Tuesday 2 September 2014

Jalan-jalan cari makan di Taiping

Assalamualaikum

Saya nak kongsi dengan kawan-kawan. Entah kali keberapa berkunjung ke Taiping ni, tapi kali nilah paling best sekali saya rasa.

Tinggal di resort yang best, berjalan ke tempat yang best dan rasa macam traveller pulak, google sana sini carik tempat makan best di Taiping ni.

Antara tempat makan yang sohor di Taiping ni..

-Cendol Bismillah
-Cendol Ansari
-Pasembor Ansari
-Taiping Food Court
-Bihun Sup Stesyen Bas
-Sup Gear Box Penjara
-Warung Hotel Seri Malaysia
-Kuew tiau Doli Tupai

Dan banyak lagila..ada yang kami ikut googlw dan ada yang kami 'gamble' aje ikut stereng. Hehehe..

Petang Ahad tu kami keluar agak lewat, konon nak carik cendol dan pasembor yang 'glamer' di Taiping ni. Alamak, keciwanya bila hanya cendol yang tinggal, Pasembor yilek! Lewat sangat dah pun. Kami makan cendol di Kedai Bismillah, nak cerita pun susah...dekat dengan belakang Sekolah Menengah St. George. Google la ek. Alhamdulillah, sedap. Cuma dah petang-petang ni, takde pilihanla, cendol kosong aje.

Untuk dinner kami ke Hotel Seri Malaysia. Ada warung dibuka dalam kawasan hotel. Nak apa? Western? Eastern? Kampung? Semua ada. Nyum..nyum...sedap...cuma...servis agak lambat. Mencerok perut menunggu. :)

Esoknya pagi-pagi kami guna GPS ke Taiping Food Court. Nama je standard, tempatnya sempoi aje. Sebelah dengan pasar basah Taiping. Yang uniknya kat sini, gerai-gerai Cina bersebelahan dengan gerai-gerai Halal. Dipisahkan oleh 2 gerai kosong sahaja. Katanya popiah disini glamer, 60sen satu. Fuh!! Boleh tahan! Tapi mesti nak rasa jugakla dah orang kata sedap. Mabeles!! Memang sedap! Alhamdulillah

Kami order jugak roti canai, roti planta dan roti telur. Alhamdulillah, tak mengecewakanlah! Sangat puas hati taw! Balik dengan perut penuh, hati pun gumbira. Puas!

Lepas check out, kami sibuk pulak carik kedai makan untuk lunch. At last kami makan di kedai Mom's Choice Jail. Hehehe...menakutkan namanye ye? Takla...cumanya kedai dia terletak betul-betul dihadapan penjara Taiping. Carik gear box tak jupe, masak lemak ikan patin dengan ikan keli goreng pun jadik! Yummy!!

Burp!! Kenyang perut datang Taiping kali ni. Itupun banyak tempat lagi tak sempat nak pergi.

Taiping!! Mu tunggu aku datang lagi tau!!

Alhamdulillah..

No comments:

Post a Comment