Thursday 18 September 2014

Resepi : Mealshakes Fruitcocktails

Fruitcocktails resepi wajib keluarga saya setiap kali musim perayaan. Ada orang buat puding fruitcocktail, ada orang buat air fruitcocktail, tapi saya 'combine' kedua-duanya. Siapa yang dah cuba, pasti mintak resepi.

Fruitcocktail kaya dengan buah-buahan. Kandungan vitamin yang tinggi. Dan saya tambah dengan keenakan rasa vanilla Mealshakes Shaklee, fuh! Marvellous!

Bahan-bahan:

1 cawan Bird Custard
7 cawan air
1/2 cawan gula
1 tin susu pekat manis
1 tin susu cair
1 tin fruitcocktail (apa2 brand janji halal)
1 sudu Mealshakes Shaklee
+- longan

Cara buat puding:

1)Campurkan 1 cawan Bird Custard dan 7 cawan air,setengah cawan gula dan setengah cawan susu pekat (sukatan boleh dikurangkan ikut kemanisan yang anda suka)

2)Kacau dahulu hingga sebati kemudian kacau hingga likat diatas api.

3)Sehingga betul-betul likat, tuangkan diatas talam/loyang/tupperware untuk dijadikan puding.

4)Sejukkan diluar dahulu sebelum masuk ke dalam peti ais. Sedia untuk di potong dan campur bersama fruitcocktail

Cara buat fruitcoctail

1)Guna periuk bekas kacau puding tadi, masukkan 1 tin susu cair-balance susu pekat tadi dan kacau atas api sehingga mendidih.

2)Apabila mendidih, masukkan 1 tin fruitcocktail tadi dan terus tutup api (untuk kekalkan kerangupan buah).

3)Sejukkan dalam peti ais, selepas kurang panas, masukkan 1 sudu besar Mealshakes Shaklee dan kacau rata.

4)Sedia untuk dimakan bersama puding yang dah sejuk dan dipotong tadi.

Selamat Mencuba!!

Saya Shaklee Independat Distributor anda

Nak sihat, nak cantik, nak bertenaga PM saya ye

Nurul 0187812078

Senyum

1 comment: