Sunday, 21 September 2014

Tips Kemas Rumah

Assalamualaikum

Harini saya nak kongsi beberapa tips untuk kemas rumah. Hehehe...itupun nak tips ek..semua orang tau.

Mengemas rumah di satu kepayahan bagi saya yang bekerja. Apalagi anak-anak masih kecil. Nak maintain rumah 24 jam kemas dan rapi tu, tak mandang le. Kadang-kadang, dari depan, dapur, bilik tidur, toilet, semuanya tak rapi. Huhuhu. Balik kerja lewat petang badan pun dah penat. Selesai masak dan uruskan anak-anak, tak dayanya nak mengemas rumah serapi mungkin. Jadilah kuis-kuis apa yang patut.

Selalunya, saya tak tahu mana nak mula. Depan ke? Dapur ke? Teringat pulak bilik tidur..argh! Serabut..

Ini cara saya:

1)Start dengan ruang tamu, ruang yang paling terdedah dengan tetamu.

2)Betulkan atau alihkan apa-apa yang perlu

3)Vacuum

4)Mop

5)Spare satu ruang main untuk anak-anak. Untuk elak anak-anak sepahkan merata tempat, pastikan kita luangkan masa kita bermain dengan mereka. InsyaAllah, tak jauh mereka bawa mainan mereka

6)Jangan bertangguh kemaskan yang siki-sikit bersepah, nanti bertapuk-tapuk, lagi pening

7)Tarik nafas dalam-dalam, jangan serabut, anggapkan ini sebagai senaman untuk kita membakar kalori, kempiskan perut, kuruskan badan.

8)Niat ibadah, botingkek tingkek pahalo

Kalau dulu, saya memang tak mampu melakukan semua ni. Mind setting kene kuat. Katakan BOLEH! Katakan TAK SUSAH! Lepas kerja, selalunya saya akan melepek, cepat tidur, tak menyempat nak kemas rumah. Tapi sekarang tidak lagi. Macam masih ada banyak tenaga berbaki selepas pulang dari kerja sejak saya amalkan SET KESIHATAN OPTIMUM SHAKLEE

1)Vitalea
2)Vitamin Bcom
3)Vitamin C

Alhamdulillah. Kawan-kawan yang saya suggest pun semua rasa kelainan.

Jom, kita kuatkan badan, sihatkan tubuh, dan kemas rumah!

Hehehe..

Saya Shaklee Independant Distributor anda.

Saya sihat, kuat, ceria, gembira dan rasa cantik dengan Shaklee.

Alhamdulillah

PM saya untuk sebarang pertanyaan

Nurul 0187812078
nurulhudaariza@gmail.com

Saturday, 20 September 2014

Kedai best di Ipoh:Nasi Arab satu!

Asalamualaikum

Saya orang Ipoh, tapi sesungguhnya tak berapa tau apa yang best di Ipoh sebab asal balik Ipoh, masakan mak la saya tuntut.

Bila dah kahwin dan duduk di Manjung, seronok jugak recce restoran best-best di Ipoh. Kebetulan adik saya yang bongsu kerja di satu kedai nasi arab di Kinta Riverview, apalagi, try la.

Hadramawt nama kedainya. Bebetul di tepi sungai Kinta di Kinta Riverfront, bersebelahan dengan Hotel Kinta Riverfront. Tak silap berhadapan dengan sekolah.

Macam biasa, kedai Arab, resepi Arab la. Nasi Ayam Mendi, Daging Mendi, khabsa..bla..bla..bla..Tak sempat nak belajar sebab semua adik saya yang order dalam bajasa Arab. Ces!

Saya makan Nasi Ayam Mendi dengan Fresh Orange. Side dishnya pulak apa ke nama, roti dicicah dengan kuah kacang. Haaa...bukan kuah kacang manis macam kita tau. Kacang pedas sikit rasanya. Memula saya pun buat muka pada adik, bila rasa...wallaweh!! Fantastik! Cuma kaki pedas macam saya kene mintak cabai potongla nak taruk dalam kuahnya. Agak kurang pedas..:)

Emm...terfikir pulak saya. Berapa banyak kalori makan sepinggan nasi arab ni ye? Hehehe..boleh tahan la. Nasi penuh sepinggan dengan ayam potong empat. Apalagi, balik rumah saya terus makan Lecithin dan malam pulak saya makan Omega Shaklee untuk burn lemak-lemak yang saya makan tadi, dan lemak-lemak lama yang terpendam.

Cerita pasal Lecithin dan Omega ni, teringat saya pada Alfalfa. 3 kawan baik ni la sangat berjasa pada saya selepas pantang anak ketiga haritu. Baju saya semuanya ketat-ketat jadinya. Agak panik! Nasib baik ada 3 suplemen ni. Alhamdulillah. Pada awalnya cuba diet sendiri, sedikit exercise tapi tak jadi. Bila tambah suplemen yang 3 ni, cepat aje mengempis apa-apa yang patut. Anak-anak pun tak merungut dah ibu buncit. Hehehe..

Berbalik pada Restoran Hadramawt..anda mesti cuba! Memang best! Kalau bulan Ramadhan, lagi berbondong orang ke sana.

Nanti saya update map dan contact number ek...

Saya Shaklee Independant Distributor

Apa2 mau tahu dan mahu cuba Shaklee, PM saya ye.

Nurul 0187812078

Thursday, 18 September 2014

Resepi : Mealshakes Fruitcocktails

Fruitcocktails resepi wajib keluarga saya setiap kali musim perayaan. Ada orang buat puding fruitcocktail, ada orang buat air fruitcocktail, tapi saya 'combine' kedua-duanya. Siapa yang dah cuba, pasti mintak resepi.

Fruitcocktail kaya dengan buah-buahan. Kandungan vitamin yang tinggi. Dan saya tambah dengan keenakan rasa vanilla Mealshakes Shaklee, fuh! Marvellous!

Bahan-bahan:

1 cawan Bird Custard
7 cawan air
1/2 cawan gula
1 tin susu pekat manis
1 tin susu cair
1 tin fruitcocktail (apa2 brand janji halal)
1 sudu Mealshakes Shaklee
+- longan

Cara buat puding:

1)Campurkan 1 cawan Bird Custard dan 7 cawan air,setengah cawan gula dan setengah cawan susu pekat (sukatan boleh dikurangkan ikut kemanisan yang anda suka)

2)Kacau dahulu hingga sebati kemudian kacau hingga likat diatas api.

3)Sehingga betul-betul likat, tuangkan diatas talam/loyang/tupperware untuk dijadikan puding.

4)Sejukkan diluar dahulu sebelum masuk ke dalam peti ais. Sedia untuk di potong dan campur bersama fruitcocktail

Cara buat fruitcoctail

1)Guna periuk bekas kacau puding tadi, masukkan 1 tin susu cair-balance susu pekat tadi dan kacau atas api sehingga mendidih.

2)Apabila mendidih, masukkan 1 tin fruitcocktail tadi dan terus tutup api (untuk kekalkan kerangupan buah).

3)Sejukkan dalam peti ais, selepas kurang panas, masukkan 1 sudu besar Mealshakes Shaklee dan kacau rata.

4)Sedia untuk dimakan bersama puding yang dah sejuk dan dipotong tadi.

Selamat Mencuba!!

Saya Shaklee Independat Distributor anda

Nak sihat, nak cantik, nak bertenaga PM saya ye

Nurul 0187812078

Senyum

Wednesday, 17 September 2014

Siapa saya?Selamat Berkenalan..:)

Assalamualaikum wbr

Nama saya Nurul Huda Ariza binti Abdul Razak. Saya berumur 34 tahun. Saya dilahirkan di Hospital Pulau Pinang pada 18 November 1980 pada jam 12.15 tengahari (panas tu). Saya adalah anak sulung dari 5 beradik dengan seorang adik perempuan dan 3 orang adik lelaki.

Sekolah rendah saya, Sekolah Kebangsaan Jelapang, Taman Meru, Ipoh Perak. Sekolah Menengah saya Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra. Saya melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian dalam bidang perubatan. Sekarang saya bertugas sebagai pegawai perubatan di Hospital Seri Manjung, Perak. Saya telah berlhidmat sebagai seorang doktor selama 7 tahun, pelbagai pengalaman yang telah saya lalui.

Saya dah berkahwin dan dikurniakan 3 orang cahayamata setakat ini. Ada rezeki saya nak ramaikan ummat lagi, InsyaAllah.

Berkahwin dan mempunyai 3 orang anak membuatkan saya selalu rasa untuk berhenti kerja. Saya mahu menjaga suami dan anak dari rumah. Saya mahu saya sendiri menguruskan makan pakai mereka.

Secara peribadinya, saya seorang yang tegas tapi mudah mesra. Jika pertama kali berjumpa, ramai yang kata saya sombong sebab raut wajah saya ni macam orang sombong. Bila dah kenal, menyesal pulak. Haahha..sebab tak berhenti bercakap. Saya sangat setia pada persahabatan. Saya sangat suka menulis namun sejak berkahwin, mood untuk menulis tu selalu ke laut.

Sekarang, demi berusaha mencapai impian saya menguruskan anak dan suami sendiri, saya sertai Shaklee. Teruja dengan seribu-satu kebaikan produk Shaklee, saya juga jatuh hati dengan ahli-ahli Shaklee yang rata-ratanya sangat Islamik dan sangat sesuai dengan jiwa saya. Bukan hanya bisnes semata, tetapi dalam masa yang sama kita membantu orang lain untuk jadi lebih sihat, juga menambah pendapatan keluarga.

Apa tak cukup ke gaji saya sebagai doktor? Bila impian setinggi gunung, pasti tak cukup. Impian saya banyak. Dan kesemuanya untuk berbakti dan membantu. Terutamanya untuk kesihatan. Saya ingin sekali membantu mereka yang susah, bagi ubat free, perkhidmatan kesihatan free, pendidikan kesihatan free daripada saya sendiri.

Saya nampak saya mampu melakukannya dengan Shaklee. Sangat dekat dihati saya bila Shaklee sangat mempromosikan kesihatan dan kecantikan disamping pendekatan spiritual yang buat kita makin hampir dengan Allah.

Sekarang, saya masih seorang doktor. Dan mungkin selama-lamanya saya akan berkhidmat untuk orang ramai, tetapi dimedan yang berbeza, dimana anak-anak saya dihadapan mata saya, segala urusan anak-anak dan suami menjadi tanggungjawab saya. Ewah! InsyaAllah

*Saya tahu ramai diluar sana yang ingin keluar dari kemiskinan, keluar dari kepompong yang menyekat kemajuan diri, jadi jomla sertai saya di Shaklee. Anda mampu berubah! From zero to hero!

Saya Dr Nurul Huda Ariza binti Abdul Razak

Medical Officer
Breastfeeding Peer Counselor
Shaklee Independant Distributor

PM saya tentang apa sahaja yang mendatangkan faedah dan memberi manfaat.

0187812078

Senyum

Thursday, 11 September 2014

Heamorrhoid (Buasir) : Kepentingan Suplemen

Hari ini, jom kita bercerita tentang heamorrhoid. Atau lebih mudah saya katakan buasir. Ramai dikalangan kita ada masalah heamorrhoid. Tapi tak ramai yang nak berjumpa doktor untuk dapatkan rawatan. Yela..malu bila doktor nak periksa dikawasan 'tu'.

Ada juga yang mengalami simptom-simptom awal heamorrhoid tapi tidak mengendahkannya. Mungkin kerana kurang pengetahuan, mungkin kerana tidak ambil kisah. Heamorrhoid boleh dikawal dan boleh disembuhkan. Tapi, jika dibiarkan, heamorrhoid pasti sangat menyakitkan dan berkemungkinan memerlukan pembedahan sebagai rawatan akhir.

Simptom-simptom berkemungkinan heamorrhoid termasuk:

-keluar darah fresh selepas buang air besar tanpa kesakitan
-kekadang stain darah fresh bersama najis yang keluar
-ketulan dibahagian anus (tempat keluar najis) ada masanya keluar sewaktu meneran sahaja, ada masanya sentiasa terkeluar
-sakit dibahagian tempat keluar najis
-adakalanya heamorrhoid yang terkeluar tidak boleh dimasukkan kedalam lagi (ditolak dengan tangan) dan membawa kepada kesakitan berterusan

Heamorrhoid boleh berlaku kepada sesiapa terutamanya yang mempunyai sejarah batuk kronik (berpanjangan), pekerjaan berat, dan ibu mengandung. Ramai ibu mengandung dan selepas melahirkan mengalami masalah ini.

Jadi, tentu ramai yang ingin cuba suplemen untuk mengurangkan simptom heamorrhoid ni dan dengan izin Allah tidaklah perlu anda berjumpa doktor atau menjalani pembedahan. Kawalan heamorhoid melibatkan kawalan dari sembelit, penyembuhan luka dalaman dan luaran dan pengecutan salur darah didinding salur najis kita.

Saya sangat menyarankan SET BUASIR SHAKLEE dengan 3 rangkaian vitamin yang bertindak membantu mengurangkan masalah heamorrhoid anda.

OSTEMATRIK - melembutkan najis dan melancarkan pembuangan

ZINC COMPLEX - menggalakkan penyembuhan luka ditempat keluar najis (external heamorhoid) dan didalam salur najis (internal heamorrhoid)

OMEGA GUARD - antiradang yang membantu mengecutkan salur darah yang mengembang dibahagian dinding salur najis (mengecutkan buasir)

Dengan pengambilan yang konsisten dan berterusan, InsyaAllah, tiada buasir lagi. Anda pasti suka hati, tak perlu risau untuk berjumpa doktor lagi.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang buasir dan suplemen shaklee, sila hubungi saya.

Dr Nurul 0187812078
Shaklee Independant Distributor
Id 1067080
Seri Manjung, Perak, Malaysia

Untuk konsultansi kesihatan dan Shaklee

Senyum

Sejenak ku terkenang...

