Friday 26 September 2014

Aktiviti pagi Sabtu : Hoorey!!

Assalamualaikum

Selamat pagi semua. Agaknya apa aktiviti pagi ni ye? Pagi ni saya sekeluarga bersarapan di taman permainan kanak-kanak. Dah lama sangat dah kami sekeluarga tak ke taman. Beberapa minggu ni sibuk dengan projek rumah, sampai tak menyempat bawa anak-anak ke taman.

Pagi-pagi ni kemas rumah serba sedikit, terus ajak suami keluar dengank anak-anak. Singgah gerai tepi jalan, beli nasi bungkus dan sedikit kuih, kami pun terus ke Taman Permainan Pantai Teluk Batik.

Excitednya anak-anak bermain. Melompat sana-sini. Menjerit-jerit suka. Saya suka tengok anak-anak gembira. Rasa release segala tekanan bila buat aktiviti bersama keluarga macam ni. Anak naik buai, kita pun naik buai. Anak main bola, kita pun sepak sekali. Ada lagi 1 keluarga juga bawa anak-anak bermain disini.

Anak-anak memerlukan ruang untuk mereka melepaskan segala aura negatif dalam diri mereka. Caranya dengan outdoor aktiviti. Outdoor aktiviti memberi kebebasan pada anak-anak untuk explore sendiri persekitaran mereka dan melepaskan segala 'tekanan' mereka. Kanak-kanak yang lebih banyak outdoor aktiviti bersama keluarga lebih tenang, mengikut kata, mudah dinasihati mengikut kajian. Ibu bapa juga perlu main peranan meluangkan masa bersama anak-anak, bermain bersama anak-anak, bukan hanya berada ditempat anak bermain tetapi sibuk dengan facebook, whatsapp, dan online game.

Tengah ralit saya makan sarapan sambil perhati anak-anak bermain dengan ayah, mata saya tertumpu pada 1 keluarga mat saleh (omputih) yang baru sampai. Ibu dengan 3 orang anak kecil 2-5 tahun. Apa yang buat saya tertarik, si ibu turut serta dalam setiap aktiviti anak-anaknya. Dan sentiasa memberikan kata-kata semangat dan perangsang pada anak-anaknya. "Very good!!".."Wah!!"...."Good girl!...Si ibu tendang bola bersama. Menjadi 'penjahat' mengejar anak-anak ditaman itu. Kagum saya. Pemandangan yang jarang-jarang saya nampak dengan ibu-ibu disini. Banyak lagi yang perlu kita perbaiki. Dan melihat tingkah si anak-anak, tidak bergaduh, tidak menjerit-jerit tak tentu hala, menyalahkan satu sama lain.

Si anak mat saleh yang paling besar dalam umur 4-5 tahun. Naik buaian punyala lajunya. Si adik yang 2-3 tahun dengan selamba menghampiri kakak. Si ibu cepat-cepat hampiri si adik, dan katakan bahaya berdiri dekat kakak. Tidak pula ibu menjerit pada kakak suruh berhenti. Saya membayangkan keadaan saya pada ketika itu. Mungkin dah menjerit menyalahkan yang lebih tua walhal yang lebih tua tu pun tak cerdik lagi.

Secara psikologinya, kakak yang berumur 4-5 tahun tadi sudah mempunyai perasaan. Tetapi dia masih banyak kekurangan dalam memahami kesan dari perbuatan. Pasti si kakak tidak berniat untuk mencederakan adik yang lalu didepan sedang buainya menghayun laju. Dan pasti kecewa, keliru, sedih, menyalahkan diri jika si ibu menjerit dan memarahinya sedangkan dia tidak melakukan apa-apa. Manakala si adik pula, masih terlalu kecil untuk dimarahi dan disalahkan. Kita mendidik si adik tentang bahaya, disamping memelihara perasaan kedua-duanya. Biarlah semuanya menikmati saat bermain bersama-sama.

Kita perhatikan keadaan kita dirumah. Banyak kali kita terlepas pandang perkara ini. Contoh bila anak-anak kecil bermain, yang lebih tua ingin menyelamatkan, atau membantu adik, tetapi terjadi bahana pula. Lalu kita tanpa fikir panjang terus memarahi si tua. Kita terlupa niat asalnya untuk membantu adik, kita lupa dia terlalu kecil untuk melaksanakannya, kita terlupa betapa besar hatinya untuk mambantu adiknya. Kita dahulukan perasaan si kakak/abang yang pasti sedih kerana tidak sengaja membuat adik menangis, barulah kita pujuk si adik.

Saya juga terlalai membuat kesilapan yang sama. Sehingga saya perasan si kecil mula pandai mengadu dan exagerate tentang setiap perbuatan abang dan kakak. Lalu saya ambil pendekatan menerangkan pada adik, bercakap dengan lembut pada yang lebih tua. Perkara itu sangat memberi kesan pada mereka. Si kakak tidak lagi dengan sengaja menyakat adik. Adik pun tersenyum sahaja bila dia terjatuh bila tidak sengaja dilanggar abang dan kakak. Lainla kalau sakit sangat...:)

Banyak ilmu mendidik anak yang perlu saya terokai. Anda juga. Kita perlu memahami bahasa cinta anak-anak agar kasih sayang kita sampai kepadanya dan kolam cinta anak-anak kita dipenuhi.

Jom kita belajar lagi.

Pagi Sabtu ini saya belajar sesuatu..

Terima kasih Allah

No comments:

Post a Comment