tak pahit tapi sedikit kelat.

Nak cakap pasal kebaikan, memang seribu satu kebaikan. Anda cuba, baru anda boleh rasa.

Hanya satu sudu teh setiap malam, VIVIX memberi tenaga dan rasa sihat dikeesokan harinya. Sebotol VIVIX mampu bertahan 2 bulan.

Jika anda perhatikan, VIVIX antara produk Shaklee yang paling mahal sebab kebaikannya dan saya rasa sangat berbaloi mengamalkan VIVIX. Gajet beratus ribu hanya untuk keseronokan sementara kemudian kita bosan. Sedikit lebih untuk kesihatan, berpanjangan rasa sihat dan muda. Tak nak ke?

Jom cuba VIVIX. Kalau anda rasa mahal, daftarla jadi ahli. Jaaaaauh lebih murah harganya dan anda berpeluang dapat bonus bulanan dari Shaklee.

VIVIX best!!

PM saya untuk harga ye.

FB:Nurul Huda Ariza
Hp:0196354563

Jom Shaklee

Senyum

Sejuk Gedik...

Assalamualaikum..

Akhirnya tiba jugak malam Isnin. Yakni hari Ahad malam menandakan esok bermulalah balik rutin biasa saya sebagai kakitangan kerajaan di hospital. Nak tak nak kena gembira. Nak tak nak kena buat yang terbaik. Sebab umat Islam yang terbaik adalah mereka-mereka yang buat setiap perkara dengan terbaik. Ish..berbelit lidah rasa.

4 hari menghabiskan masa dengan anak-anak ibu, ibu rasa sangat seronok, sangat bermakna hari-hari yang dilalui. Bermula dengan naik ETS sama-sama tanpa ayah (ayah kerja) kemudian balik ke rumah opah di Ipoh, jumpa sepupu sepapat..seronok anak-anak ibu.

Hari ni selepas dekat setahun, kami sekeluarga gi berkelah di Kawasan Perkelahan Ulu Chepor. Dekat Chemor, Perak. Dekat sangat dengan rumah mak saya di Meru tu. Awal-awal lagi Zuwairi dah book port biasa kami, agak terlambat sikit rupanya. Dah ada org amik port tu, dapat port sebelah..jadilah

Huhuhu...ggggg.....nak bagitau betapa sejuknya..air bukit yang turun jernih sangat menusuk sampai ke tulang. Konon-konon nak berendam, rendam kaki pun jadilah. Alasannya, nak nyusu Fathin, tak nak basah baju. Seronok tengok Faris, Husna, Luqman, Amirul dan Yaasir main sama-sama. Macam anak burung, disuap apa saja masuk aje. Sambil main sampai tak ingat nak menolak. Hehehe.

Kawasan Perkelahan Ulu Chepor ni dah lama. Sejak kami kecil lagi sinilah port nya selain kebun tok yang sekarang dah jadi hak milik orang lain. Dari highway exit Jelapang tu dalam 10 minit je. Dari Mydin Meru adala dalam 5 minit aje. Orang Perak kata, dekat bebenor. :) Sekali-sekala seronok dapat rehat dengan suasana bunyi kocakan sungai dan air terjun, unggas2 dan pemandangan yang cukup menenangkan mata dan jiwa. Hilang segala stress, hanya rasa bahagia dpt bersama keluarga.

Dan malam ini..kegembiraan tadi macam tak mampu nak hilangkan rasa 'tak syok' saya nak kembali bertugas esok. Arghh..Ya Allah, permudahkan urusanku esok. Jadikanlah hari esok lebih baik daripada hari ini dan harini lebih baik dr semalam.

Amin.

Senyum..senyum..seronok bersama keluarga

Thursday, 27 March 2014

Shaklee untuk kulit cantik

Assalamualaikum

Saya yakin semua orang inginkan kulit yang cantik, putih, licin, tiada jerawat. Hatta orang yang dah sedia cantik kulitnya pun sibuk mencuba itu ini untuk mencantikkan kulit. Itu lumrah kita manusia, sukakan kecantikan, suka tengok perkara yang cantik, dan suka dipandang cantik. Apalagi dipuji, kembang hidung.

Dalam kita mencari solusi untuk kecantikan wajah, ada kalanya kita menjadi terlalu ghairah untuk mencuba pelbagai produk. Kadang-kadang sampai mengenepikan soal keselamatan produk, soal halal haram produk tersebut bagi orang Islam. Tengok saja iklan itu, order, cuba. Tengok iklan ini, order.

Berapa banyak produk kecantikan diluar sana yang mengandungi hydoquinon di dalamnya? Racun yang sangat berbahaya untuk kita dan berapa ramai dari kita yang menggunakannya? Ramai..terlalu ramai sebab kita ditipu dan disogok oleh pelbagai iklan yang sangat menarik perhatian kita. Akibatnya, kita sendiri yang menanggungnya.

Tahukah anda? Kecantikan sebenarnya bermula dari dalam diri anda? Tubuh yang sihat menghasilkan diri yang lebih sihat. Kehidupan harian kita menyebabkan kita terdedah kepada pelbagai bahan berbahaya dan menyebabkan toksin dalam badan bertambah. Toksin berlebihan dalam badan menjadi punca kepada pelbagai masalah. Antaranya masalah kulit. Pengambilan makanan yang tidak seimbang menyebabkan kita kekurangan sesetengah vitamin yang perlu untuk kesihatan kulit seperti Vitamin C, Vitamin E dan kolagen itu sendiri.

Dengan Shaklee, kita merawat kulit dari dalam. Kita memberi keseimbangan kepada kesihatan kulit. Kita membekalkan vitamin mengikut keperluan kulit. Shaklee sangat diyakini kerana sudah berpuluh tahun bertapak dinegara kita, sudah beribu pelanggan mengamalkannya dan berjaya dan yang pastinya halal dan selamat.

Jadi, inilah masanya! Jika tidak sekarang..bila lagi? Kulit anda memerlukan 'makanannya', 'zat'nya yang cukup untuk kekal sihat, muda, cerah dan berseri. Pemakanan supplement untuk kulit yang berterusan pasti memberikan kebaikan yang bisa membuatkan anda tersenyum dikemudian hari. InsyaAllah.

Percayalah..kerana suatu masa dulu saya pun merasa sangsi sehinggalah saya sendir mencubanya.

Set Kesihatan dan Kecantikan Kulit Shaklee memang best!!!

Jom Sihat dan Cantik dengan Shaklee!!

PM saya Shaklee Independant Distributor anda kawasan Seri Manjung, Lumut, Sitiawan dan Seluruh Malaysia.

FB:Nurul Huda Ariza
Hp:0196354563

Senyum

Cuaknye!!!

Assalamualaikum

Fuh!! Lega...Alhamdulillah akhirnya sampai di stesyen KTM Tanjung Malim. Satu jam perjalanan dari stesyen KTM Batu Gajah rasa macam takkan berakhir.

Kali pertama ni ibu naik ETS dengan putera puteri ibu saja tanpa ayah. Adoi...menggeletar lutut jugak rasa. Dok fikir macamn nak angkat beg, nak dukung Fathin lagi, nak pegang tangan abang kakak lagi. Tapi sebab nak menggedik punya pasal, ibu redah aje. Kesian kat anak cuti sekolah tak kemana. Nak tunggu ayah dapat cuti panjang, alamat kucing pun tumbuh tanduk dulu.(entah bila..)

Cuak! Sepanjang perjalanan ibu cuak. Semua orang ibu pandang dengan pandangan suspicious. Ye la..risau..sekarang ni macam-macam jadi. Orang menegur anak-anak ibu pun ibu berdebar lain macam. Dalam hati Allah saja yang tahu.

Setiap perhentian, sibuk Faris dan Husna galas beg masing-masing. Ingat dah sampai ke destinasi. Setiap kali tu la mulut ibu ni bising suruh duduk. Takut jatuh. Tapi..best jugak naik ETS ni. Laju..tak rasa. Kelajuan dia 140km/jam. Dalam dia pun selesa, ada aircond, tv. Toilet tak tahu pulak macam mana. Malasla ibu nak 'ziarah' dengan tiga ketul ibu ni. Nasib baikla Husna tak rasa nak kencing. Kalau tak kat rumah tu semedang je nak kencing. Alhamdulillah

1 jam perjalanan...akhirnya sampai. Lega...terasa sikit menggeletar lutut bila sampai. Bukan senang nak angkut 3 budak sorang diri. Dengan keadaan dunia sekarang ni..macam-macam ibu fikir. Sampai aje, dah nampak opah dan wan. Lega...hilang cuak. Bebudak pun sangat enjoy. Suka ibu. At least ada special extra aktiviti untuk diorang cuti sekolah ni.

Next time nak ke KL pakai ETS. Ajak my love hubby skali. Menarik!!

InsyaAllah

Kembaraibuanak

LOVE

Wednesday, 26 March 2014

Cuaknye!!!

Assalamualaikum

Fuh!! Lega...Alhamdulillah akhirnya sampai di stesyen KTM Tanjung Malim. Satu jam perjalanan dari stesyen KTM Batu Gajah rasa macam takkan berakhir.

