Thursday, 4 September 2014

Dia yang telah pergi...Al Fatihah

Malam ni entah kenapa saya teringatkan seseorang. Arwah sahabat yang pernah saya kenal, dan perkenalan yang sekejap itu cukup memberi kesan kepada saya dan juga diri arwah.

Tahun 2004...

Ketika itu saya belajar di Tahun 4, di Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan. Ye betul..belajar nak jadi doktorla. Tetiba pada suatu hari mak bagitahu saya Makcik Nor (jiran depan rumah) akan bawak adik ipar dia yang baru tahu dapat kanser hati untuk dapatkan rawatan disini.

Ok. Pertemuan pertama saya dengan arwah bukan disengajakan. Dah tentu saya teruja nak jumpa mak yang ikut teman Makcik Nor sampai ke Kubang Kerian. Itulah kali pertama saya lihat arwah. Dan pada kali pertama itulah saya dapat lihat tanda-tanda orang berputus asa, hilang keyakinan diri, malah hilang kebergantungan diri dengan Allah. Tiba-tiba terselit dihati saya, dia perlukan aku.

Maka bermulalah kisah singkat yang penuh hikmah dalam hidup saya, dalam hidup arwah.

Lecithin Shaklee

Tentu ramai yang biasa dengar Lecithin Shaklee kan. Set Asas Slimming Shaklee terhangat dipasaran!

Saya pun makan Lecithin. Awalnya tak terfikir akan makan Lecithin, tapi bila lepas bersalin terasa terlebih sudah berat badan saya ni, saya pun add on Lecithin dengan harapan bila Lecithin+Alfalfa yang dah memang saya amalkan tu akan membantu saya untuk dapat balik bentuk badan saya yang asal. Idakla ketat sana sini bila pakai baju-baju yang muat sebelum mengandung.

Alhamdulillah, saya amalkan Lecithin+Alfalfa, memang berkesan. Baju tak ketat dah, perut tak buncit, bahagia rasanya. Tapi saya jugak jaga pemakanan dan buat sit up dan berbasikal (exercise bike dalam bilik je). Lebih cepat berat badan kembali ke berat ideal. :)

Saya sangat suka Lecithin. Itupun kerana kesannya yang best tu. Rupa-rupanya Lecithin ni lebih banyak manfaatnya! Bukan untuk pelangsingan sahaja.

1)Lecithin bantu tubuh kita serap vitamin larut lemak

2)Lecithin menghalang enapan lemak dihati, sirosis dan hati berlemak. Juga membantu memulihkan kesihatan hati

3)Lecithin bertindak sebagai 'pembersih' salur darah

4)Lecithin membakar lemak dan memberi kesan pelangsingan

5)Lecithin mencantikkan otot dan kulit. Ia melembabkan dan menghaluskan kulit, melambatkan penuaan

6)Lecithin juga memperbaiki allergi

7)Lecithin menghalang kejadian batu karang yang jenis berlemak

8)Lecithin meningkatkan daya ingatan dan meringankan stress

9)Lecithin juga membantu meringankan sembelit dengan melembutkan najis

Banyaknye manfaat Lecithin ni! Dalam tak sedar memang saya sedang menikmatinya. Hehehe... Saya sangat sarankan Lecithin untuk anda.

Lecithin Shaklee

1 botol RM52.50
Mengandungi 180 kapsul
Pengambilan 3-6 kapsul sehari

Anda patut cuba!
PM saya
0187812078
Fb : Nurul Huda Ariza

Senyum

Wednesday, 3 September 2014

Indahnya Taman Tasik Taiping

Akhirnya!

Lama dah saya menanti untuk berekreasi di Taman Tasik Taiping. Kalau tak selama ni lalu je la dengan kereta, cik abang tak teringin pun nak menyinggah. Kali ni, saya kata pada abang, nak betul-betul beriadhah di sini. Anak-anak tentu suka.

Yes! Akhirnya. Cruise yang dah lama saya 'tenang-tenang' nak naik. Apa cruise? Ala...bot yang kita kayuh sendiri tu. Hehehe..seronok. Kami pilih Bot B, sesuai untuk keluarga, besar dan selesa. Harganya RM20, ikut suke engkaula nak main berapa lama. (Pengalaman sebelum ni bila berkayak, eksen je nak lama, dalam setengah jam semput dah.) Hehehe.

Anak-anak excited bila pakai baju keselamatan yang warna oren tu. Ibunya pun sama tergedik. Bestnya naik cruise ni. Sesamala saya kayuh dengan abang. Pusing-pusing Tasik Taiping sambil bagi ikan makan. Sekejap datang angin nyaman, sekejap berteduh bawah rimbun buluh, sekejap bergambar, sekejap berehat sambil makan dan minum. Di atas bot kayuh tu la! Best! Best!

Tasik Taiping masih terpelihara kebersihannya. Untungnya warga Taiping. Taman yang bersih, tasik yang indah dan terjaga rapi. Masuk rasa tenang dalam jiwa. Jangan tak tau, kami ber 'cruise' tu jam 12 tengah hari, tapi tak terasa sebab bahagia je rasa.

Lepas 'cruise' kami gi bawak anak-anak main kat Taman Permainan. Sesambil ibu nak pekena laksa gerai tepi jalan. Superb! Tapi RM2.50 alahai...ciput je laksanya. Tapi memang sedap. Kat situ pun ada jual aiskrim pulut yang sedap, dan rojak buah. Sambil lepak-lepas atas rumput, bawah rimbunan pokok-pokok..tengok anak-anak berlari sana sini, oh bahagianya.

Alhamdulillah. Allah bagi nikmat ini. Merasa kehebatanNya, menikmati penciptaaNya. Kami akan kembali lagi. Rasa ketenangan di Taiping. Dah tentu, Taiping..mu tunggu kami datang.

Anekacara pengambilan Kolagen Shaklee

Assalamualaikum semua!

Harap semuanya sihat dan bahagia. Harini saya nak story sikit pasal Shaklee Collagen Powder (SCP). Rata-rata customer saya mengadu 'hanyir' katanya tapi macam mana rasa pun semua tetap teruskan, nak kulit cun katakan. Memang cun pun! Hehehe..

Memang, saya tak nafikan SCP ni hanyir sikit. Sebab dia dihasilkan dari kulit ikan, sumber kolagen terbaik dalam dunia. Dicampur pulak dengan kulit kerang sebagai sumber glucosamine. Disebabkan itu, hari ni saya nak kongsi beberapa cara yang boleh kita buat untuk makan/minum SCP supaya tak meloya tekak.

1)SCP+Air
-ramai juga customer yang mengambil cara begini. Tutup hidung dan telan. Kemudian bilas lagi dengan air kosong. Dah tak kisah sangat rasa hanyir sebab memang nampak hasilnya.

2)SCP+VIVIX
-yang ini walla! Kesan yang sangat superb. Kesegaran badan, kecantikan luar dan dalam. Ramai Master Shaklee yang makan begini. Ada yang kata sedap dan ada yang kata 'so'-'so'. Tapi, memang terjamin kebaikannyala.

3)SCP+Jus Buah
-yang ini kenela rajin sikit. Kepekatan jus buah yang kita hasilkan akan tenggelamkan rasa hanyir SCP tapi bukan kesannya. Pasti enak rasanya. Tak meloya..pasti dan kesannya pasti best!

4)SCP+ESP+Mealshakes
-bancuh ketiga-tiga ni bersama, dan 'shake'. Fuh! Terbaik dari ladang! Sedap, langsung hilang rasa dan bau hanyir. Bukan itu sahaja, gabungan 3 produk Shaklee ini memberikan impak kepada kesihatan kulit dan tubuh keseluruhannya. Memberi tenaga segera, mengawal gastrik, mencerahkan kulit, menjaga kesihatan sendi, otot, tulang. Wow!!

Haa...itu antara cara untuk ambil SCP. Pilihla yang mana suka...dengan syarat yang terpenting, ISTIQOMAH.

Shaklee Collagen Powder mencantikkan kulit secara lembut dan semulajadi. Anda perlu sabar melihat hasilnya. Kerana produk yang baik adalah yang paling halus tindakannya pada tubuh dan terbukti berkesan. SCP terbukti berkesan. Alhamdulillah, saya sendiri rasa dan dapat lihat kesannya pada saya. Kulit saya keseluruhannya makin cerah dan bersih. Suami pun bersetuju. Saya sangat suka.

