Monday 22 September 2014

Inside my bag...

Assalamualaikum

Tajuk je gempak dalam Bahasa Inggeris ye..:)

Saya seorang yang sempoi. Kebiasaannya saya pakai bag pack ke tempat kerja. Hand bag tak cukup besar untuk saya. Bila berjalan-jalan dengan keluarga pulak, biasanya saya tak bawak langsung beg, sebab dah ada 'beg tangan' besar yang saya kene kelek. Alololo...

Kenapa saya nak cerita apa isi beg saya ye? Hado kome kesah? Hehehe...saje je. Sebab, ada beberapa penting yang sentiasa ada dalam beg saya. Itupun dalam gambo yang saya letak ni tak berapa lengkap.

Apa dalam beg saya?

1)Purse
2)Handphone
3)Power bank dan soket (soket?!)
4)1 buku atau majalah berkaitan agama
5)Kotak ubat (kotak?!) Hehehe
6)Krim muka (selalunya bawak ajo...tak nyempat nak pakai)

Dari kecil, saya sangat suka membaca. Sampaila ke tua ni. Cumanya dah tua-tua ni saya lebih suka membaca buku-buku agama. Sebab selalu hanyut rasanya. Tapi hakikatnya, masa seolah-olah takde ataupun tak cukup untuk saya membaca. Walaupun sentiasa ada buku dalam beg, nak menghabiskan satu-satu buku tu, MasyaAllah. Namun, kerana cinta ilmu, jadi rasa bersalah kalau tak bawak buku dalam beg. At least..

Kotak ubat tu..saya taruk vitamin Shaklee kegemaran saya. Ini baru bagi saya. Dan menjadi wajib beg saya diisi dengan kotak ubat ni. Saya panggil bekas vitamin je. Hehehe. Cukup untuk bekalan suplemen saya seharian ditempat kerja. Jika travelling pun, wajib bawa. Mudah. Kalau tak bawa, rasa tak lengkap tau.

Apa vitamin yang saya isi?

1)Set Kesihatan Optimum
2)GLA menyerlahkan rahsia kecantikan anda
3)Alfalfa milk booster dan 'jamu' perapat saya.
4)Lecithin pembakar lemak saya
5)Vitamin E untuk kecantikan kulit dan kesihatan jantung saya
6)Ostematrix untuk tulang yang kuat...takut dapat osteoporosis sebelum tua

Semua diatas ada time makannya. Sukala sejak ada vitamin ni. Jadual makan saya pun lebih teratur.

Haaa...part krim tak tahan. Hehehe...saya ni manusia paling malas pakai krim. Tapi nak cantik, nak cerah, nak kulit bersih. Bawakla jugak krim tu supaya tak rasa bersalah pada diri. Kebanyakan masanya tak sempat pun nak pakai. Tambah-tambah sejak saya amal Shaklee ni. Ada VIVIX, ESP, Mealshakes, Vitamin C, Vitamin E...semua untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Tak pakai krim pun nampak macam pakai. Hehehe. Suami saya kata ye. Bukan saya. Alhamdulillah.

Kesahnya...apa dalam beg saya. Anda pun patut tambah lagi 1 item dalam beg anda.....VITAMIN SHAKLEE. Untuk kesihatan, kecergasan dan kecantikan.

Sesiapa nak Shaklee, mahu cuba ikut kesesuaian anda, jom kita sembang-sembang.

Saya Dr Nurul 0187812078
nurulhudaariza@gmail.com
www.akudoktormuslim.blogspot.com

SHAKLEE INDEPENDANT DISTRIBUTOR ANDA

Senyum

1 comment: