Wednesday, 20 August 2014

Aku yang dulu bukannya yang sekarang. #TheShakleeEffect

Berapa bulan ya saya dah bersama Shaklee?

Wah...dikira-kira dah 10 bulan saya dah bersama Shaklee. Hanya tinggal lagi 14 bulan untuk saya kejar target Master Coordinator. Eh! Pantas!! Mestila!! InsyaAllah.

Shaklee merubah saya dari pelbagai segi. Tak disangka saya yang dahulunya tak pernah endah pasal suplemen (biasa-biasa pasal kesihatan) sekarang saya sangat tak boleh kalau tak makan suplemen. Sebab saya dah rasa, betapa perlunya badan kita pada suplemen. Betapa rupanya tak sihatnya badan saya sebelum ni. Alhamdulillah, bila mengambil suplemen, datang sendiri untuk menjaga kesihatan sepenuhnya. Pemakanan yang dikawal, senaman yang berterusan.

Shaklee juga menjadikan saya hamba yang lebih hampir pada Pencipta. Bukan kerana Shaklee itu sendiri, tapi kerana individu-individu hebat dalam keluarga Shaklee Jutawan, iReach, Supermom, SMT. Menyertai Shaklee umpama menyertai kem memperkasa diri dan iman. Bersama dengan mereka-mereka yang disayangiNya, menjemput rezeki bukan sekadar promosi. Menjemput rezeki bukan hanya menjual sana sini. Tapi ianya jauh lebih pada itu. Menjemput rezeki dengan mengorat Pemberi Rezeki, zikir tak henti, qiamullail di dinihari, Dhuha tak berselang seli, solat fardhu waktunya ditepati. Segala-galanya tentang rohani. Alhamdulillah, rezeki datang dari Allah, yang pasti pahala berganda dengan amalan-amalan yang bertambah. Perkara yang baik jika dibuat berterusan, jika tertinggal rugi dan rindu rasanya. Bukan sekadar menjemput rezeki. Alhamdulillah.

Kalau dulu...saya ni bukanla jenis manusia yang sistematik. Ikut sempat aje. Perancangan semua dalam otak. Kemudian mulala bersimpang siur. Sejak berShaklee, rasa teratur sikit. Filingnya..nota-notanya. Jadual waktu waktu dan perkara yang nak buatnya. Wah...hebat gitu! Hehehe...macam bukan saya. Tapi...demi untuk berjaya, saya paksakan diri juga.

Saya manusia simple. Saya takde cita-cita yang kononnya beyond my capability. Cukup dengan apa yang ada, janji bahagia. Bila berShaklee, impian bukan sekadar pencapaian peribadi. Saya mula menyimpan impian demi impian untuk yang tersayang, untuk bangsa, untuk agama dan negara saya. Sesiapa sahaja boleh menggapai bintang jika dia mahu. Dakwah bukan sahaja diruang lingkup tertutup, dakwah lebih daripada itu. Sekarang, impian saya terlalu tinggi tapi saya yakin, tiada yang mustahil dengan usaha yang gigih dan izin Allah.

TheShakleeEffect. Yes it affected me a lot. I become a new fresh person. A person with full of dream and visions. A person who always believe, there is always a will if u wish. And a better Muslim, perhaps. Closer to the Al Mighty.

Alhamdulillah..

TheShakleeEffect!
YouCantDenyIt!

Tuesday, 19 August 2014

Hai! Selamat Berkenalan!

Assalamualaikum

Nama saya Nurul Huda Ariza binti Abdul Razak. Saya seorang doktor. Kerja saya seharian mengadap dan melayan manusia dengan pelbagai kerenah.

Saya dah berkahwin dan dikurniakan 3 orang anak (setakat ini). Alhamdulillah. Anak saya yang sulung sekarang bersekolah di Sekolah At Taalim di Tahun 1. Yang kedua belajar di Brainy Bunch dan yang ketiga saya hantar ke nursery.

