Monday 29 September 2014

Bila anak ibu tak sihat...

Harini saya EL (Emergency Leave). Nur Fathin Hanani saya demam. Dah beberapa hari tapi pagi tadi terlampau panas. Dia pun asyik merengek. Saya tak fikir apa dah, jam 5.30 pagi selepas solat tahajud, terus saya whatsapp bos, assiatant dan partner saya.
 
Sepanjang hari Fathin merap. Nak didukung, nak dipeluk. Makan harini agak kurang daripada biasa. Kebanyakan masa nak mengempeng aje kerjanya. Ibu rela sayang. Suppository PCM 5hourly ibu terpaksa sumbat. Kesian pada Fathin tapi demi nak cepat sihat. Makin ke petang nampak Alhamdulillah, makin jarak demamnya. Malam ni suhu badan Fathin ok. Fathin pun dah tergedik-gedik main dengan ayah, abang dan kakak. Harap teruslah ok.
 
Ikut hati ibu, taknak ibu pergi kerja sampai betul-betul Fathin atau Faris dan Husna sihat. Teringat ibu pada Nutriferon Shaklee. Kalau ada mungkin ibu tak perlu nak sumbat ubat pada Fathin. Sayangnya Nutriferon sekarang tak ada stok seluruh Malaysia. Sangat bagus untuk pertahanan badan.
 
Begitulah kita yang bergelar ibu. Anak adalah segala-galanya. Kesian pada anak jika tak sihat tapi ibu terpaksa bekerja. Inilah yang ibu nak usahakan. Ibu nak bekerja sendiri, atur masa ibu sendiri agar anak-anak ibu menjadi priority dalam kawalan ibu sendiri. Saya tengah usahakannya. Saya yakin, suatu hari impian saya pasti tercapai. Impian untuk menguruskan keluarga sendiri. InsyaAllah
 
Ya Allah...sembuhkanlah Nur Fathin Hanani. Peliharalah Fathin daripada demam yang melarat. Sembuhkanlah adik ibu sepenuhnya. Lindungilah dia dari sebarang komplikasi.
Amin Ya Allah..

No comments:

Post a Comment