Kali pertama ni ibu naik ETS dengan putera puteri ibu saja tanpa ayah. Adoi...menggeletar lutut jugak rasa. Dok fikir macamn nak angkat beg, nak dukung Fathin lagi, nak pegang tangan abang kakak lagi. Tapi sebab nak menggedik punya pasal, ibu redah aje. Kesian kat anak cuti sekolah tak kemana. Nak tunggu ayah dapat cuti panjang, alamat kucing pun tumbuh tanduk dulu.(entah bila..)

Cuak! Sepanjang perjalanan ibu cuak. Semua orang ibu pandang dengan pandangan suspicious. Ye la..risau..sekarang ni macam-macam jadi. Orang menegur anak-anak ibu pun ibu berdebar lain macam. Dalam hati Allah saja yang tahu.

Setiap perhentian, sibuk Faris dan Husna galas beg masing-masing. Ingat dah sampai ke destinasi. Setiap kali tu la mulut ibu ni bising suruh duduk. Takut jatuh. Tapi..best jugak naik ETS ni. Laju..tak rasa. Kelajuan dia 140km/jam. Dalam dia pun selesa, ada aircond, tv. Toilet tak tahu pulak macam mana. Malasla ibu nak 'ziarah' dengan tiga ketul ibu ni. Nasib baikla Husna tak rasa nak kencing. Kalau tak kat rumah tu semedang je nak kencing. Alhamdulillah

1 jam perjalanan...akhirnya sampai. Lega...terasa sikit menggeletar lutut bila sampai. Bukan senang nak angkut 3 budak sorang diri. Dengan keadaan dunia sekarang ni..macam-macam ibu fikir. Sampai aje, dah nampak opah dan wan. Lega...hilang cuak. Bebudak pun sangat enjoy. Suka ibu. At least ada special extra aktiviti untuk diorang cuti sekolah ni.

Next time nak ke KL pakai ETS. Ajak my love hubby skali. Menarik!!

InsyaAllah

Kembaraibuanak

LOVE

Tuesday, 25 March 2014

Kenapa Allah tak makbulkan doaku?!

Assalamualaikum
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah..Allah beri kekuatan pada diri ini untuk menghadiri usrah mingguan. Allah Maha Mengetahui bahawa saya sangat memerlukannya...dan sebenarnya anda pun memerlukannya.

Setiap hari beribu permintaan kita minta pada Allah. Ya Allah, kurniakanlah aku zuriat yang soleh dan solehah, berikan aku rezeki yang melimpah ruah, bagi aku naik pangkat, bagi bisness aku berjaya, bagi aku itu..bagi aku ini...apa yang kita tak pernah minta pada Allah? Segala2nya...sebab kita tahu hanya Dia yang Maha Memberi.

Tapi hairan...saban hari kita menanti jawapan kepada doa kita? Kenapa masih x makbul? Kenapa aku kasih tak dapat apa yang aku minta? Kenapa? Allah tak sayang aku aku? Dan seribu satu macam pertanyaan yang adakalanya sampai mempersoalkan urusan Allah.

Sedih...terkilan..hilang sabar....kecewa...lesu...semua menghantui kita. Tertanya kita mengapa Allah tak beri hak kita. Benarkah itu hak kita? Sudahkah kita pulak menunaikan hak Allah, hak Rasulullah? Hak untuk agama?

Teringat perbincangan usrah semalam berkenaan Hadith 40:Hadith 10

Antaranya:

Ketika Ibrahin bin Adham (ahli tassawwuf yang masyhur) berada di tengah-tengah pasar Basrah, beliau dikerumuni oleh orang ramai. Di antara mereka ada yang bertanya: Mengapakah doa mereka tidak dimakbulkan Allah padahal mereka selalu berdoa kepadaNya? Beliau menjawab: Kerana hati kamu buta disebabkan 10 perkara, iaitu:

1)Kamu mengenal Allah tapi kamu tidak tunaikan haqNya

2)Kamu sangka bahawa kamu cinta Rasululullah saw tetapi kamu tinggalkan sunnahnya

3)Kamu telah membaca AlQuran tetapi kamu tidak beramal dengannya

4)Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah tetapi kamu tidak tunaikan syukurNya

5)Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya

6)Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya

7)Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya

8)Kamu telah berkata bahawa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuknya

9)Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupa keaiban diri sendiri

10)Kamu kebumikan mayat2 manusia tetapi kamu tidak ambil iktibar daripadanya

Astaghfirullah. Astaghfirullah. Lalu kita masih mahu bertanya...kenapa Allah tak makbulkan doa kita? Sedangkan kita hamba yang sangat mementingkan diri sendiri

Muhasabah

Bukakanlah pinta hati kami dan tetapkanlah kami dalam ketaatan kepadaMu Ya Allah

LOVE