Monday 14 July 2014

SHAKLEE dan Abah

Assalamualaikum wbr

Semalam abang telefon Ma di kampung. Tanya khabar bulan-bulan puasa ni. Baru-baru ni saya cuba call Ma tapi tak dapat.

Rupanya Abah dah dekat seminggu tak lalu makan minum. Sahur pun tak lalu, buka puasa pun kena paksa dengan Ma baru Abah nak makan, itu pun sikit sangat. Kata Kaklong, Abah dah tinggal kulit dan tulang aje. Kurus kekik..kata orang pantai timur.

Abah, bapa mertua saya. Dah 80an umurnya. Abah cuma ada gout sahaja, selebihnya Abah sihat. Abah masih boleh memandu kereta dari Besut ke Kota Bharu. Hebatkan? Saya satu-satunya menantu perempuan Ma dan Abah. Jadi terasa sangatla dimanjakan. Abah pantang dengar menantu dia ni teringin nak makan apa-apa, pasti segera dicarinya. Abah yang pendiam jadi banyak bercerita bila dengan saya. Sampai adik-adik ipar dan kakak ipar cakap, menantu kesayangan.

Dengar abah tak lalu makan sampai kurus kering, lemah badan, cepat-cepat saya bungkuskan SHAKLEE untuk abah. Abang nak poskan harini.

1 SET KESIHATAN OPTIMUM
Set Kesihatan Optimum merangkumi Vitalea(multivitamin), Vitamin B Complex dan Vitamin C

Saya bekalkannya pada abah kerana Set Kesihatan Optimum ini membantu untuk menguatkan badan abah, meningkatkan selera makan, membuang toksin dalam badan abah, juga membantu menjaga kesihatan dalaman abah. Juga mengganti sumber zat yang abah tak dapat kerana tak lalu makan.

1 PERFORMANCE DRINK
Abah tak lalu makan dan minum. Kulit abah jadi sangat kering dan abah jadi sangat lesu. Itu semua tanda-tanda dehidrasi.

Dengan Performance Drink, abah akan dapat tenaga segera, menggantikan kehilangan mineral dan air yang banyak dalam badan abah kerana berpuasa dan InsyaAllah, tubuh akan semakin segar.

1 VIVIX
Semua orang tau kehebatan VIVIX. VIVIX ada tindakan antipenuaan, melawan radikal bebas yang bahaya untuk badan, ada tindakan antikanser, bagus untuk kesihatan sendi, kulit, otak dan keseluruhannya.

Memandangkan abah tak lalu makan, VIVIX ikhtiar mudah untuk abah. Abah perlu ambil 1 sudu kecil sahaja setiap hari. InsyaAllah akan bantu abah.

Ini ikhtiar kita. Kita wajib beriktiar untuk sihat. Saya harap saya dapat bantu Abah melalui SHAKLEE. Dengan izin Allah.

Dan sebenarnya, niat saya untuk bantu lebih ramai lagi orang melalui Shaklee. Harap Allah mudahkan urusan saya.

Anda juga mampu, anda juga boleh. Anda patut sertai SHAKLEE dengan saya. Nikmati nikmat membantu dan memberi. Alhamdulillah.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi saya:
Nurul 0187812078

Fb:Nurul Huda Ariza

*sila klik dibawah untuk membuat tempahan terus dengan Shaklee

No comments:

Post a Comment