Apalagi...jom amalkan SCP sekarang! Nak2 tengah promo bulan September 2014 ni. Rebutla harga terbaik dari saya!

PM saya
Nurul 0187812078
FB : Nurul Huda Ariza

SELAMAT MENCUBA!

Senyum

Tuesday, 2 September 2014

Jalan-jalan cari makan di Taiping

Assalamualaikum

Saya nak kongsi dengan kawan-kawan. Entah kali keberapa berkunjung ke Taiping ni, tapi kali nilah paling best sekali saya rasa.

Tinggal di resort yang best, berjalan ke tempat yang best dan rasa macam traveller pulak, google sana sini carik tempat makan best di Taiping ni.

Antara tempat makan yang sohor di Taiping ni..

-Cendol Bismillah
-Cendol Ansari
-Pasembor Ansari
-Taiping Food Court
-Bihun Sup Stesyen Bas
-Sup Gear Box Penjara
-Warung Hotel Seri Malaysia
-Kuew tiau Doli Tupai

Dan banyak lagila..ada yang kami ikut googlw dan ada yang kami 'gamble' aje ikut stereng. Hehehe..

Petang Ahad tu kami keluar agak lewat, konon nak carik cendol dan pasembor yang 'glamer' di Taiping ni. Alamak, keciwanya bila hanya cendol yang tinggal, Pasembor yilek! Lewat sangat dah pun. Kami makan cendol di Kedai Bismillah, nak cerita pun susah...dekat dengan belakang Sekolah Menengah St. George. Google la ek. Alhamdulillah, sedap. Cuma dah petang-petang ni, takde pilihanla, cendol kosong aje.

Untuk dinner kami ke Hotel Seri Malaysia. Ada warung dibuka dalam kawasan hotel. Nak apa? Western? Eastern? Kampung? Semua ada. Nyum..nyum...sedap...cuma...servis agak lambat. Mencerok perut menunggu. :)

Esoknya pagi-pagi kami guna GPS ke Taiping Food Court. Nama je standard, tempatnya sempoi aje. Sebelah dengan pasar basah Taiping. Yang uniknya kat sini, gerai-gerai Cina bersebelahan dengan gerai-gerai Halal. Dipisahkan oleh 2 gerai kosong sahaja. Katanya popiah disini glamer, 60sen satu. Fuh!! Boleh tahan! Tapi mesti nak rasa jugakla dah orang kata sedap. Mabeles!! Memang sedap! Alhamdulillah

Kami order jugak roti canai, roti planta dan roti telur. Alhamdulillah, tak mengecewakanlah! Sangat puas hati taw! Balik dengan perut penuh, hati pun gumbira. Puas!

Lepas check out, kami sibuk pulak carik kedai makan untuk lunch. At last kami makan di kedai Mom's Choice Jail. Hehehe...menakutkan namanye ye? Takla...cumanya kedai dia terletak betul-betul dihadapan penjara Taiping. Carik gear box tak jupe, masak lemak ikan patin dengan ikan keli goreng pun jadik! Yummy!!

Burp!! Kenyang perut datang Taiping kali ni. Itupun banyak tempat lagi tak sempat nak pergi.

Taiping!! Mu tunggu aku datang lagi tau!!

Alhamdulillah..

Monday, 1 September 2014

Mealshakes Shaklee:Kegemaran kami sekeluarga

Assalamualaikum

Bulan September 2014 ni sangat istimewa. Sebab, Shaklee buat double promotion!

Beli 6 percuma 1 Collagen Powder
Beli 3 percuma 1 Mealshakes

Wahwahwah!! Kedua-duanya saya ambil dan Mealshakes pulak vitamin harian anak-anak saya. Teringat-ingat bau dan rasa French Vanilla yang sangat sedap tu...emm...harum...

Mealshakes Shaklee ni dihasilkan sesuai untuk semua golongan tau.

-kanak-kanak membesar
-ibu mengandung
-para atlet
-vegetarian
-orang sakit
-orang yang sibuk bekerja

Pendek kata...sesiapa sahajala. Emm...apa kebaikan Mealshakes ni? Subhanallah...tersangatla banyaknya kebaikan Mealshakes ni. Bagi yang mengamalkannya secara istiqomah, pasti akan terasa kesannya.