Petang tadi saya merawat seorang pesakit. Pesakit yang datang dengan seribu keluhan. Pesakit yang bukan sahaja mahukan ubat, tetapi lebih pada sokongan untuk meneruskan hidup.

44 tahun, lelaki Melayu. Lebih kurang 2 tahun yang lepas kemalangan jalan raya yang mengakibatkan rosak teruk tempurung lutut kanan dan patah tulang Femurnya. Sejak itu, dia seperti hilang arah. Marah pada takdir, kecewa dengan nasib.

Sepintas teringat saya pada arwah sahabat. Lebih 10 tahun yang lalu, saya kenal seorang sahabat. Secara kebetulan kerana sahabat itu adik ipar jiran mak bapak saya, dan memerlukan rawatan di Hospital Kubang Kerian.

Diduga menghidap kanser hati tahap akhir, pada usia 28 tahun, arwah kelihatan seperti orang hilang pedoman. Dan secara tiba-tiba saya rasa terpanggil untuk membantu arwah.

Tempoh yang singkat saya manfaatkan. Dari tak mengenal sejadah dan kiblat, arwah mula taat pada solat. Tak perlu lagi diingatkan untuk solat. Dahulu, raut wajah yang keruh itu dah semakin berseri. Tidak lagi arwah meratapi nasib diri, tapi terus kelihatan bersemangat untuk meneruskan hidup.

Saya terharu, sedih juga kerana kami sama-sama tahu saat untuk kami terus bersahabat dah hampir habis. Arwah semakin tenat. Namun Alhamdulillah sehingga ke saat akhir hayatnya hanya wudhu dan solat yang arwah ingat.

Dalam tangisan mengiringi pemergian arwah, saya bersyukur, sebuah perjalanan hidup singkat yang sungguh bererti untuk saya dan arwah. Memberi ruang dan peluang untuk lebih mengenal Dia.

Alhamdulillah.

Friday, 5 September 2014

Keahlian Shaklee

Assalamualaikum

Hari ini saya nak cerita sikit tentang keahlian Shaklee. Dan kenapa perlu kita jadi ahli Shaklee.

Pertama sekali suka saya beritahu bahawasanya Shaklee ini adalah MLM (Multilevel Marketing). Dalam Shaklee ada pelbagai rank, upline dan downline. Tetapi apa yang membezakan Shaklee dengan yang lain?

Antara faktor yang menjadikan sesebuah MLM tidak patuh syariah adalah sistem yang diamalkan dimana upline akan semakin goyang kaki jika downline semakin ramai. Upline akan mendapat 'passive' income hanya dengan pendaftaran keahlian baru dan 'sale' yang 'downline' buat. Tetapi tidak di dalam Shaklee. Dalam Shaklee, siapa berusaha dia berjaya. Tempoh tidak menentukan semakin tinggi rank seseorang dan tiada takat tepu dalam Shaklee.

Produk Shaklee disahkan halal oleh America Muslim Society di Amerika, satu badan halal yang mendapat pengiktirafan dari JAKIM. Setiap produk Shaklee mesti melalui kajian dan penapisan yang sangat ketat sebelum dikeluarkan. Shaklee sangat mengambil berat sensitiviti pengguna Islamnya.

Antara lagi 1 sebab yang menjadikan Shaklee MLM patuh syariah adalah keahlian itu sendiri. Hanya perlu membayar RM65 untuk mendaftar, kemudian selamanyalah anda menjadi ahli Shaklee. Dan selamanyalah anda berpeluang menikmati segala diskaun, bonus, insentif dari Shaklee. Tiada syarat pembelian minimum bulanan untuk kekalkan keahlian. Tiada syarat yang menekan ahli untuk membeli tanpa keperluan demi mengekalkan keahlian. Anda beli, anda tak beli, abda jual anda tak jual Shaklee, anda tetap ahli Shaklee seumur hidup. Tidak perlu risau tentang yuran bulanan.

Apa anda dapat dengan RM65?

-keahlian seumur hidup
-peluang dapat bonus
-peluang mengerjakan umrah ditaja sepenuhnya oleh Shaklee
-peluang memiliki kereta sendiri tajaan Shaklee
-peluang melancong ke serata dunia
-starter kit sebagai panduan utnuk anda memulakan bisnes
-bersatu dalam sistem 'mak' 'anak' yang penuh dengan nilai nilai kekeluargaan

Syarat utama..usaha!

Untuk anda yang mahu menjada pendapatan tambahan, membantu ekonomi keluarga, menaiktaraf ekonomi keluarga, melangsaikan hutang, mengisi masa lapang...Shaklee la jawapannya.

Ingin sertai Shaklee bersama saya?

PM saya
Nurul 0187812078
Email nurulhudaariza@gmail.com

Senyum