Wednesday 16 July 2014

Puteri Ibu dah 1 tahun

Entry saya lambat sikit. Nur Fathin Hanani 13 Julai 2014 haritu dah genap setahun. Bulan puasa katakan. Ibu ayah sambut dengan kesyukuran, Alhamdulillah Fathin sihat, aktif dan sangat comel.

Imbau kenangan 1 tahun lepas. Bulan puasala waktu tu. Ibu dah rasa tak sabar-sabar nak beranak. Letih nak menanggung perut boyot ni sampai 40 minggu. Itulah kisahnya, sampai 40 minggu, akhirnya ibu ke hospital minta jugak-jugak kawan ibu periksa. Dah berpuasa hampir sehari, Allah saja tahu letihnya ibu masa push tu. Tapi ibu kuatkan semangat.

Akhirnya keluar juga baby comel ibu. Opah kata macam Korea. Kononla kan. Pipi tembab, kulit putih melepak..masa tu la kan..hehe. sekejap je tinggal dihospital, Fathin pandai hisap susu, cepat berak dan kencing.

24 hari ibu kene ganti puasa. Rindunya suasana berbuka, apalagi bertarawikh di masjid. Sejak dah ada anak-anak ni, dah lama sangat ibu tak dapat solat tarawikh di masjid. Si abang dah besar, keluar pulak kakak. Kakak abang dah besar, Fathin pulak keluar.

Dah 1 tahun Fathin ibu. Macam-macam akalnya. Memanjat sana sini. Bertatih dapatlah 7-8 langkah. Merengeknya mengada-ngada. Pantang nampak ibu, terus menempek mintak susu. Paling beza Fathin dengan abang kakak, Fathin boleh menyusu dalam macam-macam keadaan. Meniarap, berdiri, menonggeng, terbalik kuang, posisi koala dan haish..macam-macamla. Kelakar sangat. Tapi takkan nak ambik gambo kan. Aurat ibu.

Fathin suka makan. Apa yang orang makan, Fathin nak makan. Nampak makanan tangan terus ditadah...mulut berbunyi, doala tu konon. Ibu ayah nampak gaya Fathin suka makanan masin. Macam kakak. Kene jaga jugak ni. Bahaya asyik makan masin je.

Emm...geram mengenangkan...suka sangat Fathin menyakat abang kakak. Saje je buat sesuatu yang bagi kakak marah. Abang dah besar, boleh sabar lagi. Kakak asyik rasa geramla kat Fathin. Yang geramnya..bila dia nyakat abang kakak tu..muka dia..huh..rasa nak gigit!! Punyala sengihnya. Hehehe...

Alhamdulillah. Apa saja vitamin dan susu Shaklee yang ibu makan, Fathin ok je. Takde penolakan, takde allergi. Ibu pun terasa yang susu ibu sangat sedap sebab Fathin boleh duduk kat ibu, beround-round hisap susu. Hadoi...penat akak! Tapi pleasure sangat rasanya. Alhamdulillah

Doa ibu, semoga adik jadi anak solehah. Membesar jadi insan yang beriman, hafal Al Quran, menjaga solat dan sentiasa bekerja untuk Islam. Jangan notty-notty ye.

Ibu, ayah, abang, kakak dan semua sayang Fathin tau!

Happy Birthday Nur Fathin Hanani

No comments:

Post a Comment