Alhamdulillah

Jom kita tengok apa kebaikan Mealshakes ni..

1)Mealshakes mengandungi 24 jenis vitamin, mineral dan zat

2)Mealshakes kaya dengan protein yang bantu membina sel-sel kulit, kuku, rambut, darah

3)Mealshakes ada asid folik dan biotin yang sangat perlu untuk tumbesaran

4)Mealshakes mengandungi antioksida yang melambatkan proses penuaan (awet mude you!)

5)Mealshakes membantu mengembalikan seri wajah-kandungan vitamin B complex, zat besi dan copper yang cukup untuk bina sel-sel darah sihat memberi komleksi wajah yang lebih cantik

6)Mealshakes kaya dengan serat larut yang membantu untuk buang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus sekaligus meningkatkan penyerapan vitamin-vitamin

Banyaknya kebaikan Mealshakes! Saya dan keluarga memang suka..

Bancuh Mealshakes aneka cara:

-Mealshakes 1 sudu besar dalam 150ml air, goncang dan minum

-Mealshakes+ESP

-Mealshakes+ESP+Collagen powder

-Mealshakes+susu formula anak-anak

-Mealshakes+fresh milk

Yummy!!! Kecur air liur sendiri bila bercerita pasal Mealshakes. Anak-anak saya panggil 'susu vitamin'. Hehehe

Tunggu apa lagi? Meh dapatkan Mealshakes dengan harga terbaik sempena bulan promo Mealshakes, Beli 3 percuma 1 ni!!

Jom!! PM saya cecepat..

0187812078

Atau hanya klik link dibawah untuk membuat pesanan langsung dari Shaklee..

Senyum

SENTOSA VILLA TAIPING : Mu tunggu aku datang lagi! Best!!

Assalamualaikum

Nak kongsi kebahagiaan dengan semua. Weekend kali ni abang dapat cuti 3 hari. Kebetulan 31 Ogos jatuh hari Ahad, so ganti cuti pada hari Isnin.

Weekend ni kami agak sibuk. Projek upgrade Master Bedroom tak habis lagi. Tapi jiwa rasa meronta-ronta sangat nak bercuti. Nak rest & retreat. Baru hari Sabtu tu terperasan abang cuti sampai Isnin. Kebetulan pula abang ada ajak pergi kenduri kahwin kawan dia di Taiping. Emm...apalagi..terus berkira-kira..dapat bercuti 2 hari 1 malam pun jadila.

Haa..memang kepakaran saya meng'google' hotel-hotel bila nak bercuti. Yang pertama sekali saya akan google hotel yang diiktiraf Halal oleh Jakim. Di Taiping Perak ada 3 hotel yang ada sijil Halal Jakim

1)Hotel Flemington
2)Hotel Seri Malaysia
3)Hotel SSL Traders

Confirm...hujung minggu yang panjang biasanya hotel-hotel ni yang habis dulu. Selesa dan harga berpatutan. So..klik-klik, keluar 'Sentosa Villa'. Actually lama dah tau kewujudannya tapi sebab rasa-rasa macam mahal dan takde sijil Halal, tidakla ambil tahu. Tapi kali ni nak sangat-sangat bercuti, berehat tak kisahlah, makanan boleh gi round bandar Taiping, lagi best.

Akhirnya, kami sekeluarga jejakkan kaki ke Sentosa Villa. Subhanallah...cantiknya. Resort dipinggir hutan..dengan suasana semulajadi yang best. Ada chalet-chalet dan bungalow, ada kolam ikan, ada tempat barbeku, ada itik jinak, ayam belanda dan paling best untuk anak-anak, kolam mandi semulajadi..sejuk dan bersih! Bestnya!

Anak-anak sangat seronok. Saya lagila seronok. Tenangnya rasa. Alhamdulillah. Saya dengan abang dah mula merancang-rancang nak buat family trip ke sini. InsyaAllah.

Biarlah gambar berbicara. Seronoknya stay di Sentosa Villa, Taiping, Perak.

Alhamdulillah