Friday, 2 May 2014

Laksa kegemaranku

Assalamualaikum

Sempena cabaran #MAMIphotoaday harini saya nak sembang-sembang pasal laksa, makanan kegemaran saya.

Semua orang mesti taukan laksa tu apa? Cuma ada yang tertanya-tanya, dia ni suka laksa apa? Laksa Penang? Laksa Perlis? Laksa Kedah? Laksa Johor? Macam-macam jenis laksa daa..

Saya suka laksa utara. Yang pekat kuahnya, yang cukup masamnya, yang 'harum' bau belacannya, yang sempurna rasa masinnya. Laksanya pulak saya mesti nak makan dengan laksa segera. Saya tak suka laksa kering yang di rebus. Lembik...

Sejak kecik saya suka laksa. Semua orang tahu. Bukan mak bapak saja, makcik pakcik, sepupu sepapat semua tahu. Jadi kalau tahu saya akan berkunjung ke rumah, pasti laksalah juadahnya. Begitu jugak kawan2. Puasla saya makan laksa.

Macam mana cintanya saya pada kuah laksa? Haaa..siapa pernah minum kuah laksa dalam gelas guna straw? Haa...saya la tu...lagi sedap kalau laksa dah perangat 2,3 hari. Hihihi. Adoyai...teringin pulak rasanya laksa.

Apa khasiat laksa? Mau makan, mau tahu jugak khasiatnya. Firstly kene tahu la apa bahannya. Dah tentu bahan utamanya ikan yang kaya dengan protein untuk kuatkan tulang, otot dan gigi. Selain dari laksa itu sendiri yang kaya dengan karbohidrat sebagai sumber tenaga. Dan awas awas hiasan termasuk daun salad sumber vitamin dalam laksa. Wah..macam gizi seimbang pulak makan laksa ni. Terbaiklah!!

Sesuatu yang pelik berlaku semasa saya mengandungkan anak kedua. Saya tak suka makan laksa. Bukan itu saja, bau laksa dari jauh pun dah buat saya rasa nak muntah. Muntah pun pernah. Pelik betul kerja hormon sampai boleh mengubah siapa kita, apa yang kita suka dan tidak. Subhanallah. Begitu besar kuasa Allah. Bayangkan waktu itu, ramaila yang rajin buatkan saya laksa. Mak2 sedara, kawan2, staff2. Terpaksala saya telan yang confirmnya saya muntah selepas itu. Semacam fobia dengan laksa, saya jadi kurang gemar pada laksa sehingga saya mengandung dan bersalin anak ketiga.

Sekarang, cinta saya pada laksa datang balik. Saya pantang nampak kedai jual laksa, pasti saya nak cuba. Dan rata2 kedai, tak banyak yang menepati citarasa saya. Nasib baik dalam banyak2, kantin hospital sangat menepati citarasa saya. Mudahla nak makan laksa. Hehehe...

Nak tau satu rahsia? Ya...saya suka makan laksa, tapi saya tak pernah buat sendiri, walau sekali...walau sekali! Hehehehe

Laksa best!!!

Dengan kandungan bahan2 nutrisi  seimbang, memang terbaeklah!!!

Senyum

1 comment:

  1. ler...peberet ke laksa kedah..samala kita..x pernah jemu..tp kalo msk laksa x pernah sedap..sukanya sy kt laksa sampai huby jeles sbb sy lebihkn laksa..heheeee

    ReplyDelete