Tetiba mimpi nak cerita hal diri ye. Serba sedikitla tentang saya. Saya ni jenis simple orangnya. Senang nak berkawan dan bawak bincang. Kekadang tu ade jugak emonya. Tapi mesti cuba bersabar walau apa keadaannya.

Kerja saya sekarang 8-5 setiap hari. Letih juga. Lagi letih bila hati dok fikir..alahai, berapa jam sangat saya ada masa dengan anak-anak. Sampai setiap hari saya pasti berangan-angan...kalaulah saya boleh bekerja dari rumah.

Sekarang saya buat Shaklee as part time. Bermula dengan makan sendiri, saya sangat teruja untuk berkongsi kebaikannya dengan semua orang. Alhamdulillah, ramai yang dah dapat saya bantu. Saya sangat suka.

Saya masih dalam usaha ini. Usaha untuk menaikkan taraf diri, keluarga, agama. Saya nak jadi kaya untuk bantu mereka yang perlu. Saya nak keluar dari dijajah jadual kerja yang tak fleksibel. Saya teringin nak sedekah banyak-banyak kat Palestine. Saya teringin nak merantau seluruh pelosok Malaysia ni, bantu siapa yang memerlukan.

Saya masih seorang doktor. Jiwa saya sarat dengan semangat nak membantu. Bahagia bila dapat membantu orang.

Melalui kerjaya saya..melalui Shaklee.

InsyaAllah

Monday, 18 August 2014

Wah!! Dapat bonus dari Shaklee!!

Assalamualaikum

Sharing sikit cerita bonus Shaklee ni. Terus terang saya kata, masa memula saya daftar Shaklee, takde saya kisah pun pasal bonus. Yang saya tau saya nak dapat harga ahli sebab saya yakin saya akan terus-terusan ambil Shaklee secara istiqomah sebab saya dah rasa kesan baik Shaklee pada badan saya.

Jadi, mana la nak tau rupanya Shaklee ada bagi bonus. Memang perlu cukup point baru layak dapat bonus. Belian saya bulan pertama rupanya dah melayakkan saya untuk dapat bonus. Asalnya saya tak tau menahu pun. Tapi bila tengok dalam FB semua orang sibuk cakap pasal bonus Shaklee, saya pun tergediks jugakla. Mana tau ada. Saya pun bukakla shaklee2u. Wah!! Hahaha...saya dapat bonus! Teruja wei! Walaupun hanya RM29 (bonus pertama saya) tapi siapa nak bagi kan. Tambah pulak memang tak disangka-sangka.

Itu baru beli untuk diri sendiri. Rasa berbaloinya saya makan Shaklee ni. Dan rasa sangat berbaloinya untuk setia dengan Shaklee. Mana taknya. Badan sihat, bonus pun Shaklee bagi setiap bulan. Alhamdulillah.

Bermula bonus kali pertama saya cari gali lagi sistem Shaklee (yang awalnya saya kaji konsep MLM yang Shaklee apply memang patuh syariah). Saya sangat suka! Dalam Shaklee, siapa kerja kuat, dia dapat hasil lebih. No such thing bila semakin tinggi rank, semakin lepak kita. No..no...kene berusaha. Adilkan..

Bonus Shaklee jadi motivasi saya untuk lebih gigih. Sebab setiap bulan dapat extra money yang saya boleh guna untuk macam-macam. Bagi extra kat mak bapak, belanja keluarga makan, bawak bercuti dalam Malaysia (InsyaAllah akan keluar negara) dan paling best dapat sedeqah kat orang yang memerlukan. Alhamdulillah. Tapi sebelum tu, bayar zakat dulu ye. Baguskan?

Dalam bisnes Shaklee Malaysia ni, hal kerohanian sangat ditekankan. Keberkatan dalam berbisnes pun penting. Jadi antara perkara penting yang selalu ditekankan upline-upline kami ialah Zakat. Alhamdulillah.

Bestkan Shaklee.

Anda jom la join saya. Bukan sahaja sihat tubuh badan, boleh jana pendapatan dan semakin dekat dengan Allah, InsyaAllah

Hubungi saya ye..

