Monday 21 September 2015

Ya, Mereka Bukan Berbangsa Melayu Tetapi Mereka Kawan Baik Saya

Rindu pada seorang kawan lama

Masa houseman, tidur sebilik di bilik oncall, sekatil, dialah selalu tolong belikan makanan, cover saya bila saya tak larat sebab waktu itu saya sarat mengandung.

Juga kawan-kawan houseman seangkatan waktu itu. Yang bila ternampak makanan kegemaran saya di kantin, pasti menelefon tanya saya jika saya mahu, yang pasti akan bertanyakan saya jika saya perlu pertolongan, yang sanggup buat oncall back to back sebab nak bagi saya puas beraya.

Mereka kawan saya berbangsa Cina dan India. Ada lelaki dan juga perempuan (yang tidur sebilik masa oncall tu perempuan ye ) dan persahabatan yang terbina sangat ikhlas.

Ada apa ye dengan perbezaan kaum?

Saya nampak keharmonian dan kepelbagaian. Saya lebih suka bekerja ditempat yang bukan semua Melayu Islam sahaja, takut susah nak dapat cuti raya.

Truly, diwaktu itu, yang membezakan kami hanya warna kulit dan bahasa ibunda. Yang lain, bagi saya, tiada beza, saling bekerja sama, saling mengambil berat. Tambah-tambah masa saya, hanya saya yang berkahwin dan mengandung..lagila dimanjakan kawan-kawan. Bukan sebab saya mengada-ngada dan lemah, tapi sebab kawan-kawan saya sangat baik hati.

Ala...sedih pulak teringat kat korang. Kebanyakan mereka takde FB. Kiut pulak rasa.

2 comments:

  1. Dlm menjalani hidup di dunia ini kita dijadikan Allah berbangsa bangsa, bersuku2 dan berpuak2 utk saling kenal mengenal dan yg paling mulia disisi Allah adalah yg paling bertakwa. Sampaikanlah oleh mu walau satu ayat. Persahabatan yg terjalin adalah peluang utk kita menyampaikan dakwah tauhid kita kpd sang pencipta kepada sahabat2 kita. Jgn suatu masa nanti ( di mahsyar ) kita dipersalah oleh mereka krn tdk menyampaikan dakwah islamiah kpd mrk. Teringat sya pd satu kisah persahabatan dua org di suatu kampung sejak dari kecil sehingga kebangku sekolah lagi. Seorang melayu dan seorang lg berbangsa cina. Si cina ini berjaya melanjutkan pelajaran sehingga keluar negara. Apabila beliau balik dari bercuti beliau tdk mengunjungi sahabtnya yg berbangsa melayu yg merupakan sahabat baiknya dahulu. Si melayu dtg berjumpa sahabnya tanya kenapa balik tak jumpanya. Si cina cakap kat melayu sampai hati kau biarkan aku selama ini dlm kesesatan kau ingat kau shj nk masuk syurga. Nasib baik aku jumpa dgn seseorang yg menyampaikan dakwah dan membawa aku kepangkal jalan. Sepatutnya kau dari dulu lg menunjuki aku kejln yg benar.
    Nah kalau itu berlaku pd kita, apa kita nk jawab.
    Tanggungjawab kita semua menyampaikan dakwah mengenai islam pd yg bukan islam lebih2 lg pd sahabat2 kita. Rasulullah menyampaikan dakwah pun pd mulanya kpd yg terdekat. Setiap kita akan diminta pertanggungjawaban

    ReplyDelete
  2. Dlm menjalani hidup di dunia ini kita dijadikan Allah berbangsa bangsa, bersuku2 dan berpuak2 utk saling kenal mengenal dan yg paling mulia disisi Allah adalah yg paling bertakwa. Sampaikanlah oleh mu walau satu ayat. Persahabatan yg terjalin adalah peluang utk kita menyampaikan dakwah tauhid kita kpd sang pencipta kepada sahabat2 kita. Jgn suatu masa nanti ( di mahsyar ) kita dipersalah oleh mereka krn tdk menyampaikan dakwah islamiah kpd mrk. Teringat sya pd satu kisah persahabatan dua org di suatu kampung sejak dari kecil sehingga kebangku sekolah lagi. Seorang melayu dan seorang lg berbangsa cina. Si cina ini berjaya melanjutkan pelajaran sehingga keluar negara. Apabila beliau balik dari bercuti beliau tdk mengunjungi sahabtnya yg berbangsa melayu yg merupakan sahabat baiknya dahulu. Si melayu dtg berjumpa sahabnya tanya kenapa balik tak jumpanya. Si cina cakap kat melayu sampai hati kau biarkan aku selama ini dlm kesesatan kau ingat kau shj nk masuk syurga. Nasib baik aku jumpa dgn seseorang yg menyampaikan dakwah dan membawa aku kepangkal jalan. Sepatutnya kau dari dulu lg menunjuki aku kejln yg benar.
    Nah kalau itu berlaku pd kita, apa kita nk jawab.
    Tanggungjawab kita semua menyampaikan dakwah mengenai islam pd yg bukan islam lebih2 lg pd sahabat2 kita. Rasulullah menyampaikan dakwah pun pd mulanya kpd yg terdekat. Setiap kita akan diminta pertanggungjawaban

    ReplyDelete