Nurul 0187812078
Fb Nurul Huda Ariza
Email nurulhudaariza@gmail.com

PROJEK JUTAWAN
KayaHartaKayaIman

Thursday, 14 August 2014

Motivasi saya..dulu, kini, selamanya....

Dari sekolah menengah, ada 1 lagu nasyid yang sentiasa saya lagukan setiap kali dalam kesusahan, kesedihan, kegelisahan..Setiap kali dengar lagu ni, hati akan jadi tenang. Kita ingat kembali bahawa sandaran kita hanya Allah, tiada apa perlu dikeluh kesahkan..

Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Begitulah waktu senang jangan lupa daratan
Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa gunanya sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada Tuhan
Ingatlah biasanya kabus, tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiah dari Allah
Apakah kitakan sabar, ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari Tuhan

Inteam & Nazrey Johani
(Asal : The Zikr)

Perhatikan senikatanya..sangat menenangkan jiwa..

Wednesday, 13 August 2014

Cinch Shake untuk abang sayang..:)

Assalamualaikum

Sejak saya makan Shaklee beberapa bulan yang lalu, sesekali saya suapkan jugak vitamin Shaklee ke mulut suami. Nak harap dia nak amik sendiri tidakla. Saya rasa, bukan sebab tak mahu makan, dia rasa sayang nak habiskan vitamin hasil titik peluh isteri dia berniaga ni, biarlah isteri sorang je perhabiskan. Auw!! Touching gitew!! Hehehe..

Saya pulak, memang nak Abang makan suplemen macam saya. At least konsisten dengan 1 pun jadilah (sekarang dah lebih satu..heheh). Di tempat kerja Abang, berat badan ideal amat dititikberatkan. So, rajin jugak Abang menimbang, nak make sure berat badannya ideal.

Dah kahwin 7 tahun, anak 3, senang hati tempat kerja pun dekat, nak tak nak 'membesar' jugakle sikit cik abang saya ni. Tak pun, dulu maybe ada spare tyre basikal, sekarang mungkin keretala. Lori tak kot..hehehe...so, abang kata, dia nak diet sikit. Masih berkira-kira, apa nak bagi abang makan..saya story pasal Cinch Shake..

Shake yang kaya protein untuk bina otot
Shake dengan 3 perisa:

Vanilla
Chocolate
Cafe Late

Shake yang mengenyangkan, sebagai ganti sarapan bagi yang berdiet

Cinch Shake termasuk dalam Slimming Programme Shaklee. Ataupun Inch Loss Program.

Diet yang baik adalah diet yang membakar dan menyingkir lemak berlebihan tapi mengekalkan malah membina otot...disinilah pentingnya Cinch Shake!!

Kebetulan waktu tu saya perlu beberapa uv nak cukupkan point, abang kata, orderlah Cinch Coklat untuk abang.

Maka bermula story abang dan Cinch Shake. Setiap pagi sebelum keluar bekerja, saya akan bancuhkan 2 scoop Cinch untuk abang dalam Shaker Shaklee kegemaran kami. Dah sejak berapa lama (sejak amal Cinch), cik abang dah tak risaukan sarapan...kekadang makan tengah hari pun abang tak ambil...kenyang katanya.

Abang kata, bagus betul Cinch ni. Saya pulak, yelah...spare tyre dah menyusut...tak boleh wat spare tyre dah...hehehe...abang pun nampak makin cergas...kalau dulu mungkin terlebih berat sikit, abang dok mengadu sakit lutut dan pergelangan kaki, sekarang tidak lagi!!

Yes!! Saya suka!! Shaklee memang banyak membantu kami sekeluarga dengan izin Allah.

Cinch Shake ada 3 perisa..pilih ikut kegemaran anda....semua pun sedap...

Anda mahu cuba?
PM saya ye..wakil Shaklee anda

Hp : 0187812078
Fb : Nurul Huda Ariza
Email : nurulhudaariza@gmail.com

Senyum

Vitamin Shaklee pertama saya..terus jatuh cinta!

Mengimbau kali pertama saya kenal Shaklee dulu bila tengok banyaknya iklan Shaklee dari Kak Marieah. Kebetulan pulak tengah berpantang. Serik makan produk-produk herba yang 'panas', baby dan saya pasti cirit.

Sebagai permulaan, saya mahu mencuba Shaklee tapi risau jugak samada saya sesuai dengan Shaklee atau tidak. Kata Kak Marieah, cuba 3 vitamin ni dulu.

Vitalea
Vitamin C SR
Vitamin B Complex

Hati sangat teruja. Yelah....seumur hidup tak pernah makan suplemen-suplemen ni. Excitednya rasa. Harap sangat berkesan untuk saya. Bila sampai pada saya vitamin 3 serangkai (sekarang dah jadi best friend saya), wow!! Colorful!

Vitalea warna hijau
Vitamin C SR warna putih
Vitamin B Complex warna kuning

Nampak macam besar Vitalea dan Vitamin C SR tu. Tapi senang aje menelannya sebab permukaannya yang licin. Vitamin C SR pulak saya lebih suka hisap sampai kecik sebab rasanya yang masam. Lepas 2 ke 3 hari lelangit saya mula sakit sebab menipis dok hisap vitamin C tu. Hehehe...macam kita makan asam masin. Sudahnya suami saya kata, telan aje la dengan air. Hehe..Vitamin B complex comel ajer, lagi mudah nak telan.

Begitulah bermulanya cinta saya dengan Shaklee. 3 serangkai yang saya tak pernah lupa walau ke mana sahaja saya pergi.

Badan saya semakin segar, susah nak jatuh sakit..semuanya ikhtiar dengan Shaklee dan dah tentu dengan izi Allah..

Vitamin 3 serangkai ini sangat bagus sebagai permulaan...sangat berkesan, sangat menyihatkan badan.

Anda juga perlu cuba Shaklee...dah cuba baru tau bestnya Shaklee ni....

Hubungi saya wakil Shaklee anda

HP 0187812078
FB Nurul Huda Ariza
Email nurulhudaariza@gmail.com

Senyum

Sunday, 10 August 2014

You call it IslamicMontessori

Assalamualaikum

7 years in Seri Manjung, I never thought that I will at last send my children to a Montessori. A suburban area, Manjung is quite slow in term of education development compared to Ipoh and Kuala Lumpur. I was once nearly open a montessory here, but its Allah will, I've no budget that time.

Now, we have Brainy Bunch Islamic Montessori here. A very first year of the first montessory in Seri Manjung, and it is Islamic Montessory. Regardless of the fees (a lot more expensive then normal kindergarten here) I know, BB will provide the best for my Husna. The Islamic version of Montessori. Alhamdulillah.

I personally don't agree with the idea of normal kindergarten. A lot of homework to bring back home. A lot of books and it is quite burdening to the kids sometimes. My eldest, Faris Farhan had experienced that. Pity him. However, still my special thanks to his kindergarten school that he manage to hafaz many surahs and manage to read Al Quran once he entering standard 1. Alhamdulillah.

In Montessori, you don't have homework. Teachers guide you to experienced your life, yourself. How to wear clothes, how to pour water into the glass, how to connect with others, how to react in different situation, how to develop you own capabilities. Islamic Montessori, the kids were taught dua for each actions, respect others, how to become Imam in solah, why you should perform solah, started to memorize few surah as early as 6 months.

Islamic Montessori, where I hope Husna will develop her very own strong base. This age is crucial as its determined who you will be next. It is the time for parents to pour a colourful paint on them. It is the time when their brain absorb everything easily as a span. Whether it is good or bad, they will just follow us. It started at home. And it is a bonus when you can send your little one to Islamic Montessori, it helps you  a lot. Rather singing unnecessary song, they sing Islamic songs, remind us to Allah and Rasulullah.

It is still a long journey to my Husna. I pray to Allah that she will be a good Muslim, will be an example for other Muslim and will hold Al Quran tightly in her heart.

Amin